Jom Ngopi: Wood and Steel Cafe @ The Strand Kota Damansara

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang semua ternanti-nantikan dimanakah cafe pilihan kitaorg bagi bulan ni?. Segmen Jom Ngopi kali ni telah membawa aku dan wife serta Hafeesyam dan juga Athin Nabiha (ahli terbaru Geng Ngopi) ke salah sebuah cafe yang popular di sekitar bandaraya. Nama Wood and Steel sering menjadi sebutan bagi pengemar coffee, beroperasi di The Strand, Kota Damansara bukan sahaja terkenal di kalangan pengemar coffee, malah juga di kalangan celebriti tanahair. Aku dan wife memang dah lama teringin untuk ke sini tapi baru kali ini kitaorg berpeluang untuk mencuba sendiri hidangan menarik yang ditawarkan oleh Wood and Steel Cafe.

Mengikut kata Hafeesyam yang selalu lepak disini, Wood and Steel Cafe ni memang sentiasa penuh dengan pelanggan dan amat sukar untuk mendapatkan tempat. Disebabkan itu seawal pukul 9.00 malam Hafeesyam dan Athin Nabiha sudah berada di cafe sementara menunggu aku dan wife sampai…hihihihihi.. 😀 Kitaorg sampai jer, Hafeesyam dan Athin dah habis makan. Nampak sangat dah lapar sebab tunggu kitaorg kan?… 😀 Aku dan wife memang berharap sangat dapat bersua muka dengan mana-mana celebriti yang datang tapi tiada rezeki nampaknya, memang sudah rezeki Hafeesyam sebab sempat bersua dengan Amy Search semasa kali terakhir dia singgah di Wood and Steel Cafe. Legend Rock tu!!!.. Peewiiittt!!!!…

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-10Hafeesyam dan Athin Nabiha. Bertambah lagi seorang geng ngopi kitaorg…hihihihi.. 😀

Jika diperhatikan daripada luar, Wood and Steel Cafe ini akan kelihatan seperti sebuah cafe biasa tetapi yang paling menariknya disini ialah ianya turut menjual hasil-hasil seni dan juga perabot yang dipamerkan di cafe tersebut. Memang sesuai dengan tagline cafenya yang tertulis Coffee, Furniture, Art. Konsep yang amat unik dan cukup berbeza daripada cafe-cafe lain serta ia juga dihiasi dengan hiasan yang berunsurkan elemen kayu dan besi (keluli) di setiap sudut cafe.

Kebanyakkan perhiasan disini menggunakan barang buangan dan ditukarkan menjadi hasil seni, terdapat juga ukiran meja dan kerusi kayu yang unik digabungkan dengan kombinasi besi (keluli) dan ianya adalah untuk dijual.

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-01Datuk Seri Najib Tun Razak pun pernah datang ke Wood and Steel Cafe.. hebat kan!!

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-reviewLukisan-lukisan yang menarik, mungkinkah lukisan ini untuk dijual?..

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-reviewAntara hiasan-hiasan di Wood and Steel Cafe..

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-16Boleh dikatakan banyak jugak benda-benda klasik di sini.. Mak aku ada mesin jahit Singer ni kat rumah…hihihihi.. 😀

Seperti biasa, urusan order minuman dan makanan akan diserahkan kepada wife disebabkan aku kurang arif sikit pasal perkara-perkara ni. Apa yang pasti, wife aku mesti akan pilih menu-menu yang popular di cafe ini. Bagi pertama kalinya kitaorg datang ni, wife aku order hidangan Stuffed Chicken yang dikategorikan sebagai ‘Chef Special’ dan juga Salmon Fettucine serta diserikan lagi dengan secawan Mocha dan secawan Flat White sebagai pelengkap hidangan makan malam kitaorg pada malam itu.

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-06Stuffed Chicken ni memang sedap dan direkemenkan kepada sesiapa yang singgah disini. Bukan saja menjadi Chef Special tapi sekarang akan menjadi menu special aku jugak…hihihihi..

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-05Salmon Fettucine yang dipesan oleh wife aku pun layan jugak.

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-04Mocha. Menarikkan?… Tersenyum-senyum wife aku tengok lukisan diatas tuuu… staf tu cakap memang prepare special untuk wife aku.

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-03Secawan Flat White khas untuk wife aku. Untung wife aku sebab dapat coffee percuma daripada Wood and Steel Cafe. Terima kasih Wood and Steel.

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-02Dan yang ini adalah untuk aku, Flat White jugak dan rasanya sesuai dengan tekak aku.

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-15Belum makan pun dah jilat garpu….hrmmmmm….

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-12Kosong terus pinggan tu…. ermmmmm..sedapnya…. jom minum coffee pulak.

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-reviewSeronok nampak!!… 😀 Tempat yang sesuai untuk santai bersama kawan-kawan.

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-11Dekorasi yang unik dan menarik….

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-08Ruang hiasan…

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-09Write Your Future with Wood and Steel..

