Do-it-Yourself: Tutorial Untuk Membuat Dry-Box Kamera DSLR Anda

Salam,

Sebenarnya dah lama aku berniat nak buat entri pasal nak buat Dry Box sendiri ni tapi asik lupa jer. Disebabkan ada kawan-kawan yang tanya dan nak tahu so aku siapkan entri ini untuk dikongsikan. Bagaimana untuk membuat (Do-it-Yourself) dry box untuk DSLR kesayangan korang? atau sanggupkah korang tengok lens mahal korang dijangkiti kulat (fungus)? tapi sebelum itu korang tahu ker apa itu dry Box?..hihihihi… jom aku cerita sket apa itu dry box…..

dry-cabinet-drybox-shamphotography-diy-drybox-sendiri

Apa itu Dry Box atau Dry Cabinet?

Dry box atau Dry cabinet sebenarnya adalah tempat penyimpanan peralatan DSLR anda dan mempunyai sistem penyahlembapan, atau dalam erti kata lain, sistem anti kelembapan yang mengurangkan atau meminimumkan kelembapan di dalam box tersebut. Kegunaannya adalah untuk menghalang kelembapan supaya dapat mengelakkan pertumbuhan fungus pada body DSLR dan lens.

Harga dry box bergantung pada jenama, kualiti serta saiz. Dry box mungkin agak mahal bagi sesetengah pengguna, tapi ia hanya berguna jika anda jenis yang terlalu jarang menggunakan kamera. Jika korang kerap menggunakan kamera, kemungkinan untuk fungus tumbuh adalah sangat kecil dan jarang berlaku.

fungus-lens-drybox-shamphotography-diy-drybox-sendiri-01Fungus oh fungus!!

Dulu memang aku kerap guna kamera tapi sejak kebelakangan ni terpaksa simpan jer. Dulu niat memang nak beli dry box yang dah siap macam gambar kat atas tu tapi dari hari ke sehari, dari bulan ke bulan dan sampailah bertahun takde la beli. Biasanya set DSLR aku bersimpan dalam beg dan letak dalam almari.

Nak di jadikan cerita, satu hari tu aku ada job wedding kat kajang dan kebiasaannya aku akan siapkan kamera aku. Alangkah hiba dan kecewanya bila aku tengok lens Canon 70-200mm f-2.8 aku dijangkiti fungus…arghhhhhhh!!!!!…mahal giler lens ni aku beli dulu. Frust oooooooo…..

Dan akhirnya aku kena hantar lens tu ke Canon Service Centre dan kena caj RM250 untuk cuci fungus kat lens tu. Nasib baik ler sket jer, kalau lens tu rosak…mau beribu ler kena bayar.

D.I.Y Dry Box Untuk DSLR dan Lens Kesayangan Anda

Akhirnya aku terpaksa cari dry box tapi disebabkan ada masalah budget so terpaksalah aku buat dry box sendiri. Bermulalah aku cari maklumat dan buat research pasal d.i.y dry box ni, aku mula cari barang-barang yang diperlukan. Budget pun aku kena setkan seboleh-bolehnya bawah RM100 la kan. Ada 4 barang penting untuk membuat dry box ni iaitu:

1. Box atau container

seal-lock-container-diy-dry-box-shamphotography-fungus

Box atau container ni kalau boleh cari yang kedap udara dan saiz box bergantung kepada berapa banyak peralatan kamera anda. Mestilah box yang lutsinar dan boleh tembus cahaya kerana fungus sangat suka tempat yang gelap dan lembap. Box kedap udara ni aku beli dengan harga RM23.90.

2. Hygrometer (Meter menyukat kelembapan udara)

hygrometer-diy-dry-box-shamphotography-fungus

Hygrometer ni aku beli di Daiso (kedai jepun) dengan harga RM5.00 sahaja, model ni package sekali dengan termometer…kira bagus ler jugak kan..hihihihi. Ada juga meter yang digital tapi aku rasa mungkin mahal sket, yang jarum ni pon dah ok dah. Meter ni lah yang akan menyukat kadar kelembapan udara di dalam dry box itu nanti.

