Category #VMY2017

Panduan Ringkas Ke Ladang Bunga Matahari Lopburi, Thailand

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kebiasaannya apabila tiba di penghujung tahun, selalu juga aku dapat mesej di facebook dan whatapps bertanyakan tentang bagaimana untuk ke Ladang Bunga Matahari di Lopburi, Thailand. Ada yang sekadar bertanya beberapa info dan ada juga yang minta maklumat secara terperinci. Mana-mana pengalaman yang aku lalui memang senang untuk dikongsikan tetapi jika ada maklumat yang aku sendiri pun tidak pasti, aku akan cuba cari info untuk membantu. Jom aku kongsikan sedikit panduan ringkas supaya anda boleh menyusun jadual perjalanan ke sana dengan lebih lancar. 😀

Sebelum anda merancang untuk ke Lopburi, terlebih dahulu anda perlu tahu “bilakah waktu yang sesuai untuk ke ladang bunga matahari?”. Penanaman bunga matahari di Lopburi adalah mengikut musim disebabkan hayat bunga matahari ini hanyalah dalam tempoh semusim sahaja dan waktu yang sesuai untuk ke ladang bunga matahari di Lopburi adalah sekitar bulan November sehinggalah ke bulan Januari setiap tahun.

Jom Baca Lagi....

Eksplorasi Royal Belum Bersama Cattleya Outdoor Adv: 11-12 November 2017

eshamzhalim-royal-belum-cattleya-outdoor-adv

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pastinya ramai yang pernah dengar atau terbaca mengenai keunikan dan keindahan Taman Negeri Diraja Belum ataupun lebih dikenali dengan panggilan Royal Belum. Bagi mereka yang meminati ketenangan alam semulajadi atau ingin lari daripada hiruk pikuk kotaraya, mungkin Royal Belum adalah lokasi percutian yang wajib anda kunjungi. Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian bio serta penemuan-penemuan alam yang tidak terdapat di tempat lain dan faktor itu telah menjadikan ia sebuah hutan simpan yang istimewa serta menyimpan khazanah-khazanah alam yang tidak ternilai.

Dah lama rasanya aku tidak anjurkan trip ke sana dan untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin merasai ketenangan serta menikmati keindahan dan keunikan Royal Belum. Jangan risau!, rakan outdoor www.eshamzhalim.com iaitu Cattleya Outdoor Adv akan menganjurkan satu eksplorasi ke Taman Negeri Diraja Belum khas buat anda yang ingin melarikan diri seketika daripada kesibukkan ker...

Jom Baca Lagi....

Kuala Razila Adventure Resort Riverside Menawarkan Aktiviti Santai Dan Ekstrem

kuala-razila-adventure-resort-media-perak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem yang mampu meningkatkan lagi tahap adrenalin ataupun sekadar untuk melarikan diri daripada kesibukkan kota sambil mendambakan diri menikmati alam semulajadi, bolehlah singgah dan terokai sendiri Kuala Razila Adventure Resort Riverside yang beroperasi di Ulu Geroh, Gopeng Perak. Kuala Razila Adventure Resort Riverside menawarkan pelbagai pakej daripada aktiviti santai sehinggalah ke aktiviti ekstrem, di antaranya adalah aktiviti merentas hutan, berkhemah, mendaki, waterfall abseiling, water tubing serta aktiviti white water rafting yang merupakan aktiviti paling popular di Sungai Kampar, Gopeng.

Alhamdulillah, aku dan wife telah dijemput sebagai wakil blogger bagi program Xstreme Sport yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) dengan kerjasama pihak Kuala Razila Adventure Resort Riverside. Program 2 hari 1 malam ini yang berlangsung pada 30 September dan 1 Oktober ...

Jom Baca Lagi....

Menjejaki Rumah Api Muka Head, Taman Negara Pulau Pinang

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beach

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Lama juga jari jemari ini tidak berdansa di papan kekunci, boleh dikatakan banyak juga entri yang masih tergantung dan belum dicoretkan di sini. Bukannya aku dah berhenti menulis tetapi kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan harian dan ditambahkan pula mood untuk menulis itu tertinggal jauh nun di banjaran himalaya. Entri ke Annapurna Base Camp pun masih terperam lagi. InshaAllah, aku akan cuba kuatkan semangat untuk kembali aktif menulis….hihihihihihi… 😀

Buat masa sekarang, jom aku ceritakan kisah pengembaraan terbaru kami. Baru-baru ini aku dan wife sempat berkunjung ke Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Memang dah lama sebenarnya terniat untuk datang ke sini dan alhamdulillah kali ini kami berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman negara oleh kerana wife ada urusan kerja di Pulau Pinang. Aku rasa mesti ada segelintir yang masih tidak tahu bahawa Pulau Pinang juga mempunyai taman negaranya tersendiri walaupun tidak sebesa...

Jom Baca Lagi....