Category Zombie Run Malaysia

Run For Your Lives Malaysia 2014: Zombie Apocalypse

run-for-your-lives-malaysia-zombie-run-maep-serdang-outdoor-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Apa khabar pembaca-pembaca di luar sana?.. harap semuanya dalam keadaan ceria selalu. Aku agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh aku ataupun pihak lain. Ruang dan waktu untuk menulis dan mencoretkan cebisan pengalaman sememangnya terlalu sukar buat masa sekarang. Jari-jari ini nampaknya sudah lama berehat daripada menari-nari di papan kekunci.

Ok!.. sekarang ni aku akan cuba habiskan entri-entri tahun 2014 yang banyak tertangguh, harap dapat diselesaikan sebelum bulan Februari nanti…hihihihi.. πŸ˜€ Jom ikut aku kembali mengembara ke tahun lepas…….

Zombie oh Zombie!…selepas isu Zombie Kampung Pisang, nampaknya semakin menjadi-jadi wabak zombie di Malaysia sekarang dan dimanakah Husin ketika ini? Hahahahaha…. Rasanya aku pernah coretkan pengalaman aku dan wife menyertai Zombie Run pada awal tahun lepas...

Jom Baca Lagi....

Zombie Run Malaysia 2014

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Badan masih terasa letih dan sengal-sengal lagi sebab berlumba lari dengan Zombie ahad lepas. Kalau korang masih ingat lagi entri “Apa? Ada Zombie Di Malaysia” yang aku tulis lebih kurang 2 minggu lepas, mesti korang tertanya-tanya manakah sambungannya kan?. Fusssss!!… ada banyak lagi entri yang masih dalam status “draft” tapi nampaknya aku siapkan pasal Zombie ni dulu lah.

Zombie Run Malaysia pada tahun ini telah diadakan seiringan dengan Karnival Belia di Precinct 4, Putrajaya. Aku dan wife seawal pukul 2 petang dah menuju ke Putrajaya sebab memang tahu mesti jalan jem. Memang sesak giler nak menuju ke Karnival Belia tu, pastu dengan Waze yang tak berapa nak betul… asyik berpusing-pusing jer kitaorg…hihihihi.. πŸ˜€ . Kitaorg terpaksa parking kereta di Precinct 18 pastu kena jalan kaki lebih kurang 2 km untuk ke lokasi Zombie Run ni. Belum kena lari dari zombie lagi, kitaorg dah letih…ahahahahaha....

Jom Baca Lagi....

Apa? Ada Zombie Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rilek! rilek!… jangan terkejut!….jangan lari…. mana ada Zomba kat Malaysia ni… eh!..silap lak, bukan Zomba tapi Zombie laaa…ekekeke.. masih korang ingatkah pada Kampung Pisang? atau masih korang ingatkah pada Husin, Usop Wilchair, Pak Abu ataupun Pak Jabit?. Walau apa pun entri ini takde kena-mengena dengan mereka semua….ekekekeke… ok!..ok!.. jom aku cerita. Cer cite!..cer cite!.. (dialog dari penduduk Kampung Pisang).

zombies-run-2014-putrajaya-shamphotography

Rupa-rupanya ada satu larian yang dianjurkan pada setiap tahun dinamakan sebagai “Zombie Run Malaysia”. Seriously aku baru tahu pasal Zombie Run ni, itu pun kawan wife aku (Zakiah Musa) ajak join dalam facebook. Memang nampak macam menarik dan adventure ler pulak, terus aku dan wife reply balik kat facebook, inform kitaorg setuju untuk join sekali disebabkan dorang mencari lagi 2 orang untuk join. Zombie Run ni sebenarnya acara secara berkumpulan dan setiap kumpulan harus ada 4 anggota...

Jom Baca Lagi....