Hulu Langat Trail Run 2016: HLTR2016

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hulu Langat Trail Run 2016 (HLTR2016) telah diadakan pada 3 April 2016 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Dusun Tua, Hulu Langat Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (KEMBARA) serta disokong oleh Kembara Outdoor Centre (KOC), Tourism Selangor, World of Sports, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan juga Salomon sebagai penaja rasmi baju larian bagi acara ini.

Hanya dua (2) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 16km (Wild) dan juga 10km (Mild). Larian ini boleh dikatakan mendapat komen yang agak bagus bagi penganjurannya untuk tahun lepas. Aku ada terbaca ulasan dan juga gambar-gambar menarik di beberapa blog mengenai Hulu Langat Trail Run edisi 2015, disebabkan inilah aku dan wife tergerak hati untuk mendaftar tapi untuk tahun ini hanya mencuba kategori 10km (Mild).

Peserta bagi kategori 16km telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan diikuti dengan kategori 10km. Bagi aku, laluan lariannya memang agak menarik dengan kehadiran kabus pagi. Keadaan laluan yang berlumpur pun memang cukup mencabar…hihihihihi..masing-masing mengelak daripada berlari di kawasan berlumpur supaya kasut tidak akan kotor di peringkat awal larian. Laluan larian mendaki bagi aku tidaklah seteruk dan sekejam di Taman Botani FRIM sebab aku masih lagi mampu berlari tanpa henti..hahahaha. 😀 Cukup seronok untuk berlari sekitar kawasan kampung sambil melayan permandangan serta meredah parit dan sungai. Paling bersemangat lagi apabila penduduk-penduduk di sana memberi sokongan sambil lepak sarapan pagi di kedai kopi.

Ok!..Ok!…Jom layan gambar……. 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimSelfie dulu sebelum mula berlari….

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimPeserta 10km pun dah membuat laluan jem.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimTak tahu kenapa beria sangat nak bergambar dengan jengkaut ni…hahahahaha.. 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimMasih berkabus lagi. Memang sejuk.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimWaktu ni sedang tunggu giliran nak redah lumpur.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimAntara laluan larian.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimTertiba jer sampai di padang pasir.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimDi puncak bukit.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimBerhenti selfie dulu sebelum sambung berlari naik bukit…hihihihihi.. 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimBergambar dengan Uncle Amrul Gan dan anaknya.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimSempat selfie dengan Dato’ Haji Khalid Yunus (Presiden Persatuan Kembara Negara)

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimRedah lumpur. Semua takut kasut kotor…hahahahaha..

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimAku suka gambar ni…hihihihihihi.. 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimSempat selfie dengan Din Jengking.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimSinggah bergambar lagi.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimAktiviti membasahkan kasut.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimIni parit, longkang atau sungai?….hahahahahaha.. 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimRedah saja lumpur itu!!…hahahahaha.. 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimJom selfie dulu.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimAntara aktiviti yang menarik, redah sungai sambil bersiram…hihihihihi… 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimAntara laluan yang peserta perlu lalui. Katanya tahun lepas, paras air di dada tapi tahun ni paras lutut jer…

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimLaluan larian mengelilingi kampung.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimBergambar dengan Wolf.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimIlmu dituntut, Generasi terdidik, Masyarakat sejahtera. Sila hadamkan yer!!.. 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimAda Desa Pengantin di sini…hihihihihi.. 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimBergambar dengan anggota bomba yang bertugas.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimApa hal ni?!!…Semua kejar #RedBullRunner.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimPewai disebabkan keletihan melampau, beberapa meter sebelum finishing line…lalalalalalala… 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimBergambar dengan rakan ADRunner a.k.a Maulina Bueng.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimBerlari menuju ke finishing line….

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimGroup photo by Rany Tan.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimBergambar dengan abam-abam otai ni… 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimSelfie dengan Rany Tan.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimDuduk berehat sekejap sambil jemur kasut….hahahaha.. 😀

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimJom kita wefie!!!…

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimRunholics kembali berkumpul.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalim#RedBullRunner dan #CuteTigerRunner

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimBoleh tambah millage lagi lepas ni untuk trail run.

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalimUnik tak medalnya?…

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalim10km dengan masa 2:10. Betulnya santai ni….hahahahahahaha… “D

Kalau dah puas layan gambar, jom layan video aku dan wife bersama rakan-rakan lain beraksi di HLTR2016……. 😀

Komen aku mengenai Hulu Langat Trail Run 2016 (HLTR2016):
Bagi aku dan wife, Hulu Langat Trail Run 2016 memang meriah dan cukup seronok. Yuran penyertaannya bagi aku cukup berpatutan untuk trail run sejauh 16km atau 10km. Aku cukup berpuas hati dengan baju lariannya daripada jenama Salomon dan juga medalnya yang unik, memang setimpal dan berbaloi dengan nilai yang dibayar oleh peserta.

Lokasi acara yang luas dan senang untuk dicari. Laluan larian yang memang cukup menarik melalui trek hutan, trek berlumpur dan mengelilingi kawasan kampung serta paling seronoknya apabila peserta perlu meredah parit dan sungai…hahahahaha.. 😀 Water station yang mencukupi dan juga bilangan marshall yang ramai menjaga di setiap simpang laluan. Tidak lupa juga pihak anggota bomba yang sentiasa bersedia untuk membantu peserta. Sarapan pagi ala-ala kampung pun ada disediakan selepas tamat larian.

Kesimpulannya, aku dan wife memang cukup berpuas hati dengan acara ini dan boleh dijadikan acara wajib untuk didaftar pada tahun depan. Tahniah kepada penganjur dan aku harap pihak penganjur dapat pastikan acara ini akan lebih gempak lagi untuk tahun depan.

 

 

2 comments to Hulu Langat Trail Run 2016: HLTR2016

  • nonvespa  says:

    menarik event ni … nak try join utk 2017

    • eshamz halim  says:

      Yup…memang best…wajib join…mesti tahun depan lg best.. 😀

Isikan Komen Anda Disini