Category The Clown Trekez

Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti anda semua hairan kenapa blog ni agak lama menyepi. Buat masa sekarang ni, tiap-tiap minggu padat dengan aktiviti hingga aku pun tak tahu yang mana satu nak diceritakan dahulu…hihihihihi. 😀 Ditambahkan lagi dengan penyakit “Malas” yang sememangnya menguji tahap kerajinan penulisan aku. Entri Backpack ke Lopburi dan Kachanaburi di Thailand pun masih lagi samar-samar penceritaannya…hahahahaha. Ok!.. Ok!.. cukuplah mukadimahnya setakat ni. Anda mesti nak tahu apakah kisah dan pengembaraan disebalik tajuk besar di atas tu?…. 😀

Sekali lagi aku dan wife mengikuti satu pengembaraan bersama-sama The Clown TrekeZ dalam Misi Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah. Pengembaraan ini memerlukan kami untuk bermalam di Hutan Lipur Berkelah bagi menjayakan misi eksplorasi ke air terjun peringkat ke 7 yang sememangnya terkenal di Hutan Lipur ini.

Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Ai...

Jom Baca Lagi....

Ekspedisi Gunung Telapak Buruk-B24 Liberator-Gunung Berembun

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku rasa pasti ramai yang menanti entri Ekspedisi Gunung Telapak Buruk-B24 Liberator-Gunung Berembun. Terlebih dahulu, aku ingin mohon maaf diatas kelewatan entri ini disebabkan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. Dalam entri yang lepas, aku dan wife telah berjaya mendaki puncak Gunung Angsi di Kuala Pilah. Bagi yang masih tidak berkesempatan untuk menerjah entri tu, bolehlah klik Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi. Bagi entri kali ini, aku dan wife bersama-sama The Clown TrekeZ telah menganjurkan satu ekspedisi yang berunsurkan peninggalan sejarah dengan menjejaki sebuah bangkai Pesawat Pengebom B24 Liberator milik Tentera British yang telah terhempas di Tanah Melayu ketika menjalankan misi rahsia sewaktu Perang Dunia ke II dahulu.

Tapi persoalannya disini!!!… Siapakah The Clown TrekeZ?. Jangan panik!.. Jangan risau!.. jom aku menrungkaikan segala kekusutan dan misteri disebalik pendaki-pendaki badut ini… 😀 Sebenarnya, ‘The Clown TrekeZ’ ...

Jom Baca Lagi....