FAM Trip Jom Mancing Udang: Tarikan Teluk Intan #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Udang Galah Sepit Biru adalah objektif utama aku di dalam eksplorasi ‘Moh Ke Perak’ kali ini. Alhamdulillah… sekali lagi aku berkesempatan untuk sertai FAM Trip anjuran Tourism Malaysia Perak bertemakan Jom Mancing Udang 2014 yang bertempat di Teluk Intan, Perak. Sebenarnya, aku bukanlah seorang kaki pancing tegar tapi peluang yang telah diberikan oleh pihak Tourism Malaysia Perak tidak akan aku sia-siakan… 😀

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanGambar Groupfie adalah penting di dalam setiap entri aku…hihihihi.. 😀

Udang Galah Sepit Biru ni atau nama saintifiknya Macrobrachium Rosenbergiie merupakan hidupan air yang suka bermain-main di sekitar air tawar seperti di sungai dan oleh kerana itulah lokasi memancing kitaorg difokuskan di sekitar sungai Teluk Intan. Bagi aku, memancing ni sama ada udang ataupun ikan sememangnya satu aktiviti yang mengasyikkan dan santai tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi.

FAM Trip Jom Mancing Udang ini telah disertai oleh wakil media, wakil agensi pelancongan dan tak lupa juga wakil blogger. Tujuan utama FAM Trip ni adalah untuk memberi pendedahan serta merasai sendiri keasyikkan dan keseronokkan aktiviti memancing udang galah di sungai Teluk Intan disamping untuk mempromosikan keistimewaan produk-produk tarikan pelancongan di Teluk Intan dan beberapa lokasi yang berada di sekitar Perak. Untuk makluman, FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 ni telah berlangsung pada 16 hingga 18 Ogos 2014 dan dalam tempoh ini, kitaorg juga telah dibawa melawat ke beberapa lokasi yang menarik di sekitar Perak. Bagi entri kali ni, biarkan aku fokus dan coretkan pengalaman aku sebagai seorang pemancing udang. 😀

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanJeti Persatuan Pengail-Pengail Melayu, Teluk Intan dan disinilah bermulanya episod memancing udang.

Seawal jam 9 pagi, kitaorg semua telah berkumpul di Jeti Persatuan Pengail-Pengail Melayu, Teluk Intan. Sudah menjadi kebiasaan, sesi suai-kenal terlebih dahulu dimulakan sebelum taklimat ringkas mengenai aktiviti memancing udang disempurnakan oleh Tuan Haji Ibrahim Seddiqi bin Talib selaku Pengarah Tourism Malaysia Perak.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanTuan Haji Ibrahim Seddiqi sedang memberi taklimat kepada peserta Jom Mancing Udang.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanAku dan D.Shahril sedang memberi sepenuh perhatian semasa taklimat. D.Shahril ni merupakan salah seorang Team Tourism Malaysia Perak dan juga seorang blogger. Kalau nak kenal dengan lebih mesra, bolehlah ke blog dkosonglapan.blogspot.com

Team Tourism Malaysia Perak juga banyak membantu untuk menyiapkan peralatan memancing untuk setiap peserta FAM Trip… nampaknya semua hebat-hebat belaka….ahahahaha.. terdetik jugak sedikit kegusaran di hati “Boleh ker aku dapat udang ni?”. Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba, semua peserta telah bersedia dan terus menuju ke bot masing-masing. Kelihatan sinar semangat membara di mata para peserta dengan harapan yang tinggi mengunung, pasti kehebatan dan ilmu memancing akan diuji sebentar nanti.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanD.Shahril sedang menyiapkan jorannya… Hebat bukan!?