3. Span

span-diy-dry-box-shamphotography-fungus

Span ni sebolehnya jangan yang nipis atau lembut sangat sebab span ni lah yang akan lapik peralatan kamera tu nanti. Aku guna span ni sebab span ni anti-slip so takde lah peralatan kamera tu asik bergerak-gerak atau bergesel. Modal beli span ni RM3.00 jer, aku beli kat jusco rasanya.

4. Dehumidifier (Penyerap lembapan atau thirsty hippo)

dehumidifier-diy-dry-box-shamphotography-fungus

Ini adalah bahan yang penting di dalam dry box anda nanti, dehumidifier inilah yang akan menyerap kelembapan udara di dalam dry box untuk mencegah pembiakan fungus di kamera atau di lens anda nanti. Ada banyak sebenarnya bahan penyerap kelembapan ni seperti Silica Gel atau dehumidifier yang lain. Aku beli dehumidifier ni (ala-ala thirsty hippo) kat Giant dengan harga 3 pek RM5.00 sahaja dan 1 pek boleh tahan antara 3-4 bulan mengikut berapa kerap anda buka dry box tersebut.

dan 1 bahan tambahan lagi ialah double sided tape untuk digunakan bagi melekatkan hygrometer di dalam dry box anda nanti.

Apa yang anda perlu buat dengan bahan-bahan diatas?

1. Mula-mula anda perlu mengukur dan potong span tersebut mengikut saiz box (dalam box yer) untuk diletakkan di dalam box bagi tujuan sebagai pelapik untuk kamera anda. (sorry!! lupa nak amik gambar)

2. Lekatkan hygrometer anda di dalam box tersebut dengan menggunakan double sided tape tadi, pastikan anda lekatkan di tempat yang anda senang untuk lihat meter tersebut daripada luar box. Dan meter ni dilekatkan di dalam b0x yer..bukan di luar box.

diy-dry-box-shamphotography-01

3. Bila dah lapikkan box itu dengan span dan meter pun telah dilekatkan, maka siaplah sudah dry box tersebut dan proses seterusnya anda harus menyusun peralatan kamera anda di dalam dry box tersebut. Jangan lupa masukkan dehumidifier tu sekali yer kat dalam box tuu….

diy-dry-box-shamphotography-02

Ini adalah dry box aku yang dah siap, aku boleh masukkan 2 body DSLR, 1 lens 50mm, 1 lens 17-50mm, 1 lens 70-200mm, speedlite, filter, battery grip serta bateri kamera dan memory kad. Tak lupa juga 1 pek thirsty hippo yer…..

diy-dry-box-shamphotography-05Cari thirsty hippo yang kecik-kecik jer untuk jimatkan ruang dan plastik penutup thirsty hippo tu jgn bukak abis yer (yang warna silver tuu)…bukak kan separuh jer sbb senang kita nak kawal serapan nanti…kalau bukak semua takut cepat lak kadar serapan nanti.

diy-dry-box-shamphotography-03Gambar dari tepi, kalau korang tengok kat meter tuu bacaan nya 50% jer so kira bacaan yang sesuai dan bila aku biarkan box ni terbuka lama sket, bacaan tu terus naik ke 80% (bermakna udara lembap dah masuk dalam box tu)

diy-dry-box-shamphotography-04Gambar dry box yang telah siap untuk disimpan

Sehingga hari ni maknanya sudah setahun aku guna dry box ni, hanya baru 3 pek thisrty hippo yang aku tukar….kira save ler jugak kan. Modal permulaan adalah seperti dibawah:

1 Box kedap udara = RM23.90

1 Hygrometer = RM5.00

1 Gulung span = RM3.00

3 pek Dehumidifier (Thirtsy hippo) = RM5.00

Jumlah modal semua = RM36.90

Dry Box dah siap tapi bagaimana cara penjagaannya

Senang jer sebenarnya. Aku senaraikan cara-cara dibawah yer:

1. Pastikan anda bersihkan dan lap kamera atau lens anda selepas digunakan dan sebelum disimpan di dalam dry box.

2. Anda perlu kerap periksa hygrometer supaya kelembapan di dalam dry box tersebut terkawal. Bagaimana nak tau bacaan kelembapannya? sila pastikan bacaan di dalam dry box tersebut dalam lingkungan 40% – 60%.

Bacaan Hygrometer Yang Anda Perlu Tahu!

