Category Video

Eksplorasi Ke Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat

air-terjun-sungai-lepoh-hulu-langat-selangor-hiking-natures-alam-semulajadi-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Air Terjun Sungai Lepoh sememangnya cukup terkenal di kalangan pengemar-pengemar aktiviti luar (Outdoor). Ianya juga dikenali dengan nama Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok oleh penduduk tempatan dan merupakan salah satu tarikan pelancongan di daerah Hulu Langat berikutan lokasinya yang berdekatan dengan bandaraya.

Kali ini, aku dan wife berpeluang untuk meneroka Air Terjun Sungai Lepoh setelah beberapa kali tidak berkesempatan untuk ke sana bersama rakan-rakan yang lain. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu jadual kami penuh dengan aktiviti larian serta aktiviti-aktiviti lain. Oleh kerana rakan-rakan lain sibuk dengan urusan masing-masing, akhirnya kami membuat keputusan untuk ke sana hanya berdua. Ada yang kata treknya mudah dan ada juga yang kata treknya agak mengelirukan disebabkan terdapat banyak lorong kecil dan simpang...

Jom Baca Lagi....

Hulu Langat Trail Run 2016: HLTR2016

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hulu Langat Trail Run 2016 (HLTR2016) telah diadakan pada 3 April 2016 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Dusun Tua, Hulu Langat Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (KEMBARA) serta disokong oleh Kembara Outdoor Centre (KOC), Tourism Selangor, World of Sports, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan juga Salomon sebagai penaja rasmi baju larian bagi acara ini.

Hanya dua (2) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 16km (Wild) dan juga 10km (Mild). Larian ini boleh dikatakan mendapat komen yang agak bagus bagi penganjurannya untuk tahun lepas. Aku ada terbaca ulasan dan juga gambar-gambar menarik di beberapa blog mengenai Hulu Langat Trail Run edisi 2015, disebabkan inilah aku dan wife tergerak hati untuk mendaftar tapi untuk tahun ini hanya mencuba kategori 10km (Mild).

Peserta bagi kategori 16km telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan diikuti dengan ...

Jom Baca Lagi....

2nd Event Biz Charity Trail Run 2016

2nd-eventbiz-charity-trail-run-2016-taman-botani-frim-kepong-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

2nd EventBiz Charity Trail Run 2016 telah diadakan di Taman Botani FRIM, Kepong pada 28 Februari 2016 yang lalu. Larian amal yang bertemakan “Save Our Mother Earth” ataupun “Selamatkanlah Bumi Kita” pada permulaannya telah dijadualkan pada 3 Januari 2016 tetapi telah ditundakan oleh pihak penganjur ke 28 Februari 2016 di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama peserta-peserta lain untuk mengukur jarak sejauh 9km di Taman Botani serta ini juga merupakan acara larian pertama kitaorg di FRIM selain daripada aktiviti mendaki di situ. 😀 Larian amal ini adalah berkonsepkan trail run (larian denai) dan hanya satu (1) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu 9km serta dibahagikan kepada lelaki dan wanita terbuka dan veteran...

Jom Baca Lagi....

Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 3

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri ini adalah sambungan daripada entri:
1. Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 1
2. Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 2

24 April 2015

Aku dan wife hanya dapat lelapkan mata beberapa jam sahaja sebelum ke kafeteria untuk sarapan ringan dan persediaan mendaki ke puncak (Low’s Peak). Badan pun dah nampak gemuk disebabkan 3 lapis baju dan 2 lapis seluar….hihihihihi…suhu memang sejuk hingga ke tulang. Sarapan pagi hanyalah sekadar alas perut sebab risau untuk mendaki dengan perut yang penuh. Tepat jam 2.30 pagi, semua mengorak langkah dan meredah gelap mendaki ke Sayat-Sayat Check Point untuk lapor diri sebelum dibenarkan mendaki ke puncak. Semua pendaki diwajibkan sampai di Sayat-Sayat Check Point sebelum pukul 5 pagi dan kalau lewat, ranjer tidak akan benarkan untuk teruskan pendakian dan akan diarah turun ke Laban Rata. Kalau mengikut kiraan aku, dengan yakinnya aku dan wife boleh sampai di Sayat-Sayat Hut sebel...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: Video Misi Mencari Bunga Matahari

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku rasa mesti ramai yang ternanti-nantikan video penuh pengembaraan kami dalam menjejaki salah satu tarikan utama di negara Thailand iaitu Bunga Matahari (Sunflower) yang terkenal di daerah Lopburi. Bulan ni jari jemari aku kurang menari-nari di atas papan kekunci disebabkan sibuk dengan aktiviti harian dan mood nak menulis pun agak ke laut sikit. Banyak nak diceritakan dalam blog tapi idea tak mau mari….hihihihihihi.. 😀

Dalam entri terakhir “Backpacker Trip Thailand”, aku ada janjikan satu video penuh kami di sana menjelajah bandar Bangkok, Kanchanaburi dan Lopburi. Setelah sekian lama berperang dengan laptop dan juga masa, akhirnya siap jua videonya walaupun beberapa kali laptop aku kecundang dan mengeluarkan percikan api..hahahahaha… 😀

Dan inilah hasilnya….. apa tunggu lagi, jom tonton!!..

Bagi yang masih belum baca pengalaman kitaorg semasa di sana atau yang ingin mencari maklumat dengan lebih terperinci, bolehlah klik entri-entri...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Hatyai – KL Sentral

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalim-00

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Setiap permulaan, pasti ada penghujungnya. Entri ini merupakan entri penutup bagi pengembaraan kami untuk menjejaki Bunga Matahari di Thailand tetapi sebelum itu, sekali lagi aku nasihatkan supaya baca entri-entri dibawah terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan sebarang kekeliruan…hihihihi.. ?

Entri 4 :Backpacker Trip Thailand: Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok (Entri Misi Utama)
Entri 3 :Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park – Death Railway – River Kwai Bridge
Entri 2 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi
Entri 1 :Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok
Entri Pengenalan :Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari (Untuk tentatif dan maklumat perkhidmatan serta jadual keretapi Thai’s Railway)

Tren No. 106 daripada Lopburi tiba di Stesen Hua Lamphong tepat pukul 3 petang. Nampaknya kami masih ada masa lagi untuk ronda-ronda sekitar bandaraya Bangkok sementara menunggu tren ke Hatyai pada pukul 10...

Jom Baca Lagi....