Category Tourism Thailand

Phu Ruea National Park: Antara Destinasi Menarik Di Loei, Thailand

phu-ruea-phurua-loei-thailand-mountain-gunung-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku dan wife berkesempatan untuk berkhemah selama satu malam di Phu Ruea National Park (Taman Negara Phu Ruea) selepas 3 hari kami berkampung di Phu Chi Fa. Phu Ruea National Park adalah sebuah kawasan pergunungan yang terletak di wilayah Loei atau lebih tepat lagi di dalam daerah Phu Ruea. Puncak Phu Ruea mempunyai ketinggian 1,365 meter dari aras laut dan merupakan gunung yang tertinggi di wilayah Loei. Ianya juga dikatakan adalah kawasan yang paling sejuk di Thailand. Berdasarkan beberapa info yang aku dapat, suhu malam di puncak Phu Ruea boleh menurun sehingga 0 darjah celcius di antara bulan Disember hingga Januari. Berbeza pula pengalaman kami sewaktu berada di puncak, suhu yang dicatatkan hanyalah 8 darjah celcius dan bagi aku suhu di Phu Chi Fa adalah lebih sejuk daripada Phu Ruea. Mesti anda rasa agak susah untuk menyebut perkataan “Phu Ruea” kan?…hihihi..samalah dengan aku. 😀 Setiap perbualan yang kami dengar, orang thai di Loei menyebut

Jom Baca Lagi....

Phu Chi Fa: Permata Yang Tersembunyi Di Chiang Rai

phu-chi-fa-phu-chee-fah-chiang-rai-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti ramai yang pernah berkunjung ke utara Thailand terutamanya di Chiang Rai tetapi mungkin ramai yang masih tidak tahu ada permata yang tersembunyi di ceruk pedalaman Chiang Rai yang dinamakan Phu Chi Fa. Phu Chi Fa, Phu Chi Fah ataupun Phu Chee Fah, ianya tetap merujuk kepada lokasi yang sama iaitu sebuah kawasan pergunungan dan Taman Hutan Negara Thailand (National Forest Park) yang bersebelahan dengan sempadan Laos. Satu nama yang sememangnya amat popular di kalangan warga Thai tetapi masih lagi boleh dianggap sebagai sebuah lokasi tersembunyi bagi kebanyakkan pelancong luar. Jika nama Phu Chi Fa itu diterjemahkan, ianya membawa maksud “gunung yang menunjuk ke langit” dan anda akan faham apabila melihat gambar puncaknya. Secara umumnya, pengunjung yang datang ke sini hanyalah semata-mata untuk menikmati keindahan matahari terbit serta permandangan lautan kabus di puncak Phu Chi Fa yang dikatakan antara tercantik di Thailand.

Ini antara mi...

Jom Baca Lagi....

Panduan Ringkas Ke Ladang Bunga Matahari Lopburi, Thailand

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kebiasaannya apabila tiba di penghujung tahun, selalu juga aku dapat mesej di facebook dan whatapps bertanyakan tentang bagaimana untuk ke Ladang Bunga Matahari di Lopburi, Thailand. Ada yang sekadar bertanya beberapa info dan ada juga yang minta maklumat secara terperinci. Mana-mana pengalaman yang aku lalui memang senang untuk dikongsikan tetapi jika ada maklumat yang aku sendiri pun tidak pasti, aku akan cuba cari info untuk membantu. Jom aku kongsikan sedikit panduan ringkas supaya anda boleh menyusun jadual perjalanan ke sana dengan lebih lancar. 😀

Sebelum anda merancang untuk ke Lopburi, terlebih dahulu anda perlu tahu “bilakah waktu yang sesuai untuk ke ladang bunga matahari?”. Penanaman bunga matahari di Lopburi adalah mengikut musim disebabkan hayat bunga matahari ini hanyalah dalam tempoh semusim sahaja dan waktu yang sesuai untuk ke ladang bunga matahari di Lopburi adalah sekitar bulan November sehinggalah ke bulan Januari setiap tahun.

Jom Baca Lagi....

Bagaimana Untuk Ke Chiang Mai Dan Chiang Rai Menggunakan Bas Atau Keretapi

map-bas-keretapi-ke-chiang-mai-chiang-rai-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Chiang Mai dan Chiang Rai adalah dua bandar yang terletak di sebelah utara Thailand serta mempunyai permukaan geografi yang diliputi dengan kawasan-kawasan pergunungan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa puncak gunung tertinggi di seluruh Thailand berada di daerah Chiang Mai iaitu di Doi Inthanon dengan ketinggian 2,565 meter dari paras laut. Manakala Chiang Rai pula terletak bersebelahan Chiang Mai merupakan tanah Thailand yang paling utara serta bersempadan dengan Laos dan Myanmar (Burma). Mungkin anda pernah mendengar atau terbaca mengenai Golden Triangle. Kedua-dua lokasi ini merupakan antara lokasi yang popular di Chiang Mai dan Chiang Rai. Walau bagaimana pun, setiap destinasi itu tetap mempunyai daya tarikan dan keunikan yang tersendiri.

