Category Personal

Cyberjaya Twincity Marathon 2014

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti korang semua dah tak sabar untuk membaca kisah pengembaraan The Clown Trekez dalam misi untuk menjejaki Kapal Terbang Pengebom B24 yang terhempas di sekitar Gunung Berembun kira-kira 70 tahun dahulu tapi “Siapakah The Clown Trekez?”.. harap bersabar!.. korang semua akan tahu nanti dan segala akan terjawab sedikit masa lagi!. πŸ˜€ Nampaknya terpaksa aku tangguhkan dahulu entri pengembaraan ini disebabkan suntingan video yang masih dalam proses serta aku masih lagi mencari fakta sejarah mengenai kisah tersebut. Oleh kerana itu, aku terpaksa mendahului entri yang lain….hihihihihi.. πŸ˜€

Berbalik kepada tajuk entri di atas, Cyberjaya Twincity Marathon 2014 telah diadakan pada 21 Disember 2014 bertempat di Persiaran Flora, Cyberjaya, Selangor. Ini adalah merupakan larian terakhir bagi tahun 2014 buat aku dan wife. Seperti biasa kitaorg hanya mendaftar untuk kategori Fun Run (5km) sahaja. Terima kasih kepada Kak Zue yang sudi mengambil race-kit dan b...

Jom Baca Lagi....

CAPAM International Run 2014

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

CAPAM International Run 2014 telah diadakan di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 19 Oktober yang lepas. Larian ini adalah sempena Persidangan Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan ataupun nama pendeknya iaitu CAPAM (Commonwealth Association for Public Administration and Management) yang telah diadakan di negara kita. Banyak juga sebenarnya kategori-kategori larian yang ditawarkan untuk larian ini seperti 5km, 10km dan 21km (Half Marathon).

Aku dan wife serta geng zombie juga tidak melepaskan peluang untuk sertai larian CAPAM ni tapi kitaorg hanya sekadar mengambil 5km bagi kategori β€œFun Run”. Aku dan wife masih lagi belum mencapai tahap 10km dan ke atas. Terpaksalah berjinak-jinak dengan 5km dulu bagi membiasakan kaki dan serasi dengan kasut lari kitaorg. Geng-geng lain tu sebenarnya dah biasa berlari bagi kategori 10km dan 21km tapi tiba-tiba ramai pulak yang daftar untuk Fun Run jer...

Jom Baca Lagi....

KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventure

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Apa khabar para pembaca semua?. Bagi bulan Oktober dan November ni, jadual mingguan aku dan wife memang padat dengan pelbagai aktiviti dan kemungkinan agak lambat sikit untuk update entri terbaru. Maklumlah, kitaorg bukannya blogger sepenuh masa kan? cuma blogger sambilan jer pastu ditambahkan lagi dengan kerja-kerja di pejabat yang semakin menggunung menuju ke puncak Everest….hihihihi.. πŸ˜€

Entri kali ni, aku nak berkongsi pengalaman kitaorg buat julung kalinya menyertai pertandingan KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014 yang telah diadakan pada 18 Oktober 2014 di MaTiC Lanai, Jalan Ampang, Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan FELDA. Setiap team terdiri daripada 4 orang peserta dan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM200 serta setiap team juga perlu memilih nama team sendiri. Aku, wife, Zakiah dan Alice telah bergabung dalam 1 team dan memilih nama Geng Zombie. Kenapa kitaorg pilih nama β€œGeng Zombie”?...

Jom Baca Lagi....

The Heart Exhibition: Pameran Kesihatan Jantung 2014

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centre

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Hari Jantung Sedunia akan disambut pada bulan September setiap tahun. The Heart Exhibition ataupun Pameran Kesihatan Jantung adalah merupakan event tahunan yang memfokuskan kepada penjagaan dan kesihatan jantung. Pada tahun ini Pameran Kesihatan Jantung 2014 telah diadakan pada 27 – 28 September 2014 di Exhibition Center, Mid Valley Megamall di atas anjuran Yayasan Jantung Malaysia, Institut Jantung Negara, Woman’s Heart Health Association dan juga NHAM (National Heart Association Malaysia). Pameran Kesihatan Jantung ini adalah bertujuan untuk memupuk dan memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya kesihatan serta penjagaan jantung di dalam kehidupan harian. Aku rasa ramai jugak sebenarnya rakyat Malaysia yang sedar bahawa jantung ni merupakan organ penting di dalam anatomi tubuh manusia dan memerlukan penjagaan yang baik bagi memastikan ia sentiasa berdenyut dengan sihat.

Alhamdulillah, ini merupak...

Jom Baca Lagi....

