Category Run Event

9 To 5 Run 2015

9to5run-run-event-putrajaya-kbs-larian-hari-pekerja-larian-hari-belia-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

9 to 5 Run ini telah berjaya disempurnakan pada 9 Mei 2015 di Persiaran Perdana, Putrajaya sempena sambutan Hari Pekerja serta Hari Belia Malaysia 2015. Larian ini dikenali juga sebagai Program Larian Pekerja Muda yang bertujuan untuk menyahut seruan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Ianya berfungsi untuk mengeratkan silaturahim, memantapkan serta merapatkan lagi jurang pekerja profesional dan bukan profesional dari sektor awam dan sektor swasta yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Selain daripada itu, program ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan lagi tahap kesedaran bertapa pentingnya kesihatan dan kecergasan di dalam kehidupan supaya menjadi lebih proaktif dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk mendaftar bagi larian ini. Seperti biasa, kategori 5km Fun Run tetap menjadi pilihan kitaorg sebagai latihan dan persed...

Jom Baca Lagi....

Cyberjaya Twincity Marathon 2014

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti korang semua dah tak sabar untuk membaca kisah pengembaraan The Clown Trekez dalam misi untuk menjejaki Kapal Terbang Pengebom B24 yang terhempas di sekitar Gunung Berembun kira-kira 70 tahun dahulu tapi “Siapakah The Clown Trekez?”.. harap bersabar!.. korang semua akan tahu nanti dan segala akan terjawab sedikit masa lagi!. πŸ˜€ Nampaknya terpaksa aku tangguhkan dahulu entri pengembaraan ini disebabkan suntingan video yang masih dalam proses serta aku masih lagi mencari fakta sejarah mengenai kisah tersebut. Oleh kerana itu, aku terpaksa mendahului entri yang lain….hihihihihi.. πŸ˜€

Berbalik kepada tajuk entri di atas, Cyberjaya Twincity Marathon 2014 telah diadakan pada 21 Disember 2014 bertempat di Persiaran Flora, Cyberjaya, Selangor. Ini adalah merupakan larian terakhir bagi tahun 2014 buat aku dan wife. Seperti biasa kitaorg hanya mendaftar untuk kategori Fun Run (5km) sahaja. Terima kasih kepada Kak Zue yang sudi mengambil race-kit dan b...

Jom Baca Lagi....

Run For Your Lives Malaysia 2014: Zombie Apocalypse

run-for-your-lives-malaysia-zombie-run-maep-serdang-outdoor-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Apa khabar pembaca-pembaca di luar sana?.. harap semuanya dalam keadaan ceria selalu. Aku agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh aku ataupun pihak lain. Ruang dan waktu untuk menulis dan mencoretkan cebisan pengalaman sememangnya terlalu sukar buat masa sekarang. Jari-jari ini nampaknya sudah lama berehat daripada menari-nari di papan kekunci.

Ok!.. sekarang ni aku akan cuba habiskan entri-entri tahun 2014 yang banyak tertangguh, harap dapat diselesaikan sebelum bulan Februari nanti…hihihihi.. πŸ˜€ Jom ikut aku kembali mengembara ke tahun lepas…….

Zombie oh Zombie!…selepas isu Zombie Kampung Pisang, nampaknya semakin menjadi-jadi wabak zombie di Malaysia sekarang dan dimanakah Husin ketika ini? Hahahahaha…. Rasanya aku pernah coretkan pengalaman aku dan wife menyertai Zombie Run pada awal tahun lepas...

Jom Baca Lagi....

MAKNA Founders Night Run 2014

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Jom kita berlari sambil menderma untuk badan kebajikan. Aku dan wife serta geng-geng running yang lain turut serta dalam program kebajikan MAKNA Founder’s Night Run 2014 yang telah berlangsung pada 1 November yang lepas di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Program larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Kanser Negara (National Cancer Council) adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan dan menerima bantuan kewangan daripada MAKNA. Bagus sebenarnya program seperti ni sebab korang juga akan dapat menghulurkan bantuan selain daripada dapat bersenam.

Kalau tak silap aku, rasanya ada 5 kategori yang ditawarkan bagi MAKNA Founder’s Night Run seperti Lelaki dan Wanita Terbuka (15 dan 10 km), Lelaki dan Wanita Veteran (15 dan 10 km), Cabaran Korporat (10 km), “Fun Run” dan “Fancyfool Run” (5 km)...

Jom Baca Lagi....

CAPAM International Run 2014

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

CAPAM International Run 2014 telah diadakan di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 19 Oktober yang lepas. Larian ini adalah sempena Persidangan Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan ataupun nama pendeknya iaitu CAPAM (Commonwealth Association for Public Administration and Management) yang telah diadakan di negara kita. Banyak juga sebenarnya kategori-kategori larian yang ditawarkan untuk larian ini seperti 5km, 10km dan 21km (Half Marathon).

Aku dan wife serta geng zombie juga tidak melepaskan peluang untuk sertai larian CAPAM ni tapi kitaorg hanya sekadar mengambil 5km bagi kategori β€œFun Run”. Aku dan wife masih lagi belum mencapai tahap 10km dan ke atas. Terpaksalah berjinak-jinak dengan 5km dulu bagi membiasakan kaki dan serasi dengan kasut lari kitaorg. Geng-geng lain tu sebenarnya dah biasa berlari bagi kategori 10km dan 21km tapi tiba-tiba ramai pulak yang daftar untuk Fun Run jer...

Jom Baca Lagi....