Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikers

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Gunung Angsi sememangnya di antara gunung-gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan sering dijadikan sebuah lokasi bagi latihan pendakian. Berdasarkan sumber laman web Malaysia Mountains, Gunung Angsi dikatakan gunung ke 241 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 825 meter dari paras laut ataupun 2702 kaki. Ianya amat sesuai untuk latihan mendaki seperti aku dan wife yang baru nak menjinakkan diri dengan aktiviti pendakian. Secara geografinya, Gunung Angsi ini terletak lebih kurang 20 kilometer daripada Seremban dan menghala ke Kuala Pilah ataupun menghala ke Ulu Bendul. Memang banyak sebenarnya gunung-gunung di Negeri Sembilan ni dan ini adalah merupakan gunung pertama yang aku dan wife daki sebagai latihan stamina bagi Misi Kinabalu 2015 nanti. 😀

Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi ini telah disertai oleh 9 orang iaitu aku dan wife, Amlina dan adiknya Aiman, Eyda, Bella, Winfid, Fatin dan juga Abang Joe selaku pemandu arah kami. Seawal pukul 6 pagi kami telah berkumpul di Petronas Prima Saujana, Kajang sebelum memulakan perjalanan menuju ke Kuala Pilah atau lebih tepat lagi menuju ke Ulu Bendul melalui Lebuhraya LEKAS dan seterusnya hingga ke Lebuhraya Bukit Putus. Berdasarkan maklumat yang aku cari, sebenarnya ada 3 trek pendakian untuk ke puncak Gunung Angsi iaitu melalui Bukit Putus, Ulu Bendul dan juga dari kawasan perindustrian di Senawang (bersebelahan dengan Taman Tasik).

Bagi pendakian kali ini, kami akan mendaki daripada trek Bukit Putus. Trek Bukit Putus ni tidak jauh daripada Hutan Lipur Ulu Bendul, jika daripada arah Lebuhraya LEKAS ke Kuala Pilah, anda perlu belok ke kanan lebih kurang beberapa kilometer sebelum sampai di Taman Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul.

Dalam 200 meter selepas belok ke kanan, anda akan jumpa satu Pondok Jabatan Perhutanan Negeri dan tangga simen di sebelah kiri jalan dan disinilah juga tempat untuk meletak kenderaan. Tangga itulah merupakan titik permulaan bagi pendakian Gunung Angsi melalui Bukit Putus.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersMaklumat-maklumat penting di papan notis Pondok Jabatan Perhutanan Negeri.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersTangga simen inilah permulaan untuk mendaki. Ada 2 tangga di sini (kiri dan kanan)

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersLaluan yang akan dilalui selepas tangga simen tadi.

Sebelum memulakan pendakian, kami diwajibkan untuk menulis nama di dalam buku log di Pondok Jabatan Perhutanan Negeri bagi tujuan rekod keselamatan serta setiap pendaki juga dikenakan caj sebanyak RM5 seorang untuk permit pendakian yang boleh dibayar kepada pegawai yang bertugas di pondok tersebut.

Tips: Jika mendaki secara berkumpulan, salah seorang daripada kumpulan ataupun ketua kumpulan hendaklah menyediakan senarai nama kesemua ahli kumpulan supaya boleh diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab apabila diperlukan.

Terima kasih kepada Amlina yang kerana sudi mengetuai sesi regangan badan (warm-up) dengan senaman ringan sebelum memulakan pendakian.

Tips: Sesi senaman ringan bagi panaskan badan (warm-up) adalah perkara yang amat penting sebelum memulakan pendakian untuk mengelakkan kecederaan otot.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersBergambar di papan tanda Hutan Simpan Angsi.

Jam di tangan menunjukkan pukul 8 pagi sewaktu kami mula mendaki dan ada satu lagi kumpulan pendaki yang telah mula mendaki 15 minit awal sebelum kami. Bagi pendakian sekitar 20-30 minit pertama, aku rasa treknya agak curam sekitar 40-45 darjah sebelum melalui trek yang lebih landai dan santai tetapi masih ada juga trek yang curam sepanjang perjalanan menuju ke puncak. Laluan di trek memang agak luas dan senang untuk dikenalpasti kecuali ada di sesetengah laluan yang agak sempit. Bagi aku peratusan untuk sesat atau tersalah laluan amatlah rendah disebabkan tanda atau marking pada trek cukup jelas.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersIni antara trek yang kitaorg perlu tempuhi. Boleh dikatakan 40-45 darjah curam.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersGambar di sepanjang trek.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersMendaki sambil menikmati keindahan flora.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersBerhenti berehat sambil groupfie. 😀

