Ekspedisi Royal Belum: 30 Okt – 1 Nov 2015 (5 kekosongan)

iklan-ekspedisi-royal-belum-eshamzhalim-taman-negeri-belum
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti ramai yang pernah dengar dan terbaca mengenai Taman Negeri Diraja Belum ataupun nama popularnya Royal Belum. Bagi yang meminati ketenangan alam semulajadi, sememangnya Royal Belum adalah lokasi yang wajib dikunjungi. Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian bio serta penemuan-penemuan alam yang tidak terdapat di tempat lain telah menjadikan ia hutan yang istimewa dan menyimpan khazanah yang bernilai.

Buat julung-julung kalinya aku dan wife (Geng Trip Santai) menganjurkan satu Trip Santai ke Taman Negeri Diraja Belum diatas permintaan rakan-rakan yang sering mencemburui aku dan wife…hihihihi..serta untuk memberi peluang kepada rakan-rakan merasai sendiri pengalaman di Royal Belum.

Boleh rujuk poster di atas atau maklumat dibawah mengenai Ekspedisi Royal Belum:-

1. Jumlah kekosongan : 40 orang (5 kekosongan) Cukup 40 orang penyertaan ditutup.
2. Tarikh Ekspedisi : 30 Oktober 2015 hingga 1 November 2015.
3. Bayaran : RM350 seorang dan tidak termasuk pengangkutan ke Jeti Awam Pulau Banding.
4. Pakej 3 hari 2 malam termasuk : penginapan di atas houseboat, aktiviti-aktiviti, makan dan minum disediakan sepanjang penginapan, BBQ, permit masuk ke taman negeri, nature guide serta boatman.
5. Cara bayaran : Deposit RM100 untuk booking slot dan boleh bayar secara ansuran setiap bulan sebelum 15hb Oktober. Jumlah pembayaran haruslah diselesaikan sebelum trip dan deposit tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri. Nama yang telah dibooking tetapi belum bayar deposit, slotnya masih lagi tidak dikunci dan keutamaan slot akan diberi kepada mereka yang telah membuat pembayaran deposit.

Jika berminat, bolehlah hubungi aku atau wife di nombor telefon (Whatapps/Telegram/SMS/E-mail pun boleh) yang tertera di poster di atas untuk mengetahui berapa lagi kekosongan dan maklumat bank bagi urusan pembayaran. Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan di ruangan komen… 😀

Khabar angin mengatakan ada hadiah lucky draw? Betul ker?…. ermmmm… entah!.. aku pun tak pasti? tapi kalau nak tahu..jom ler join kitaorg ke Royal Belum….hihihihihihi…. 😀

Ada juga rakan-rakan memberi cadangan supaya diadakan pertandingan memancing dan juga perlawanan rakit buluh. InshaaAllah… menarik juga sebenarnya tu!… nanti aku kira budget dulu yer… kalau dalam budget, aku akan sponser hadiahnya sekali…hihhihihihi… 😀

Apa lagi tunggu?!!… Jom ke Belum!….. 😀

TENTATIF PROGRAM 3H2M DI ROYAL BELUM

Hari Pertama
Sarapan pagi sendirian berhad… 😀
9.00 am – Tiba di Jeti Awam Pulau Banding dan taklimat keselamatan
9.30 am – Menaiki Houseboat dan bertolak ke Hulu Sungai Perak (Anggaran perjalanan 5 jam)
1.00 pm – Makan tengahari dan rehat (Disediakan)
2.00 pm – Trekking ke Air Terjun Sungai Mes
4.00 pm – Minum petang dan rehat (Disediakan)
5.00 pm – Aktiviti berakit dan aktiviti air (mandi atau terjun tiruk di tasik) 😀
7.00 pm – Rehat
8.00 pm – Makan malam (Disediakan)
9.00 pm – Night Walk
(Aktiviti bebas dan karaoke sampai tertidur)

Hari Kedua
8.00 am – Sarapan pagi (Disediakan)
9.00 am – Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Sungai Kejar (Pemberian Sumbangan)
11.00 am – Bergerak ke Pertengahan Royal Belum
1.00 pm – Makan tengahari dan rehat (Disediakan)
2.00 pm – Treking ke Air Terjun Sungai Kooi
4.00 pm – Minum petang dan rehat (Disediakan)
5.00 pm – Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Seri Wangi (Pemberian Sumbangan)
6.00 pm – Aktiviti berakit dan aktiviti air (mandi atau terjun tiruk di tasik) 😀
7.00 pm – Rehat
8.00 pm – Makan malam (BBQ) (Disediakan)
(Aktiviti bebas, ice-breaking dan karaoke sampai tertidur)

Hari Ketiga
8.00 am – Sarapan pagi (Disediakan)
9.00 am – Trekking ke Sira Haiwan
10.30 am – Trekking ke Spot Rafflesia (Bunga Pakma)
1.00 pm – Makan tengahari dan rehat (Disediakan)
2.00 pm – Tiba di Jeti Pulau Banding dan ekspedisi tamat.

SEGALA AKTIVITI DI DALAM TENTATIF INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN DAN BERGANTUNG KEPADA KEADAAN SEMASA ATAUPUN KEADAAN CUACA. PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN SEKIRANYA PERLU.

royal-belum-state-park-map-peta-royal-belum-eshamzhalimPeta Royal Belum

Aku ada menulis beberapa entri mengenai Royal Belum di sepanjang pengalaman aku ke sana. Kalau korang inginkan maklumat yang lebih lanjut, bolehlah luangkan masa dan baca entri-entri aku di bawah ni haaaa… klik jer.. 😀

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 3
Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2
Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1
Kenali 10 Spesies Enggang Royal Belum
Moh Ke Perak: Eksplorasi Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok Royal Belum #VMY2014
Moh Ke Perak: Menjejaki Jenut Papan Royal Belum #VMY2014
Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014
Moh Ke Perak: Jom Berakit Di Royal Belum #VMY2014
Moh Ke Perak: Program Kebudayaan Dan Kesenian Royal Belum #VMY2014
Moh Ke Perak: Kepesonaan Dan Keunikan Royal Belum #VMY2014
Royal Belum Adventure Trip – 2nd Episode
Royal Belum Adventure Trip – 1st Episode

Isikan Komen Anda Disini