EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti ramai yang tertanya-tanya “Apakah EnerZ Indoor Extreme Park ini?”. Rilek!..rilek!… jom aku terangkan supaya segala persoalan terjawab. Untuk makluman semua, EnerZ Indoor Extreme Park ini merupakan Taman Ekstrem dan juga Arena Sukan Tertutup yang menawarkan pelbagai aktiviti dan cabaran sukan lasak bagi golongan dewasa dan juga kanak-kanak. EnerZ Indoor Extreme Park ini mempunyai keluasan sehingga 80,000 kaki persegi dan ianya juga merupakan Taman Thampoline yang terbesar di Asia, disamping menyediakan pelbagai kemudahan aktiviti sukan dan cabaran lasak untuk semua peringkat umur bergantung kepada syarat had ketinggian yang telah ditetapkan.

Aku dan wife bersama blogger-blogger yang lain telah diberi peluang untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman cabaran-cabaran ekstrem yang ditawarkan oleh EnerZ Indoor Extreme Park. Terima kasih juga aku ucapkan kepada Bro Framestone dan juga pihak pengurusan EnerZ Extreme Park kerana telah sudi menjemput kitaorg untuk turut serta dalam program ini.

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimPermandangan di sebelah luar..

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimKaunter EnerZ Indoor Extreme Park.

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimLuas kan?…

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimTrampoline Park..

 enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimMemang luas…

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalim-Ada Cafe di tingkat atas…

Mesti korang nak tahu cabaran apa yang ada di sini kan?!.. Jom aku senaraikan aktiviti dan cabaran yang boleh dilakukan di EnerZ Indoor Extreme Park.

  • Trampoline – Pelbagai aktiviti trampoline seperti permainan Dodge Ball, Foam Pit, High Performance Trampoline, Slam Dunk Basket Ball dan Tower Jump. Kesemua aktiviti ini dilakukan menggunakan trampoline, senang untuk dilihat tapi susah untuk dilakukan… 😀
  • Sky Ropes – Melakukan 15 rintangan atau cabaran sambil tergantung di ketinggian 7 meter daripada tanah. Cabaran ni aku rasa lebih kurang seperti di Skytrek, Shah Alam.
  • Flying Fox – Ini aku rasa semua tahu kan… 😀
  • Gut Builder – Mempunyai 3 tahap halangan dengan 58 permainan. Gut Builder adalah tertumpu kepada golongan kanak-kanak supaya dapat dilatih untuk menghadapi cabaran dari segi fizikal dan mental serta dapat membina keyakinan dan kemahiran membuat keputusan.
  • Wall Climbing – Dinding setinggi 9 meter.

Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas ni, EnerZ Extreme Park juga ada menawarkan perkhidmatan sewaan gelanggang badminton dan juga aktiviti senamrobik menggunakan trampoline serta kelas taekwondo bagi yang berminat.

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimGut Builder.

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimKeselamatan adalah diutamakan..

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimSafety harness..

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimWall Climbing..

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimWife sedang mencuba Gut Builder, maklum ler ketinggian dia layak untuk turut serta…hiihihihihihi.. 😀

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalim-Gut Builder.

EnerZ Extreme Park juga menawarkan Kids Edutaiment Programme yang direka khas untuk kanak-kanak. Diadaptasikan daripada Edutainment Programme Australia untuk disesuaikan dengan budaya tempatan dan gaya pembelajaran kanak-kanak di Malaysia. Program ini berfungsi bagi membolehkan kanak-kanak untuk belajar dan meneroka aktiviti fizikal dengan lebih seronok supaya dapat memupuk kualiti kepimpinan dan kemahiran serta nilai kerjasama secara berpasukan.

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimKids Edutaiment Programme

Kitaorg semua telah diajar cara untuk menggunakan trampoline serta bagaimana untuk melakukan aksi-aksi di atas trampoline. Susah sebenarnya main trampoline ni yer… nampak macam senang tapi hakikatnya memang memerlukan latihan yang banyak. Baru 15 minit melompat-lompat di atas trampoline tapi berpeluh seperti berlari. Memang bagus sebagai senaman untuk membakar kalori.

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimPengajar (Coach) sedang menunjukkan cara untuk bermain trampoline.

