Jom Sertai Eksplorasi Gua Tempurung Dan White Water Rafting Pada 30 Julai 2016

eksplorasi-gua-tempurung-white-water-rafting-gopeng-sungai-kampar-perak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Geng Trip Santai (GTS) sekali lagi akan menganjurkan satu trip santai untuk menerokai keunikan Gua Tempurung dan juga aktiviti White Water Rafting bagi mereka yang ingin mencuba serta merasai pengalaman mengemudi bot sambil melayan kederasan arus sungai.

Jom aku ceritakan serba sedikit mengenai aktiviti ini. Aktiviti ini akan dimulakan dengan Eksplorasi Gua Tempurung bersama renjer yang ditugaskan untuk mengiringi para peserta. Gua Tempurung mendapat nama sempena bentuknya seperti tempurung kelapa dan diklasfikasikan sebagai salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua ini merupakan satu khazanah yang bernilai dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Adalah menjadi satu kerugian kepada mereka yang tidak pernah menyaksikan keunikannya secara dekat. Eksplorasi ini akan memakan masa sekitar 2 jam dan akan melalui pelbagai peringkat sehinggalah peserta akan menyusuri sebatang sungai yang mengalir di dalam gua tersebut untuk menuju keluar. Ya!..peserta perlu merangkak dan meredah kedinginan air sungai untuk menuju keluar daripada gua. Basah kuyup itu adalah satu kemestian dan tidak dapat dielakkan…hihihihihi.. 😀

Selesai aktiviti eksplorasi Gua Tempurung, peserta akan berehat sambil menikmati makanan tengahari sebelum dibawa ke lokasi permulaan White Water Rafting dengan menaiki lori yang disediakan oleh pihak operator. Taklimat keselamatan akan diberi kepada peserta sebelum memulakan aktiviti. Ya!…kepada mereka yang baru pertama kali mencuba, gementar itu adalah perkara biasa. Walau pun sudah 5 kali aku sertai aktiviti White Water Rafting tetapi perasaan gementar itu tetap ada. Jangan risau, pihak operator akan sentiasa memastikan peserta dalam keadaan selamat dan ceria….hihihihihi.. 😀 Pasti para peserta akan tersenyum lebar apabila aktiviti White Water Rafting tamat nanti.

Selesai sahaja aktiviti White Water Rafting, peserta akan dibawa kembali ke lokasi Gua Tempurung dan aktiviti akan dianggap tamat serta para peserta boleh pulang ke destinasi masing-masing. Sayonara… 😀

Jadi, sekiranya anda berminat untuk turut serta di dalam aktiviti ini. Silalah daftar secara online di ruangan dibawah…. 😀

eksplorasi-gua-tempurung-white-water-rafting-gopeng-sungai-kampar-perak-eshamzhalimJom terokai Gua Tempurung.

eksplorasi-gua-tempurung-white-water-rafting-gopeng-sungai-kampar-perak-eshamzhalimPermandangan di dalam Gua Tempurung.

eksplorasi-gua-tempurung-white-water-rafting-gopeng-sungai-kampar-perak-eshamzhalimMeredah sungai di dalam Gua Tempurung .


Sila tonton video ini untuk mengetahui bagaimana keadaan di dalam Gua Tempurung. Syok oooo!!!! 😀

white-water-rafting-gopeng-sungai-kampar-perak-eshamzhalimPara peserta dibawa menaiki lori ke lokasi white water rafting. Ini pun agak mencabar yerrrrrr…… 😀

white-water-rafting-gopeng-sungai-kampar-perak-eshamzhalimHadapilah dengan wajah yang ceria dan hati yang tenang…hihihihihi… 😀

eksplorasi-gua-tempurung-white-water-rafting-gopeng-sungai-kampar-perak-eshamzhMuka gembira selepas white water rafting…. 😀

page-break-dashed-line-01

Maklumat Mengenai Aktiviti:-

Tarikh: 30 Julai 2016 (Sabtu)

Masa: 9.30 pagi.

Lokasi: Gua Tempurung, Gopeng, Perak.

Harga Pakej: RM180 seorang (Gua Tempurung dan White Water Rafting).

Jumlah Kekosongan: Tiada had maksimum.

