Category Segmen Moh Ke Perak

Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Sg Kampar, Gopeng #VMY2014

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selesai jer meneroka Gua Tempurung, kitaorg semua sudah bersedia untuk layan White Water Rafting lak kat Sungai Kampar. Ini adalah kali ke 2 aku dan wife gi rafting, kali pertama dulu kitaorg layan white water rafting di Sungai Slim. Korang leh baca entrinya di sini –> White Water Rafting Di Slim River. Dorang kata level rafting kat sini antara level 2 dan level 3 bergantung kepada cuaca, kalau hujan memang terus level 3 la kot.

Kitaorg semua di bawa menaiki lori untuk ke starting point so masing-masing dah macam buruh kasar ladang kelapa sawit….ahahahahahaha.. tapi macam perlarian pon ada jugak… ๐Ÿ˜€ Dari Gua Tempurung ke lokasi White Water Rafting mengambil masa dalam 30-45 minit, jauh jugak sebenarnya…aku ingatkan dekat jer. Memang thrill jugak naik lori ke sana sebab kena redah kawasan kampung pastu naik turun bukit tepi gaung lak tuuu…seram betul!… tapi yang spoilnya lori kitaorg kehabisan minyak pulak di tengah jalan…hihihi....

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan bloggerku dan pembaca semua? so apa adventure trip korang minggu ni?…. Ok!..Ok!..ย  Jom, aku ada cerita nak kongsi dengan korang semua. Entri “Moh Ke Perak” kali ni, aku bawak korang semua untuk mengembara dan meneroka Gua Tempurung bersama aku. Aku dan wife memang dah lama nak ke Gua Tempurung sebenarnya tapi takde geng lak, maleh nak gi berdua dengan wife aku.

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Akhirnya tercapai jugak hasrat kitaorg untuk meneroka Gua Tempurung bersama geng-geng outdoor yang lain. Ada 50 orang yang turut serta dalam trip ni, seperti biasalah…aku cuma kenal 2-3 orang jer (geng-geng outdoor yang aku selalu join). Walaupun ramai yang kitaorg tak kenal tapi biler kat sana macam dah lama kenal jer…hihihihihi.. ๐Ÿ˜€ .

Seawal pukul 7 pagi kitaorg dah menyusuri Lebuhraya Utara Selatan menuju ke RnR Tapah, tempat berkumpul sebelum nak ke Gopeng. Sarapan dulu sementara menunggu peserta lain. Bagi sesiapa yang tak pernah sampai di Gua Tempurung ni, senang je...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Kompleks Bebas Cukai Dan Batu Sempadan Malaya-Thailand

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum tu jangan ler muak yer jika aku bercerita lagi tentang Pengkalan Huluโ€ฆ.ekekeke.. bukannya apa, aku cuma nak berkongsi dengan korang-korang semua pengalaman aku kat sana dan sambil-sambil untuk promote tempat-tempat yang menarik kat sana.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanKompleks Bebas Cukai

Ok..okโ€ฆ Segmen โ€œMoh Ke Perakโ€ kali ni aku nak bawak korang semua mengembara ke Kompleks Zon Bebas Cukai kat kawasan yang berhampiran dengan Batu Sempadan Malaysia-Thailand. Terletak di di antara Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dan Daerah Betong, Selatan Thailand. Kalau bercerita pasal shopping ni mesti ler kaum perempuan yang hebat kanโ€ฆ.hihihihi.. Kompleks Zon Bebas Cukai ni takde ler besar sangat seperti di Padang Besar tapi masih menarik jugak bagi kaki-kaki shopping. Kalau aku bawak wife aku ni mesti kuali ngan periuk menjadi sasaranโ€ฆekekekekeโ€ฆ dan di samping tu ada jugak jual pelbagai aneka coklatโ€ฆala-ala kat Langkawi tuuu.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanKompleks Bebas Cukai..