Rasanya 3 hingga 4 kali kami berhenti rehat sambil bergambar sepanjang laluan mendaki. Treknya yang agak lembap dan berlumpur telah berjaya membuatkan kasut-kasut kami cantik bagaikan disolek, mesti dah hujan sehari sebelum kami mendaki ni. Lama-kelamaan kami telah berpecah kepada 3 kumpulan bergantung kepada kelajuan masing-masing tetapi tetap akan menunggu diantara satu sama lain di sepanjang laluan.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersKitaorg melalui kawasan rehat ni dalam perjalanan naik dan turun Gunung Angsi. Rasanya ini adalah tempat lepak penduduk-penduduk sekitar kawasan situ.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersKawasan ni dikenali sebagai Waterfall View yang akan dilalui oleh pendaki sebelum sampai ke puncak. Ini adalah sekitar pukul 9 pagi dan masih berkabus lagi.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersBerhenti rehat lagi sambil bergambar.

Akhirnya, aku dan wife berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi pada pukul 10.10 pagi dan diikuti dengan rakan-rakan yang lain sekitar pukul 10.30 pagi. Abang Joe telah sampai di puncak terlebih dahulu dan terus pasang khemah (Fly & Ground) sebagai tempat lepak kami di atas tu….hihihihi.. 😀 .

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersTempat lepak kitaorg yang di sponser oleh Abang Joe. 🙂

Secara puratanya, pendakian dari bawah hingga ke puncak sejauh 5 kilometer (sehala) telah mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit bagi kami yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti pendakian ni. Sebelum ni, aku dan wife selalu mendaki berskalakan bukit sahaja tapi ini adalah pendakian gunung yang pertama buat kami berdua…hihihihi… 😀

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersKepenatan tadi hilang entah kemana apabila disajikan dengan permandangan ini di puncak Gunung Angsi.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersTrademark biasa…hihihihi..

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersKasut digantung sebagai bukti telah jejak di puncak Gunung Angsi.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersGaya freestyle…. cover album katanya… 😀

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersBukan main gembira lagi apabila sampai di puncak…

Aktiviti pertama yang dilakukan di puncak semestinya acara bergambar beramai-ramai dan diiringi dengan aktiviti makan-makan serta sambutan hari lahir buat Birthday Girls kita iaitu Amlina dan Winfid. Alangkah meriahnya jika sambutan hari lahir itu disambut dengan kehadiran tepung dan juga telur ayam tetapi demi menjaga kesensitiviti rakan-rakan, niat itu terpaksa dilupakan…hihihihi.. 😀

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersCheese cake yang telah dibuat sendiri oleh Amlina. Berjaya juga dia bawa naik ke puncak tanpa penyek!…hihihihihi.. 😀

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersGambar lompat adalah wajib walaupun dimana kitaorg berada..

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersGambar-gambar sepanjang berada di sana..

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersAku dan wife bergambar dengan berlatarbelakangkan Beirut (Penanda Puncak) Gunung Angsi.

Aku rasa lebih kurang 2 jam kami berehat di puncak sebelum bersiap-sedia untuk turun ke bawah disebabkan ada tanda-tanda hari nak hujan. Kalau tak salah aku, rasanya tepat pukul 12 tengahari kami dah mula bergerak turun dari puncak.

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersBergambar lagi di Waterfall View semasa dalam perjalanan turun. Waktu ni baru nampak permandangan kerana kabus dah mula hilang. Cari juga mana air terjunnya, rupa-rupanya hanya namanya jer yang waterfall..hihihihihi.. 😀

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersAku sedang berjalan dengan gaya yang paling sopan…hihihihi… 😀

Dan akhirnya, aku, wife dan Aiman berjaya sampai ke bawah sekitar pukul 1.30 petang, maknanya tempoh perjalanan turun hanya mengambil masa 1 jam 30 minit. Kebiasaannya, tempoh perjalanan turun akan lebih singkat daripada tempoh mendaki. Aku rasa Abang Joe, Amlina, Fatin dan Bella mesti berlari turun ke bawah sebab lama juga otai-otai ni menunggu untuk kami turun….hihihihi.. hebat!..hebat!… 😀

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersGroupfie with style….