Bagaimana Untuk Menceburi Sukan Paragliding

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti ada yang tertanya-tanya “Bagaimanakah untuk menceburi sukan Paragliding ini?” selepas membaca dan menonton video khas entri aku yang mengisahkan aktiviti Paragliding di Bukit Jugra, Banting. Tak lupa juga buat rakan-rakan yang bertanya terus kepada aku mengenai perkara ini. Disebabkan pelbagai soalan yang diajukan maka wujudlah entri ini yang bertujuan untuk menjawab segala persoalan korang berdasarkan maklumat-maklumat yang aku perolehi daripada En. Aizat Hazman yang merupakan seorang Tandem Pilot Paragliding yang bertauliah.

Apa Itu Paragliding?.

Paragliding ataupun dikenali sebagai Luncur Udara adalah satu cara yang paling mudah serta paling popular bagi manusia untuk melakukan penerbangan dengan menggunakan Payung Luncur dan dilancarkan menggunakan kaki. Ianya merupakan evolusi pesawat canggih yang senang dibawa, diterbangkan dan mendarat dimana-mana sahaja yang sesuai...

Jom Baca Lagi....

Paragliding Di Bukit Jugra Banting

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Apabila disebut perkataan Paragliding, aku rasa pasti ramai yang terbayang-bayang perasaan gayat atau pun cuak bila disuruh melompat dari cerun bukit menggunakan payung terjun!, paling tidak pun mesti ada yang kata β€œTak bahaya ker?”… betul tak?.

Memang tidak dinafikan bahawa sukan Paragliding ini tergolong di dalam aktiviti sukan ekstrem tetapi sukan Paragliding ini bukanlah sesuatu aktiviti yang baru di Malaysia. Kalau aku merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud perkataan Paragliding ini ialah sejenis sukan ekstrem di mana seseorang itu meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar dari satu tahap ketinggian atau ditarik oleh angin pada ketinggian tertentu.

Alhamdulillah!… Aku dan wife telah berjaya menganjurkan satu event Tandem Paragliding yang bertempat di Bukit Jugra, Banting, Selangor pada 16 September 2014. Maklamat atau tema event ini adalah untuk melakukan Tandem Paragliding dan terbang bersama Jalur Gemilang supa...

Jom Baca Lagi....

10 Random Facts About Me: When I am Travelling

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Dah lama rasanya aku tidak ditag oleh sesiapa pastu secara tiba-tiba terasa seperti nama aku diseru-seru di dalam blog Puan Nana Tron. Bagi sesiapa yang masih belum mengenali Puan Nana Tron kita ni, bolehlah terjah blog beliau.

Ermmm… 10 Random Facts About Me: When I am Travelling ataupun 10 fakta secara rambang mengenai diriku apabila aku mengembara. Travel atau mengembara ni sebenarnya memang telah menjadi satu aktiviti kesukaanku. Lebih-lebih lagi kalau ditaja untuk mengembara atau travel dengan wife tersayang… mestilah seronok…hihihihi. πŸ˜€

jom-travel-eshamzhalim-travelblogGambar daripada instagram wife…. πŸ˜€

Demi menyahut cabaran Puan Nana Tron, jom aku senaraikan 10 Random Facts About Me: When Eshamz HalimΒ  Travelling….

1. Suka tempat duduk di tepi bahagian sayap jika menaiki kapal terbang.

Sama seperti Puan Nana Tron, memang aku suka tempat duduk dibahagian sayap. Tak tahu kenapa?. Mungkin aku rasa seimbang kot sebab duduk di tengah-tengah kapal terbang.

jom-travel-eshamzhalim-travelblog

2...

Jom Baca Lagi....

Restoran Tasik Raban Cawangan Seri Iskandar

restoran-tasik-raban-seri-iskandar-perak-moh-ke-perak-tempat-makan-menarik-di-perak-eshamhalim

Dikemaskini pada 22 Februari 2016:
Restoran Tasik Raban Seri Iskandar telah tutup dan tak pasti restorannya pindah ke mana. Baru jer tahu selepas balik kampung semasa cuti tahun baru cina yang lepas. Niat nak singgah makan ikan bakar tapi restorannya dah tutup dan sudah ada papan tanda untuk disewa.

Dikemaskini pada 25 Julai 2015:
Restoran Tasik Raban Seri Iskandar telah berpindah ke Jalan lb1, Seri Iskandar (berdekatan dengan Agrobank Cawangan Seri Iskandar). Aku kurang pasti nama jalan tapi di antara Jalan lb1 dan Jalan Dataran 1 selepas Jalan Pekeliling Iskandar. Baru jer dapat tahu bila balik kampung semasa cuti Hari Raya Aidilfitri hari tu.

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bila disebut nama Restoran Tasik Raban, aku rasa perkara pertama yang akan terlintas di kepala korang mestilah Ikan Bakar Air Tawar dan Sambal Bumbumnya. Betul tak?… Menu utama ni sememangnya popular di Restoran Tasik Raban disamping menyediakan juga pelbagai masakan kampung buat pelanggan yang berkunjung...

Jom Baca Lagi....