From Sabah With Love – Part 3

Salam,

Jom aku sambung balik cerita ke Sabah, tgh aku ada masa untuk menulis ni. Ada 2-3 entri yang aku nak tulis dalam blog Shaklee [at] www.vitamin4kesihatan.com tapi aku tangguhkan dulu…. nak fokus kat blog ni dulu sbb dah lama gak bersawang walaupun mmg namanya pun world wide web….hihihi.

Poring Hot Spring adalah destinasi seterusnya, dengar review cam best gak so kitaorg nak tgk ler apa yang hebatnya. Dari Kinabalu National Park ke Poring Hot Spring, Ranau amik masa dalam 30-45 minit jugak…ditambahkan pula dengan first time nak ke sana so lebih lama ler sikit  amik masa. Akhirnya sampai ler jugak dengan cuaca yang panas terik.

poring-hotspring-ranau-kinabalu-sabah-shamptohography-01Snap gambar peta dulu takut tersesat di hutan rimba…hihiihi

Sara dan Manu mmg ada suggestkan untuk ke sini sbb  drg nak merasa naik Canopy Walkway (Jambatan Gantung) tapi malangnya tutup pulak atas alasan sedang diselenggara. Kecewa ler jugak kitaorg berempat tapi perjalanan haruslah diteruskan jua….hihihi. Banyak jugak tempat-tempat menarik kat sini selain daripada kolam air panas tapi kitaorg x boleh nak explore semua sbb x cukup masa. Terpaksa ler pilih yang mana nak explore.

poring-hotspring-ranau-kinabalu-sabah-shamptohography-04

Ermmmm….. Butterfly Garden kat KL pun ada, Canopy Walkway tutup…..so nampak nyer kitaorg pergi main-main air terjun jer lah. Kitaorg x lepak kat kolam air panas dulu tapi gi ushar air terjun dulu. Jom tgk gambar sket kat sekitar Poring Hot Spring.

poring-hotspring-ranau-kinabalu-sabah-shamptohographyCantik dan teratur kolam air panasnya…

poring-hotspring-ranau-kinabalu-sabah-shamptohography

poring-hotspring-ranau-kinabalu-sabah-shamptohography

Daripada kolam air panas ke air terjun amik masa 10-15 minit berjalan, akhirnya sampai ler kitaorg ke air terjun yang pertama iaitu Air Terjun Kipungit. Kitaorg stop kejap untuk basahkan kaki sambil bermain-main air dan yang best nyer kat sini, biler kita masukkan kaki ke dalam air dan biarkan statik lebih kurang 5 minit, nanti anak-anak ikan akan berkumpul di kaki anda…hihi..rasa geli sbb anak-anak ikan tu cium-cium kaki kita. Geli tapi seronok dan yang kelakarnya Sara sampai menjerit-jerit biler anak ikan tu cium kakinyer….maybe dekat Spain xde fish spa kot….ahahahahahaha. Sara dan Manu seronok tempat-tempat yang camni, maklum ler kat sana susah nak jumpa tempat camni.

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotographyFish Spa yang free… geli tapi best.. :p

Jom layan gambar dulu……

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotography

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotographyManu tgh main-main air…

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotography

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotographyManu tgh amik gambar dan aku snap gambar manu tgh amik gambar…hihihihi

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotographyTinggi oooo pokok-pokok kat sini…

Lepas main-main air, Sara dan Manu ajak gi air terjun kedua pulak iaitu Air Terjun Langanan….. tinggi jugak nak daki dengan jalan yg sempit pastu dengan kasut yang x sesuai. Akhirnya sampai ke Gua Kelawar tapi semput giler………Gua Kelawar ni on the way ke Air Terjun Langanan. kitaorg stop rehat kat sini dulu.

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotograph

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotographBatman xde..maybe dah keluar gi pekan kot….

Sara dan Manu ajak daki lagi ke air terjun langanan tp aku ngan wife dah x larat, jarak dari bawah ke air terjun langanan lebih kurang 3 km. Aku pun ckp ngan couple Spain tu, korang naik lah, kitaorg tunggu kat bawah pastu drg pun mengalah dan sama-sama turun ke bawah. Drg mintak lepak-lepak lg kat air terjun kipungit lagi. Lepak ler kitaorg lagi kat situ.

