Jom Ngopi: Flat White Cafe @ SS15 Subang Jaya

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Ngopi,

Segmen Jom Ngopi diteruskan lagi dalam misi untuk menerjah cafe-cafe yang berada di sekitar bandaraya. Bagi entri kali ini, aku akan membawa pembaca semua ke sebuah cafe yang beroperasi di SS15, Subang Jaya iaitu Flat White Cafe. Seperti biasa aku dan wife akan disertai oleh Hafeesyam dan Athin Nabiha yang merupakan ahli tetap Geng Ngopi kitaorg. Pilihan cafe kali ini sebenarnya dilakukan secara rawak. Pada mulanya rancangan asal kitaorg adalah untuk lepak dan serahkan ole-ole yang kitaorg beli khas daripada Hat Yai buat Hafeesyam dan Athin tapi sambil menyelam boleh minum air kan…hihihi 😀 . Banyak sebenarnya cafe-cafe yang terdapat di SS15 ni tapi disebabkan mata telah tertumpu kepada Flat White Cafe, terus kitaorg mengambil keputusan untuk mencuba Flat White Cafe.

Flat White Cafe ini terletak di tingkat 1 dan di deretan bangunan yang sama dengan Starbucks Cafe. Memang tidak susah untuk mencari cafe ini, cuma pastikan korang pandang ke atas untuk mencari papan nama yang tertulis Flat White Cafe.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimFlat White Cafe

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimRuang dalaman Flat White Cafe.

Sayangnya kitaorg datang agak lewat, pesanan untuk hidangan makanan telah ditutup dan hanya dibuka sehingga pukul 6 petang sahaja. Mungkin lain kali kitaorg akan datang lagi untuk mencuba sajian hidangan yang tertera di menu dibawah tapi untuk kali ini, apa kata kita cuba secawan coffee dahulu… 😀

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimAntara hidangan yang disajikan di Flat White Cafe.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimPilihan minuman di Flat White Cafe.

Untuk kali ini, aku dan wife mencuba secawan Flat White Coffee, Nutella Cappucino dan juga sepotong kek Banana Chocolate Chip bagi mengisi perut yang kosong…hihihihihi.. 😀 Pada pendapat aku, Nutella Cappucino adalah antara minuman yang unik di Flat White Cafe, gabungan kemanisan Nutella dan Coffee pasti memberi rasa yang berbeza dan unik di bibir.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimNutella Cappucino antara minuman yang aku rekemenkan untuk mencuba. Dengan harga RM13 korang dapat menikmati sendiri kelainan dan keunikan rasanya.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimFlat White tetap berseri dengan lukisan yang menarik di permukaan coffee nya. Rasa kepahitan kopinya memang mengikut citarasa aku. Harga secawan Flat White ialah RM9 dan memang berpatutan.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimSepotong kek Banana Chocolate Chip ini memang mampu membuat kitaorg terpegun dan tersenyum. Rasa pisang dan chocolate sememangnya satu gabungan yang terbaik ditambahkan lagi dengan hiasan yang menarik. Memang berpatutan dengan harganya RM11.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimAntara pilihan kek yang ada.

Percahayaan yang romantis dan dihiasi dengan perabot kayu sememangnya memberikan suasana yang menarik untuk bersantai. Hiasan dan dekorasi dalaman di Flat White Cafe memang menarik dan unik. Boleh rujuk gambar kat bawah ni haaaaa……

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimAntara hiasan yang tergantung di dinding.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimMungkin ada makna tersembunyi buat pemilik cafe ini ataupun hanyalah sekadar hiasan?

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalim

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimAhli tetap Geng Ngopi.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimAku dan wife sedang mempromosikan beg Brooks yang baru dibeli…hihihihihi.. 😀

Satu lagi perkara yang aku rasa amat terpegun dan unik di Flat White Cafe ini ialah pelanggan yang datang boleh memilih sendiri cara bagaimana coffee mereka diproses melalui teknik Clever Dripper, Syphon dan AeroPress. Terus-terang aku katakan, ini adalah satu perkara yang baru buat aku kerana sebelum ni memang tidak pernah jumpa mana-mana cafe yang menawarkan teknik seperti ini. Menurut kata Barista Flat White Cafe, penggunaan teknik ini dapat memastikan pelanggan mendapat rasa ketulenan biji kopi yang diproses. Aku dan wife sempat mencuba coffee yang diproses menggunakan teknik Syphon dan sememangnya bau dan rasa kepahitan coffee tersebut amat berbeza. Aku dan wife tidak sempat bertanya dan mencuba teknik yang lain tapi setiap teknik mungkin memberi rasa yang berbeza.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalim3 teknik yang pelanggan boleh pilih untuk menikmati ketulenan rasa kopi.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimWife sedang temuramah Barista Flat White Cafe.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalim

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimBarista sedang memproses kopi dengan menggunakan teknik Syphon.

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimAntara peralatan yang digunakan dalam teknik Syphon.

Sekiranya korang berada di sekitar Subang Jaya dan mencari tempat untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan sambil minum kopi, bolehlah singgah dan merasai sendiri hidangan dan secawan kopi di Flat White Cafe. Aku rasa Flat White Cafe boleh juga dijadikan lokasi yang sesuai untuk lepak bersama kawan-kawan. Ok!.. Jangan lupa singgah tau…..

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalimWaktu operasi Flat White Cafe.

Flat White Cafe
No. 73, (Tingkat 1), Jalan SS15/8a,
47500 Subang Jaya, Selangor
Tel: 03-55251896
fb page : flatwhitemy
Boleh rujuk peta dibawah ni haaa….

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalim-peta-lokasi

Kalau sesiapa yang belum pernah baca entri Segmen Jom Ngopi yang lepas, jom klik link dibawah ni….. 😀

1 . Jom Ngopi: Wood and Steel Cafe @ The Strand Kota Damansara

2. Jom Ngopi: Cafe Studio @ The Strand Kota Damansara

3. Jom Ngopi: Chemistry Cafe+Lab @ Seksyen 7 Shah Alam

Aku akan sentiasa menambah entri Segmen Jom Ngopi ini dari semasa ke semasa. Jika ada mana-mana cafe yang sudi menjemput aku dan Geng Ngopi, bolehlah email atau whatapps aku… 😀

6 comments to Jom Ngopi: Flat White Cafe @ SS15 Subang Jaya

  • nanatron14  says:

    ooo menarik gak bleh cuba proses teknik Clever Dripper, Syphon dan AeroPress. kalau cuba ada extra charges ker…?

    • eshamz halim  says:

      Menarik uolsssss….hihihihi… aku rasa teknik tu ada harganya… kalau Clever Dripper & AeroPress RM10 pastu kalau Syphon RM15 . Rasanya takde extra charges… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wow.. menarik.. tempat yg tenang. Pasti bnyk idea kluar lepas pekena kopi. Berblogging sambil pekena kopi pun best ni. Thanks sharing my friend.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Tu laaa bro…. kalau menulis blog sambil lepak minum kopi di sini…mesti idea dtg mencurah-curah…. 😀

  • fyna  says:

    uniklah tempatnye.

    • eshamz halim  says:

      Memang unik… 😀

Isikan Komen Anda Disini