Wood and Steel Cafe menawarkan suasana yang santai bagi pelanggan untuk menikmati hidangan istimewa disamping dapat menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Pada pendapat aku, hidangan yang disajikan adalah berpatutan dengan harga dan perkhidmatan yang ditawarkan. Stafnya yang peramah dan ringan mulut sudi berbual-bual dengan pelanggan adalah diantara perkara yang aku suka bila berada disini. Terima kasih kepada staf Wood and Steel kerana sentiasa sudi melayan kitaorg. 😀

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-13Wood and Steel pernah juga diterjah oleh Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3.

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-07Wife bergambar bersama staf Wood and Steel Cafe. Memang sporting dan awesome…

Sekiranya korang berada di sekitar Kota Damansara dan mencari tempat untuk bersantai bersama rakan-rakan sambil minum kopi, bolehlah singgah dan merasai sendiri hidangan serta suasana santai di Wood and Steel Cafe. Bagi yang selalu mengikuti entri-entri di blog aku, pasti pernah terbaca entri Segmen Jom Ngopi yang berkisarkan Cafe Studio yang juga terletak di The Strand, Kota Damansara. Lokasi kedua-dua cafe ini adalah berdekatan tapi di bangunan yang berbeza. Ok!.. Jangan lupa singgah tau…..

Wood & Steel
(Coffee, Furniture, Art)
The Strand, 33G, Jalan PJU 5/20e
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Perniagaan:
Selasa – Ahad : 9.00 pagi – 11.00 malam
Isnin : Tutup

Boleh rujuk peta dibawah ni haaa….

peta-wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review

25 comments to Jom Ngopi: Wood and Steel Cafe @ The Strand Kota Damansara

  • PCL  says:

    sedap m makan dah jilat mgarfsedapmakanjilatbat² korang thumbs-up .

  • PCL  says:

    haha..apa aku komen tu; abaikan.

    • eshamz halim  says:

      ahahahahaha… tu laa aku baca pun tak paham…ahahaha.. 😀

  • NURUL AQIDAH AZAHAR  says:

    wah,,klasik,menarik ni..paling best kreatif nye die buat kat coffee tu,,nk minum pun tak smapi ati..hehehhe

    • eshamz halim  says:

      Tu laa..kreatif kan lukisan atas kopi tuu… nak minum pun rasa sayang jer…. 😀

  • Bro Framestone  says:

    Macam mana nak apply jadi geng ngopi he…23x

    • eshamz halim  says:

      Senang jer bro… next sesi ngopi ko belanja kitaorg dan terus dapat keahlian percuma seumur hidup…ekekekekeke… 😀

  • ummitiqah  says:

    klasik. mesin jahit, mesin ABC. suka suka suka

    • eshamz halim  says:

      Kalau suka kena singgah ni tau..hihihi 😀

  • nanatron14  says:

    staff barista nya pun jenis “ada rupa dan keunggulan” kehkeh.

    teringin nak pegi ! tapi selalu penuh…

    stuffed chicken nampak besar ok !

    rasanya cafe ni ada malam tertentu ada acara open mic 🙂

    • eshamz halim  says:

      Staf dorang mmg terbaek beb.. peramah lagi… kena pergi ooooo…. stuffed chickennya mmg besar dan mengenyangkan… open mic??.. tak sure pulak tapi nanti kitaorg nak try bekfes kat sini lak… 😀

  • suriaamanda  says:

    Yang ni pun menarik…hiasan dalaman restoran yang for me agak unik kan…menegmbalikan nostalgia semasa zaman dulu….pun masuk wish list la…

    • eshamz halim  says:

      Masuk jangan tak masuk sis.. harus singgah ni…. mmg tempat lepak yg santai dgn kawan2…

  • Hairul Azni  says:

    Menarik dan unik cafe ni..

    • eshamz halim  says:

      Memang unik bro…. 😀

  • Katak Comel  says:

    wahhhh…ske tgk kopi yang ade2 design nie..hihi

    • eshamz halim  says:

      Kalau suka kena singgah.. nanti leh suruh drg wat design2 yang best2… 😀

  • Cheq Eem  says:

    rasa nak pergi lagi jerr… nak try set breakfast pulak…. 😀

    • eshamz halim  says:

      Ok2.. next kite try bekfes lak….

  • aRz MoHa  says:

    perghhhh kopi dia siap ada muka….menarik ni bro eshamz…..

    • eshamz halim  says:

      Memang menarik bro… 😀

  • hazmanfadzil.com  says:

    Ni korang kasitau tak gambar semua masuk ini blog…. kalau tak confirm dapat FOC punye….hiks

    • eshamz halim  says:

      Dapat Coffee free jer…ekekekeke… 😀

  • Aunty Raha  says:

    As slm..nk tnya ..sapa owner nya..org kita ke…wslm

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam…. rasanya ownernya orang kita jugak…. 😀

Isikan Komen Anda Disini