Dapat Hadiah Kamera Video GoPro Hero Dari Wife

Salam,

Hati ni masih berbunga-bunga lagi walaupun dapat hadiah ni pada 1 Januari hari tuuu….hihihihihi.. wife aku a.k.a Cheq Eem belikan set kamera video GoPro Hero3+ Black Edition untuk aku. Memang dah lama aku idamkan gadget kamera video macam ni untuk aktiviti-aktiviti air sebab aku tak boleh bawak DSLR aku dalam air kan… hihihihihi.. 😀 . Lupa nak bagitau apa itu GoPro?, jom aku cite sket pasal GoPro ni..

gopro-hero3plus-shamphotographyKamera Video GoPro yang telah berada dalam Waterproof/Underwater Casing.

GoPro ni sebenarnya sebuah kamera video yg kecil (lagi kecik dari kotak rokok 20 batang) dan mampu mengambil gambar dan video Full HD serta time-lapse. GoPro sangat digemari oleh penggemar aktiviti atau sukan lasak kerana GoPro mempunyai pelbagai aksesori seperti waterproof/underwater casing sehingga kedalaman 40-60 meter (bergantung kepada casing yer..) dan mounting yg membolehkan pengguna meletakkan kamera di pelbagai tempat. Kalau korang tau lebih lanjut lagi mengenai GoPro, leh masuk website GoPro kat gopro.com

Kalau korang biasa tengok rancangan Fear Factor, mesti korang perasan ada 1 kamera video kecik yang melekat kat helmet dorang, itu guna kamera video GoPro ler tu.

Yang paling best GoPro ni sebab kamera video dan remotenya ada wifi pastu remote pon waterproof jugak tapi untuk kedalaman 3 meter jer. Rilek jer rendam remote dalam air….ahahahahaha. Skrin di remote dan di kamera akan sama so takyah sibuk-sibuk nak tengok setting kat kamera sebab leh tengok setting tu kat remote jer dan setting pon boleh tukar guna remote jer. Lepas tu pulak kita boleh control kamera ni guna handphone jer tapi kena smartphone ler macam Iphone atau handphone Android (macam Samsung ker?). Kalau taknak guna remote boleh guna handphone jer untuk snap gambar atau video.….hihihihihi… best kan?…

gopro-hero-3-black-wifi-remote-shamphotographyNi haaa remote nyer… wifi lagik..

Balik jer dari amik GoPro ni daripada member wife yang jual tu, petang tu terus kitaorg turun kat swimming pool bawah rumah. Terus test GoPro untuk amik gambar dan video dalam air…. hihihihihi… best…besh.. video GoPro ni bertaraf cinema 4K, kualiti video memang superb.

Jom tengok video yang aku ngan wife test kat dalam swimming pool……. kualiti drop sket sebab upload dalam internet kan tapi video asalnya Full HD sebenarnya. 😀

Terima kasih pada wife a.k.a Cheq Eem yang telah menghadiahkan GoPro ni….. 😀 😀 😀 😀

p.s: Minggu lepas kitaorg gi White Water Rafting kat Sungai Slim River, nanti aku wat entri pasal trip ni dan gambar serta  video daripada GoPro aku yerr….. tungguuu…… 😀

Tags:  

8 comments to Dapat Hadiah Kamera Video GoPro Hero Dari Wife

  • Cheq Eem  says:

    suka lah tu kan… yang penting nnt gambar i ada bnyk yang cantik2… dan boleh buat vlog pulak…. hahaha……

    • eshamz halim  says:

      ekekekekekeke……mesti ler suka…TQ Darling… 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Wahh.. mmg manyak syok.. hebat. Tahniah saudara Sham.. 🙂
    Salam Jumaat.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      hihihihhi…. Syok ooooooo…..Terima kasih saudara khir… 😀 …Salam Jumaat 🙂

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum. murah rezeki bro. serius cantik gila go pro ni. nangis kot tengok gambar korang yang super awesome tu. huwaaaaa nak beli seketul go pro juga. Selalu nampak kat deals jual rm1500. Tapi haritu tanya isteri awak, dia kata dapat harga lagi murah. Terus pasang niat. hihi. Doakan kita murah rezeki juga ya. hehehhee >________<

    • eshamz halim  says:

      W’salam, TQ2.. a ah..dapat murah sebab beli ngan member cheq eem.. hubby u mesti suka giler klu dpt gopro ni kan…hihihihi..senang nak bawak ke mana2.. Inshaa ‘Allah ada rezeki nanti tu, semoga korang sentiasa dimurahkan rezeki… kim salam kat hubby ngan baby dlm perut tu..Cheq eem jeles ngan u..hihihihi.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Oh.. dah singgah rupanya.. lupa pulak hehee. Tahniah2 lagi!!! Bulan puasa ni waktu sgt pantas berjalan.. nk berblogging pun kdg2 mcm tak menyempat je.. kepala pun jadi kelam kabut hehee..

    • eshamz halim  says:

      ahahahahaha…… biasa la bro..bulan puasa ni masa tu cam takde sgt kan… 😀

Isikan Komen Anda Disini