Pakej Termasuk: Renjer Gua Tempurung, guide bagi aktiviti white water rafting, makan tengahari, yuran masuk serta aktiviti, peralatan keselamatan dan pengangkutan pergi dan balik ke lokasi white water rafting dari Gua Tempurung. Pengangkutan ke Gopeng perlu diuruskan sendiri. Kemudahan parkir kenderaan ada disediakan di Gua Tempurung.

page-break-dashed-line-01

Apa Yang Perlu Dibawa Oleh Peserta:

  1. Pakaian yang sesuai untuk aktiviti air di Gua Tempurung dan White Water Rafting.
  2. Sandal bertali atau kasut sukan atau pun kasut yang sesuai untuk aktiviti air.
  3. Pakaian bersih untuk disalin selepas tamat aktiviti.
  4. Headlamp atau lampu suluh untuk aktiviti Eksplorasi Gua Tempurung – WAJIB BAWA!!!
  5. Kamera (dinasihatkan membawa kamera kalis air).
  6. Dry bag untuk mengelakkan peralatan eletronik seperti telefon bimbit atau kamera daripada basah.
  7. Senyuman yang manis dan mood yang ceria. Semangat yang kental adalah diwajibkan…!!!!! 😀

Aturcara Aktiviti (Tertakluk Kepada Perubahan)

0800 pagi : Sarapan dan berkumpul di RNR Tapah. (Sekiranya ingin konvoi bersama)
0930 pagi : Di jangka sampai dan berkumpul di Gua Tempurung.
0945 pagi : Sesi makluman dan taklimat keselamatan bagi aktiviti Eksplorasi Gua Tempurung.
1000 pagi : Eksplorasi Gua Tempurung bermula. (Dry and Wet Tour)
1200 tengahari : Tamat Eksplorasi Gua Tempurung.
1300 petang : Makan tengahari/solat
1400 petang : Sesi makluman dan taklimat keselamatan bagi aktiviti White Water Rafting.
1430 petang : Paddle Up!!!!.. Aktiviti White Water Rafting bermula.
1730 petang : Aktiviti White Water Rafting tamat.
1800 petang : Aktiviti tamat dan pulang.

page-break-dashed-line-01

TERMA DAN SYARAT:

  • Segala aktiviti adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang bergantung kepada keadaan semasa, risiko keselamatan ataupun keadaan cuaca. Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan sekiranya dirasakan perlu.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
  • Peserta adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak penganjur sekiranya mempunyai sebarang masalah kronik sebelum memulakan aktiviti terutamanya bagi aktiviti Gua Tempurung.
  • Peserta yang telah mendaftar online perlu membuat pembayaran deposit sebanyak RM80 (tidak dikembalikan) untuk mengesahkan tempat.
  • Baki pembayaran hendaklah dilangsaikan sebelum atau pada 23hb Julai 2016.
  • Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri tetapi boleh digantikan dengan peserta lain.
  • Bayaran penyertaan akan dikembalikan semula kepada peserta sekiranya aktiviti ini dibatalkan oleh pihak penganjur ataupun pihak operator disebabkan kuota minimum peserta tidak mencukupi.

page-break-dashed-line-01

Sekiranya Anda Faham Dengan Terma Dan Syarat Di Atas Dan Masih Berminat?!!!!!!!  Apa Tunggu Lagi!!!  Jomlah Mendaftar.

MAKLUMAT PESERTA

Nama Penuh:

No. Mykad:

Email:

No. Telefon:

Pilihan Pembayaran Deposit:

MAKLUMAT WARIS UNTUK DIHUBUNGI JIKA BERLAKU KECEMASAN

Nama Waris:

No. Telefon:

Hubungan Waris:

[SAYA SETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT DI ATAS.]

page-break-dashed-line-01

  • Sila email gambar resit pembayaran berserta nama ke [email protected] ataupun whatapps, telegram gambar resit pembayaran ke 016-6801542.
  • Bagi pembayaran online, sila masukkan email [email protected] semasa membuat pembayaran.

Maklumat Bank Untuk Pembayaran:

No. Akaun: 1141-7884-4295
Bank: Maybank Berhad
Nama: Norhisham Mohamed Halim

No. Akaun: 700-5400-607
Bank: CIMB Bank
Nama: Norhisham Mohamed Halim

No. Akaun: 1417-1020-000-882
Bank: Bank Islam
Nama: Norhisham Mohamed Halim

page-break-dashed-line-01

Senarai Peserta Yang Telah Mengesahkan Penyertaan:

1.

6 comments to Jom Sertai Eksplorasi Gua Tempurung Dan White Water Rafting Pada 30 Julai 2016

  • Kak Diamond  says:

    Seronoknya.. White water rafting dah pernah pegi sekali.. Awal2 mmg cuak gak.. Tapi lepas tu ok je.. Hehe.. Best2!^_^
    RosmizaAli.Com

    • eshamz halim  says:

      Yup…. cuak itu perkara biasa…. bila dah cuba sekali…pasti akan repeat lagi….hihihihihihi… 😀

  • zarul farhana bt mat akhir  says:

    seronoknya…. mcm nk join..tapi date tu xdpt la pulak

    • eshamz halim  says:

      Jom2…. kasi adjust itu date…hihihihihihi… 😀

      • Cik naz  says:

        hmmm…ade lg x dlm ms terdekat aktiviti gua tempurung…ari 2 pny dh trlps…??

        • eshamz halim  says:

          Inshaallah tapi tarikh belum set lagi… 😀

Isikan Komen Anda Disini