From Sabah With Love – Part 1

Bila celik jer mata, tangan pun terus merayap mencari jam… rupa-rupanya baru pukul 7 pagi tapi kat luar dah macam pukul 8-9 pagi, mmg cuaca dah terang dan panas…langit pulak mmg sangat biru yer!. Kat Sabah ni pukul 6-6.30 dah terang dah, x mcm kat KL still gelap lagi. Aku ngan wife tersenyum jer biler pandang ke langit, nampak biru jer pastu awan ketul2 dan kecik2….Alhamdulillah, cantik cuaca ari ni dan mmg sesuai untuk gi ronda2 pulau….ekekekeke..kalau lah ujan lg mmg terperap kat hotel jer lah. Bila nampak langit biru, apalagi terus ler bersiap untuk keluar tp sejuk giler pagi tu dgn kitaorg terlupa nak offkan aircond lg, sib baik ada water heater kat bilik air….ekekekekeke.

Perut pon dah berbunyi sebenarnya menandakan masuk waktu makan bekfes. Dari hotel kitaorg nak ke Jesselton Point Jetty, nampak dgn pandangan mata kasar mmg dekat yer tp biler dah mula berjalan rasa jauh ler jugak….morning exercise la nampaknya. Singgah kejap pekena teh tarik ngan roti telor sebelum sampai ke jetty, alih2 belum sampai ke jetty org2 bot dah offer kitaorg dulu (kira cam ulat bot la kot)…ekekekekeke..dier ckp klu amik bot kat jetty kena jetty fee lagi. Mula2 aku was-was gak kan tp biler ada jer org lain yg naik bot drg, kiraorg pun ok jer lah..janji dier ada bg life jacket ngan snorkling mask (kena sewa gak tp murah ler tanpa deposit) dan akhirnya kitaorg naik ler bot dgn couple daripada Spain dan family dari China. Tapi sebelum tu jom tgk gambar dulu…..

kota-kinabalu-sabah-shamphotography-07Hotel Cititel Express

kota-kinabalu-sabah-shamphotography-08Posing dulu sebelum nak ke Jetty…hihihi..

kota-kinabalu-sabah-shamphotographyBirunyer langit …..

kota-kinabalu-sabah-shamphotographyBank Negara

kota-kinabalu-sabah-shamphotography

kota-kinabalu-sabah-shamphotography

kota-kinabalu-sabah-shamphotography

kota-kinabalu-sabah-shamphotographyDisinilah kitaorg naik bot..

Kitaorg decided utk amik package 3 pulau…pulau yg femes kat sana iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Banyak jugak kitaorg buat survey dan ramai gak yg ckp amik package 3 pulau. Bermulalah perjalanan kitaorg menuju ke Pulau Impian…ahahahahaha….mmg excited giler tp on the way nak ke Pulau Sapi tu….aku rasa terkejut ler jugak sbb kat tgh2 laut tu penuh ngan sampah, banyak botol2 mineral, plastik dan yg paling heran sekali gayung mandi pon ada terapung kat tgh2 laut tu. Maybe sbb dekat ngan kawasan perkampungan air kat Pulau Gaya so maybe sampah tu dari sana kan. Perjalanan ke Pulau Sapi amik masa dalam 10-20 minit jer aku rasa sbb semua pulau2 tu x jauh pun dari Pekan Kota Kinabalu.

Akhirnya, sampai ler kitaorg di Pulau Sapi… ramai giler manusia…mcm2 bangsa dan warna kulit ada. Nak masuk pulau kena bayar entry fee RM3. Entry fee ni bayar sekali jer utk ke tiga-tiga pulau tu so jangan hilangkan tiket tu tau, nanti biler gi lagi 2 pulau tu cuma tunjukkan tiket jer utk drg cop. Aku ngan wife pon borak2 gak ngan couple dari Spain ni dari dalam bot lagi dan kitaorg selalu jadi translator utk drg masa kat sana. Bila nak start snorkling jer tiba2 drgbag wife aku leh lak tertinggal kat dalam bot…..aduih!.. phone aku ngan wife dan baju untuk snorkling ada dalam beg tu…sib baik wallet dan duit semua ada dalam drybag aku. Terpaksa la kitaorg cari couple Spain tu utk pinjam bisnes kad driver bot tu yg drg bagi sebelum nak ke pulau tadi. Wife aku dapat call driver bot tu dan nasib baik dier ckp drybag tu ada dalam bot tp kena tunggu dier sampai ler. Terpaksa la wife aku tgk aku snorkling dulu sementara dier tunggu bot sampai…ahahahahahaha..Akhirnya dapat ler kitaorg snorkling sama2. Seronok gak snorkling tp biler tgk dr atas air nampak jernih jer tapi biler dalam air keruh la pulak…byk gak ikan ngan coral tp so-so jer la aku rasa.

