Category Selangor

Tadom Base: Warrior Revolution 2015

tadom-base-warrior-revolution-2015-bukit-tadom-banting-outdoor-adventure-eshamzhalim-toohotdemo

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aktiviti larian kali ini adalah berbeza daripada larian-larian yang aku dan wife pernah daftar sebelum ini. Setelah dihasut dan diracun oleh rakan-rakan, akhirnya aku dan wife buat julung-julung kalinya mendaftar acara Tadom Base: Warrior Revolution 2015 (5km Trail Run) pada 8 Ogos 2015 yang lepas. Apa ker bendanya Tadom Base ni?… sebenarnya Tadom Base Warrior Revolution ini adalah acara Trail Run (Larian Denai) sejauh 5km dan mempunyai 30 halangan yang perlu ditempuhi oleh peserta sebelum menuju ke garisan penamat. Larian ini telah diadakan di Tadom Basecamp yang bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Banting. Tadom Basecamp ni terletak hanya lebih kurang 12 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan telah dijadikan sebagai pangkalan asas dengan pelbagai halangan sukar yang direkacipta khas bagi pengemar-pengemar aktiviti lasak di Malaysia.

Seawal pukul 5.30 pagi, aku dan wife telah berkumpul di RnR Dengkil sebelum bergerak...

Jom Baca Lagi....

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti ramai yang tertanya-tanya β€œApakah EnerZ Indoor Extreme Park ini?”. Rilek!..rilek!… jom aku terangkan supaya segala persoalan terjawab. Untuk makluman semua, EnerZ Indoor Extreme Park ini merupakan Taman Ekstrem dan juga Arena Sukan Tertutup yang menawarkan pelbagai aktiviti dan cabaran sukan lasak bagi golongan dewasa dan juga kanak-kanak. EnerZ Indoor Extreme Park ini mempunyai keluasan sehingga 80,000 kaki persegi dan ianya juga merupakan Taman Thampoline yang terbesar di Asia, disamping menyediakan pelbagai kemudahan aktiviti sukan dan cabaran lasak untuk semua peringkat umur bergantung kepada syarat had ketinggian yang telah ditetapkan.

Aku dan wife bersama blogger-blogger yang lain telah diberi peluang untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman cabaran-cabaran ekstrem yang ditawarkan oleh EnerZ Indoor Extreme Park. Terima kasih juga aku ucapkan kepada Bro Framestone dan juga pihak pengurusan EnerZ Extreme Park kerana telah sudi menjemp...

Jom Baca Lagi....

Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Lata Medang, pasti pernah terdengar mengenai Bukit Kutu. Bukit Kutu ataupun dahulunya dikenali sebagai Treacher’s Hill sememangnya mempunyai pelbagai kesan peninggalan sejarah sewaktu era pemerintahan British dahulu. Nama Treacher’s Hill adalah sempena Sir William Hood Treacher yang menemui tempat ini pada tahun 1893 dan menurut sejarah, Sir WH Treacher, K.C.M.G. telah berkhidmat sebagai Residen British di Selangor dari 1892 hingga 1896.

Kedudukannya di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor sering menjadi tumpuan di kalangan pendaki sebagai tempat latihan mingguan bagi aktiviti pendakian. Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di paras 3456 kaki ataupun 1053 meter daripada aras laut.

Berdasarkan sumber sejarah yang aku kupas, dahulunya Bukit Kutu ini telah dijadikan sebagai stesen pemantauan tentera british pada era kolonial British tetapi ianya te...

Jom Baca Lagi....

Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

santuari-ikan-sungai-chiling-kuala-kubu-bharu-bukit-fraser-air-terjun-ikan-kelah-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi entri kali ini, aku dan wife bersama Geng Zombie sempat meluangkan masa bersantai untuk menikmati ketenangan alam semulajadi dan juga kedinginan Air Terjun Sungai Chiling. Air Terjun Sungai Chiling ataupun lebih dikenali dengan nama Santuari Ikan Sungai Chiling sememangnya satu destinasi yang sesuai untuk bersantai dan meluangkan masa bersama kawan-kawan serta keluarga pada cuti hujung minggu. Santuari Ikan ini dikawalselia oleh Jabatan Perikanan Negeri dan sungai tersebut telah diwartakan sebagai taman alam semula jadi serta tempat perlindungan ikan kelah di dalam usaha untuk memelihara spesies tempatan ikan tersebut, maka tidak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing di sini. Dendanya memang agak lumayan sekiranya di dapati menyeludup ikan kelah keluar daripada santuari ikan ini…hihihihihi.. πŸ˜€

Terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan yang sama menuju ke Bukit Fraser dan selepas simpang masuk ke Kampung Pertak ataupun k...

Jom Baca Lagi....

