Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti anda semua hairan kenapa blog ni agak lama menyepi. Buat masa sekarang ni, tiap-tiap minggu padat dengan aktiviti hingga aku pun tak tahu yang mana satu nak diceritakan dahulu…hihihihihi. 😀 Ditambahkan lagi dengan penyakit “Malas” yang sememangnya menguji tahap kerajinan penulisan aku. Entri Backpack ke Lopburi dan Kachanaburi di Thailand pun masih lagi samar-samar penceritaannya…hahahahaha. Ok!.. Ok!.. cukuplah mukadimahnya setakat ni. Anda mesti nak tahu apakah kisah dan pengembaraan disebalik tajuk besar di atas tu?…. 😀

Sekali lagi aku dan wife mengikuti satu pengembaraan bersama-sama The Clown TrekeZ dalam Misi Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah. Pengembaraan ini memerlukan kami untuk bermalam di Hutan Lipur Berkelah bagi menjayakan misi eksplorasi ke air terjun peringkat ke 7 yang sememangnya terkenal di Hutan Lipur ini.

Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun. Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter.

Menurut sumber yang aku dapat, sungai dan air terjun ini dinamakan “Berkelah” disebabkan terdapat spesies ikan kelah yang telah menjadikan sungai tersebut sebagai habitat tetapi spesies kelah ini telah mengalami penurunan yang teruk, dan kini boleh diklasfikasikan sebagai spesies terancam.

Mesti ada yang tertanya-tanya, “Bagaimana nak datang ke Hutan Lipur Berkelah ni?”.

Kalau dari arah Kuala Lumpur, anda perlu memandu ke arah Lebuh Raya Karak, kemudian teruskan perjalanan ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan susur keluar di Exit 827 atau Exit Sri Jaya. Selepas tol Seri Jaya, belok kiri di simpang tiga dan teruskan perjalanan ke Kampung Gelugor ataupun ke arah Bukit Gambang. Anda akan jumpa Masjid Kampung Gelugor di sebelah kanan dan simpang masuk ke Hutan Lipur Berkelah di sebelah kiri beberapa kilometer selepas Masjid Kampung Gelugor (tak pasti berapa kilometer lagi daripada masjid). Jangan risau kalau tersesat sebab aku rasa papan arah ke Hutan Lipur Berkelah memang cukup membantu.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimGroupfie dulu sementara menunggu kawan-kawan yang lain.

Eksplorasi kali ini selama 2 hari 1 malam dan disertai seramai 23 orang yang diketuai oleh Abang Joe serta dibantu oleh Gogo Amlina dan Gogo Faiz. Antara muka-muka yang aku kenal selain daripada Gogo ialah Maria, Syazwan Diver, Tikah, Awie, Lah Harun, Huda dan juga Alice. Yes!!.. aku berjaya racun Alice untuk join trip ni…hahahaha.. 😀 Perjalanan bermula di Stesen Petronas Taman Melati dan seterusnya menuju ke Masjid Kampung Gelugor untuk berehat serta solat subuh sebelum meneruskan perjalanan semula dengan menaiki lori ke Hutan Lipur Berkelah. Terima kasih kepada Abang Joe yang telah menguruskan pengangkutan lori untuk kami semua. Ada kedai makan di sebelah masjid, kami pekena roti canai dan teh tarik dulu sebelum menuju ke Hutan Lipur Berkelah. Kereta bolehlah diletakkan di sebelah kedai makan ataupun di lokasi yang sesuai. Kalau boleh, elakkan meletak kereta di kawasan masjid sebab takut mengganggu jemaah masjid tu nanti.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimLepak sarapan dulu sementara menunggu lori. Boleh cuba roti canai di kedai ni… sedap jugak.. 😀

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimBergambar dulu sebelum naik lori.

Dari masjid ke jalan masuk hutan lipur mengambil masa sekitar 30-45 minit melalui kawasan kampung sebelum berhenti di depan sungai. Oleh kerana jambatan dah roboh, kami terpaksa berjalan kaki menyeberangi sungai untuk menuju ke pintu masuk Hutan Lipur Berkelah.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimBergambar lagi sebelum masing-masing memikul beg.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimGroupfie pulak…. 😀

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimMeredah sungai disebabkan jambatan yang menyeberangi sungai ni dah roboh.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimDalam perjalanan menuju ke pintu masuk Hutan Lipur Berkelah.