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanBeg ada, pakaian ada, k...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mungkin korang nak tau kenapa minggu ni aku asyik bercerita mengenai Daerah Pengkalan Hulu di Hulu Perak. Sebenarnya sebelum ini, aku pun tak tau apa yang ada di Pengkalan Hulu atau dulu dikenali sebagai Pekan Kroh sehinggalah aku diberi peluang oleh Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama meneroka keindahan dan keunikan tersembunyi di Daerah Pengkalan Hulu. Sebelum itu, jom flashback balik entri-entri dalam segmen “Moh Ke Perak”, nanti takut korang semua blur lak tertiba baca entri ni….hihihihihi… ๐Ÿ˜€

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Entri segmen “Moh Ke Perak” kali ini aku akan membawa korang semua untuk bersama-sama meneroka Gua Gendang dan Gua Itik secara maya...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Apa!!… Pesta Songkran di Malaysia?.…. mesti korang ingat Pesta Songkran ni hanya disambut di Thailand jer kan!. Moh aku cerita sket, sebenarnya negara kita ni penuh dengan pelbagai kaum serta etnik dan itu adalah keunikan Malaysia. Apabila ada pelbagai kaum, mesti lah ada pelbagai perayaan kanโ€ฆtul tak? ๐Ÿ˜€

Jikalau Masyarakat Melayu menyambut ย Awal Muharam (Tahun Baru Islam), Masyarakat Cina dengan Gong Xi Fa Chai (Tahun Baru Cina) atau Masyarakat Tamil dengan Vishu (Tahun Baru Tamil). Masyarakat Siam di Malaysia juga menyambutย  Tahun Baru Thai atau yang biasa dikenali sebagai Songkran tapi ramai juga yang menganggap Pesta Songkran ni sebagai Pesta Air. Pesta Songkran ni ada juga disambut di Malaysia oleh Masyarakat Siam-Malaysia terutamanya di negeriโ€“negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perak, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Dalam segmen โ€œMoh Ke Perakโ€ kali ini aku telah mengembara bersama-sama FAM Trip Pengkalan Hulu:...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sememangnya Negeri Perak terkenal dengan kegiatan perlombongan bijih timah tapi korang pernah dengar tak tentang lombong bijih timah yang terbesar dan tertua kat Malaysia ni?. Oleh itu, segmen “Moh ke Perak” kali ini aku nak bercerita tentang Lombong Bijih Timah yang dikelolakan oleh Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. Aku pun baru tau jugak sebenarnya tentang kewujudan lombong bijih timah ni. Semasa mengikuti FAM Trip Pengkalan Hulu, aku telah berpeluang untuk meneroka dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan di lombong bijih timah tersebut. Secara peribadi, ini adalah pengalaman kali pertama aku masuk ke kawasan lombong bijih timah ni….. kalau dulu-dulu biasanya gi memancing kat lombong jer…ekekekeke. ๐Ÿ˜€

Ok! Sebelum tu jom aku ceritakan serba sedikit tentang sejarah Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd ni………. ๐Ÿ˜€

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic ni telah beroperasi semenjak tahun 1907 di Klian Intan, Hulu Perak...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Slim River #VMY2014

Salam,

Terlebih dahulu aku nak mintak maaf kat geng-geng blogger sebab tak dapat nak blog walking kat blog korang. Aku ngan wife gi travel ke Langkawi dan Perlis last week pastu balik jer banyak lak aktiviti lain. Memang tak sempat nak check blog. Entri ni pun baru nak siapkanโ€ฆhihihihihi ๐Ÿ˜€ . Jom baca entri ni.

WWR ataupon White Water Rafting merupakan salah satu sukan air yang ekstrem. Memang memerlukan skill dan kekuatan tangan bagi mendayung paddle supaya dapat mengendalikan bot mengharungi arus yang deras untuk melepasi jeram-jeram dan mengelakkan daripada bot terbalik.

white-water-rafting-shamphotography-05Gambar niย  dari fb Organiser… aku yang baju kuning kat depan tu pastu wife lak kat sebelah kanan belakang (helmet merah).

4 Januari hari tu, aku ngan wife join aktiviti White Water Rafting dengan geng-geng wife tapi geng wife aku ada 2 orang jer pun dan yang lain-lain tu kitaorg tak kenal. Mula-mula sepatutnya lokasi di Gopeng tapi last minit tukar ke Slim River...

Jom Baca Lagi....