Category #VMY2014

Royal Belum Adventure Trip – 2nd Episode

Salam,

Jom aku sambung cerita lagi pasal Royal Belum Adventure Trip untuk hari ke-2 kitaorg di sana. Pagi tu aku bangun sekitar  pukul 6 pagi dan aku tengok wife dan geng-geng lain masih lena dibuai mimpi. Pagi tu mmg terasa sejuk giler, bayangkan kita tido ditengah-tengah tasik sambil dikelilingi hutan belantara…..ahahahahaha… gitu ler rasanya. Wajib bawak jaket yer kalau korang nak join trip ni nanti, kalau tak kejung (beku) ler korang nanti…hihihihi. Sebenarnya, aku berpeluh-peluh masa tido malam tu, sampai aku bukak jaket & slepping bag aku. Semua cakap sejuk tapi aku berpeluh-peluh panas….rupa-rupanya aku tido di atas lampu minyak tanah yang krew BOA gantung kat siling tingkat bawah…patut ler panas!….ahahahahahaha. Mmg sejuk pagi tu sampai cermin mata aku berkabus, lap cermin mata sambil  kejutkan wife aku. Pagi tu kalau nak mandi mmg tak ler, cuma masuk bilik air gosok gigi ngan cuci muka jer pastu lepak-lepak amik gambar dari houseboat sambil tunggu matahari naik...

Jom Baca Lagi....

Royal Belum Adventure Trip – 1st Episode

Salam,

“ U dah ke Belum?, I dah ke Belum!”.

Ayat poyo aku di atas ni merujuk kepada Royal Belum Forest atau Hutan Belum. Kalau ada saper-saper yang tak tau di mana Hutan Belum atau apa itu Belum, boleh rujuk kepada entri aku “Discover Royal Belum Trip”. Entri kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku & wife disana pada 16-17 Nov 2013 untuk menerokai Hutan Belum bersama Belum Outdoor Adventure Team (BOA).

belum-outdoor-adventure-shamphotography

Aku & wife celik mata seawal pukul 2.45 pagi bagi trip kali ni. Jadual masa telah ditetapkan bagi memastikan perjalanan ke Hutan Belum berjalan dengan lancar kerana perjalanan ke Jetty Awam Pulau Banding adalah sejauh 371km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tepat jer jam menunjukkan pukul 4 pagi aku & wife keluar dari rumah untuk pick-up Hafeesyam dan Izham dan lepas tu perhentian seterusnya adalah di Hentian RnR Sg. Buloh untuk join konvoi bersama Akmar dan Jijie yang sedang menunggu di sana.

Setibanya di RnR Sg...

Jom Baca Lagi....