Ok2…mesti korang dah bosan membaca kan?.. jom tgk gambar lagi…..

pulau-sapi-sabah-kota-kinabalu-shamphotography

pulau-sapi-sabah-kota-kinabalu-shamphotography

pulau-sapi-sabah-kota-kinabalu-shamphotography

pulau-sapi-sabah-kota-kinabalu-shamphotography

pulau-sapi-sabah-kota-kinabalu-shamphotography

pulau-sapi-sabah-kota-kinabalu-shamphotography

pulau-sapi-sabah-kota-kinabalu-shamphotography

pulau-sapi-sabah-kota-kinabalu-shamphotographyKat sini ler port kitaorg snorkling…..

Kitaorg stop kat Pulau Sapi lebih kurang 2 jam, pas puas snorkling terus kitaorg tunggu bot kat jetty utk ke next destination lak ke Pulau Manukan. Pastikan korang ingat muka driver bot yer, takut salah naik bot lak kang….ahahahaha..dari Pulau Sapi ke Pulau Manukan x jauh pon. Sampai jugak kitaorg ke Pulau Manukan tp dapat stop kat sini dalam 45 minit jer sbb lama sgt tunggu couple dari Spain tuu masa kat Pulau Sapi td. Terus aku membuka drybag aku utk cari tiket entry fee td utk dicopkan, klu tiket hilang kena ler bayar lg RM3 yer. Aku ngan wife pon pusing2 dulu mencari port lepak tp aku tgk persisiran pantai Manukan ni penuh ngan ranting2 kayu pastu byk gak botol mineral….apasal la drg buang kat tepi pantai…tp ada juga kawan2 aku yg ckp bersih jer pantai tu…so maybe masa aku pergi ni drg lom bersihkan sampah lagi sbb aku tgk banyak gak plastik2 sampah kat tepi pantai. Masa kat Pulau Manukan aku xde amik gambar sbb suntuk sgt masanya so kitaorg gi sambung snorkling jer tp nak snorkling kena hati2 yer sbb byk sgt batu dan coral yg dah mati kat tepi pantai….jenuh gak nak elakkan coral yg tajam2 tuu pastu nak berjalan dalam air pun kena slow2. Sekejap jer snorkling kat Pulau Manukan sbb xde feel sgt kat Pulau ni, sib baik dah snorkling kat Pulau Sapi td.

Renung jam kat handphone tgk dah cukup time so kitaorg pon gerak menuju ke Pulau Mamutik lak, pon x amik masa yg lama gak utk sampai ke Pulau Mamutik… sebenarnya ketiga2 pulau ni dekat2 jer. Sampai jer kat Pulau Mamutik, aku tgk happening jugak cam kat Pulau Sapi td, penuh ngan manusia. Terus cari port lepak, perut pon dah lapar so makan ler cekedies yg kitaorg beli sebelum naik bot td sambil memerhatikan manusia2 lain. Hari pon dah gelap nak ujan nampaknya so kena snorkling dgn segera ni…ekekekekeke. Kat sini couple Spain tu x ikut sbb drg cuma amik package 2 pulau jer….kat sini bot tu antar kitaorg berdua jer. Kat sini pon lama gak kitaorg stay…dlm 2 setengah jam gak sbb bot akan dtg kul 4 petang. Habis makan terus gi cari port snorkling tp sebelum tu nak gi sewa fins (kaki itik) jap….. xde saiz laa pulak semua yg kecik dan yg besar jer ada so kansel ler sewa fins. Terus gi snorkling jer la, seronok gak kat sini sbb byk ikan, coral pon byk…..sampai kitaorg jumpa ikan nemo dan tapak sulaiman. Best mmg best…ekekekekeke.. lepas 30 minit kitaorg naik ke pantai balik sbb rasa arus ngan ombak kuat, rupa-rupanya dah ujan so maleh ler nak snorkling lg….terus cari tempat berteduh jap sambil gi mandi ngan salin baju.

Jom tgk gambar sket kat Pulau Mamutik……

pulau-mamutik-sabah-kota-kinabalu-shamphotographyDah mendung nak ujan…ermmmm.

pulau-mamutik-sabah-kota-kinabalu-shamphotographySedang merenung ke laut sambil mendoakan supaya tidak ujan…ahahahahahahaha..

pulau-mamutik-sabah-kota-kinabalu-shamphotographyInilah jetty Pulau Mamutik….

pulau-mamutik-sabah-kota-kinabalu-shamphotographyBaik2 yer klu nak snorkling….ada jellyfish. Terrer tul anak omputih tu jalan pakai tangan jer…hihihi

