Category Royal Belum

Eksplorasi Royal Belum Bersama Cattleya Outdoor Adv: 11-12 November 2017

eshamzhalim-royal-belum-cattleya-outdoor-adv

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pastinya ramai yang pernah dengar atau terbaca mengenai keunikan dan keindahan Taman Negeri Diraja Belum ataupun lebih dikenali dengan panggilan Royal Belum. Bagi mereka yang meminati ketenangan alam semulajadi atau ingin lari daripada hiruk pikuk kotaraya, mungkin Royal Belum adalah lokasi percutian yang wajib anda kunjungi. Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian bio serta penemuan-penemuan alam yang tidak terdapat di tempat lain dan faktor itu telah menjadikan ia sebuah hutan simpan yang istimewa serta menyimpan khazanah-khazanah alam yang tidak ternilai.

Dah lama rasanya aku tidak anjurkan trip ke sana dan untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin merasai ketenangan serta menikmati keindahan dan keunikan Royal Belum. Jangan risau!, rakan outdoor www.eshamzhalim.com iaitu Cattleya Outdoor Adv akan menganjurkan satu eksplorasi ke Taman Negeri Diraja Belum khas buat anda yang ingin melarikan diri seketika daripada kesibukkan ker...

Jom Baca Lagi....

Ekspedisi Royal Belum 2.0 GTS: 16 Sept – 18 Sept 2016

poster-ekspedisi-royal-belum-2-0-gts-geng-trip-santai-hutan-simpan-diraja-belum-grik-perak
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hutan Simpan DiRaja Belum atau lebih dikenali dengan nama Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian-bio dan tersimpan pelbagai hasil khazanah-khazanah alam semulajadi yang bernilai. Ianya merupakan satu destinasi popular bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan juga kepada pencinta alam semulajadi. Oleh itu, adalah menjadi satu kerugian kepada sesiapa yang tidak pernah menjejakkan kaki di Hutan DiRaja ini. Dengan itu, Geng Trip Santai (GTS) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sekali lagi Ekspedisi Royal Belum 2.0 bagi edisi kedua untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin merasai ketenangan dan juga menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Hutan Simpan DiRaja Belum.

Sebelum itu, jom aku perkenalkan siapakah Geng Trip Santai (GTS)?. Sebenarnya, Geng Trip Santai ini adalah nama yang digunakan oleh aku dan wife. GTS bukanlah sebuah syarikat berdaftar ataupun operator aktiviti luar (outdoor) bertauliah tetapi hanyalah ...

Jom Baca Lagi....

Ekspedisi Royal Belum: 30 Okt – 1 Nov 2015 (5 kekosongan)

iklan-ekspedisi-royal-belum-eshamzhalim-taman-negeri-belum
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti ramai yang pernah dengar dan terbaca mengenai Taman Negeri Diraja Belum ataupun nama popularnya Royal Belum. Bagi yang meminati ketenangan alam semulajadi, sememangnya Royal Belum adalah lokasi yang wajib dikunjungi. Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian bio serta penemuan-penemuan alam yang tidak terdapat di tempat lain telah menjadikan ia hutan yang istimewa dan menyimpan khazanah yang bernilai.

Buat julung-julung kalinya aku dan wife (Geng Trip Santai) menganjurkan satu Trip Santai ke Taman Negeri Diraja Belum diatas permintaan rakan-rakan yang sering mencemburui aku dan wife…hihihihi..serta untuk memberi peluang kepada rakan-rakan merasai sendiri pengalaman di Royal Belum.

Boleh rujuk poster di atas atau maklumat dibawah mengenai Ekspedisi Royal Belum:-

1. Jumlah kekosongan : 40 orang (5 kekosongan) Cukup 40 orang penyertaan ditutup.
2. Tarikh Ekspedisi : 30 Oktober 2015 hingga 1 November 2015.
3. Bayaran : RM350 seorang dan tidak ...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 3

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Rasanya mesti anda semua dah tak sabar menantikan bahagian 3 atau bahagian terakhir untuk entri Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0. Jadual mingguan aku semenjak daripada bulan Januari hinggalah bulan ni memang penuh dengan aktiviti beriadah. Agak sukar sikit untuk aku mencari masa untuk menulis walaupun banyak jugak perkara yang nak dikongsikan di sini dan ditambahkan lagi dengan urusan di pejabat yang kebelakangan ni amat kelam kabut…..fusssss…. memang sangat mencabar untuk aku luangkan masa di blog ni.

Sebelum aku teruskan menulis bahagian 3, apakata anda mengimbau kembali entri-entri sebelum ni bagi mengelakkan tahap kekeliruan yang melampaui batas nanti…hahahaha…. 😀 Klik jer link di bawah ni haaaaa……

1. Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2
2. Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1

Hari Ketiga – 9 November 2014.