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimSeronok betul main lompat-lompat kat sini…hihihi.. 😀


Jom tonton video kitaorg sedang belajar cara-cara melompat…hihihihihi…

Kesemua tenaga pengajar (Coach) EnerZ Extreme Park memang cukup peramah dan sudi memberi tunjuk ajar apabila diperlukan. Bukan calang-calang untuk menjadi seorang pengajar trampoline ni, memang mengambil masa yang lama untuk memahirkan diri dengan aksi-aksi yang cukup hebat. Kalau tak percaya, jom tonton video dibawah ni haaaaa….. mesti membuatkan hati membuak-buak nak ikut melompat-lompat…. 😀


Video Demo Trampoline daripada tenaga pengajar (Coaches) EnerZ….memang syok!!!..

Selepas berpeluh-peluh melompat, kitaorg berhenti seketika untuk makan tengahari yang disediakan khas oleh pihak EnerZ Extreme Park kepada blogger-blogger yang hadir. Selesai jer makan tengahari, ada lagi cabaran yang menunggu untuk kesemua blogger…..hihihihi.. 😀 ada cabaran berkumpulan rupanya.

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimMakan tengahari bersama Bro Framestone dan blogger-blogger yang lain..

Kitaorg telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan perlu bersaing sebelum salah satu kumpulan akan dinobatkan sebagai pemenang berdasarkan kutipan mata yang berjaya dikumpul. Antara cabaran berkumpulan yang perlu dilakukan adalah perlawanan Dodge Ball, Slam Dunk Basket Ball dan juga Electric Fan (Permainan Galah Panjang). Ermmmm….. rasa-rasa kumpulan mana yang menang ek?.. Jom layan gambar dan video perlawanan dulu…hahahahahaha… 😀

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimSlam Dunk Basket Ball

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimBergambar sementara menunggu kumpulan lain sedang beraksi..


Video perlawanan Dodge Ball di antara kumpulan… seronok oooooo…

Program telah diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dan juga cenderahati daripada pihak EnerZ Extreme Park. Tahniah juga kepada blogger Azlinda Alin yang telah memenangi Ipad mini daripada Bro Framestone. Menarik juga strategi Bro Framestone menyediakan task yang perlu diselesaikan oleh setiap blogger dengan memuat-naik gambar-gambar aktiviti di EnerZ Extreme Park ke instagram masing-masing. Aku cuba melengkapkan semua task tapi terlepas pandang satu gambar disebabkan asyik leka melompat-lompat di atas trampoline…hihihihihi… bukan rezeki ler namanya kan.

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimMajlis penutup program..

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimGroupfie..

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimCenderahati daripada EnerZ Extreme Park.

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimWife pun dapat juga…

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimEh!!.. Kumpulan aku sebenarnya yang menjadi juara cabaran berkumpulan…hihihihihi.. Yeayyyyy!!!!!..

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimUik!!… Play Safe??… hihihihihi.. 😀

Bagi sesiapa yang inginkan maklumat yang lebih lanjut mengenai EnerZ Indoor Extreme Park, bolehlah hubungi maklumat dibawah atau layari laman web dan facebook.

EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791 Persiaran Subang Indah
47500 Subang Jaya, Selangor
Tel: 011-1500 0066
Website: www.enerz.my
FB : EnerZ Indoor Extreme Park

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimHarganya…

enerz-extreme-park-subang-jaya-adventure-indoor-extreme-park-asia-largest-trampoline-park-eshamzhalimJom…Jom… Promosi ni… 😀

Aku bercadang nak anjurkan satu event Perlawanan Dodge Ball di sini… ermmmmm… macam menarik jer cadangannya tapi ada ker yang berminat?… Kalau dapat lagi banyak kumpulan mesti lagi hebat kan… 😀 Nanti bolehlah bincang yuran penyertaan untuk satu kumpulan dan juga kos event. Ada ker sesiapa yang nak bantu aku ek?… 😀

2 comments to EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

  • M.Syamsid Dhuha  says:

    Woah seiously it looks awesome lah. Besar juga ya 80ribu kaki persegi . Btw thanks for the info bro , maybe next time i will go there too . In shaa Allah “depends on wallet n time” ahaks #Malu .. Btw Thumbs up for this post n Salam Ramadhan to u 🙂

    • eshamz halim  says:

      TQ Bro…. singgah ler kalau nak try trampoline..hihihihi… Salam Ramadhan jugak bro… 😀

Isikan Komen Anda Disini