~ 0% – 39% – Bahaya dan terlampau kering, boleh menyebabkan getah atau coating lens keras dan rosak.

~ 40% – 60% – Bacaan yang sesuai dan normal. (Bagi kamera dan lens bacaan yang sesuai sebenarnya ialah 40%-50%)

~ 61%-100% – Tidak sesuai kerana terlalu lembap dan boleh membuat fungus membiak dengan gembiranya. Fungus akan mula membiak pada kadar kelembapan 70% ke atas.

3. Jika bacaan meter kurang daripada 40% bermakna anda perlu buka penutup dry box anda sekejap untuk membenarkan udara lembap masuk ke dalam box bagi mendapatkan bacaan kelembapan yang sesuai.

4. Jika bacaan meter anda melebihi 70% dan keatas bermakna anda perlu menggantikan pek thirsty hippo anda dengan yang baru.

5. Jangan simpan dry box anda di dalam almari yang bertutup atau di tempat yang gelap kerana tempat gelap sangat disukai oleh fungus.

Bagi mereka yang ada duit lebih atau yang serius, aku nasihatkan supaya beli Dry Box yang di jual di kedai-kedai kamera supaya dapat menjaga pelaburan kos kamera anda yang mahal supaya tidak akan menyesal di kemudian hari nanti. Ini cuma satu cara altenatif bagi mereka yang ada budget ciput seperti aku tapi dah setahun aku gunakan dry box buatan sendiri aku ni dan lens aku takde fungus-fungus yang berkeliaran…ahahahahaha.

Selamat mencuba. Jika ada soalan, jangan ler malu untuk bertanya kat ruangan komen dibawah.

Jika rasa entri ini berguna, silalah share dan like yer… like-vitamin4kesihatan-01

12 comments to Do-it-Yourself: Tutorial Untuk Membuat Dry-Box Kamera DSLR Anda

  • Khir Khalid  says:

    Menarik perkongsian tips & nasihat ni.. Thanks sharing.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih saudara Khir… sesuai untuk yg takde budget nak beli drybox yg mahal tuu… 😀

  • Rizal Efendi  says:

    tapi klo dibuat pake lampu seperti lampu pengahangat anak ayam berdampak bahaya gak k kamera. gan.

    • eshamz halim  says:

      Salam bro… kalau guna lampu penghangat tu rasanya ok jer sbb drybox yang dipasaran pun ada yg guna lampu tu untuk control kelembapan… tp kena kawal suhu nyer..jgn terlampau kering sgt nanti getah2 di dslr akan kering dan rosak… 😀

  • Eds  says:

    Saya juga buat DIY dry box tetapi guna silica gel. Saya rasa, lebih selamat sbb takde cecair.

    • eshamz halim  says:

      Dulu memang saya gunakan silica gel tapi memerlukan kuantiti yang banyak dan susah untuk mendapatkan suhu lembap yang betul. Bila dah tukar ke thisty hippo baru kadar kelembapan yang ideal… 😀

  • Are-ren  says:

    Bekas kedap udara tu beli kat mana?

    • eshamz halim  says:

      Dulu beli di kedai hardware seksyen 20 shah alam tp skrg tak pasti masih ada jual lagi atau tak?… boleh jer cari di mana-mana kedai hardware ataupun kedai yang jual barangan plastik.. kadang2 ada jumpa kat parkson gak.. 😀

  • Faris  says:

    Boss. Masa kita bukak drybox untuk bagi udara masuk tu. Kita kena bukak sekali lens cap tak?
    Dan masa kita tutup drybox tu balik. Kan udara lembab dah masuk. So. Kita kena biar lens terbukak untuk thirsty hippo serap kelembapan dia tak?

    • eshamz halim  says:

      Takyah bukak lens cap pun takpe…… Lens tu kalau nak biar melekat pada DSLR pun boleh atau nak asingkan dari DSLR pun boleh tapi pasang jer lens cap sekali supaya habuk tak melekat pada cermin lens…. 😀

  • Vincent  says:

    Kalau macam saya punya ada pouch , blh masuk dalam dry box tanpa buka pouch x ?

    • eshamz halim  says:

      Boleh jer…takde masalah… saya nyer Canon G1X pun simpan dgn pouch sekali dalam dry box… 😀

Isikan Komen Anda Disini