Jika entri sebelum ini aku berkongsi bagaimana untuk ke Hatyai dan Bangkok dengan menggunakan pengangkutan awam darat seperti bas dan keretapi. Apa kata kali ini, jom mengembara lebih jauh lagi ke utara Thai...

Jom Baca Lagi....

Bagaimana Untuk Ke Hatyai Dan Bangkok Menggunakan Bas Atau Keretapi

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hatyai dan Bangkok merupakan antara lokasi popular di Thailand yang selalu menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Ianya juga selalu menjadi destinasi pilihan aku dan wife, boleh dikatakan setiap tahun kami akan meluangkan masa untuk bercuti ke sana serta kedua-dua bandar ini adalah lokasi transit kami sebelum menuju ke lokasi yang lebih jauh lagi ke timur, barat ataupun utara Thailand. Seperti biasa, bas dan keretapi merupakan pengangkutan awam yang sentiasa menjadikan pilihan utama bagi kami untuk ke sana. Pengalaman perjalanan dengan menggunakan pengangkutan darat seperti perkhidmatan bas atau keretapi sememangnya lebih menarik daripada dengan hanya menaiki kapalterbang.

Sejak kebelakangan ini, ramai juga yang email dan whatapps aku bertanyakan bagaimana untuk ke Hatyai atau ke Bangkok dengan menggunakan pengangkutan awam dari Malaysia. Mungkin ada email yang sempat aku balas dan mungkin juga ada email yang aku terlepas pandang...

Jom Baca Lagi....

Tab Kak Hang Nak Hill Nature Trail: Krabi, Thailand

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Krabi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di kalangan rakyat Malaysia sekiranya bercuti ke negara Thailand.  Ianya sebuah wilayah di bahagian selatan Thailand yang terletak di sepanjang Laut Andaman (Andaman Sea) dan sememangnya cukup terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya serta aktiviti-aktiviti rock climbing, snokeling, scuba diving ataupun hanya bersantai di tepi pantai.

Ini adalah kali kedua aku dan wife menjejakkan kaki di Krabi dan kali ini kami bukan hanya berdua tetapi ditemani oleh Geng Runholic (Amar, Bella Pinky, Azzam, Wolf dan Din Jengking) yang ingin merehatkan diri seketika daripada aktiviti larian….hihihihihi.. 😀 Sebenarnya ini adalah trip pada bulan Disember tahun lepas dan disebabkan aku sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain hingga terlupa untuk berkongsi di blog. Selain daripada trip ke Krabi, ada satu lagi pengembaraan ke Thailand bersama Geng Zombie dalam Misi Menjejaki 3 Puncak di Thailand yang merangkum...

Jom Baca Lagi....

10th Hatyai International Marathon 2016

10th-hatyai-international-marathon-2016-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hatyai International Marathon bagi edisi 2016 telah diadakan di Jiranakorn Stadium, Hatyai pada 29 Mei 2016. Acara anjuran Hatyai Runner Club ini merupakan salah satu acara tahunan yang popular serta meriah di Hatyai dan ini adalah ulangtahun penganjurannya yang ke 10. Ianya menawarkan 4 kategori larian iaitu Full Marathon (42.195km), Half Marathon (21.1km), Mini Marathon (10.5km) dan Fun Run (4km).

Disebabkan acara ini banyak mendapat ulasan dan komen-komen yang memberangsangkan daripada kawan-kawan. Aku  dan wife tidak melepaskan peluang untuk turut serta dengan mendaftar bagi kategori Half Marathon (21.1km) dan ini merupakan acara larian pertama kami di luar Malaysia. Memang sudah banyak kali aku dan wife berkunjung ke Hatyai tapi untuk kali ini, tujuan kami datang adalah untuk berlarian di sekitar bandar Hatyai…hihihihihi.. 😀 Seperti biasa, bas adalah pengangkutan utama aku dan wife untuk ke sana. Pembelian tiket bas 30 hari lebih awal adal...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: Video Misi Mencari Bunga Matahari

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku rasa mesti ramai yang ternanti-nantikan video penuh pengembaraan kami dalam menjejaki salah satu tarikan utama di negara Thailand iaitu Bunga Matahari (Sunflower) yang terkenal di daerah Lopburi. Bulan ni jari jemari aku kurang menari-nari di atas papan kekunci disebabkan sibuk dengan aktiviti harian dan mood nak menulis pun agak ke laut sikit. Banyak nak diceritakan dalam blog tapi idea tak mau mari….hihihihihihi.. 😀

Dalam entri terakhir “Backpacker Trip Thailand”, aku ada janjikan satu video penuh kami di sana menjelajah bandar Bangkok, Kanchanaburi dan Lopburi. Setelah sekian lama berperang dengan laptop dan juga masa, akhirnya siap jua videonya walaupun beberapa kali laptop aku kecundang dan mengeluarkan percikan api..hahahahaha… 😀

Dan inilah hasilnya….. apa tunggu lagi, jom tonton!!..

Bagi yang masih belum baca pengalaman kitaorg semasa di sana atau yang ingin mencari maklumat dengan lebih terperinci, bolehlah klik entri-entr...

Jom Baca Lagi....