From Sabah With Love – Part 2

Salam,

Haih! 🙂 mintak maaf yer kat korang yang selalu follow blog aku ni, susah giler aku nak menulis kat blog ni. Bukan disebabkan aku malas tapi aku banyak fokuskan dan menulis entri di blog Shaklee kepunyaan wife aku kat www.vitamin4kesihatan.com. Banyak jugak aktiviti-aktiviti yang aku nak kongsikan dengan korang semua tapi tu la kan…… nak cari masa untuk menulis yang susah tu, kalau ada masa pun mesti aku menulis kat blog wife aku.

Ok! Ok!… jom aku sambung balik cerita trip kitaorg ke Sabah pada bulan Julai yang lepas. Mesti korang dah lama tertunggu-tunggu….ekekekeke.

(Sila baca part 1 dulu yer kalau rasa2 korang blur…hihihi..maklumlah dah lama kisahnya) 🙂

Pagi ni kitaorg bersiap nak gi ker gunung kinabalu, bukan nak mendaki yer tapi di kawasan-kawasan pergunungan tu sajer. Stop sekejap untuk pick-up Sara & Manu (yang couple Spain tu…). Nasib baik drg ni on-time jer dan pastu bermula perjalanan kitaorg berempat menuju ke gunung kinabalu menaiki sebuah proton wira. Perjalanan dari bandar Kota Kinabalu ke kawasan kaki Gunung Kinabalu tu mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan yer (kalau dah biasa dgn jalanraya sana maybe 1 1/2 jam kot!) . Dalam kereta tu untuk mengelakkan dari bosan kitaorg borak-borak ngan couple spain tu, mcm2 lah kitaorg tanya pasal negara spain…mana la tau tertiba nanti dapat ke Spain pulak kan?…ekekekeke. Kira berabuk gak la bahasa inggeris aku…. Sara ngan Manu pun bukannyer reti bahasa inggeris sangat, lebih kurang cam kita2 jer. Selain daripada gunakan GPS, wife aku pon kena jadi GPS gak sebab dier pernah pergi dengan member dier last year. Aku drive jer, dier ckp kiri aku belok kiri, dier ckp kanan aku belok kanan….ekekeke.

Semasa dalam perjalanan naik tu, kitaorg kerap berhenti di tepi untuk menikmati permandangan puncak Gunung Kinabalu dan menghirup oksigen yang virgin lagi segar sambil bergambar. Permandangannya mmg superb, bayangkan kalau kita berjaya menawan puncak Kinabalu….huyoooo. Sara dan Manu asik ckp “Wow!!.. really wonderful!…very amazing!…dan aku menjadi totally speechless…., rasa bangga gak kitaorg menjadi rakyat Malaysia.

Jom layan gambar sket….

gunung-kinabalu-shamphotography-01Seronoknya dorang ni bergambar…gambar aku jugak xde…

gunung-kinabalu-shamphotography-01Perkampungan di tengah2 kawasan pergunungan…..

gunung-kinabalu-shamphotography-01

gunung-kinabalu-shamphotography-01Gambar puncak Gunung Kinabalu ni aku bagi mood black & white… hihi

gunung-kinabalu-shamphotography-01Sdg menikmati permandangan…tu kereta sewa kitaorg..kat depan tu…

gunung-kinabalu-shamphotography-01Yeaaaaa……we were here!!!…

gunung-kinabalu-shamphotography-01

Time ni awan tebal sket, masa gi beli keronsang mutiara ari tu, akak penjual tu cakap “Kalau nak naik tu, naik pagi2 dalam pukul 4 pagi dah start naik dah…baru leh nampak jelas Gunung Kinabalu tu sebab awan x berapa tebal sgt waktu tu”. Maybe next trip, kitaorg akan plan betul2 sebab ada jugak kawan2 yang teringin ke sana jugak.

Akhirnya sampai lah kitaorg ke Kinabalu National Park, Kundasang. Kalau korang nak tahu Kinabalu National Park adalah di kaki Gunung Kinabalu dan bagi yang nak mendaki Gunung Kinabalu akan mendaki daripada sini. Yuran masuk ke sini ialah RM3 jer bagi orang Malaysia dan RM15 bagi bukan warganegara. Yuran untuk mendaki Gunung Kinabalu lain yer, kalau nak tahu yuran-yuran yang lain, boleh klik sini .

kinabalu-national-park-shamphotography-sabah01Permandangan di hadapan Kinabalu National Park….

kinabalu-national-park-shamphotography-sabah01

kinabalu-national-park-shamphotography-sabah01Peace uolssss….

Kitaorg xde la planning nak daki Gunung Kinabalu, cuma ronda-ronda jer kat situ pastu singgah kejap kat Kinabalu Botanical Garden (kat dalam Kinabalu National Park tu jugak). Sajer jer bawak Sarah & Manu ronda-ronda tengok khazanah hutan kat Malaysia ni…ekekeke..drg ckp kat sana susah nak jumpa hutan. Lebih kurang 1 jam jugak kitaorg ronda-ronda sambil ushar pokok, buah dan bunga. Tak jumpa pulak bunga Rafflesia tu, yang jumpa pun Periuk Kera jer tapi kera nyer dah cabut lari, tinggalkan periuk jer kat situ…ahahahaha. Kagum jugak apabila Sarah & Manu tgk Periuk Kera tuu, kat Spain maybe takde kot?… Nak masuk Botanical Garden pun kena yuran lagi yer tapi aku ingat berapa. Banyak sebenarnya tempat yang boleh ronda-ronda kat situ tapi disbbkan masa yang singkat so kitaorg kena planning betul-betul. Layan gambar dulu lah….

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03Ushar map dulu lah…..

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03Holaaa! Hermanas………

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03Ni buah Rasberry aku rasa…aku pun dah lupa dah tp specis beri ler…

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03Periuk Kera….Kera nyer aku x nampak pun…dah lari kot?…ahahaha..

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03Kecik jer periuk kera ni…

kinabalu-botanical-garden-shamphotography-sabah03Daun kering ni nampak cam ikan kan?….

Lepas puas ronda-ronda di Kinabalu Botanical Garden, next destination kitaorg ke Ranau lak… nak gi Poring Hotspring sbb baca review macam best jer tapi yang tu, aku kena sambung ke part 3 la pulak. Entri ni pun dah penuh dengan gambar, nanti slow lak biler nak loading page so korang kena tunggu next entri yer…. aku akan cuba siapkan entri dengan segera yer……. ngantuk dah mata ni.

Isikan Komen Anda Disini