Jarak daripada pintu masuk Hutan Lipur Berkelah ke tapak perkhemahan rasanya lebih kurang 1 jam perjalanan dengan menyusuri laluan bersimen hinggalah ke laluan hutan untuk ke tapak perkhemahan di kolam 2. Laluannya bagi aku tidaklah susah pun tetapi kami terpaksa melintasi batu-batu besar dan sedikit laluan sungai.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimHutan Lipur Berkelah.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalim2 geng Karrimor dan 2 geng Deuter… 😀

Alhamdulillah!… akhirnya sampai juga kami di kolam 2 dan yang paling seronoknya tapak perkhemahan di situ masih lagi kosong. Apalagi, dengan segeranya masing-masing sibuk memasang khemah, fly sheet, ground serta menguruskan tempat tidur masing-masing. Terima kasih sekali lagi kepada Abang Joe dan juga kawan-kawan yang lain kerana sudi menyiapkan tempat tidur kami. Tapak perkhemahan di kolam 2 ni memang cukup selesa dan luas, rasanya boleh menampung 20-30 orang mengikut keselesaan.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimTapak perkhemahan kami di kolam 2….

Aku dan wife memang terpegun apabila melihat kecantikan air terjunnya, terus kami berdua bergambar walaupun beg besar masih melekat di belakang…hihihihihi.. 😀 Selesai jer pasang khemah, ada yang duduk berehat kat atas batu, ada yang terus membuta tapi aku dengan Gogo Faiz dah terjun dalam sungai…hihihihihi… Seronoknya mandi sungai dikala panas terik mentari…hahahahaha.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimAku dan wife di air terjun kolam 2.

Aktiviti kami pada hari pertama tu hanyalah terjun sungai dan makan membawalah ke senja….hihihihi. 😀 Memang itu jer motif datang situ kan. Kalau datang hanya untuk lepak bawah khemah dan tidur memang berbazir jer katanya.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimAku dengan Gogo Faiz sedang berbincang….hihihihihi.. 😀

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimAku dan wife sedang menikmati keindahan alam semulajadi… 😀

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimBerendam di kolam 2..

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimIni rasanya air terjun ke kolam 1 kot?…..

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimTiada apa yang boleh dilakukan selain daripada berendam di dalam sungai…ekekekeke..

Malam tu selepas makan malam, ada sesi perkenalan diantara kesemua peserta yang terlibat sambil berborak serta baring mengadap langit dan mengira bintang di angkasa. Malam tu kami menikmati ketenangan malam, berbekalkan kuaci dan air panas sebagai peneman borak hinggalah mata melabuhkan kelopaknya kerana esok masih ada lagi aktiviti yang menanti.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimSuasana dingin di pagi hari…

Keesokkan paginya, aku dah celik mata sebelum munculnya mentari disebabkan kedengaran Gogo Amlina sedang sibuk bersiap untuk masak nasi. Pagi tu sambil menunggu kawan-kawan lain bangun, aku hanya berdiri di hadapan khemah sambil layan kesejukkan pagi. Dah lama aku tak rasa suasana kedinginan dan kesegaran udara pagi. Selepas sarapan, kami semua mula mendaki untuk ke air terjun peringkat ke 7 atau kolam 7. Aku dan wife memang sentiasa bawa life jacket disebabkan kolam-kolam disana boleh dikatakan agak dalam. Trek mendaki ke kolam 7 memang agak mencabar dan berbahaya kerana laluannya agak licin dan berbatu.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimPermandangan ini yang kami lalui untuk ke kolam 7….

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimAntara lokasi terbaik untuk bergambar..hihihi..

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimLaluan di lereng dan tebing sungai memang agak licin dan berbahaya…

Kami terpaksa menyusuri lereng dan tebing bukit dengan penuh berhati-hati kerana kalau tersilap langkah memang ke bawahlah jawabnya. Sempat jugak berhenti berehat di kolam 5 sebelum meneruskan lagi pendakian ke kolam 7.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimKolam 5…

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimWife aku dan Alice bergambar di kolam 5.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimSalute!!!!!…..

