Compressport Combo Challenge: Compressport Trails

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Compressport Combo Challenge 2016 merupakan kombinasi di antara acara Compressport Trails dan juga Compressport Road yang boleh didaftarkan secara serentak ataupun berasingan. Kedua-dua acara ini dianjurkan oleh penganjur yang sama tetapi mempunyai tarikh, lokasi dan cabaran yang berbeza.

Buat permulaan, aku dan wife hanya mendaftar untuk acara Compressport Trails terlebih dahulu sementara memikirkan samaada ingin mendaftar untuk acara yang kedua ataupun tidak?. Kalau mengikut rekod larian aku dan wife, ini merupakan acara trail run yang pertama buat kitaorg…hihihihihi…. 😀 . Perkara pertama yang kitaorg fikir adalah kasut!…Merata juga kitaorg mencari kasut yang sesuai untuk trail run ni. Brooks Cascadia, Skechers GoRun Ultra 2 ataupun Salomon Speedcross sememangnya menjadi pilihan tetapi hanya mampu pandang dari jauh jer sebab diluar daripada kemampuan belanjawan kitaorg. Maklumlah sebab kena beli 2 pasang kasut kan!. Aku dan wife dah nekad nak pakai kasut run jer tapi alhamdulillah, akhirnya dapat juga beli kasut trail Mizuno Wave Hayate dengan 65% diskaun untuk 2 pasang….berbaloi-baloi ok!!!..hahahahaha.. 😀 Terima kasih World of Sports, Subang Parade. 🙂

Compressport Trails telah diadakan pada 3 Januari 2016 yang lepas di Mardi Maeps, Serdang manakala bagi Compressport Road pula dijadualkan pada 24 April 2016 yang akan datang bertempat di Cyberjaya. Kedua-dua acara ini hanya menawarkan 2 jarak larian iaitu sejauh 6km dan juga 12km. 12km pula dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Senior, Wanita Terbuka dan juga Wanita Senior. Semestinya aku dan wife hanya daftar untuk 6km jer….hihihihihi…baru nak berjinak dengan trail run katanya. 🙂 Kali ni, Geng Zombie dan Geng Runholics pun ada turut serta sekali. Barulah menepati tema combo kan?!…kombinasi antara geng zombie dan runholics…hahahahaha… 😀

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimNo. 14 tuuuu….hihihihi..awal giler aku daftar.. 😀

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimIkut arah sini yer semua!.. 🙂

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimRomantik tak?… Nak redah sungai kecik pun berpegangan tangan…hahahahaha..

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimYeayyy!!!!… Sumber gambar: Duta Fotopages.

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimArghhhh!!!!!… keep calm and rest!… 😀

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimI need water!!…water!!..hahahahaha…

Mardi Maeps adalah lokasi trail run yang popular dan boleh dikatakan agak mencabar. Permulaan yang menguji stamina disebabkan terpaksa berlari menaiki bukit sebelum menuruni laluan yang agak curam dan sempit sehinggalah melalui jalan yang berturap. Boleh semput juga dibuatnya, aku terpaksa berhenti 3 kali untuk menunggu wife. Permandangan di sepanjang laluan memang cukup menarik dan merentasi sebatang anak sungai yang kecil. Anak sungai paras buku lali jer….hahahahahaha… 😀 Ada sesetengah laluan menggunakan laluan yang sama dengan acara Run For Your Life (Zombie Run) yang pernah kitaorg sertai tahun lepas.

Jom layan gambar lagi…….. 😀

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimGambar berdua mestilah ada….kerana setiap larian tu haruslah dinikmati bersama.

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimTerima kasih kepada runner yang sudi tolong snapkan gambar kitaorg…

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimAku tengah berfikir ” Berapakah kos pembinaan jambatan ini?”…hahahahaha… 😀

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimLaju atau perlahan, kitaorg tetap akan lari beriringan…

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimFinish like a champion.

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimMedal trail run yang pertama…

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimNah!!!

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimJejaka Runholics.

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimPuteri-puteri Runholics dan Geng Zombie….hihihihihi.. 😀

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimCombo Team: Runholics dan Geng Zombie..

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimBergambar dengan Otai Geng Zombie a.k.a Ayang Ati….hihihihihi.. 😀

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimGroup photo.

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimAku dan bunga…eh!!!!…

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimNampak tak betapa letihnya aku!…hahahahaha… 😀

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimWolf pun nak join tidur sekali…

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimKonvokesyen katanya….acara baling kasut…hihihihi..

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimMakanan yang disediakan oleh penganjur memang meriah. Terbaekkkk!!!!!!…

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalimKasut baru bersama medal baru.. eh!!!!!… 🙂

Komen aku mengenai acara Compressport Trails:
Bagi aku, acara Compressport Trails memang cukup seronok dan meriah. Laluan larian yang cukup mencabar tetapi dalam masa yang sama tetap menawarkan permandangan yang menarik. Penganjur sememangnya berjaya menganjurkan satu acara yang cukup teratur walaupun ramai yang komplen semasa proses pengambilan racekit. Aku dan wife terpaksa beratur hampir 2 jam untuk menunggu giliran pengambilan racekit tetapi kemungkinan berlaku disebabkan hari pertama pengambilan yang juga jatuh pada hari cuti umum tahun baru.

Bayaran penyertaan sebanyak RM64 yang cukup berpatutan dengan  baju larian yang berkualiti berserta stokin compressport diberi percuma kepada setiap peserta. Amat berpuas hati dengan pelbagai hidangan makanan yang disediakan oleh penganjur khas untuk peserta yang telah menamatkan larian. Nasi lemak memang sedap…hihihihihihi… 😀 Medal larian juga amat unik dan menarik.

Kesimpulannya, aku dan wife memang amat berpuas hati dengan acara ini dan ternyata pihak penganjur telah berjaya menganjurkan satu acara yang hebat. Semestinya aku dan wife akan mendaftar lagi untuk tahun depan. Nampaknya terpaksalah aku dan wife mendaftar untuk acara Compressport Road pada bulan April nanti….hihihihihihi.. 😀 Terima kasih juga kepada kesemua krew-krew sukarelawan yang bertugas di dalam acara ini.

p.s. Terima kasih kepada pihak penganjur yang membenarkan aku menukar saiz baju di saat-saat akhir. Tak sia-sia aku datang daripada Shah Alam semata-mata untuk tukar saiz baju….hihihihihi.. 😀

171 total views, 1 views today

2 comments to Compressport Combo Challenge: Compressport Trails

  • premadheeshlekhi  says:

    HOW TO GET E CERT

    • eshamz halim  says:

      I also don’t know… maybe you better check with the organizer… 😀

Isikan Komen Anda Disini