Deuter International Trail Run 2016 (Chapter 4: Blast From The Past)

deuter-international-trail-run-2016-ditr2016-batu-arang-selangor-chapter-4-blast-from-the-past-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Deuter International Trail Run 2016 telah diadakan di Dataran MPS Batu Arang, Selangor pada 8 Mei 2016. Larian bertemakan “Chapter 4: Blast From The Past” ini adalah anjuran Universal Fitness and Leisure (UFL) dengan kerjasama pihak Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan juga Cyclic Sports Sdn Bhd.

Selepas 3 tahun berturut-turut diadakan di Putrajaya, edisi kali ini pihak penganjur telah memilih Pekan Warisan Batu Arang sebagai lokasi larian dalam usaha untuk mempromosikan Pekan Warisan Batu Arang sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri Selangor. Pekan Warisan Batu Arang sememangnya kaya dengan nilai-nilai khazanah dan juga warisan sejarahnya yang tersendiri. Ianya juga merupakan salah satu pekan yang tertua di negeri Selangor dan pekan pertama yang mempunyai kelengkapan landasan kapal terbang, rel keretapi, balai polis serta kemudahan-kemudahan lain. Boleh ke link ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Arang untuk maklumat yang lebih lengkap mengenai sejarah Pekan Warisan Batu Arang.

Ini merupakan penyertaan kali pertama buat aku dan wife walaupun ianya adalah tahun keempat dianjurkan. Bagi edisi kali ini, Deuter International Trail Run hanya menawarkan jarak larian sejauh 14.5km dan terbahagi kepada 6 kategori yang dipertandingkan.

Peserta larian telah dilepaskan tepat pada pukul 7.15 pagi. Permulaan larian yang agak mendatar melalui jalan berturap sebelum memasuki laluan denai yang merentasi bukit bukau, kawasan ladang kelapa sawit, laluan berlumpur, kebun buah-buahan, menyeberangi sebatang sungai kecil, kolam-kolam ikan serta melalui kawasan perkampungan yang terdapat di situ. Ramai juga yang terpegun dan tertanya-tanya dengan kewujudan paip-paip besar yang merentasi sebahagian kawasan di situ. Mood ceria wajib dikekalkan sehingga ke garisan penamat oleh kerana kehadiran ramai jurugambar di sepanjang laluan larian…hihihihihi… 😀 Peserta dikehendaki sampai di KM9 sebelum jam 10 pagi bagi mengelakkan daripada diangkut ke dalam lori untuk ke garisan penamat (Cut Off Time Check Point). Aktiviti bergambar memang meriah di sepanjang laluan menuju ke garisan penamat dan akhirnya kami berjaya tamatkan larian dalam masa 2 jam 44 minit….hahahahaha…ternyata bukanlah satu catatan masa yang terbaik tetapi kami tetap seronok di sepanjang larian. 😀

Jom layan gambar dulu…..

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimGroupfie dulu sebelum flag off…

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimMasing-masing tersergih jer…

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimSumber gambar: Rany Tan

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimAntara tapak warisan di Batu Arang.

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimMemang banyak paip-paip besar di Batu Arang ni….

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimPermulaan masuk ke trek off-road…hihihihihihi. 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimBerkabus jer pagi tuuu….

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimLaluan larian merentasi ladang kelapa sawit.

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimNaik bukit….turun bukit…fussssss!!!…..

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimSaluran paip ni memang panjang….sepanjang laluan larian akan jumpa paip besar ni 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimNaik bukit lagi….

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimSelfie dengan wife di atas paip besar ni….

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimAntara permandangan di laluan larian.

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimBergambar dengan pencawang TNB ni kejap…hihihihi 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimJauh lagi perjalanan…

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimInilah aktiviti kami sepanjang larian…hihihihihi… 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimGroupfie lagi…hihihihi.. 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalim-16Cantik pulak rumput ni…hihihihi.. 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimSampai terbaring-baring untuk bergambar…hahahahaha.. 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimGambar berdua mestilah ada!…hihihihi..

