Category Run Event

KL New Year Run 2016

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

KL New Year Run 2016 telah diadakan pada 1 Januari 2016 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena Sambutan Tahun Baru 2016 dan di samping itu dapat memupukkan lagi gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia. Larian ini telah dianjurkan dengan kerjasama di antara Persatuan Rekreasi Wilayah Ceria 1 Malaysia dan juga pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan sokongan penuh daripada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan serta Polis Diraja Malaysia yang turut membantu dalam menjayakan acara ini. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan 5 kategori yang ditawarkan iaitu Lelaki Terbuka (10 km), Wanita Terbuka (10 km), Lelaki Senior (10 km), Wanita Senior (10 km) dan โ€˜Family Fun Runโ€™ (5 km).

Larian kategori 10km telah dilepaskan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan pada pukul 7.15 pagi dan diikuti dengan kategori Family Fun Run 15 minit kemudian.

KL New Year Run 2016 merupakan acara pembuk...

Jom Baca Lagi....

E.R.A.S.E. Run For Aids 2015

erase-run-for-aids-university-of-malaya-runholics-team-ultron

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

E.R.A.S.E Run for Aids 2015 telah diadakan di Universiti Malaya pada 19 Disember 2015 yang lepas. Larian amal sejauh 5km ini telah dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Universiti Malaya (Medical Society of Univerty Malaya) adalah bertujuan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Majlis AIDS Malaysia serta meningkatkan lagi tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai penyakit AIDS dan untuk membasmi stigma atau diskriminasi terhadap pengidap AIDS.

Berdasarkan acara larian yang aku daftar bagi tahun 2015 sepatutnya larian ini tiada di dalam senarai tetapi bernasib baik kerana terpilih menjadi salah seorang pelari yang mewakili Team Ultron. Agak panjang juga rasanya karangan yang aku emailkan kepada pihak Ultron. Alhamdullillah, berjaya juga karangan aku menarik perhatian pihak Ultron….hihihihi.. ๐Ÿ˜€ tapi โ€œSiapakah Ultron ni?โ€..hmmm..sememangnya tiada pertalian kekeluargaan dengan The Avengers ataupun dengan Tony Stark ok!…Boleh rujuk di laman web Ul...

Jom Baca Lagi....

Mizuno Wave Run 2015

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-runholics-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mizuno Wave Run 2015 telah diadakan di Pusat Rekreasi Air, Precint 6 Putrajaya pada 13 Disember 2015. Acara larian anjuran World of Sports Malaysia ini sepatutnya telah dijadualkan pada 27 September 2015 di Dataran Putrajaya tetapi telah ditangguh ke tarikh yang baru disebabkan masalah jerebu yang kronik melanda Malaysia beberapa bulan yang lepas. Ini juga merupakan anjuran bagi tahun ke 10 dan pada tahun ini buat julung kalinya, pihak penganjur telah menawarkan kategori 21km Half Marathon selain daripada kategori kebiasaannya iaitu 10km terbuka dan veteran.

Sebenarnya, aku dan wife memang tak daftar pun larian ni dan kitaorg berlari menggunakan bib orang lain. Aku beli bib orang lain dan wife pun beli bib orang lainโ€ฆhihihihihi.. ๐Ÿ˜€ Aku pun tak tahu kenapa aku beriya sangat nak beli bib Mizuno Wave Run ni. Dahlah beli bib orang lain, lepas tu tiba-tiba acara larian ni kena tangguh pula...

Jom Baca Lagi....

Malaysian Unity Run 2015: Humanitarion Aid

malaysian-unity-run-2015-humanitarian-aid-taman-wetland-putrajaya-yakeb-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Malaysian Unity Run 2015 telah diadakan di Taman Wetland, Putrajaya pada 12 Disember 2015 yang lepas. Acara larian ini telah dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan yang turut juga dikenali sebagai YAKEB. Bertemakan โ€˜Humanitarian Aidโ€™, fokus utama larian ini adalah untuk mengutip dana bagi Tabung Bekas Atlet yang pernah berjasa kepada Negara disamping juga dalam usaha untuk membantu Tabung Mangsa Gempa Bumi yang melanda Negeri Sabah baru-baru ini. Selain dari bertujuan untuk memenuhi misi kemanusiaan, acara larian ini juga telah diadakan secara santai dan bersifat kekeluargaan supaya dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan harmoni dikalangan peserta.

