Doraemon Malaysia 100 Secret Gadgets Expo

Salam,

Hari ni aku cuti sebab diberi cuti am tambahan oleh PM bagi Hari Wilayah. Semalam pulak aku ngan wife gi panjat pokok kat Skytrex Adventures, Shah Alam so hari ni baru ler ada masa untuk siapkan entri Doraemon ni…hihihihihi..

Mesti semua peringkat umur tahu siapakan Doraemon kan?….. Kisah Doraemon ni sebenarnya mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu, aku rasa setiap petang sebelum masuk waktu maghrib aku dah menunggu di depan TV sebab nak tengok kartun Doraemon. Imiginasi seorang kanak-kanak memang cukup hebat, sampai terbawak-bawak hingga ke sekolah…ahahahahahaha.

doraemon-malaysia-100-secret-gadgets-expo-shamphotography

Pada 26 Januari yang lepas, aku dan wife serta Hafeesyam pergi ke ” Doraemon Malaysia 100 Secret Gadgets Expo ” di Viva Home Shopping Mall, Jalan Loke Yew. Dari bulan Disember tahun lepas Hafeesyam dah ajak sebenarnya tapi asik takde masa jer. Disebabkan Hafeesyam dah tak sabar-sabar nak jumpa idola zaman kanak-kanak dia, kitaorg sudi memenuhi permintaan Hafeesyam….ahahahahaha. :p

Pagi tu aku ngan wife gi kenduri kawen sepupu dulu kat Pantai Dalam dan lepas tu terus gi rumah Hafeesyam sebab nak car pool dengan dia…senang sket!. Sampai ler kitaorg di Viva Mall, aku tak pernah sampai ke sini sebenarnya. Dulu lalu sini, takde pun shopping mall ni…biler masa dorang buat ntah?. Park kereta dan terus menuju ke tingkat 2 untuk beli tiket, seperti biasa GoPro akan sentiasa berada di poketku dan Hafeesyam bersenjata DSLR Canon. Akhirnya kitaorg pun menuju ke pintu masa untuk berjumpa dengan Doraemon…hihihihihi.. 😀

doraemon-shamphotography-vivamallAku pakai baju sama tema ngan Doraemon (Biru & Putih)

doraemon-shamphotography-vivamallMula-mula kena masuk mesin masa ….. Jommmm….

Mengikut sejarah dorang ni, sebenarnya dulu-dulu Doraemon mempunyai telinga dan berwarna kuning. Telinga Doraemon telah dimakan oleh tikus robot dan akibat sedih yang melampau kerana telinganya dah takde…lama-kelamaan badan Doraemon bertukar warna menjadi biru. Dorang kata la..bukan aku kata.. hihihihi. 😀

doraemon-shamphotography-vivamallDoraemon sedih sebab telinganya dimakan…

Ok. Jom kita berkenalan dengan 100 patung Doraemon bersama 100 gadgetnya……

doraemon-shamphotography-vivamallJom kita masuk “Pintu Sesuka hati”

doraemon-shamphotography-vivamallNampak tuuu…banyakkan Doraemon..

Jom meniru aksi Doraemon…..

doraemon-shamphotography-vivamallDuckface semua…

doraemon-shamphotography-vivamallTak tau!!..tak tau!..

doraemon-shamphotography-vivamallUwekkkk…

doraemon-shamphotography-vivamallMasing-masing nak lawan muka saper lagi garang…

doraemon-shamphotography-vivamallDoraemon ada dimana-mana….

