Category Run Event

Compressport Combo Challenge: Compressport Road

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Compressport Road telah diadakan pada 24 April 2016 di Balai Bomba dan Penyelamat, Cyberjaya. Acara ini adalah kesinambungan dari Compressport Combo Challenge 2016 yang terdiri daripada kombinasi Compressport Trails dan juga Compressport Road. Compressport Trails pula telah diadakan pada 3 Januari 2016 yang lepas bertempat di Mardi Maeps, Serdang. Boleh baca komen aku mengenai Compressport Trails di entri Compressport Combo Challenge: Compressport Trails.

Kedua-dua kombinasi ini tetap menawarkan hanya dua (2) kategori larian iaitu 6km dan juga 12km. 12km pula dibahagikan kepada empat (4) iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Senior, Wanita Terbuka dan juga Wanita Senior. Sama seperti Compressport Trails, aku dah wife hanya mendaftar untuk kategori 6km hanya sekadar untuk mendapatkan kedua-dua koleksi medal kombinasi daripada trail dan road.

Kebiasaannya, peserta yang mendaftar untuk jarak yang lebih jauh akan dilepaskan terlebih dahulu tetapi bagi acara ini pes...

Jom Baca Lagi....

100 Plus Outrunner 2016

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcom

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

100 Plus Outrunner 2016 telah diadakan pada 16 April 2016 bertempat di Monumen Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya setelah tiga (3) kali lokasi larian telah berubah. Acara larian malam ini telah dianjurkan oleh pihak Twenty First Century Sports dengan kerjasama 100 Plus Malaysia serta Brooks Malaysia sebagai penaja rasmi baju larian peserta 100 Plus Outrunner.

Hanya 3 kategori sahaja yang ditawarkan bagi acara larian ini iaitu kategori 15km, 10km dan juga 6km Fun Run. Aku dan wife hanya mendaftar untuk kategori 6km Fun Run, sekadar larian santai bersama rakan-rakan yang lain sambil menikmati suasana malam di Putrajaya…hihihihi.. ๐Ÿ˜€

Peserta kategori 15km telah dilepaskan terlebih dahulu pada pukul 8.00 malam dan diikuti dengan peserta 10km pada pukul 8.20 malam serta akhirnya barulah peserta kategori fun run dilepaskan tepat pada pukul 8.40 malam. Memang cukup meriah apabila setiap pelepasan kategori diiringi dengan letupan bunga api yang menerangi ruang ...

Jom Baca Lagi....

Nike We Run KL 21K 2016

nike-we-run-kl-2016-half-marathon-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Nike We Run KL 21K 2016 telah diadakan di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur pada 10 April 2016. Larian anjuran Nike Malaysia ini hanya menawarkan satu (1) kategori sahaja iaitu 21km (Half Marathon). Peserta akan memulakan larian di Race Village,ย Semasa Parking Sentral yang bersebelahan dengan KL Sentral dan akan mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur sejauh 21kmย sebelum kembali semula keย Semasa Parking Sentral untuk menamatkan larian.

Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara ini yang dikatakan antaraย acara popular setiap tahun. Penyertaan bagi acara ini telah penuh dalam masa 3-4 jam selepas pendaftaran dibuka. Nasib baik aku dan wife sempat untuk mendaftar walaupun beberapa kali menghadapi masalah dengan proses pembayaran.ย Ini juga merupakanย acaraย larian 21km (half marathon) yang pertama buat wife aku. Sebelum mula larian, 3 kali wife keย tandas sebab gementar gamaknya…...

Jom Baca Lagi....

Hulu Langat Trail Run 2016: HLTR2016

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hulu Langat Trail Run 2016 (HLTR2016) telah diadakan pada 3 April 2016 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Dusun Tua, Hulu Langat Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (KEMBARA) serta disokong oleh Kembara Outdoor Centre (KOC), Tourism Selangor, World of Sports, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan juga Salomon sebagai penaja rasmi baju larian bagi acara ini.

Hanya dua (2) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 16km (Wild) dan juga 10km (Mild). Larian ini boleh dikatakan mendapat komen yang agak bagus bagi penganjurannya untuk tahun lepas. Aku ada terbaca ulasan dan juga gambar-gambar menarik di beberapa blog mengenai Hulu Langat Trail Run edisi 2015, disebabkan inilah aku dan wife tergerak hati untuk mendaftar tapi untuk tahun ini hanya mencuba kategori 10km (Mild).

Peserta bagi kategori 16km telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan diikuti dengan ...

Jom Baca Lagi....

