Category Tutorial

Bagaimana Untuk Ke Chiang Mai Dan Chiang Rai Menggunakan Bas Atau Keretapi

map-bas-keretapi-ke-chiang-mai-chiang-rai-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Chiang Mai dan Chiang Rai adalah dua bandar yang terletak di sebelah utara Thailand serta mempunyai permukaan geografi yang diliputi dengan kawasan-kawasan pergunungan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa puncak gunung tertinggi di seluruh Thailand berada di daerah Chiang Mai iaitu di Doi Inthanon dengan ketinggian 2,565Β meter dari paras laut. Manakala Chiang Rai pula terletak bersebelahan Chiang Mai merupakan tanah Thailand yang paling utara serta bersempadan dengan Laos dan Myanmar (Burma). Mungkin anda pernah mendengar atau terbaca mengenai Golden Triangle.Β Kedua-dua lokasi ini merupakan antara lokasi yang popular di Chiang Mai dan Chiang Rai. Walau bagaimana pun, setiap destinasi itu tetap mempunyai daya tarikan dan keunikan yang tersendiri.

Jika entri sebelum ini aku berkongsi bagaimana untuk ke Hatyai dan Bangkok dengan menggunakan pengangkutan awam darat seperti bas dan keretapi. Apa kata kali ini, jom mengembara lebih jauh lagi ke utara Thai...

Jom Baca Lagi....

Bagaimana Untuk Ke Hatyai Dan Bangkok Menggunakan Bas Atau Keretapi

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hatyai dan Bangkok merupakan antara lokasi popular di Thailand yang selalu menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Ianya juga selalu menjadi destinasi pilihan aku dan wife, boleh dikatakan setiap tahun kami akan meluangkan masa untuk bercuti ke sana serta kedua-dua bandar ini adalah lokasi transit kami sebelum menuju ke lokasi yang lebih jauh lagi ke timur, barat ataupunΒ utara Thailand. Seperti biasa, bas dan keretapi merupakan pengangkutan awam yang sentiasa menjadikan pilihan utama bagi kami untuk ke sana. Pengalaman perjalanan dengan menggunakan pengangkutan darat seperti perkhidmatan bas atau keretapi sememangnya lebih menarik daripada dengan hanya menaiki kapalterbang.

Sejak kebelakangan ini, ramai juga yang email dan whatapps aku bertanyakan bagaimana untuk ke Hatyai atau ke Bangkok dengan menggunakan pengangkutan awam dari Malaysia. Mungkin ada email yang sempat aku balas dan mungkin juga ada email yang aku terlepas pandang...

Jom Baca Lagi....

Scuba Diving: Bagaimana Scuba Diver Berkomunikasi

isyarat-tangan-scuba-diver-komunikasi-didalam-air-penyelam-bahasa-isyarat-shamphotography-01

Assalamualaikum dan salam mesra,

Pernah tak korang tertanya-tanya atau terpikir, macam mana Penyelam Scuba (Scuba Diver) ni nak berkomunikasi semasa di dalam air ek?. Kalau nak bercakap, mulut dah kena sumbat dengan regulator pastu kalau dapat cakap pun mesti akan keluar buih jer…ekekekeke. Pernah tak korang cuba menjerit atau bercakap di dalam air?… memang ler boleh dengar bunyinya sebab secara asasnya air juga merupakan pengalir bunyi tapi ia akan menjadi kurang jelas.

Ok!..Ok!.. Jangan peningkan kepala yer!. Sebenarnya penyelam scuba akan menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi di antara penyelam-penyelam yang lain. Takde gilernya dorang nak berborak sambilΒ  regulator tersumbat di mulut yer, nanti asyik telan air jer…ahahahahaha. Isyarat tangan ni ada banyak dan bermacam-macam stail tetapi setiap penyelam wajib tahu isyarat tangan yang asas.

Untuk entri Scuba Diving kali ni aku hanya akan terangkan isyarat tangan asas (basic hand signal) yang digunakan oleh penyelam scuba...