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimTak habis-habis lagi bukitnya…..

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimDah naik mestilah turun bukit balik!!…

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalim#RedbullRunner pewai sebelum naik bukit…hihihihi.. 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimKalau sampai sini selepas pukul 10, kena naik lori laaa nampaknya….hihihihihi… 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimRunholics and geng….

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimAkhirnya sampai juga di garisan penamat setelah puas bergambar di sepanjang larian…hihihihi.. 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimBergambar dengan esahbella. Salah seorang pembaca blog aku dan wife. Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami.

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimLama dah tak jumpa si Izham ni… 😀

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalim-22Masing-masing penuh tangan dengan hasil tangkapan…hahahahaha… 😀
Sumber gambar: Rany Tan

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimMewahkan goodiesnya. Medal tu boleh digunakan sebagai pembuka penutup botol. Memang kreatif.

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalim-20Groupfie di Monumen Pekan Warisan Batu Arang.

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimRunholics ran Batu Arang.

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimYeahhhhhh!!!!!!!….

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalimHooorahhhhh!!!!…

deuter-international-trail-run-2016-chapter-4-blast-from-the-past-pekan-batu-arang-ufl-runholics-eshamzhalim#CuteTigerRunner dan #RedbullRunner

Lepas puas layan gambar…jom layan video kami beraksi di Deuter International Trail Run 2016…hihihihi.. 😀

Komen aku mengenai acara Deuter International Trail Run 2016 (Chapter 4: Blast From The Past):

Bagi aku, Deuter International Trail Run 2016 memang cukup meriah dan seronok. Ternyata penganjur telah berjaya menganjurkan satu acara yang cukup hebat. Pemilihan lokasi larian di Pekan Warisan Batu Arang telah memberi pengalaman baru kepada semua peserta. Aku rasa ramai yang tidak tahu kewujudan Pekan Batu Arang sebelum ini. Laluan larian yang cukup menarik merentasi beberapa kawasan warisan sejarah dan juga laluan denainya yang cukup mencabar melalui kawasan berbukit bukau, ladang kelapa sawit, kebun buah-buahan dan juga kolam-kolam ikan di sekitar Batu Arang. Permandangan di sepanjang laluan larian memang cukup cantik dan sering kali membuatkan aku dan wife berhenti bergambar…hihihihihi.. 😀

Yuran penyertaannya sebanyak RM75 memang agak berpatutan bagi acara larian denai (trail run) sejauh 14.5km. Ramai juga yang komplen jarak lariannya kurang daripada 14.5km tapi berbeza pula dengan applikasi Runkeeper aku yang berjaya merekodkan jarak sejauh 16.42km…hahahahaha..kadang-kadang Runkeeper aku memang ada masalah. 😀 Makanan dan minuman yang disediakan dipenghujung larian memang cukup meriah. Medalnya yang unik dan kreatif serta boleh digunakan sebagai pembuka penutup botol. Baju larian daripada jenama Inov8 dan setiap peserta diberi Deuter Wash Bag secara percuma semasa pengambilan race-kit. Waterstation yang mencukupi dan ada disediakan aiskrim pop untuk peserta di KM9.

Kesimpulannya, Deuter International Trail Run sememangnya satu acara yang wajib didaftar setiap tahun. Tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan satu acara larian yang meriah dan tidak mengecewakan. Aku dan wife memang cukup seronok berlari di sekitar Pekan Batu Arang. Mungkinkah tahun depan akan diadakan di lokasi yang baru?….tak sabar untuk tunggu bagi edisi kelima.

Alhamdulillah, gambar #RedbullRunner pewai telah berjaya memenangi hadiah di tempat ketiga….hihihihihi.. 😀 Terima kasih kepada Universal Fitness and Leisure (UFL).

ufl-contest-deuter-international-trail-run-2016

Isikan Komen Anda Disini