Jom Ngopi: Cafe Studio @ The Strand Kota Damansara

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah!.. Bersua kembali di dalam segmen Jom Ngopi bagi episod ke 2. Bagi episod kali ini, aku bersama-sama wife dan Hafeesyam berkunjung ke Cafe Studio yang terletak di The Strand, Kota Damansara. Banyak jugak cafe di sekitar Kota Damansara tapi Hafeesyam tetap mencadangkan supaya aku dan wife mencuba cafe ni. Aku rasa lokasi Cafe Studio ni agak tersorok dan mungkin akan membuatkan ramai tercari-cari. Beroperasi di tingkat 1 deretan lot kedai di sebelah belakang Encorp Strand Mall memang seakan tersembunyi daripada pandangan mata kasar.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogPapan tanda Cafe Studio yang kecil kemungkinan membuatkan mata terlepas pandang .

Aku rasa agak terpegun jugak apabila melangkah masuk ke cafe ini dan sememangnya layak menggunakan nama Cafe Studio kerana hiasan dalamannya seakan sebuah studio yang penuh dengan hasil-hasil seni dan juga ukiran arca yang unik dijadikan sebagai bahan perhiasan.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogSuasana di dalam Cafe Studio.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogHiasan yang menarik.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogBangku dan meja yang unik.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogPelbagai ukiran arca yang dijadikan sebagai hiasan di Cafe Studio.

Paling menarik dan kreatif lagi ialah kulit menunya yang diperbuatkan daripada kepingan besi. Cafe Studio menyediakan pelbagai sajian makanan dan minuman yang pasti membuatkan pelanggan rambang mata dan akhirnya terasa ingin mencuba kesemuanya. Aku hanya berkesempatan untuk mencuba beberapa menu yang dikatakan diantara menu-menu popular di Cafe Studio ini.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogKreatifkan.. Kepingan besi sebagai kulit menunya.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogAntara menu yang disajikan.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogChicken Pie yang merupakan antara menu popular di Cafe Studio dan menu pertama untuk aku.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogChicken Pie Cafe Studio ni sebenarnya mengandungi chicken soup di bahagian dalamnya. Menarik kan?…

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogMushroom soup yang aku rasa korang patut cuba. Memang sedap!..

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogPotato wedges….

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogDi antara menu coffee yang ada di Cafe Studio..

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogHiasan coffee yang menarik

Bagi pengemar kek, jangan risau kerana Cafe Studio juga menyediakan pelbagai hidangan kek khas buat pelanggan yang datang.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

Pada pendapat aku, Cafe Studio ini menawarkan suasana yang tenang dan santai untuk pelanggan menikmati hidangan disamping dapat menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Jangan risau dari segi harga kerana bagi aku harga yang ditawarkan di Cafe Studio amatlah berpatutan dengan hidangan yang disajikan.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

Bagi korang yang berada di sekitar Kota Damansara dan mencari tempat untuk bersantai bersama rakan-rakan sambil minum kopi, bolehlah menikmati sendiri di antara pelbagai menu hebat dan merasai sendiri suasana di Cafe Studio.

Cafe Studio
42A-1, Jalan PJU 5/20D
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Malaysia.
Contact: 012-234 6073
Email: [email protected]
FB: https://www.facebook.com/CafeS2dio

Waktu Operasi:
Isnin – Ahad : 12.00 tengahari – 10.00 malam
Khamis: Tutup

Boleh rujuk peta dibawah ni haaa….

peta-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

22 comments to Jom Ngopi: Cafe Studio @ The Strand Kota Damansara

  • zila  says:

    pernah nampak cafe ni…dari luar nampak mcm menarik..dari dalam lagi menarik rupanya..

    • eshamz halim  says:

      Yup… sis kena singgah ni nampaknya… takkan nak tengok dr luar jer…ekekekeke.. 😀

  • nanatron14  says:

    kalu floor atas2 ni memang terlepas pandang sangatttt…
    teringin nak lepak kat wood & steel. sentiasa penuh org. aritu pegi sbb usha furniturenya 🙂

    • eshamz halim  says:

      Yup.. mmg selalu terlepas pandang…wood & steel…. nanti nak gi terjah situ la pulak.. 😀

  • titan  says:

    fuhh..memang best aje tengok nih..

    • eshamz halim  says:

      Kalau lepak pekena kopi kat sana lagi best bro…ekekekeke… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Fuhh mmg seleralah tengok pie tu.. kek2 pun mengancam.. Ada masa nak singgah juga lah nanti.. best.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Memang selera oooo bro… sila2lah singah kalau gi sana.. 😀

  • hasrulhassan.com  says:

    Memang nampak sedapppp giler … dah la nama pun unik .. jom ngopi .. ate je nye … 🙂

    • eshamz halim  says:

      Moh ngopi kiter…. 😀

  • sobri yaacob  says:

    perh dia punya deko..skali pandang yg x de jiwa seni pun rasa jiwa tetiba artisitik..
    tbaik tambah2 yg botol2 tu..
    menu nampak gempak tambah yg pie tu.. cofee dia punya
    decoration alamak cantik la..rasa syang plak nak mnum..
    btw ate jomle kita mngeteh he..he.. 😛

  • Strider  says:

    salam bro..lama tak singgah drop komen kat sini..hehe..menarik gak cafe ini..decoration dia pun nampak menarik..memang cozy and sesuai untuk lepak santai..hehe

    Regards,
    -Strider-

  • Mar Mansor  says:

    unik suasana cafe ni

    • eshamz halim  says:

      Memang unik kan… 😀

  • Rokiah Abdul Hamid  says:

    cantik menarik…memang debom… kalau dekat memang nak singgah dah

    • eshamz halim  says:

      Bolehlah singgah kalau datang sana nanti.. 😀

  • Tengkubutang Miaw  says:

    mata terpandang Agenda akan datang tu…. perghhhh.. penuh diari kome yeeee…

    • eshamz halim  says:

      Tu tak penuh lagi tu…ada yang lom masuk lagi…ekekekeke… 😀

  • hazmanfadzil.com  says:

    amboih……masing-masing siap pose gaya dalam iklan kopi la pulak yea….

    • eshamz halim  says:

      Biasa laaaa… Model kopi katanya…hihihihihihi… 😀

  • The Province of Chroma  says:

    Duk Kota Damansara, tapi seriously tak perasan kewujudan Cafe Studio. Our frequent coffee place is definitely Ahmad & Co and Wood Steel.

    • eshamz halim  says:

      Haaaa…. dah dekat dah tu sis… sebelah belakang Wood & Steel jer… boleh lah cuba nanti.. 😀

Isikan Komen Anda Disini