Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah… pada 24 Januari 2015 yang lepas, aku dan wife telah berjaya menganjurkan satu acara gabungan iaitu Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting, Sungai Kampar yang bertempat di Gopeng, Perak. Ini merupakan acara pembukaan bagi tahun 2015 dan telah mendapat sokongan padu daripada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti aku. Lagi pun kawan-kawan ni jugak yang suruh aku uruskan…hihihihihi.. 😀 Ini merupakan kali ke 2 aku dan wife meneroka Gua Tempurung dan kali ke 3 kitaorg layan white water rafting. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, klik jer url kat bawah ni haaaaaa….. 😀

1. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Sg Kampar, Gopeng #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014 (Boleh layan video Gua Tempurung di entri ni)
3. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Slim River #VMY2014

Seramai 42 peserta yang turut serta dalam aktiviti ini termasuklah aku dan wife serta gabungan geng zombie, geng hatyai, geng facebook dan juga beberapa kawan-kawan baru. 2 orang terpaksa tarik diri oleh kerana masalah kerja. Kali ni, aku cuba sediakan pengangkutan bas dan nasib baik Scha dan Abang Mizi sudi bantu untuk uruskan urusan sewa bas untuk ke Gopeng.

Seawal pukul 6 pagi, kesemua peserta telah berkumpul di Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk menunggu bas tiba. Hampir separuh muka-muka dalam bas tu aku kenal dan yang lainnya sedang dalam sesi perkenalan…hihihihi.. 😀 Rasanya tak perlu aku bercerita secara terperinci mengenai Gua Tempurung atau pun White Water Rafting di Sungai Kampar, korang boleh baca entri-entri yang aku pernah tulis sebelum ni…. Klik jer kat url atas tu haaaaa……

Bas tiba di Gua Tempurung lebih kurang pukul 11 pagi dan para peserta terus berkumpul bagi sesi taklimat oleh guide sebelum dibenarkan masuk ke dalam Gua Tempurung. Selepas selesai jer taklimat, pengembaraan pun bermula….. zassssssss… jom layan gambar.. 😀

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimGroupfie dulu sebelum masuk gua….

Antara keperluan dan kelengkapan yang perlu dibawa oleh peserta ialah headlight ataupun lampu suluh, drybag dan pastikan pakaian serta kasut yang sesuai. Alhamdulillah… semua peserta dengar nasihat…hihihihi.. 😀 Jangan lupa bawa air minum dan makanan ringan, botol mineral 500ml dan snek seperti snickers sudah mencukupi tapi pastikan sampah tidak dibuang merata-rata.

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalim

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalim

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimMeredah sungai di dalam Gua Tempurung

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalim

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalim

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimSelesai sudah eksplorasi Gua Tempurung.

Lebih kurang 2 setengah jam masa dihabiskan di dalam Gua Tempurung tu, kalau nak diikutkan setiap sudut dan pelosok di dalam gua nak bergambar. Seperti biasa, aku adalah orang yang paling belakang dan terakhir keluar dari gua, maklumlah dah aku yang bawa group ni. Walaupun gambar aku tak banyak, asalkan group semua gembira dan seronok 😀 . Ada jugak peristiwa di dalam gua tu, salah seorang peserta kena asthma attack. Nasib baik  ler dia tak pitam. Terima kasih juga kepada beberapa orang yang temankan aku dan bagi semangat kat peserta tu hinggalah keluar dari gua.

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimBergambar dengan guide Gua Tempurung. Otai Gua Tempurung iaitu Pak Manan.

Makan tengahari dulu sebelum nak ke starting point rafting, masing-masing dah tak sabar nak minum air sungai rasanya sebab muka semua ceria jer…hahahahaha…. tapi syarat wajib untuk rafting kena layan naik lori ala roller coaster dulu… ada yang sampai pening nak muntah… hahahahaha… itu kelakar ok!.. 😀 Paling best lagi, ada yang muka kena sebat dengan ranting pokok semasa berdiri atas lori… ini pun kelakar jugak. Sampai jer di Kem Bara Murni, masing-masing dengan penuh tekun mendengar taklimat daripada ketua rafting kita iaitu Bro Amy Guido. Ada yang dah pernah rafting dan ada yang baru pertama kali, tersenyum aku bila lihat raut wajah mereka yang baru pertama kali ni. Muka ceria pun ada, muka gemuruh pun ada…hahahahaha.. 😀 . Tiba-tiba teringat kembali muka cuak aku waktu kali pertama layan rafting…..hihihihihihi… 🙂

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimSyok oooo naik lori…

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimMasing-masing pose….

Sebelum mula rafting, masing-masing diwajibkan untuk melakukan sedikit aktiviti water confident tapi apakah aktivitinya itu? biarlah rahsia dan bermacam-macam muka panik boleh dilihat…..hihihihi. 😀 Apa lagi…… Paddle Up!!!!!….. 😀

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimWife aku dengan Abang Mizi…

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimRehat kejap sambil bergambar..

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimGeng Zombiessssss……….

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimIni semua tengah berjemur ker??….

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimLets rock!!!!….

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimIni amoi manyak happy oooooo…….

Semua gambar ceria jer kan kat atas ni!…. tapi sebenarnya ——> Sila rujuk gambar-gambar daripada Team Kem Bara Murni dibawah ni haaaa….. 😀

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimNi team bot aku, Baim tengah buat peace dan aku hilang entah kemana?…

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimTeam mana ni eh?…

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimTunggang-langgang atas bot… hahahahaha…

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimAlamak!!….

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalimMana lagi yang lain?…..

Jom layan 2 video daripada GoPro aku….. klik jer kat bawah ni haaaa…. 🙂


Jom minum air sungai kampar… 😀


Ini yang akan terjadi bila semua dah penat….hahahahaha… 😀

Dalam pukul 5 petang dah selesai rafting rasanya, naik lori kembali untuk ke Gua Tempurung dan salin baju sebelum naik bas menuju pulang ke Shah Alam. Semua diam jer dalam bas, rupa-rupanya ramai yang dah tidur…hihihihihi… Aku tak pasti pukul berapa sampai di Shah Alam sebab semua dah letih kan, memang ingat nak balik rumah jer.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan padu kepada aku dan sering turut serta dalam aktiviti yang selalu aku dan wife anjurkan. Akhir kata daripada aku “Majulah Sukan Untuk Negara!”… 😀

Kepada sesiapa yang ingin mencuba White Water Rafting, bolehlah hubungi Bro Amy Guido, Team Kem Bara Murni di talian 019-4451796 ataupun layari FB Kem Bara Murni untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut. Kem Bara Murni adalah di antara operator yang menawarkan aktiviti White Water Rafting di Gopeng dan ini juga merupakan kali kedua aku layan rafting bersama Team Kem Bara Murni.

4 comments to Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting

  • nana  says:

    eh kalau di bawak arus tu, apa nak buat? *muka omg*

    • eshamz halim  says:

      Kalau dibawa arus terus sampai ke laut ooooo….hahahahahaha… takde lah… semua akan diajar cara2 dan tips apa yg perlu dilakukan kalau terjatuh dari bot…. seronok tapi tetap mengutamakan aspek keselamatan… hihihihihi.. NanaTron mau join kaaa??.. 😀

  • Ahmed  says:

    MCM SRONOK JE

    • eshamz halim  says:

      Bukan mcm tapi memang seronok….hahahahaha… 😀

Isikan Komen Anda Disini