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanBro. Fazly dan Bro Suzaiman (Team Tourism Malaysia Perak) sedang memeriksa joran sebelum diserahkan kepada peserta.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanWefie dulu sebelum turun mancing udang…

Setiap bot dimuatkan dengan 2 peserta dan seorang tekong. Aku rasa ada 17 bot kesemuanya bagi menampung kesemua bilangan peserta FAM Trip ni termasuklah dengan Tuan Pengarah Tourism Malaysia Perak yang turut serta bersama untuk memancing udang. Nampaknya aku akan berjuang bersama Dikwan yang merupakan seorang wakil agensi pelancongan daripada Zuk Travel dan tekong bot kitaorg ialah Pak Osman.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanAku bergambar dengan Dikwan dan Pak Osman.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanBlogger Khir Khalid (khirkhalid.com) berkaca mata hitam dengan penuh semangat untuk memancing udang.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanPandangan Jeti daripada atas bot.

Maka bermulalah deruman enjin bot memecah sunyi untuk membawa kitaorg menuju ke lokasi memancing. Sungai Teluk Intan ni memang luas dan Pak Osman membawa kitaorg ke tepian sungai bagi memulakan aktiviti menjoran. Menurut kata Pak Osman, biasanya udang galah ni bermain-main di tepi sungai dan disitulah mata kail dilontarkan dengan harapan serta kesabaran yang tinggi.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanMelayan angin sepoi-sepoi bahasa.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanSelfie dengan Dikwan dan Pak Osman lagi di tengah-tengah sungai.

Sambil menunggu umpan dimamah si sepit biru, aku pun berborak dengan Pak Osman ni untuk menghilangkan rasa bosan. Rupa-rupanya Pak Osman ni kenal bapak mertua aku.. 😀 kecil sungguh dunia ni. Pak Osman juga tidak keberatan untuk memberi sedikit tips-tips bagaimana untuk memancing udang galah.

  • Umpan kesukaan si sepit biru ialah anak udang sebab mengikut kata Pak Osman, udang galah ni suka makan anak udang. Eh! dah macam species haruan la pulak. Umpan lain tak tau ler pulak?, lupa pulak nak tanya Pak Osman.
  • Seelok-eloknya memancing semasa air pasang sebab udang galah ni suka bermain-main sewaktu air pasang. 😀
  • Memancing di tepian sungai sebab udang galah suka bersiar-siar di tepi sungai jer dan jarang ke tengah sungai.
  • Jangan guna tali tangsi tapi guna tali pancing yang diperbuat daripada benang. Kalau guna tali tangsi senang jer putus, ada seekor ikan yang suka gigit tali tangsi ni. (Ikan buntal kot?) Sajer jer dengki ikan buntal ni, banyak kali tali mata kail aku putus. 🙁
  • Kalau rasa-rasa joran tu mengeletar, maknanya udang galah sedang makan umpan pastu kena tarik joran dan gulung tali joran perlahan-lahan. Kalau laju sangat, nanti mata kail akan tercabut daripada mulut udang galah tu dan pasti korang akan menyesal tak sudah.
  • Kalau guna tali tangsi, eloklah disediakan batu ladung dan mata kail lebih sebab takut tali joran putus atau sangkut nanti. Back-up katanya!. supaya tak perlu ler balik ke Jeti kalau stok kehabisan.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanNi dia umpan yang pasti membuatkan si sepit biru tak senang duduk.

Setelah menunggu dengan penuh kesabaran, akhirnya mengena juga umpannya. Mulanya Dikwan terlebih dahulu berjaya menarik keluar seekor udang galah dan diikuti pula dengan joran aku tapi tidaklah sebesar hasil joran Dikwan. Walau apa pun, aku tetap tersenyum hingga ke bot sebelah ok!…ahahahaha… maklum ler pengalaman pertama aku ni, mesti ler gembira. Lokasi memancing udang kitaorg pun sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan keredupan cuaca walaupun ada payung di bot Pak Osman.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanAmacam?…

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanBerehat dulu sebelum menyambung perjuangan si sepit biru.

Sekali lagi, aku cukup berterima kasih kepada Team Tourism Malaysia Perak yang sudi menghantar makan tengahari hingga ke bot kitaorg. Merasa la jugak makan tengahari sambil memancing udang di atas bot, sememangnya satu pengalaman yang baru buat aku.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanBot peserta-peserta lain.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intan

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanPuan Hasni (Tourism Malaysia Perak) pun turut serta memancing udang galah.

