Compressport Combo Challenge: Compressport Road

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Compressport Road telah diadakan pada 24 April 2016 di Balai Bomba dan Penyelamat, Cyberjaya. Acara ini adalah kesinambungan dari Compressport Combo Challenge 2016 yang terdiri daripada kombinasi Compressport Trails dan juga Compressport Road. Compressport Trails pula telah diadakan pada 3 Januari 2016 yang lepas bertempat di Mardi Maeps, Serdang. Boleh baca komen aku mengenai Compressport Trails di entri Compressport Combo Challenge: Compressport Trails.

Kedua-dua kombinasi ini tetap menawarkan hanya dua (2) kategori larian iaitu 6km dan juga 12km. 12km pula dibahagikan kepada empat (4) iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Senior, Wanita Terbuka dan juga Wanita Senior. Sama seperti Compressport Trails, aku dah wife hanya mendaftar untuk kategori 6km hanya sekadar untuk mendapatkan kedua-dua koleksi medal kombinasi daripada trail dan road.

Kebiasaannya, peserta yang mendaftar untuk jarak yang lebih jauh akan dilepaskan terlebih dahulu tetapi bagi acara ini peserta 6km dilepaskan lebih awal daripada 12km dengan 15 minit perbezaan. Ramai juga yang komplen tapi bagi aku sebenarnya tiada masalah pun…hihihihihihi.. 😀 Aku dan wife pun tiba agak lewat selepas peserta kategori 6km dilepaskan. Memang agak jauh juga kena tinggal dengan peserta-peserta yang lain. Nasib baik ada geng-geng Madagascar yang lain sudi tunggu dan menemani #RedbullRunner dan #CuteTigerRunner berlari hingga tamat. Terima kasih #PandaRunner dan #PinguRunner….hihihihi 😀

Jom layan gambar dulu…. 😀

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimTak nampak runner lain pun….nampak sangat jauh kena tinggal!!..hahahaha.. 😀

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimGeng Madagascar Runner. Sumber gambar: Duta Foto

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalim-05#PandaRunner, #CuteTigerRunner, #RedbullRunner dan #PinguRunner. Sumber gambar: Duta Foto

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalim-04Sumber gambar: Pixeo

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimMemang meriah…hihihihihi.. 😀 Sumber gambar: Pixeo

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimGambar menuju ke garisan penamat. Sumber gambar: Jeffrey Teo

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimDah sampai terus pewai…hahahahaha… 😀

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimAcara Compressport Combo Challenge memang meriah dengan makanan dan minuman. Terbaekkk!!!!…

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimGeng Runholic..

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimAwat angkat kaki?… 😀

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimPenumbuk pulak?!!!!….

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimOk!!.. baru gambar bertenang…. 😀

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimTrio Madagascar…

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimModel jentera bomba ker ni?….

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimAda gaya abam bomba tak?…eh!!.. 😀

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimGambar berdua mestilah ada!!…

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimAbam dan Akak Bomba…

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalim-02Dari kiri: Uncle Amrul, Halim Abam Hot, Azzam, Din Jengking, #CuteTigerRunner, #RedbullRunner, #PinguRunner dan #PandaRunner. Sumber gambar: Pixeo.

compressport-road-run-2016-cyberjaya-compressport-combo-challenge-eshamzhalimAkhirnya berjaya dapat kedua-dua koleksi medal Compressport Combo Challenge. 😀

Komen aku mengenai acara Compressport Road:
Bagi aku, acara Compressport Road memang cukup seronok dan meriah. Laluan larian yang agak baru bagi aku dan wife tetapi dalam masa yang sama tetap menawarkan permandangan yang menarik sekitar Cyberjaya. Penganjur sememangnya berjaya menganjurkan satu acara yang cukup teratur walaupun ramai yang komplen mengenai waktu pelepasan bagi kategori 6km dan 12km. Pengambilan racekit cukup teratur dan cepat berbandingkan semasa pengambilan racekit untuk Compressport Trails.

Bayaran penyertaan sebanyak RM64 bagi kategori 6km memang cukup berbaloi dengan  baju larian yang berkualiti serta stokin compressport diberi percuma kepada setiap peserta. Amat berpuas hati dengan pelbagai hidangan makanan yang disediakan oleh penganjur khas untuk peserta yang telah menamatkan larian. Seperti biasa, nasi lemaknya memang sedap dan ada juga disediakan aiskrim kon untuk peserta…hihihihihihi… 😀 Medal larian juga amat unik dan menarik sebagai pelengkap kombinasi Compressport Combo Challenge. 😀 Krew-krew sukarelawan yang cukup membantu serta watersatation yang mencukupi.

Kesimpulannya, aku dan wife memang amat berpuas hati dengan acara ini dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan satu acara yang meriah. Semestinya aku dan wife akan mendaftar lagi untuk tahun depan sekiranya masih lagi dianjurkan.

Isikan Komen Anda Disini