Jom Ngopi: MTLatte Cafe @ Dataran Ara Damansara

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi Segmen Jom Ngopi pada bulan ini, aku akan membawa pencinta kopi di luar sana untuk berkunjung ke sebuah lagi Cafe yang unik di sekitar Ara Damansara. Terlebih dahulu, terima kasih aku ucapkan kepada Nichole yang merupakan salah seorang pemilik MTLatte Cafe kerana sudi menjemput aku dan geng ngopi yang lain untuk merasai sendiri suasana dan juga menikmati sajian yang terdapat di MTLatte Cafe.

MTLatte Cafe yang terletak di Dataran Ara Damansara ini diusahakan oleh Nichole bersama rakan perniagaannya Alan, dan baru sahaja memulakan operasinya sekitar 2 bulan yang lepas. MTLatte Cafe memilih konsep unik yang berasaskan daripada elemen-elemen Kejuruteraan (Engineering)  bagi menghiasi ruangan dalaman cafenya. Bagi aku setiap cafe haruskan mempunyai kelainan dan juga keunikkan yang boleh dijadikan sebagai identiti cafe itu tersendiri.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi aku dan wife telah berada di MTLatte Cafe sambil menunggu Hafeesyam serta Athin. Untuk kali pertama ini, kitaorg ingin mencuba menu sarapan pagi di MTLatte Cafe.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalim

Walaupun lokasi MTLatte Cafe agak tersembunyi daripada jalan utama tetapi bagi aku tidaklah susah untuk dicari. Penggunaan applikasi GPS seperti Waze dan Google Maps sememangnya cukup membantu sehingga sampai ke depan cafe.

Biarpun ruang dalaman cafe boleh dikatakan agak terhad dan tidak boleh menampung jumlah pelanggan yang ramai tetapi aku cukup tertarik kepada konsep cafenya yang agak santai. Jom tengok gambar di bawah ni haaa….. 😀

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalim

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimDekorasi ruang dalaman MTLatte. Contractor  in the house.. 😀

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimWalnut Cookie dan Scone.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalim

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimCoffee makes me smile… 😀

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimAntara senarai menu di MTLatte Cafe.

MTLatte Cafe menawarkan sajian makanan berkonsepkan Fusion yang mengabungkan masakan melayu dan barat (Western Cuisine). Aku rasa korang mesti terkejut apabila melihat senarai menu yang penuh dengan kepelbagaian nama yang menarik. Antara menu masakan melayu yang menarik perhatian aku ialah Nasi Kerabu Ayam Berempah. Kalau di ikutkan nafsu yang lapar, memang terasa hendak cuba kesemuanya tapi nampaknya aku terpaksa pilih sesuatu yang menarik buat kunjungan kali ini. Jom aku kongsikan menu-menu yang dipilih oleh kitaorg untuk kali ini. Menu pilihan aku adalah MT Breakfast Platter bersama Roasted Hazelnut Latte manakala wife dan Athin pula masing-masing memesan Smoked Salmon and Cream Cheese Platter dan ditemani oleh Creme Brulee Latte  serta Chocolate Drink. Nasi Lemak Burger dan Flat White Latte pula telah menjadi pilihan Hafeesyam sebagai menu sarapan pagi di MTLatte Cafe.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimFlat White Latte.

Flat White Latte antara menu kopi yang boleh didapati dimana-mana cafe dan telah menjadi pilihan Hafeesyam sebagai pelengkap sarapan pagi di MTLatte Cafe. Setiap secawan kopi disertakan dengan Caramelised Biscuit sebagai kudapan ringan. Harganya adalah RM8.50 secawan dan aku rasa harganya agak murah berbandingkan daripada cafe-cafe yang lain. Kebiasaannya harga untuk secawan Flat White Latte adalah sekitar RM9 hingga RM11.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimChocolate Drink.

Chocolate Drink yang berharga RM8.50 telah menjadi pilihan Athin, sememangnya nampak sangat menarik dengan taburan serbuk coklat dan disertakan juga dengan 2 biji Marshmallow di atasnya sebagai kudapan ringan. Memang sesuai bagi pengemar minuman coklat.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimRoasted Hazelnut Latte.

Roasted Hazelnut Latte telah menjadi pilihan aku kali ni, disebabkan aku ingin mencuba sesuatu kelainan daripada menu-menu kopi yang biasa aku pesan. Harga yang ditetapkan adalah RM9.50 dan bagi aku amat berpatutan serta telah berjaya memikat hati aku dengan gabungan rasa pahit dan manis.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimCreme Brulee Latte.

Secawan lagi kopi yang telah berjaya memikat hati aku dan wife ialah Creme Brulee Latte. Rasanya yang agak unik sememangnya telah menjadi kesukaan wife aku. Harganya adalah sama seperti Roasted Hazelnut Latte dan memang di antara hidangan minuman yang aku rekemenkan jika korang singgah di MTLatte Cafe nanti.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimNasi Lemak Burger.

Nasi Lemak Burger adalah di antara menu yang unik di MTLatte Cafe tetapi nampaknya tidak berjaya memikat hati Hafeesyam tapi aku memang tertarik dengan cara nasi lemak itu diolah menjadi seperti roti burger. Nasi lemaknya agak sedikit kering dan itu adalah antara komen daripada Hafeesyam. Gabungan menu asas nasi lemak bersama isi ayam bersalut tepung dan telur mata memang nampak cukup mengenyangkan tetapi aku rasa sambal nasi lemaknya perlu ditambah lagi supaya seimbang dengan kuantiti nasinya. Harga sepinggan set Nasi Lemak Burger ialah RM13.90. Satu lagi menu nasi lemak yang agak unik di sini ialah Nasi Lemak Sandwich tapi aku tidak berkesempatan untuk mencuba. Bagi pengemar nasi lemak, bolehlah cuba kedua-kedua menu ini.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimMT Breakfast Platter.