Seawal pagi, kami dah bersiap untuk trekking ke Jenut atau Sira Gajah di Kem Sungai Papan. Mesti anda tertanya-tanya “Jenut ...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti anda semua dah tertunggu-tunggu sambungan dari entri “Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1“. Alhamdulillah!.. nampaknya jari jemariku gemar pulak menari-nari di papan kekunci pada minggu ini. Maklumlah, aku dan wife pulang bercuti di kampung halaman sempena cuti umum Tahun Baru Cina minggu ni serta jadual kami pun telah dikosongkan bagi memberi peluang untuk aku dan wife merehatkan diri dan lari seketika daripada kesibukkan kerja di pejabat. Beginilah nasib seorang blogger separuh masa yang masih lagi terikat dengan kerja-kerja di pejabat.

Hari Kedua – 8 November 2014.

Suasana keheningan pagi itu dipecahkan dengan keadaan kelam kabut daripada houseboat no. 2. Pagi tu memang aku tidur dihadapan balkoni houseboat dan lama juga aku tenung houseboat no. 2. Mengapakah dan apakah yang telah berlaku?persoalan ini bermain-main di buah fikiran aku pada pagi itu!…. rupa-rupanya houseboat no...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1

misi-kemanusian-royal-belum-3.0-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Royal Belum!…. Ada apa dengan Royal Belum?… Apa yang menyebabkan kerap kali aku bertandang ke Royal Belum?….ermmm!!.. rasanya hanya mereka yang pernah ke sana sahaja yang mampu menjawab segala persoalan di atas. Buat kali ke 4, sekali lagi aku berkunjung ke Taman Negeri Royal Belum tetapi untuk kali ini aku ditemani oleh wife dan 3 lagi member yang telah termakan pujuk rayu dan hasutan aku….ahahahahaha.. 😀

Aku memang dah lama berjanji dengan wife untuk bawa dia sekali lagi ke Royal Belum. Kali terakhir dia berkunjung ke Royal Belum adalah pada tahun 2013 dan itulah juga merupakan kali pertama kami bersua dengan Taman Negeri Royal Belum. Kali ini kami telah berjaya mengheret Amlina, Eyda dan juga Syuk untuk bersama-sama berkunjung ke Royal Belum.

Trip kali ini bertemakan “Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0” dan dikelolakan oleh Bella Farhana dan Pacie. Tujuan utama trip ini adalah untuk menyalurkan bantuan dari segi makanan, keperluan harian, kep...

Jom Baca Lagi....

Kenali 10 Spesies Enggang Royal Belum

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Semenjak kali pertama menjejakkan kaki di Hutan Simpan Royal Belum, aku sentiasa rindu dan terpikat kepada keunikan serta kepesonaan khazanah rimba dan juga kepelbagaian bio yang tersimpan di Hutan DiRaja ini. Buat kali ketiganya, sekali lagi aku telah menjadi tetamu Royal Belum dalam program Royal Belum Bird Expedition bertemakan ‘Exploring the Hornbill Capital of the World’ yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 September 2014 yang lalu.

Setinggi-tingginya perhargaan terima kasih aku ucapkan kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) dan juga Perbadanan Taman Negeri Perak kerana sudi menjemput aku untuk bersama-sama turut serta dalam program ini, malah ianya juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Tourism Perak dan juga pihak NCIA (Northern Corridor Implementation Authority).

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah mengambil pelbagai inisiatif serius dalam usaha untuk memelihara kepelbagaian spesies hidupan liar ...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Eksplorasi Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok Royal Belum #VMY2014

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku harap anda janganlah bosan dengan entri-entri aku kebelakangan ini yang banyak berkisarkan Taman Negeri Royal Belum….hihihihi.. 😀 Bukannya apa! ini hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman aku semasa berada di sana di atas tajaan Tourism Malaysia Perak serta Perbadanan Taman Negeri Perak yang bermurah hati untuk menjemput aku. Mungkin di antara anda yang sudah pernah menjejakkan kaki di Royal Belum dan mungkin juga ada yang belum. Dengan adanya entri-entri seperti ini, pasti akan timbul perasaan membuak-membuak jauh di sudut hati sanubari anda untuk berkunjung ke Royal Belum bagi menulis pengalaman serta melakarkan pengembaraan sendiri di sana. Amat rugi jika tidak ke sana kerana Taman Negeri Royal Belum merupakan satu khazanah negara dan juga permata hati negeri Perak yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Explorasi FAM Trip Royal Belum ini menuju ke penghujungnya apabila kami dibawa mengembara ke satu lagi lokasi yang menarik di Ta...

Jom Baca Lagi....