Daripada kolam 2 ke kolam 7 rasanya mengambil masa dalam 1-2 jam termasuklah waktu berehat dan bergambar…hihihihihi.. 😀 Sampai jer di kolam 7, terpegun la sekejap sebab lihat ketinggian dan kederasan air terjunnya. Aku perhatikan arus airnya memang kuat, dah macam arus kat laut jer. Teringat la pulak waktu aku dan wife berenang melawan arus sebelum nak menyelam di Pulau Tioman. Sekuat tenaga mengayuh fins tapi tetap berada di tempat yang sama disebabkan arus yang kuat, akhirnya kami berpaut pada tali sebelum ditarik oleh bot…hihihihihi. 😀 Dah nampak arus kuat macam tu, memang aku dan wife tak turun ler mandi di kolam 7. Kami cuma lepak-lepak atas batu untuk makan tengahari sambil memerhatikan gelagat kawan-kawan yang lain.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimAir terjun kolam 7…

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimRomantik tak?…. hihihihihi.. 😀

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimAku suka gambar berempat tuuu…….

Info kedalaman kolam yang aku dapat daripada Syazwan Diver….hihihihi..
1. Kolam 2 – Kedalaman kolam sehingga 4 meter.
2. Kolam 5 – Kedalaman kolam sehingga 6 meter
3. Kolam 7 – Kedalaman kolam lebih daripada 7 meter sebab Syazwan dah menyelam hingga 7 meter tapi masih tak nampak dasar kolam.


Video selaman di kolam 7 daripada GoPro Syazwan.

Aku pun tak pasti berapa lama kami berada di kolam 7 tu tapi selepas semua dah puas bergambar dan melayan kesejukkan air kolam 7, terus menuju pulang ke tapak perkhemahan di kolam 2. Sampai jer di kolam 2, terus berendam lagi sebelum masing-masing kemas beg dan tapak perkhemahan untuk menuju keluar daripada Hutan Lipur Berkelah.

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimCuci muka jap…

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimGambar-gambar semasa trekking keluar dari kolam 2…

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimAku dan wife….. 😀

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalimBergambar dulu sebelum menuju pulang ke Masjid Kampung Gelugor.

Lebih kurang pukul 6 petang, semua dah selamat keluar tanpa sebarang masalah dan lori pun dah menunggu di seberang sungai untuk membawa kami kembali ke Masjid Kampung Gelugor. Semua kelihatan penat tetapi dengan wajah yang ceria dan sememangnya satu pengalaman manis bersama kawan-kawan yang lain. Lepak makan dulu sambil berborak sebelum berpisah untuk menuju pulang ke destinasi masing-masing.

Disini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abang Joe, Gogo Amlina dan Gogo Faiz kerana menjaga kami semua sepanjang eksplorasi ini berlangsung. Tidak lupa juga kepada AJK Masakan yang sanggup bangun seawal pagi untuk menyediakan sarapan dan kesudian untuk menyediakan makan makan kepada kami semua. Jasa anda semua akan dikenang sampai bila-bila. 🙂

19,963 total views, 25 views today

53 comments to Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah

  • yoorin  says:

    bestnye..laki bini suka adventure.. me pon suka jugak.. soon nak aktif bereksplorasi laa pulak.. since ada anak kecik ni susah.. 1st konon adventure naik broga dukung anak je.. huhu

    • eshamz halim  says:

      Kitaorg takde la aktif sangat…setakat dapat keluarkan peluh jer… Broga tu best jugak tapi lepas terbakar hari tu, kitaorg belum naik sana lg… 😀

  • fazranhakin  says:

    Assalammualaikum bro. Tumpang maklumat…mintak tolong boleh, saya nak contact number bro yang buat servis lori angkut orang masuk ke pintu masuk berkelah tu. terima kasih

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumussalam bro, hari tu guide yang uruskan pasal lori ni tapi cuba telefon En. Johari 0139976368. No. tel ni aku dapat dari geng blogger gak.. 😀

      • Haziq  says:

        Tumpang tanya bang, kalau kami berlima ja pergi, kena guna khidmat lori tu gak ka? Atau boleh redah naik kereta terus sampai pintu masuknya

        • eshamz halim  says:

          Boleh jer guna kereta tapi kena parking kat jambatan runtuh tuuu…jauh oooo… sbb kena cross sungai tapi kalau bawak 4×4 boleh selamba redah sungai pastu leh terus park kat kawasan parking hutan lipur berkelah tuuu… 😀

          • Kama  says:

            Assalamualaikum.. Tumpang tanya bro.. Kalau kita nk pergi kena buat permit tak.. Or just main redah je walk in..? Thanks

  • aRz MoHa  says:

    Wow…memang nampak best bro Eshamz. kalau duduk dekat nak juga join bro Eshamz ni. saya memang sukakan aktiviti macam ni.

