Category Visit Malaysia 2014

Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang semua hairan kenapa blog ni agak lama menyepi. Buat masa sekarang ni, tiap-tiap minggu padat dengan aktiviti hingga aku pun tak tahu yang mana satu nak diceritakan dahulu…hihihihihi. 😀 Ditambahkan lagi dengan penyakit “Malas” yang sememangnya menguji tahap kerajinan penulisan aku. Entri Backpack ke Lopburi dan Kachanaburi di Thailand pun masih lagi samar-samar penceritaannya…hahahahaha. Ok!.. Ok!.. cukuplah mukadimahnya setakat ni. Korang mesti nak tahu apakah kisah dan pengembaraan disebalik tajuk besar di atas tu?…. 😀

Sekali lagi aku dan wife mengikuti satu pengembaraan bersama-sama The Clown TrekeZ dalam Misi Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah. Pengembaraan ini memerlukan kitaorg untuk bermalam di Hutan Lipur Berkelah bagi menjayakan misi eksplorasi ke air terjun peringkat ke 7 yang sememangnya terkenal di Hutan Lipur ini.

Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuan...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 3

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Rasanya mesti korang semua dah tak sabar menantikan bahagian 3 atau bahagian terakhir untuk entri Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0. Jadual mingguan aku semenjak daripada bulan Januari hinggalah bulan ni memang penuh dengan aktiviti beriadah. Agak sukar sikit untuk aku mencari masa untuk menulis walaupun banyak jugak perkara yang nak dikongsikan di sini dan ditambahkan lagi dengan urusan di pejabat yang kebelakangan ni amat kelam kabut…..fusssss…. memang sangat mencabar untuk aku luangkan masa di blog ni.

Sebelum aku teruskan menulis bahagian 3, apakata korang mengimbau kembali entri-entri sebelum ni bagi mengelakkan tahap kekeliruan yang melampaui batas nanti…hahahaha…. 😀 Klik jer link di bawah ni haaaaa……

1. Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2
2. Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1

Hari Ketiga – 9 November 2014.

Seawal pagi, kami dah bersiap untuk trekking ke Jenut atau Sira Gajah di Kem Sungai Papan. Mesti korang tertanya-tanya “...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang semua dah tertunggu-tunggu sambungan dari entri “Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1“. Alhamdulillah!.. nampaknya jari jemariku gemar pulak menari-nari di papan kekunci pada minggu ini. Maklumlah, aku dan wife pulang bercuti di kampung halaman sempena cuti umum Tahun Baru Cina minggu ni serta jadual kami pun telah dikosongkan bagi memberi peluang untuk aku dan wife merehatkan diri dan lari seketika daripada kesibukkan kerja di pejabat. Beginilah nasib seorang blogger separuh masa yang masih lagi terikat dengan kerja-kerja di pejabat.

Hari Kedua – 8 November 2014.

Suasana keheningan pagi itu dipecahkan dengan keadaan kelam kabut daripada houseboat no. 2. Pagi tu memang aku tidur dihadapan balkoni houseboat dan lama juga aku tenung houseboat no. 2. Mengapakah dan apakah yang telah berlaku?persoalan ini bermain-main di buah fikiran aku pada pagi itu!…. rupa-rupanya houseboat no...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1

misi-kemanusian-royal-belum-3.0-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Royal Belum!…. Ada apa dengan Royal Belum?… Apa yang menyebabkan kerap kali aku bertandang ke Royal Belum?….ermmm!!.. rasanya hanya mereka yang pernah ke sana sahaja yang mampu menjawab segala persoalan di atas. Buat kali ke 4, sekali lagi aku berkunjung ke Taman Negeri Royal Belum tetapi untuk kali ini aku ditemani oleh wife dan 3 lagi member yang telah termakan pujuk rayu dan hasutan aku….ahahahahaha.. 😀

Aku memang dah lama berjanji dengan wife untuk bawa dia sekali lagi ke Royal Belum. Kali terakhir dia berkunjung ke Royal Belum adalah pada tahun 2013 dan itulah juga merupakan kali pertama kami bersua dengan Taman Negeri Royal Belum. Kali ini kami telah berjaya mengheret Amlina, Eyda dan juga Syuk untuk bersama-sama berkunjung ke Royal Belum.

Trip kali ini bertemakan “Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0” dan dikelolakan oleh Bella Farhana dan Pacie. Tujuan utama trip ini adalah untuk menyalurkan bantuan dari segi makanan, keperluan harian, kep...

Jom Baca Lagi....

Kenali 10 Spesies Enggang Royal Belum

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Semenjak kali pertama menjejakkan kaki di Hutan Simpan Royal Belum, aku sentiasa rindu dan terpikat kepada keunikan serta kepesonaan khazanah rimba dan juga kepelbagaian bio yang tersimpan di Hutan DiRaja ini. Buat kali ketiganya, sekali lagi aku telah menjadi tetamu Royal Belum dalam program Royal Belum Bird Expedition bertemakan ‘Exploring the Hornbill Capital of the World’ yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 September 2014 yang lalu.

Setinggi-tingginya perhargaan terima kasih aku ucapkan kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) dan juga Perbadanan Taman Negeri Perak kerana sudi menjemput aku untuk bersama-sama turut serta dalam program ini, malah ianya juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Tourism Perak dan juga pihak NCIA (Northern Corridor Implementation Authority).

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah mengambil pelbagai inisiatif serius dalam usaha untuk memelihara kepelbagaian spesies hidupan liar ...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Kompleks Sejarah Pasir Salak #VMY2014

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Pasir Salak merupakan satu nama yang telah terpahat di dalam himpunan penting sejarah tanah air kita. Penuh dengan kisah-kisah perjuangan bangsa Melayu dan peristiwa berdarah pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan seorang Residen British ketika itu. Peristiwa tersebut telah mencetuskan peperangan diantara Kolonial Bristish dengan orang-orang Melayu, pastinya banyak meninggalkan kesan di dalam lipatan sejarah orang-orang Melayu.

Pasir Salak selalu mengingatkan bangsa Melayu terhadap perjuangan Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sipuntum menentang penjajah British sehinggalah dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Begitu juga kisah Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi manakala pula Raja Ismail dibuang negeri ke Johor dalam usaha pihak British untuk menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah.

Entri ini sebenarnya kesinambungan daripada FAM Trip Jom Mancing Udang 2014

Jom Baca Lagi....