Menuju Puncak Gunung Bunga Buah

gunung-bunga-buah-genting-highlands-gbb-gohtong-jaya-hiking-pahang-eshamzhalim-trailmenu-lesvoyageurs-urbanescapers-01

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pengembaraan kali ini telah membawa aku dan wife ke Genting Highland bersama-sama Team LesVoyageurs serta Team Urbanescaper dalam misi untuk menuju puncak Gunung Bunga Buah (GBB). Seawal pukul 5 pagi kitaorg mula berkumpul dan menuju ke RnR Genting Sempah untuk sarapan sambil menunggu beberapa kawan lagi sebelum bergerak ke Pekan Gohtong Jaya bagi memulakan pendakian.

Gunung Bunga Buah ini terletak di sempadan negeri Selangor dan Genting Highland, Pahang. Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki) dari paras laut tetapi sebenarnya pendakian akan bermula di ketinggian 900 meter dan bukan dari 0 meter. Disebabkan faktor ini, Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan popular bagi pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang ketika cuti hujung minggu kerana boleh didaki dalam masa sehari.

Gunung Bunga Buah ini boleh didaki dari kawasan Genting Highland atau lebih tepat lagi daripada Pekan Gohtong Jaya...

Jom Baca Lagi....

Cyberjaya Twincity Marathon 2014

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti korang semua dah tak sabar untuk membaca kisah pengembaraan The Clown Trekez dalam misi untuk menjejaki Kapal Terbang Pengebom B24 yang terhempas di sekitar Gunung Berembun kira-kira 70 tahun dahulu tapi “Siapakah The Clown Trekez?”.. harap bersabar!.. korang semua akan tahu nanti dan segala akan terjawab sedikit masa lagi!. πŸ˜€ Nampaknya terpaksa aku tangguhkan dahulu entri pengembaraan ini disebabkan suntingan video yang masih dalam proses serta aku masih lagi mencari fakta sejarah mengenai kisah tersebut. Oleh kerana itu, aku terpaksa mendahului entri yang lain….hihihihihi.. πŸ˜€

Berbalik kepada tajuk entri di atas, Cyberjaya Twincity Marathon 2014 telah diadakan pada 21 Disember 2014 bertempat di Persiaran Flora, Cyberjaya, Selangor. Ini adalah merupakan larian terakhir bagi tahun 2014 buat aku dan wife. Seperti biasa kitaorg hanya mendaftar untuk kategori Fun Run (5km) sahaja. Terima kasih kepada Kak Zue yang sudi mengambil race-kit dan b...

Jom Baca Lagi....

Jom Ngopi: MTLatte Cafe @ Dataran Ara Damansara

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi Segmen Jom Ngopi pada bulan ini, aku akan membawa pencinta kopi di luar sana untuk berkunjung ke sebuah lagi Cafe yang unik di sekitar Ara Damansara. Terlebih dahulu, terima kasih aku ucapkan kepada Nichole yang merupakan salah seorang pemilik MTLatte Cafe kerana sudi menjemput aku dan geng ngopi yang lain untuk merasai sendiri suasana dan juga menikmati sajian yang terdapat di MTLatte Cafe.

MTLatte Cafe yang terletak di Dataran Ara Damansara ini diusahakan oleh Nichole bersama rakan perniagaannya Alan, dan baru sahaja memulakan operasinya sekitar 2 bulan yang lepas. MTLatte Cafe memilih konsep unik yang berasaskan daripada elemen-elemen Kejuruteraan (Engineering)Β  bagi menghiasi ruangan dalaman cafenya. Bagi aku setiap cafe haruskan mempunyai kelainan dan juga keunikkan yang boleh dijadikan sebagai identiti cafe itu tersendiri.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi aku dan wife telah berada di MTLatte Cafe sambil menunggu Hafeesyam serta Athin...

Jom Baca Lagi....

Jom Ngopi: Flat White Cafe @ SS15 Subang Jaya

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Ngopi,

Segmen Jom Ngopi diteruskan lagi dalam misi untuk menerjah cafe-cafe yang berada di sekitar bandaraya. Bagi entri kali ini, aku akan membawa pembaca semua ke sebuah cafe yang beroperasi di SS15, Subang Jaya iaitu Flat White Cafe. Seperti biasa aku dan wife akan disertai oleh Hafeesyam danΒ Athin Nabiha yang merupakan ahli tetap Geng Ngopi kitaorg. Pilihan cafe kali ini sebenarnya dilakukan secara rawak. Pada mulanya rancangan asal kitaorg adalah untuk lepak dan serahkan ole-ole yang kitaorg beli khas daripada Hat Yai buat Hafeesyam dan Athin tapi sambil menyelam boleh minum air kan…hihihi πŸ˜€ . Banyak sebenarnya cafe-cafe yang terdapat di SS15 ni tapi disebabkan mata telah tertumpu kepada Flat White Cafe, terus kitaorg mengambil keputusan untuk mencuba Flat White Cafe.

Flat White Cafe ini terletak di tingkat 1 dan di deretan bangunan yang sama dengan Starbucks Cafe...

Jom Baca Lagi....