Selepas semua dah selamat turun, terus ke Hutan Lipur Ulu Bendul untuk mengisi perut yang kosong serta mencuci kasut sambil bersiram dengan kedinginan air sungai Ulu Bendul sebelum pulang ke rumah masing-masing…hihihihi.. 😀

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikersMemang terapi yang bagus selepas penat mendaki…. kasi rawat kaki katanya…ahahahaha… 😀

Cerita pun dah baca dan gambar pun dah layan, apa kata jom tonton video pula…… 😀

Kalau nak tonton dalam Youtube pun boleh, klik jer –> Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi, Negeri Sembilan

17,171 total views, 14 views today

20 comments to Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi

  • Ikhwan Fahmi  says:

    lepas penat mendaki, cuci daki dekat sungai 🙂

    • eshamz halim  says:

      Yup… seronok mandi manda di sungai ulu bendul…sejuk jer airnya…hihihihi.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Mencabar nampaknya.. tapi pasti puas klu dpt mencapai apa yg disasarkan tu.. menarik bro Sham.. Selamat Tahun Baru 2015.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Mencabar memang mencabar bro tp demi misi kinabalu 2015… terpaksa ku gagahkan jua…ahahahahaha… selamat tahun baru jugak bro KK!.. 😀

  • nanatron14  says:

    ni training2 naik gunung ada azam 2015 naik G.Kinabalu ke? 😉
    nak joinnnn kalau korang naik Kinabalu !! Ni salah satu azam gak ni…nak naik gunung once in the lifetime..hehe

    • eshamz halim  says:

      Nana, memang misi kitaorg untuk naik kinabalu bulan april tahun ni… tu yg training tuuu.. dah register nama semua untuk kinabalu nanti… :D…

  • AZENI AHMAD  says:

    best nye.
    tak sangka pulak ada pemandangan kabus di atas gunung tue.
    Cantik.
    Pelat dan mandi. Memang best pun. Sejuk je air.

    • eshamz halim  says:

      Naik waktu pagi memang penuh dengan kabus… memang seronok pastu layan mandi sungai lagi la best…hihihihi.. 😀

  • Syukri  says:

    welldone bro!.. gaya penulisan dan coverage yg menarik. aku suka part ni.. “Bagi aku peratusan untuk sesat atau tersalah laluan adalah sekitar 20% jer sebab rasanya tanda atau marking pada trek amat jelas.”..

    Siap ada peratusan tu!!

    • eshamz halim  says:

      Hahahahahaha…. TQ bro… kadang2 kena la letak ayat skema sket…bagi best nak baca…hahahahaha… 😀

  • nur nazihah  says:

    salam, en.eshamz. sy nazihah dr upsi. tahun depan kami akan daki gunung angsi. nak tye, boleh daki bila-bila masa atau kena book dulu tempat?

    • eshamz halim  says:

      Boleh daki bila-bila masa jer…tak perlu booking pon….. 😀

  • shaha  says:

    Naik sorg2 boleh x? Diorang bagi ke? Hehe

    • eshamz halim  says:

      Naik sorang2 boleh tapi tidak digalakkan…. amalkan sistem buddies kalau aktiviti seperti ni…. sekiranya berlaku apa2…ada jugak kawan yang leh tolong… 😀

  • sari  says:

    assalam tumpang tanya..perlu guide ke naik angsi ni? . kami in group dlm 5-6 org.

    • eshamz halim  says:

      Angsi tak perlu guide kalau naik dr bukit putus sbb treknya luas dan jelas tapi pastikan peka dgn marking pada trek… 😀

  • abang usop  says:

    Baca punya baca. Sekali tengok gambar macam kenal Haha. Hye pakcik boboi. Kat sana ramai orang nak naik tak?

    • eshamz halim  says:

      Hahahahahaha…. siapa ni?…. Usop mana ni?.. 😀

  • Saiful Azry  says:

    Bro, klu nak compare Gunung Datuk ngan Gunung Angsi, mane lagi mencabar?

    • eshamz halim  says:

      Lebih kurang sama jer…. tapi gunung datuk view lawa dan trek agak memancak… 😀

Isikan Komen Anda Disini