Category Selangor

Compressport Combo Challenge: Compressport Road

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Compressport Road telah diadakan pada 24 April 2016 di Balai Bomba dan Penyelamat, Cyberjaya. Acara ini adalah kesinambungan dari Compressport Combo Challenge 2016 yang terdiri daripada kombinasi Compressport Trails dan juga Compressport Road. Compressport Trails pula telah diadakan pada 3 Januari 2016 yang lepas bertempat di Mardi Maeps, Serdang. Boleh baca komen aku mengenai Compressport Trails di entri Compressport Combo Challenge: Compressport Trails.

Kedua-dua kombinasi ini tetap menawarkan hanya dua (2) kategori larian iaitu 6km dan juga 12km. 12km pula dibahagikan kepada empat (4) iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Senior, Wanita Terbuka dan juga Wanita Senior. Sama seperti Compressport Trails, aku dah wife hanya mendaftar untuk kategori 6km hanya sekadar untuk mendapatkan kedua-dua koleksi medal kombinasi daripada trail dan road.

Kebiasaannya, peserta yang mendaftar untuk jarak yang lebih jauh akan dilepaskan terlebih dahulu tetapi bagi acara ini pes...

Jom Baca Lagi....

Jom Sertai Tandem Paragliding Di Bukit Jugra Pada 23 April 2016

event-paragliding-bukit-jugra-proglidesports-eshamzhalim-23-april-2016

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Sekali lagi, www.eshamzhalim.com a.k.a Geng Trip Santai (GTS) bersama pihak Proglidesports akan menganjurkan aktiviti Tandem Paragliding di Bukit Jugra Paragliding Park bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin mencuba. Sila baca maklumat dibawah sebelum mengisi borang pendaftaran online.

Maklumat aktiviti adalah seperti dibawah:
Tarikh: 23 April 2016 (Penyertaan ditutup).
Masa: 11.00 pagi sehingga aktiviti tamat.
Lokasi: Rumah Api Bukit Jugra, Banting, Selangor.
Jumlah Peserta: 25 orang sahaja setiap tarikh (Penyertaan akan ditutup apabila mencapai 25 peserta)
Bayaran: RM180 seorang termasuk sijil penyertaan (e-certificate) dan juga rakaman video semasa paragliding. Pakej tidak termasuk makanan dan minuman serta insuran. Sijil adalah berbentuk e-certificate dan akan dihantar melalui email.
Durasi Paragliding: 5-10Β minit (bergantung kepada keadaan angin. Kalau angin bagus, memang boleh terbang lama.)

Syarat bagi melakukan aktiviti Tandem Paraglidi...

Jom Baca Lagi....

Hulu Langat Trail Run 2016: HLTR2016

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hulu Langat Trail Run 2016 (HLTR2016) telah diadakan pada 3 April 2016 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Dusun Tua, Hulu Langat Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (KEMBARA) serta disokong oleh Kembara Outdoor Centre (KOC), Tourism Selangor, World of Sports, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan juga Salomon sebagai penaja rasmi baju larian bagi acara ini.

Hanya dua (2) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 16km (Wild) dan juga 10km (Mild). Larian ini boleh dikatakan mendapat komen yang agak bagus bagi penganjurannya untuk tahun lepas. Aku ada terbaca ulasan dan juga gambar-gambar menarik di beberapa blog mengenai Hulu Langat Trail Run edisi 2015, disebabkan inilah aku dan wife tergerak hati untuk mendaftar tapi untuk tahun ini hanya mencuba kategori 10km (Mild).

Peserta bagi kategori 16km telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan diikuti dengan ...

Jom Baca Lagi....

UEM Charity Run 2016: We Run NKVE

uem-charity-run-2015-50-tahun-half-marathon-finisher-nkve-werunnkve-persada-plus-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

UEM Charity Run 2016 ataupun Larian Amal UEM 2016 telah diadakan di Persada Plus, Subang Jaya pada 13 Mac 2016 yang lalu. Acara larian amal ini adalah anjuran United Engineers Malaysia Berhad (UEM) bersempena ulangtahunnyaΒ  yang ke 50 dan hasil kutipan amal daripada acara ini akan diagihkan kepada beberapa badan-bahan kebajikan seperti Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Yayasan Tuanku Syed Putra, Yayasan IJN, Persatuan Orang Buta Malaysia dan juga Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia. Disamping larian amal, pihak penganjur juga mengambil inisiatif untuk menganjurkan karnival yang terbuka kepada peserta atau orang ramai yang hadir di Persada Plus.