MT Breakfast Platter merupakan di antara menu popular di MTLatte Cafe dan telah menjadi pilihan aku untuk kali ini. Sememangnya satu hidangan yang lengkap sebelum memulakan aktiviti harian. Satu kombinasi sajian sarapan pagi dan tengahari (Brunch) yang amat mengenyangkan dengan harga RM18.90. Jangan lupa mencuba set sarapan ini apabila berada di sana.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimSmoked Salmon and Cream Cheese Platter.

Smoked Salmon and Cream Cheese Platter merupakan pilihan sarapan pagi buat wife aku dan Athin. Kombinasi yang agak menarik bagi pengemar ikan salmon. Walaupun gabungan hidangan tidak semeriah MT Breakfast Platter tapi memang sesuai dengan harganya iaitu RM17.90 untuk satu hidangan. Jika aku diberi pilihan di antara kedua-dua hidangan ni, kemungkinan besar MT Breakfast Platter tetap akan menjadi pilihan sarapan pagi untuk aku. Lagipun perbezaan harga tidak begitu besar, hanya RM1 sahaja. 😀

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalim

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimAre you ready???…..

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimHo! Ho! Ho! ….

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimGroupfie dulu sebelum menjamu selera.

Sebelum aku terlupa, MTLatte Cafe juga ada menawarkan beraneka pilihan kek khas buat pengemar-pengemar kek yang datang disamping menghirup secawan kopi. Aku dan wife tidak berkesempatan untuk mencuba sepotong kek di MTLatte Cafe tapi mungkin di lain kali.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimNampak menarik kan?…

Kenapa memilih konsep elemen kejuruteraan dan nama MTLatte?… itu adalah antara soalan yang diajukan kepada Nichole. Menurut pemilik MTLatte ini, konsep cafe ini berdasarkan perniagaan milik suaminya di dalam bidang kejuruteraan dan disebabkan minat Nichole yang mendalam terhadap kopi telah menghasilkan MTLatte Cafe. Berkaitan dengan nama cafenya pula, MTLatte sebenarnya adalah gabungan simbolik daripada ringkasan “Empty” dan “Latte” atau lebih tepat lagi “Empty your Latte”.

Pada pendapat peribadi aku, set gabungan sarapan pagi dan tengahari (Brunch) serta hidangan kopi di MTLatte Cafe sememangnya telah berjaya memenuhi citarasa aku. Rasa tak sabar pulak nak cuba menu yang lain nanti….. 😀

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimAku bergambar bersama Barista MTLatte dan Nichole.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalimWife pun nak bergambar juga.

Bagi entri kali ni, aku cuba menampilkan sedikit kelainan dengan terhasilnya sebuah video khas buat pembaca-pembaca tegar Segmen Jom Ngopi. Jom tonton video suasana di MTLatte Cafe….

 

MTLatte Cafe
C-G-15, Jalan PJU 1A/20B,
Dataran Ara Damansara, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 011.2758.9639
E-mail : [email protected]
Fb : mt.latte.cafe.69

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat : 10 pagi – 7 malam
Sabtu dan Ahad : 10 pagi – 8 malam
Ditutup setiap hari Selasa.

Boleh rujuk peta dibawah ni haaa….

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalim-map-mtlatte

Bagi korang yang berada di sekitar Shah Alam, Subang atau Ara Damansara dan mencari tempat untuk bersantai sambil minum kopi bersama rakan-rakan, bolehlah singgah dan merasai sendiri hidangan unik serta suasana santai di MTLatte Cafe. Korang tidak perlu risau tentang harga kerana bagi aku harga yang ditawarkan amat berpatutan.

Apa lagi? Jom singgah!… 😀

Jangan lupa singgah di entri Segmen Jom Ngopi di bawah ni…. 😀

Jom Ngopi: Flat White Cafe @ SS15 Subang Jaya
Jom Ngopi: Wood and Steel Cafe @ The Strand Kota Damansara
Jom Ngopi: Cafe Studio @ The Strand Kota Damansara
Jom Ngopi: Chemistry Cafe+Lab @ Seksyen 7 Shah Alam

6 comments to Jom Ngopi: MTLatte Cafe @ Dataran Ara Damansara

  • Khir Khalid  says:

    Nampak sedap hidangan bersama kopi tu.. suasana cafe pun nampak menyegarkan. Pasti terbuka selera ni… Thnaks sharing info bro Sham.. 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      Kalau ronda2 kawasan sini, bolehlah singgah bro pekena kopi dulu… 😀

  • Zainul  says:

    hang pnye review ni bikin aku x sabor nk try. Haha. Terbaik boh, siap bikin video!

    • eshamz halim  says:

      ahahahaha….. direkemenkan utk try bro… MT Breakfast Platter tu mmg best.. kopi pulak aku suggest Roasted hazelnut latte dan Creme brulee latte.. 😀 .. Video tu bonus jer…ekekekeke..

  • aRz MoHa  says:

    wah berselera nampak.
    Rajin Bro eshamz mengopi.
    terliurrrr

    • eshamz halim  says:

      Mengopi aktiviti bulanan bro…ekekeke.. 😀

Isikan Komen Anda Disini