    Air nampak dalam dan jernih. memang sempoi.

    • eshamz halim  says:

      Jom bro…. hihihihi… airnya memang jernih bro… sejuk jer… 😀

  • aRz MoHa  says:

    Bro kalau nak memerut macam mana?

    makanan memang kena bawa sendiri ka kalau nak ke sini

    • eshamz halim  says:

      Kalau nak memerut kena korek lubang dalam hutan…ekekekeke.. makanan memang kena bawak sendiri tapi dibahagikan kat setiap peserta untuk dibawa dlm beg masing2… 😀

  • mayam  says:

    salam nak tanya, boleh kasi number contact penyewa lori tu tak?

    • eshamz halim  says:

      Boleh baca komen2 di atas… saya ada beri no tel yang uruskan lori…. 😀

  • Anisah Othaman  says:

    dah lama tak datang sini..apa khabar berkelah agaknya..rindu sungguh!

    • eshamz halim  says:

      Sama laaa… nanti rasanya nak organize trip lagi ke sini…. 😀

  • Nazrin  says:

    Salam bro. Merdeka ni sy dn mbe sy nk g sne. Cuma nk tyer. Dari masjid kt bwh tu memang kne naik lori ke? X boleh bwk kndreaan ke. N klu naik lori tu kira Rm mcm mne ye.
    Hrp blz cpt ye. Sbb plan last minit ni.. Huhu

    • eshamz halim  says:

      Dari masjid ke Hutan Lipur Berkelah tu boleh jer bawak kenderaan tapi sekiranya 4×4 jer laa sbb jambatan untuk menyeberangi sungai tu dah roboh. Saya pun x pasti sama ada jambatan tu sudah dibina baru atau belum. Kalau bawak 4×4 bolehlah redah sungai tu. Cuba cari nombor telefon brader lori tu kat komen-komen sebelum ni sbb saya ada letak rasanya. Bayaran tu kena deal yg pemilik lori… 😀

  • muhammad khairi  says:

    salam..ade sedikit soalan yg hendak di ajukan..ade kena register atau permit ke yg diperlukan utk ke air terjun bekelah ni..ataupon boleh men pakai terjah jerr…tq..

    • eshamz halim  says:

      Memang takde permit kalau nak redah ke sana tapi hari tu ada budak jatuh kat air terjun ke 7..siap kena rescue guna helicopter lagi…. tak tau laa takut2 lepas kes tu ada peraturan baru pulak… 😀

  • Wawan  says:

    Kalau nak buat campfire boleh ke kat campite kolam 2 tu untuk masak2? Ingat nak pegi dalam bulan 10 ni dalam 5-6 orang.

    • eshamz halim  says:

      Boleh jer nak buat campfire dan masak-masak kat situ bro tapi pastikan jaga kebersihan…kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama…hihihihihi… 😀

  • rose  says:

    Askum nak tanya…sy plan nak buat family day..tp ade budak kecik 3 tahun dan org tua 72 tahun…rse2 sesuai x g campfire kat sana??

    • eshamz halim  says:

      Budak kecil rasanya ok lagi tapi kalau orang tua tu maybe xleh kat atas sgt kot…belah2 bawah tu rasanya sesuai jer utk family day tp nak masuk kena naik lori atau 4×4 sbb rasanya jambatan untuk menyeberangi sungai tu masih belum baiki lagi… 😀

  • Ahmad  says:

    Salam.ada org guide tak naik ats?

    • ali  says:

      xde … sermalam baru je gi situ 2 malam 2 malam 3 hari … mendaki time kul 3 pagi sebab abis kerja terus gerak sana ….. semua sendiri2 je ,, kena ada guide yang berpengalaman sebab keselamatan harus diutamakan dahulu.. . sekareang jambatan dah siap dibina kereta boleh masuk dah sampai pintu gerbang.

    • eshamz halim  says:

      Memang takde guide… kena naik sendiri atau cari sesiapa yang dah pernah naik… 😀

  • Farhana  says:

    kat sana boleh sewa life jacket x? kalau x ade informasi x untuk sewa life jacket area KL or shah alam?

    • eshamz halim  says:

      Memang takde perkhidmatan sewa life jacket kat sana… tak payah sewa..beli jer life jacket yang biasa..dalam 30-50 hengget jer…. cari kat kedai2 outdoor ataupun kat Kedai Outdoor Explorer…….. 😀

  • Uk  says:

    Nak naik ke peringkat 7 tu mencabar ke tak ? Ada macam naik naik bukit ke ?