Kitaorg pulang semula ke Jeti lebih kurang dalam pukul 4 petang, itu pun disebabkan sudah kehabisan mata kail dan batu ladung… kalau tidak pasti masih melontar joran lagi. Sampai jer kat Jeti, terkejut jugak melihat hasil tangkapan rakan-rakan FAM Trip yang lain. Memang banyak sebenarnya udang galah di Teluk Intan ni tapi aku terpaksa akur terhadap kehebatan ilmu memancing rakan-rakan yang lain.

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanHasil tangkapan daripada rakan-rakan yang lain.

Bagi aku, pengalaman memancing udang galah ni sememangnya satu pengalaman yang amat berharga. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku mencuba aktiviti memancing udang dan memang merupakan aktiviti yang mengasyikkan serta seronok.

Kepada korang yang ingin merasai sendiri dan mencuba aktiviti memancing udang galah di Teluk Intan ni, bolehlah menghubungi Persatuan Pemancing-Pemancing Hilir Perak seperti di bawah dan mereka akan membantu menrealisasikan impian korang. 😀

persatuan-pengail-pengail-melayu-teluk-intan-jom-mancing-udang-tourism-malaysia-perak-eshamzhalim

Aku cadangkan supaya hubungi agen pelancongan dibawah kerana mereka boleh menawarkan pakej-pakej memancing udang di Teluk Intan dengan harga yang berpatutan dan juga merupakan antara agensi pelancongan yang berpengalaman dalam menguruskan pakej pelancongan di negeri Perak

Komas Safar Travel And Tours Sdn Bhd (KPL 6119)
No 54 Jalan Sultan Iskandar,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-2494 337 / 013-459 5858
Fax : 05-2494 339
Email : [email protected]
Facebook : komassafar Travel N Tours
Pakej Mancing Udang Komas Safar <– klik untuk download

atau

Zuk Travel & Tours Sdn Bhd
Tel: 010-2254 668 (Zuk) / 017 360 7355 (Dikwan)
Email: [email protected]
Facebook Pages: Zuk Travel & Tours
( Travel Agent / Tourist Guide / Transportation / Tourism Trainer )

Jom aku bawa korang tonton video khas FAM Trip Jom Mancing Udang 2014.

Kalau nak tonton di Youtube pun boleh, klik jer FAM Trip Jom Mancing Udang 2014

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

8 comments to FAM Trip Jom Mancing Udang: Tarikan Teluk Intan #VMY2014

  • Zayani Zulkiffli  says:

    Macam best je mancing udang.
    Tapi kite tak reti mancing, apatah lagi udang T___T

    • eshamz halim  says:

      Memang best dan seronok mancing udang ni…. aku pun tak reti gak sebenarnya tapi layan jer lah…ekekekeke.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Terbaiklah bro!!! Pengalaman mancing udang yg tak akan dilupakan. Mmg best. Apa yg paling menyeronokkan bila dpt merasa sendiri sentapan udang makan umpan disamping manikmati ketenngan alam semulajadi dan ekologi sungai hehee. Thanks sharing bro.. ada masa kita gi mancing udang lagi… 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      Yup..betul tu bro ..pengalaman yg tak akan dilupakan sbb bukan kaki pancing pergi memancing…hihihi.. bereh jer klu nak gi mancing sama2 lagi.. 😀

  • jaymiee  says:

    macmna uzu dengan ila bole terselit sekali kat gambar tu….haha

    • eshamz halim  says:

      ekekekekeke…. kecik jer dunia blogger ni kan… gi mana2 mesti terjumpanya… 😀

  • sobri yaacob  says:

    fullamak best memancing ni tambah2 kalau yg kaki2 mancing…
    memng teruja dia lebih sikit..
    ada jmpa buaya x? sbab slalu klau kwasan udang2 ni ada buaya.. he..he..
    jangan marah ya 🙂
    memng nampak enjoy smua … terbaik entry ni..

  • eshamz halim  says:

    ahahahahaha…. buaya banyak laa kat sini tapi buaya kepala hitam berkaki dua….ekekekekeke… 😀

Isikan Komen Anda Disini