Aku dan wife agak terpikat dengan konsep โ€˜Menderma Sambil Beriadahโ€™ dan yang paling menariknya, hadiah-hadiah cabutan bertuah yang cukup lumayan serta memang kitaorg nak merasa berlari di dalam Taman Wetlandโ€ฆhihihihihi.. ๐Ÿ˜€ Hanya 1 jarak larian sahaja yang ditawarkan sejauh 1...

Jom Baca Lagi....

Allianz Pacer Run 2015

allianz-pacer-run-2015-runholic-putrajaya-runhappy-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Allianz Pacer Run 2015 telah diadakan pada 6 Disember 2015 bertempat di Presint 3, Dataran Putrajaya. Acara larian ini telah dianjurkan oleh Allianz Malaysia yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta memastikan sentiasa bersenam dan kekal aktif. Hanya ada 2 jarak larian yang ditawarkan bagi larian ini iaitu sejauh 6km bagi kategori Fun Run dan juga 12km yang merangkumi kategori lelaki dan wanita terbuka, lelaki dan wanita veteran dan juga satu lagi kategori dikhaskan untuk badan-badan korporat yang ingin turut serta dalam acara larian ini. Yuran yang dikenakan kepada peserta adalah sebanyak RM30 bagi 6km dan RM55 bagi 12km manakala RM1500 bagi penyertaan daripada badan korporat.

Aku dan wife pun tidak melepaskan peluang untuk mendaftar bagi kategori terbuka 12km dan yang paling terujanya kerana baju lariannya memang amat menarikโ€ฆ..adidas ok!…hihihihihi....

Jom Baca Lagi....

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2015

larian-hari-keputeraan-sultan-nazrin-shah-2015-lhksns-dewan-jubli-perak-kuala-kangsar-perak-darul-ridzuan-eshamhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah atau lebih dikenali dengan nama singkatannya LHKSNS telah diadakan pada 29 November 2015 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak iaitu D.Y.M.M Paduka Seri Tuanku Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum D.Y.M.M Paduka Seri Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Hanya 3 kategori larian yang ditawarkan iaitu 7km, 10km dan juga 15km. Yuran penyertaan sebanyak RM20 dikenakan bagi kategori 10km dan 15km manakala kategori 7km adalah percuma dan hanya dikhaskan untuk pelajar sahaja.

Aku dan wife bersama Alice serta Zakiah juga tidak melepaskan peluang untuk sertai acara yang dikatakan mempunyai review yang amat memuaskan daripada peserta yang pernah menyertai larian ini. Lagipun, aku dan wife adalah anak kelahiran negeri Perak. Memang wajiblah kami berdua raikan Sultan sendiri kan?…hihihihihi.. ๐Ÿ˜€ ...

Jom Baca Lagi....

MASM Enviro Hunt 2015

enviro-hunt-2015-masm-minggu-alam-sekitar-malaysia-tasik-titiwangsa-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Enviro Hunt 2015 ini dianjurkan sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) yang bertujuan untuk mempupuk dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Acara ini telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 17 Oktober 2015 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Gabungan Geng Zombie iaitu aku dan wife serta Alice dan Zakiah sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta dalam acara seperti ini dan yang paling menariknya penyertaan bagi setiap kumpulan adalah percuma. Enviro Hunt 2015 hanya menawarkan 2 kategori sahaja iaitu kategori keluarga dan juga kategori terbuka dengan hadiah-hadiah menarik menanti buat pemenang.

Selain daripada acara Enviro Hunt, pelbagai aktiviti telah dijadualkan sehingga ke petang buat para pengunjung...

Jom Baca Lagi....

Standard Chartered KL Marathon 2015: SCKLM

kl-marathon-logo-scklm-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Standard Charteredย KL Marathon 2015 atau lebih dikenali dengan KL Marathon, merupakan salah satu acara marathon tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap pelari marathon. Acara marathon iniย  telah dijadualkan pada 4 Oktober 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan puluhan ribu peserta yang berdaftar. Standard Charteredย KL Marathon dikatakan mempunyai reputasi yang amat bagus serta diklasfikasikan sebagai satu acara yang cukup berprestij di peringkat antarabangsa.

Selain daripada pelari marathon tempatan (Malaysia), Standard Charteredย KL Marathon juga turut disertai oleh pelbagai lapisan pelari marathon daripada luar negara yang bertanding semata-mata untuk merebut hadiah yang cukup lumayan. Kategori yang dipertandingkan terdiri daripada kategori Full Marathon (42.195km), Half Marathon (21km), 10km, 5km dan juga 3km serta 1km bagi kategori kanak-kanak.

Pastinya, aku dan wife pun tidak akan lepaskan peluang untuk daftar bagi kategori 10km serta t...

Jom Baca Lagi....