Buat julung kalinya, Lebuhraya NKVE (New Klang Valley Expressway) telah ditutup sementara bermula daripada laluan Shah Alam hingga ke Bukit Lanjan di kedua-dua arah bagi memberi peluang kepada para peserta untuk berlari. Hanya empat (4) kategori yang ditawarkan bagi larian ini iaitu 21km, 12km, 6km dan ju...

Jom Baca Lagi....

Shah Alam Half 21KM Night Run 2016

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholics

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Shah Alam Half 21KM Night Run telah diadakan pada 17 Januari 2016 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dan ianya juga merupakan penganjuran sulung bagi acara ini. Dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Para Selangor (POPS), GORun dan Puncak Ventures Sra Sdn. Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Hanya menawarkan 2 jarak larian sahaja iaitu 21km Half Marathon dan juga 10km dengan kedua-dua jarak larian mempunyai kategori lelaki dan wanita terbuka dan veteran.

Ini juga merupakan percubaan pertama aku untuk berlari sejauh 21km. Mungkin kerana lokasi larian yang berdekatan dengan rumah menyebabkan aku beranikan diri untuk mendaftar kategori half marathon manakala wife pula mendaftar untuk 10km. Jarak yang paling jauh aku berlari setakat ini adalah 15km dan itu menyebabkan aku lebih yakin untuk menambahkan lagi jarak larian ke 21km...

Jom Baca Lagi....

Compressport Combo Challenge: Compressport Trails

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Compressport Combo Challenge 2016 merupakan kombinasi di antara acara Compressport Trails dan juga Compressport Road yang boleh didaftarkan secara serentak ataupun berasingan. Kedua-dua acara ini dianjurkan oleh penganjur yang sama tetapi mempunyai tarikh, lokasi dan cabaran yang berbeza.

Buat permulaan, aku dan wife hanya mendaftar untuk acara Compressport Trails terlebih dahulu sementara memikirkan samaada ingin mendaftar untuk acara yang kedua ataupun tidak?. Kalau mengikut rekod larian aku dan wife, ini merupakan acara trail run yang pertama buat kitaorg…hihihihihi…. πŸ˜€ . Perkara pertama yang kitaorg fikir adalah kasut!…Merata juga kitaorg mencari kasut yang sesuai untuk trail run ni. Brooks Cascadia, Skechers GoRun Ultra 2 ataupun Salomon Speedcross sememangnya menjadi pilihan tetapi hanya mampu pandang dari jauh jer sebab diluar daripada kemampuan belanjawan kitaorg. Maklumlah sebab kena beli 2 pasang kasut kan!...

Jom Baca Lagi....

Larian SJ MPSJ 10KM 2015

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Larian SJ MPSJ 10KM 2015 telah diadakan pada 20 September 2015 di Stadium MPSJ, USJ 5 Subang Jaya. Larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya dan dengan tajaan daripada 100 Plus, Les’ Copaque Production serta Shaklee Malaysia. Hanya ada 4 kategori larian sahaja yang ditawarkan untuk larian ini iaitu 3km, 5km, 7km dan 10km bagi jarak yang paling jauh. Berdasarkan maklumat yang aku dapat, Larian SJ MPSJ 10KM 2015 ini merupakan anjuran kali ke 8 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga MPSJ dan juga penduduk sekitar Subang Jaya.

Sebenarnya, ada 2 sebab kenapa aku dan wife mendaftar untuk larian ini. Sebab yang pertama kerana acara larian ini berdekatan dengan kawasan rumah aku dan sebab yang kedua ialah yuran penyertaan untuk kategori 10km adalah RM32 seorang….hahahahaha…murah kan?.

Peserta bagi kategori 10km telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan diikuti d...

Jom Baca Lagi....

Merdeka Fun Run 2015

merdeka-fun-run-2015-cyberjaya-dpulze-running-event-eshamzhalimdotcom-runholic-bullrunner
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 58 pada tanggal 31 Ogos 2015, aku dan wife telah mendaftarkan diri dan turut serta di dalam Larian Merdeka Fun Run 2015 sejauh 5km di D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya, Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Two Acestar Interactive Sdn Bhd dengan kerjasama D’Pulze Shopping Centre. Hanya 2 kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 10km dan kategori 5km fun run.

Larian ini pasti tidak akan sempurna tanpa kibaran bendera Malaysia dan seperti biasa, memang kitaorg dah berniat untuk berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang larian hinggalah ke garisan penamat sempena menyambut bulan kemerdekaan tahun ini. Larian bagi kategori 10km telah dilepaskan pada pukul 8.00 pagi dan diikuti dengan kategori 5km pada pukul 8.30 pagi.

Aku memang tidak puas hati dengan penganjur larian ini dan malas nak bercerita panjang. Kenapa aku tidak puas hati?…...

Jom Baca Lagi....