Takde apa yang nak dilakukan kat situ kecuali tengok dan baca kisah gadget-gadget Doraemon tapi luas jugak tempat expo ni. Aku rasa ada 3-4 section sehinggalah kitaorg keluar.

doraemon-shamphotography-vivamallAkhirnya berjaya jugak Nobita kahwin dengan Sizuka..

doraemon-shamphotography-vivamall

doraemon-shamphotography-vivamallIyer!!..iyer!!..saya tak buat lagi…

doraemon-shamphotography-vivamallAlamak!!..sumbangnya Giant nyanyi…sakit telinga ooooo….

doraemon-shamphotography-vivamallSyhhhhh!!!… kitaorg nak sergah Doraemon ni…

doraemon-shamphotography-vivamallAsik membebel jer mak suneo niiiii….

doraemon-shamphotography-vivamallBagi saper-saper yang nak beli cenderahati Doraemon… harga mahal ler jugak..

Dah abis ronda-ronda kat dalam tu, kitaorg pun keluar pastu terus gi cafe Doraemon, nak cuba jugak camner rasa Dorayaki tu. Hasilnya memang aku tak suka la sebab terlampau manis sangat dan coffee pun tidak memenuhi citarasa kitaorg sebab rasa cair sangat tapi abiskan jer laa.. hihihi..

doraemon-shamphotography-vivamallCoffeenya ada lukisan Doraemon kat atas…

doraemon-shamphotography-vivamallNi apam kot tapi bentuk Doraemon..pun manis jugak…

doraemon-shamphotography-vivamall

Dan akhirnya berjaya jugak Hafeesyam berjumpa dengan idola zaman keciknya dan kitaorg berdua berbangga kerana dapat membantu Hafeesyam untuk menrealisasikan impiannya…ahahahahahaha.

Akhir sekali, aku nak kongsi info sket pasal Expo ni, mana lah tahu kalau korang nak gi ker?. gi ler bawak anak-anak, kasi dorang kenal siapa itu Doraemon…ahahahahaha.. 😀

peta-lokasi-doraemon-malaysia-100-secret-gadgets-expo-vivamall-shamphotography

Tempoh Expo : 14 Dec 2013 – 23 Mac 2014
Lokasi : Viva Home Shopping Mall (Peta ada di atas)
Masa Expo : Setiap hari dari 10 pagi – 10 malam (last entry pada pukul 9 malam)

Harga Tiket :
RM25 – Dewasa (13 tahun & ke atas)
RM15 – Kanak-Kanak (4 -12 tahun)
Percuma – Kanak-kanak bawah 3 tahun, aku rasa warga tua berumur 60 tahun ke atas pun percuma.

Apa lagi, kalau teringin dan ada masa terluang tu gi ler sana, bawak anak-anak sekali sebab mesti dorang seronoknya. Kalau nak tanya pendapat aku kan, sebenarnya aku rasa tiket masuk RM25 dan RM15 seorang tu macam mahal jer setakat nak tengok patung jer….ermmmm… sebab tu aku tak pergi gi Wax Museum ICT tu sebab harga melampau mahal.

p.s: Hari ni tengok berita, ada lak cerita pasal Wax Museum ICT kena bakar…hihihihihi.. maybe ada yang tak puas hati pasal harga tiket masuk kot?…ahahahahahahahaha.

Tags:  

4 comments to Doraemon Malaysia 100 Secret Gadgets Expo

  • PakcikLie PCL  says:

    alamak doraemon pun ada pemeran eh?.. kalu anak2 aku memang dorang tak berapa minat dgn patung kartun kecuali barbie & princess…susah nak faham minat remaja lagi2 anak gadis…pening arr kadang tu..ikutkan ajer .

    • eshamz halim  says:

      ahahahahahaha….. pening arrrrrr… remaja2 skrg lain lak minatnya ..dah zaman IT ni kan. Tu laa Doraemon pon ada expo tau.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wow.. bestnya.. jenjalan mcm ni sekeluarga pasti seronok. Thanks sharing info ni bro Sham.. best.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      hihihihi…kalau bawak budak2 ni mesti dorang seronok berlari-lari kat dalam expo tu sbb luas ler jugak… tp tu la ..kalau pergi berempat dah RM100 tiketnya… 😀

Isikan Komen Anda Disini