Jom Baca Lagi....

Scuba Diving: Peralatan Scuba Diving

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-shamphotography

Assalamualaikum dan salam mesra,

Di entri yang lepas, aku ada bagi info Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Open Water Diver. Aku harap hasil daripada entri aku tu dapat membantu korang tahu tentang proses mendapatkan lesen menyelam ni. Entri kali ni aku akan menulis mengenai peralatan menyelam atau dalam bahasa omputihnya ” Scuba Diving Equipment “.

Kat bawah ni aku senaraikan peralatan asas untuk membolehkan korang menyelam yer… tanpa salah satu peralatan ni mesti korang tak boleh menyelam ok!….. so calon-calonnya adalah:

1. Mask dan Snorkel

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-mask-snorkel-shamphotography

Kalau korang dah biasa gi skodeng ikan (Snorkeling), mesti korang akan guna mask dan snorkel kan?. Peralatan ni juga digunakan oleh penyelam. Sebenarnya mata manusia ni susah nak fokus imej serta penglihatan menjadi kabur (blur) apabila berada di dalam air dan mask ini berfungsi untuk memberikan ruang udara di bahagian sekitar mata bagi membolehkan mata memfokus imej di hadapan dengan lebih jelas...

Jom Baca Lagi....

Scuba Diving: Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Open Water Diver

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography

Assalamualaikum dan salam mesra,

Aku dan wife baru jer selesai kursus Open Water Diver (OWD) pada bulan 3 yang lepas, sekarang ni pon masih terbayang-bayang ikan baracuda berenang-renang kat atas kepala….hihihihihihi. Bagi aku, pengalaman menyelam adalah satu pengalaman yang berharga dan aku tak pernah terpikir atau terlintas pun dalam kepala otak ni untuk mempunyai lesen menyelam. Cuba tengok gambar kitaorg kat atas tu, korang tak rasa teruja ker?…hihihihihi.. tapi kitaorg masih mentah dalam bidang ni dan banyak lagi yang perlu belajar pastu kena selalu gi menyelam untuk tingkatkan lagi kemahiran. Kalau korang nak baca perjalanan dan pengalaman kitaorg masa kursus Open Water Diver (OWD) dulu, leh baca kat entri kat bawah ni haaaa…..

i) Discover Scuba Diving
ii) Cabaran Untuk Mendapatkan Lesen Open Water Diver
iii) Secara Rasmi Kami Adalah PADI Certified Open Water Diver

Tujuan aku menulis entri ni sebenarnya untuk berkongsi pengalaman yang kitaorg lalui bagaimana untuk mendapatkan le...

Jom Baca Lagi....

Do-it-Yourself: Tutorial Untuk Membuat Dry-Box Kamera DSLR Anda

Salam,

Sebenarnya dah lama aku berniat nak buat entri pasal nak buat Dry Box sendiri ni tapi asik lupa jer. Disebabkan ada kawan-kawan yang tanya dan nak tahu so aku siapkan entri ini untuk dikongsikan. Bagaimana untuk membuat (Do-it-Yourself) dry box untuk DSLR kesayangan korang? atau sanggupkah korang tengok lens mahal korang dijangkiti kulat (fungus)? tapi sebelum itu korang tahu ker apa itu dry Box?..hihihihi… jom aku cerita sket apa itu dry box…..

dry-cabinet-drybox-shamphotography-diy-drybox-sendiri

Apa itu Dry Box atau Dry Cabinet?

Dry box atau Dry cabinet sebenarnya adalah tempat penyimpanan peralatan DSLR anda dan mempunyai sistem penyahlembapan, atau dalam erti kata lain, sistem anti kelembapan yang mengurangkan atau meminimumkan kelembapan di dalam box tersebut. Kegunaannya adalah untuk menghalang kelembapan supaya dapat mengelakkan pertumbuhan fungus pada body DSLR dan lens.

Harga dry box bergantung pada jenama, kualiti serta saiz...

Jom Baca Lagi....