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotograph

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotograph

Dah puas main air, turun ler kitaorg ke kolam air panas….main-main air suam-suam kuku pulak lah….kolam kat sini ada tahap-tahap panas nyer so korang kena ler hati-hati kalau gi sini yer….kang melencur lak kaki tu…hihihihi..

air-terjun-kipungit-poring-hotspring-sabah-kinabalu-shamphotograph

Lepas dah keluar dari Poring Hot Spring, kitaorg gi makan dulu sebab perut sudah menyanyi pop rock. Next destination ke Masilau Cow Farm lak…nak tgk lembu-lembu ala-ala New Zealand. Naik bukit turun bukit…sampai proton wira tu pun hangit enjin nyer, next time kena sewa 4×4 la…baru steady…ekekekeke. Masilau Cow Farm ni on the way balik jer sebenarnya. Lawa gak tempatnyer, ala-ala North Spain kata Manu. Jom layan tengok lembu…. mooooooooooo!!!!.

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography

Kat Masilau Cow Farm ni banyak jual produk-produk tenusu ngan gift cam poskad, baju dan magnet peti ais. Wife aku ada beli milk shake, mmg sedap dan fresh yer, aku suggest korang mesti try kalau sampai kat sini nanti..kalau tak menyesal ok!.. Kat masilau ni sejuk jer pastu berkabus, cam gi luar negara jer…ekekekekeke. Dah abis skodeng lembu, kitaorg mau bergambar pulak….asik amik gambar lembu jer kan. Ini adalah destinasi kitaorg yg last sbb mau terus balik ke Kota Kinabalu. Memang rasa x puas ok! tapi x boleh nak buat apa sbb flight aku ngan wife malam ni jugak pukul 9. Aku risau x sempat sampai airport jer, Sara ngan Manu xpe sbb drg stay lama kat Sabah.

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography

masilau-cow-farm-kinabalu-sabah-shamptohography

Masa nak balik daripada Masilau hari mmg dah ujan yer so agak mencabar gak kalau driving, kabus tebal dengan jalan licin. Memang bahaya kalau x berhati-hati, kat kiri kanan ngan depan belakang hanya nampak kabus putih jer…macam kita dalam gelas berisi susu, hanya nampak putih jer di sekeliling. Mmg stress aku drive time tu, jarak penglihatan pun leh nampak dekat jer….mmg scary yer dengan kabus tebal pastu hari ujan..jalan pun licin. Kitaorg balik ke Kota Kinabalu berpandukan gps handphone jer…tawakal jer lah. Akhirnya, setelah 3 jam drive, sampai jugak di Kota Kinabalu tapi dah kelam kabut dah ni sbb nak amik beg kat hotel dulu pastu terus shoot ke airport. Hantar Sara ngan Manu dulu pastu terus gi hotel amik beg dan terus gi airport, nak gi airport kompius pulak sbb ada KKIA 1 dan KKIA 2…..arghhhhh!!!…airasia yang mana satu ni, terus gi KKIA 1 tp sekali salah pulak, u turn balik ke KKIA 2… terus park kereta dan terus gi check in luggage……….fusssss…sib baik sempat.

Flight kitaorg on time dan touch down kat LCCT pukul 11.30 mlm dan aku suh adik aku dtg amik kitaorg di LCCT. Mmg letih giler, masa dalam flight kitaorg tido jer kerjanya. Sampai kat rumah mak aku pukul 12 lebih, amik kereta aku pastu terus kitaorg balik Shah Alam….sampai jer kat rumah mata pun dah ngantuk….siap-siap apa yg patut pastu terus ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzz…….

Tamatlah trip kitaorg ke Sabah tapi aku rasa nak repeat balik sbb 3-4 hari mmg x cukup…mau nyer sekurang-kurangnya seminggu baru puas. Akhirnya selesai jugak entri pasal trip aku ke Sabah……lama jugak aku amik masa untuk habiskan….ekekekekekeke..

Isikan Komen Anda Disini