Jom Rancang Traveloka Dengan Smartphone

traveloka-eshamzhalim-promosi

Hye guys! Tengah buat apa tu? Ada perancangan nak pergi bercuti ke mana tak? Dalam negara ke atau luar negara? atau anda malas nak pergi bercuti? Eh!, janganlah asyik sibuk dengan kerja sahaja sehingga tiada masa berehat untuk diri sendiri dan keluarga. Jomlah rancang percutian. Bajet kurang? Aish, siapa kata jika bajet kurang tidak boleh pergi bercuti? Selalunya anda yang pernah pergi bercuti tu kebiasaannya buat tempahan di mana? Macam aku, bila ada perancangan untuk pergi bercuti aku suka layari website Traveloka.com. Lebih-lebih lagi sekarang ni apabila sudah ada aplikasinya untuk dibuka terus melalui smartphone. Wah, lagi rancaklah aku membelek-beleknya. Hahahaha…. 😀

Untuk makluman anda diluar sana, Traveloka ini adalah satu tempat yang mana kita semua boleh membuat tempahan hotel dan penerbangan dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga akan disajikan dengan lebih 100 buah hotel di seluruh Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapore dan lain-lain lagi. Macam-macam jenis hotel ada tersenarai, dari hotel bajet sehinggalah hotel yang mewah. Bila dah ada aplikasi ini lagi mudahlah untuk anda nak pilih tempat percutian walaupun di mana sahaja anda berada. Tidak perlu dah nak buka di desktop ataupun laptop, dengan hanya dengan smartphone sahaja anda sudah boleh pilih dan tempah. Haaa, best kan? Hanya tekan di hujung jari sahaja dan anda sudah boleh membuat tempahan percutian yang menarik.

traveloka-eshamzhalim-promosi

Eh!, aplikasi ini bukan hanya untuk pengguna Android sahaja tau, malah IOS App pun boleh menggunakannya. Anda hanya perlu download di App Store sahaja secara percuma. Memang senang! Jadi, sekiranya anda rasa macam malas untuk memandu apabila pergi bercuti, seperti yang anda dah tahu, aplikasi ini juga boleh membuat penempahan tiket penerbangan sekali. Di Traveloka, anda boleh terbang menerusi lebih 100 laluan penerbangan yang telah disediakan oleh pelbagai syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa seperti MAS, Firefly, Citilink, Malindo Air dan banyak lagi. Tambahan lagi, anda juga boleh terbang ke luar negara dengan pilih syarikat penerbangan yang bertanda ‘Smart Combo’ dan anda boleh berjimat sehingga 40%. Menarik kan? 😀

Hmm, bagi percutian kali ni aku bercadang untuk pergi ke Club Med Cherating. Tempatnya nampak macam menarik. Ditambahkan lagi dengan suasananya yang kelihatan tenang dan nyaman sahaja. Dengar katanya, Club Med Cherating ini terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan juga pelbagai khazanah alam. Permandangan pantai di sana juga cantik dan yang paling best semua biliknya menghadap ke pantai. Bangun pagi, bolehlah menikmati ‘sunrise’ di depan mata. Hihihihihi…. 🙂 Selain daripada itu, sekiranya anda sukakan alam semulajadi, bolehlah sertai aktiviti ‘jungle walking’ untuk terokai hutan terdekat. Aktiviti lasak seperti rock climbing, jumping dan memanah juga turut boleh dilakukan di sana.

traveloka-eshamzhalim-promosi

Review daripada pengunjung lain yang aku baca dari aplikasi Traveloka tentang tempat penginapan ini juga sangat positif. Kemudahan yang disediakan oleh pihak penginapan pun sangat best! Anda pun nak tengok juga ke? Haa, jom tengok di sini https://www.traveloka.com/en-my/. Tempat percutian ini juga berhampiran dengan pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti melihat penyu bertelur di Pantai Teluk Mak Nik, melihat keindahan kelip-kelip di sepanjang Sungai Ibok, menyusuri Sungai Cherating, melawat kilang batik, Pulau Ular dan Santuari Penyu. Tidak lupa juga, anda boleh menikmati kelazatan keropok lekor selain daripada memborong hasil laut kering seperti ikan masin, udang dan sotong dengan harga yang murah. Alaaa, rasa macam dah tak sabar pula nak pergi bercuti. 😀

traveloka-eshamzhalim-promosi

Bagi anda yang suka travel memang sangat sesuailah untuk memiliki aplikasi ini sebabnya anda boleh check promosi apa yang sedang berjalan hanya dari smartphone anda sahaja pada bila-bila masa. Teknologi dah semakin canggih kan, semua benda jadi mudah. Jadi, inilah masanya untuk anda beralih menggunakan aplikasi Traveloka pula. Boleh buat tempahan penerbangan dan hotel dalam masa yang sangat singkat. Pengguna yang bijak seperti anda mesti tidak akan lepaskan peluang macam ni. Dan yang menariknya, ‘no hidden charges’. Berapa harga yang anda nampak itulah harga yang anda perlu bayar. Haa, senang kan nak rancang percutian. Tidak perlukan modal yang banyak pun. Happy holiday, guys! 😀

One comment to Jom Rancang Traveloka Dengan Smartphone

  • sobri  says:

    fuhh traveloka, best sbab application user friendly..btw g abc tempah kat sini ke.. tahniah abg sham dgn sis berjaya sampai ke annapurna base camp..kita ckup bangga 🙂

Isikan Komen Anda Disini