Aku rasa masa gi pulau ni x banyak aku amik gambar sbb aku rasa permandangannya sama jer cam pulau-pulau yang lain lgpon aku dah sibuk dgn snorkling smp lupa kamera….ahahahahahaha… kitaorg pon berteduh sambil tunggu bot sampai…ngam2 pukul 4 petang bot pon sampai amik kitaorg bersama couple Spain yg mmg dah ada dlm bot….still ujan lg tp x lebat la.. dalam 15 minit sampai ler kembali ke Kota Kinabalu dengan selamatnya…ekekekekeke.. pas turun jer dari bot dan masa nak pulang..kitaorg pon borak2 ngan couple Spain.. nama drg Manu dan Sara, mmg friendly gak drg ni. Masa kat pulau td mmg kitaorg ada cite kat drg yg kitaorg nak sewa kereta pastu esok nak gi Gunung Kinabalu, sekali drg tanya boleh tak ikut sekali pastu duit sewa kereta ngan minyak drg leh share. Aku pon ckp ok jer lah, kasi tunjuk yg rakyat Malaysia ni friendly dan suka membantu….ahahahahahahaha…pas kitaorg bertukar-tukar no phone, masing2 pon balik menuju ke hotel. Esok janji ngan drg tunggu kat Suriya Shopping Complex. Kitaorg pon balik ke hotel utk mandi pastu bersiap-siap utk keluar balik gi night market….nak pi pekena seafood….hihihihihihi. Masa balik dari Island Hopping td kitaorg survey kereta sewa, susah gak nak cari last minute kan tp at last dapat gak 1 company ni yg leh antar kereta terus ke hotel kitaorg so kitaorg pon gi ler night market nak gi makan seafood. Mcm2 jenis hidupan laut ada kat sini, yg besar, yg kecik semua ada. Dan akhir kitaorg singgah di 1 kedai yg penuh dengan manusia, klu dah ramai pelanggan mesti sedap kan. Kitaorg amik 1 lobster masak sambal, ikan kerapu merah masak 3 rasa ngan sotong katak goreng tepung. Sotong katak ni lebih leper dan bulat sket dari sotong biasa dan bila dimasak rasanya manis, klu korang gi KK jangan lupa cuba sotong katak goreng tepung yer….mmg x rugi nyer….ekekekeke.. jom layan gambar lagi….

night-market-kota-kinabalu-sabah-shamphotography-01

night-market-kota-kinabalu-sabah-shamphotography-02Besar giler lobster ni…harganyer RM400…klu still hidup lg brother kedai tu ckp harganya RM1200…fussss….

Ni lak gambar-gambar yang aku snap guna handphoneku ke instagram…hihihihihi..

night-market-kota-kinabalu-sabah-seafoodAmik 1 jer tp belah 2 kongsi ngan wife…baru romantik katanya…ahahahaha

night-market-kota-kinabalu-sabah-seafoodMasak 3 rasa….nampak gigi ikan tuuu…

night-market-kota-kinabalu-sabah-seafoodSotong katak goreng tepung..

night-market-kota-kinabalu-sabah-seafoodLobster masak pedas

night-market-kota-kinabalu-sabah-seafoodAlhamdullillah…selesai….

Biler dah kenyang mintak bil…tu dia.. RM115..aku rasa still lg murah berbanding di Semenanjung…ekekeke.. tp puas hati..pas makan terus nak balik hotel dulu sbb drg nak antar kereta sewa. Biler dapat kereta nanti baru ler keluar ronda2 balik, on the way balik tu singgah philippines market jap..wife nak beli mutiara…byk giler..tak reti klu aku yg kena pilih..tp sekejap jer sbb nak amik kereta dulu. Biler sampai hotel jer kitaorg tunggu kat lobby…tunggu punya tunggu kereta x muncul2…lebih kurang 1 jam lebih gak tunggu, mata pon ngan ngantuk. Wife pun call, sekali dier ckp kereta dah hantar….aik!!?..rupa2nya ada 2 org yg nak sewa kereta kat cititel hotel….ahhh!!..sudah…geram jugak tp cool jer. Nasib baik dier ckp ada lg kereta pastu kejap lg dier hantar….kitaorg pun tunggu lg tp tunggu kat dalam bilik jer lah.

Biler kereta dah sampai, terus turun jumpa mamat yg hantar tu, check2 kereta jap…..pastu kitaorg keluar gi isi minyak jer pastu balik hotel balik sbb mata dah ngantuk…esok lak nak bangun pagi sbb nak amik Manu ngan Sara dulu sebelum ke Gunung Kinabalu so mlm tu x dapat lah kitaorg ronda2 town sbb kereta sampai lewat sgt.

Dan lepas sampai di bilik kitaorg pun terus ZZZzzzzzzzzz………… nantikan sambungan entri ini di part 2 yer…..ekekekekeke…

Isikan Komen Anda Disini