Category Tourism Malaysia Kedah

Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah

gunung-keriang-alor-setar-kedah-hiking-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Gunung Keriang merupakan satu peninggalan pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya. Tersergam indah serta dikelilingi oleh pemandangan sawah padi di Kampung Gunung Hulu iaitu lebih kurang 8 kilometer daripada pusat bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah. Walaupun mempunyai ketinggian sekitar 217.92 meter daripada paras laut tetapi ianya tetap digelar sebagai gunung. Gunung Keriang juga dikenali sebagai β€˜Mount Caves’ ataupun dengan nama Bukit Gajah dikalangan masyarakat Cina.

Gunung Keriang menjadi salah satu destinasi sampingan bagi aku dan wife serta Wolf dan Eyda apabila kamiΒ berempat berkunjung ke negeri Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan Hisyam dan Fareeza yang berlangsung di Kulim. Perancangan asal adalah untuk mendaki Gunung Baling yang juga merupakan antara lokasi pendakian popular di negeri Kedah tetapi terpaksa menukar perancangan di saat akhir disebabkan kekangan waktu...

Jom Baca Lagi....