    • eshamz halim  says:

      Lebih kurang jugak lah tapi lalu kat tebing2 sungai tuuu… trek berbatu… kalau bawak beg2 besar memang mencabar jugaklah…. 😀

  • Emkay  says:

    Kalo org kuantan lifejacket bole beli je kat kedai cowboy murah sket…

    • eshamz halim  says:

      Haaaaa… org kuantan leh gi beli kat kedai cowboy yer… tapi apa alamatnya ek?…. 😀

  • capik79shaffiq  says:

    Salam bro, boleh dpt contact no lori?

    • eshamz halim  says:

      Check kat bahagian komen dibawah bro… aku ada letak no contact lori… 😀

  • Hart  says:

    Sekarang dah kena ambik permit utk ke level 7 tu.. 4/06/2016 ni nak gerak sane.. mai la join

    • eshamz halim  says:

      Sekarang dah kena permit ker?…. Ambik permit dimana dan berapa bayarannya bro?… boleh share kat sini tak?.. nanti boleh saya maklumkan dalam entri ni.. 😀

      • Hart  says:

        Nie bro
        Boleh call tanya lebih lanjut
        Bayaran rm5/org.

        CC: Nur Laila Binti Mohamad Subari

        Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran,
        Jalan Bukit Sekilau, 25200 Bukit Sekilau,
        Kuantan, Pahang
        no Phone : 09-5133236
        email [email protected]

  • Irwanbarbossa  says:

    Assalamualaikum, baru2 ni saya pergi dh.. Tapi mandi tingkat 1 ja, hmm hati2 sbb kami terjumpa ular tedung di bawah pokok buluh yg condong kebawah tu, mcm terowong. Besar betis juga lah.. Air terjun tingkat 1 tu terlalu banyak ikan kecil2 so nak mandi terganggu la sikit ya. Tapi best sejuk

    • Irwanbarbossa  says:

      Saya pon pasti kolam 1 tu no2 or 3, tapi yg first lah.. Siapa yg tahu sejarah air terjun bekelah tak, knp yg bawah tu kering ya? Mesti dulu lagi best kan, sbb sepanjang perjalanan nak ke air terjun no1 tu ada bekas aliran yg dh kering..

      • eshamz halim  says:

        Tak pasti pulak sejarahnya….kena tanya org sana ni…hihihihihi… 😀

    • eshamz halim  says:

      Yup…laluan yg pokok buluh tuu mmg nak kena hati2 sket… 😀

  • Kama  says:

    Okay.. Dah dapat semua info bro.. Thanks semua yg berkongsi comments.. Maybe on november nak naik

  • Kama  says:

    16 October haritu baru je lepas pergi.. Jambatan dah okay bole trus park kete or moto kt atas teruihh.. air terjun dia mmg terbaik.. Juling mata nak mandi kt mana.. Last2 jumpa yg no 7 tu teruss jatuh hati mandi dari pgi smpai ke petang.. Kalau sesapa nk pergi tak pandai berenang better bawak life jacket or pelampong sbb air dia mmg dalam.. Kita bagi full STAR…

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih atas info ni bro… 😀

  • Tora  says:

    Under group ke ni? Boleh join group tak? Best plak tgk adventure ni

    • eshamz halim  says:

      Ni semua kawan-kawan jer…hihihihihi.. 😀

      • Anip  says:

        Asalam broo?pnh smpai pncak x?klu pnh smpai..ade pmndngan x?

        • eshamz halim  says:

          Waalaikumsalam… tak pernah sampai atas lagi… tak pasti permandangan apa kat atas tu… hiihihi.. 😀

  • fadhil  says:

    dekat kolam 7 boleh berkemah tak

  • azam abd halim  says:

    salam tuan, Menarik perkongsiannya, saya nk pegi 3 minggu lagi, nk tye jika tak keberatan, sini boleh potong tak pokok kecik? untuk buat tempat memasak? 2) kasut ape yg sesuai? boot hiking atau kasut getah?

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ni… kalau nak potong pokok kecik untuk buat tempat memasak rasanya tiada masalah…kasut boot hiking atau kasut getah…dua2 pon sesuai tapi kalau saya memang suka kasut boot hiking sbb kaki saya kurang selesa kalau pakai kasut getah… 😀

Isikan Komen Anda Disini