UEM Charity Run 2016: We Run NKVE

uem-charity-run-2015-50-tahun-half-marathon-finisher-nkve-werunnkve-persada-plus-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

UEM Charity Run 2016 ataupun Larian Amal UEM 2016 telah diadakan di Persada Plus, Subang Jaya pada 13 Mac 2016 yang lalu. Acara larian amal ini adalah anjuran United Engineers Malaysia Berhad (UEM) bersempena ulangtahunnyaย  yang ke 50 dan hasil kutipan amal daripada acara ini akan diagihkan kepada beberapa badan-bahan kebajikan seperti Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Yayasan Tuanku Syed Putra, Yayasan IJN, Persatuan Orang Buta Malaysia dan juga Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia. Disamping larian amal, pihak penganjur juga mengambil inisiatif untuk menganjurkan karnival yang terbuka kepada peserta atau orang ramai yang hadir di Persada Plus.

Buat julung kalinya, Lebuhraya NKVE (New Klang Valley Expressway) telah ditutup sementara bermula daripada laluan Shah Alam hingga ke Bukit Lanjan di kedua-dua arah bagi memberi peluang kepada para peserta untuk berlari. Hanya empat (4) kategori yang ditawarkan bagi larian ini iaitu 21km, 12km, 6km dan ju...

Jom Baca Lagi....

2nd Event Biz Charity Trail Run 2016

2nd-eventbiz-charity-trail-run-2016-taman-botani-frim-kepong-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

2nd EventBiz Charity Trail Run 2016 telah diadakan di Taman Botani FRIM, Kepong pada 28 Februari 2016 yang lalu. Larian amal yang bertemakan โ€œSave Our Mother Earthโ€ ataupun โ€œSelamatkanlah Bumi Kitaโ€ pada permulaannya telah dijadualkan pada 3 Januari 2016 tetapi telah ditundakan oleh pihak penganjur ke 28 Februari 2016 di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama peserta-peserta lain untuk mengukur jarak sejauh 9km di Taman Botani serta ini juga merupakan acara larian pertama kitaorg di FRIM selain daripada aktiviti mendaki di situ. ๐Ÿ˜€ Larian amal ini adalah berkonsepkan trail run (larian denai) dan hanya satu (1) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu 9km serta dibahagikan kepada lelaki dan wanita terbuka dan veteran...

Jom Baca Lagi....

Shah Alam Half 21KM Night Run 2016

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholics

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Shah Alam Half 21KM Night Run telah diadakan pada 17 Januari 2016 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dan ianya juga merupakan penganjuran sulung bagi acara ini. Dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Para Selangor (POPS), GORun dan Puncak Ventures Sra Sdn. Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Hanya menawarkan 2 jarak larian sahaja iaitu 21km Half Marathon dan juga 10km dengan kedua-dua jarak larian mempunyai kategori lelaki dan wanita terbuka dan veteran.

Ini juga merupakan percubaan pertama aku untuk berlari sejauh 21km. Mungkin kerana lokasi larian yang berdekatan dengan rumah menyebabkan aku beranikan diri untuk mendaftar kategori half marathon manakala wife pula mendaftar untuk 10km. Jarak yang paling jauh aku berlari setakat ini adalah 15km dan itu menyebabkan aku lebih yakin untuk menambahkan lagi jarak larian ke 21km...

Jom Baca Lagi....

Compressport Combo Challenge: Compressport Trails

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Compressport Combo Challenge 2016 merupakan kombinasi di antara acara Compressport Trails dan juga Compressport Road yang boleh didaftarkan secara serentak ataupun berasingan. Kedua-dua acara ini dianjurkan oleh penganjur yang sama tetapi mempunyai tarikh, lokasi dan cabaran yang berbeza.

Buat permulaan, aku dan wife hanya mendaftar untuk acara Compressport Trails terlebih dahulu sementara memikirkan samaada ingin mendaftar untuk acara yang kedua ataupun tidak?. Kalau mengikut rekod larian aku dan wife, ini merupakan acara trail run yang pertama buat kitaorgโ€ฆhihihihihiโ€ฆ. ๐Ÿ˜€ . Perkara pertama yang kitaorg fikir adalah kasut!…Merata juga kitaorg mencari kasut yang sesuai untuk trail run ni. Brooks Cascadia, Skechers GoRun Ultra 2 ataupun Salomon Speedcross sememangnya menjadi pilihan tetapi hanya mampu pandang dari jauh jer sebab diluar daripada kemampuan belanjawan kitaorg. Maklumlah sebab kena beli 2 pasang kasut kan!...

Jom Baca Lagi....