Ke Singapore Ker Kita? : Episode 1

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park

 

Kalau Wak Doyok dengan rancangan “Ke Korea Ker Kita?”, kitaorg pulak dengan rancangan “Ke Singapore Ker Kita?” ayat ni ler yang sering aku sebut pada wife aku sempena cuti hari pekerja nanti, mula-mula cuba cari tiket keretapi ke Hatyai tapi semua dah sold out. Kitaorg sebenarnya sajer jer nak gi cop passport sebelum tamat tempoh…hihihihihi… 😀 pastu cuba cari tiket keretapi ke Woodlands, pun takde rezeki jugak. Akhirnya, kitaorg buat keputusan untuk drive ke Johor dan masuk Singapore menggunakan pengangkutan awam. Sehari sebelum gi Johor, wife aku jenuh cari motel dan kitaorg bernasib baik dapat motel murah dengan harga RM50 semalam di Permas Jaya, Johor Bahru. Niat asal nak gunakan pengangkutan awam tapi nampaknya terpaksa drive kereta sendiri ke Johor dan pastu ke Singapore baru guna pengangkutan awam. Bagi korang yang dah biasa baca blog aku mesti ler tahu aku dan wife memang suka travel menggunakan pengangkutan awam kan, barulah adventure yer tak? 😀

Malam tu kitaorg packing beg masing-masing dan seawal pukul 8 pagi esoknya terus menyusuri lebuhraya menuju ke Johor. Selepas 3 jam dengan pemanduan yang santai dan berhemah, sampai ler kitaorg ke Negeri Johor Darul Takzim (JDT) dan lokasi pertama yang wife aku nak singgah ialah Johor Premium Outlet (JPO) dan lepas tu baru gi check-in motel kat Permas Jaya, malam tu kitaorg ronda-ronda di sekitar Johor jer. Aktiviti semasa kat Johor akan diceritakan kat entri yang berasingan yer. Bagi entri ni aku fokuskan trip kitaorg ke Singapore jer.

Besoknya, seawal pagi kitaorg dah gerak ke JB Sentral dan 4 kali berpusing-pusing sekitar JB Sentral semata-mata untuk cari pintu masuk tempat letak kereta JB Sentral yang amat stress dan memang amat mengelirukan, punya ler jauh dan berpusing-pusing untuk masuk tempat letak kereta. Bila dah jumpa lak, tempat letak kereta semua dah penuh pastu overload dengan kereta sampai ada double parking…ermmmmm… nasib baik ler kitaorg dapat 1 tempat letak kereta. Bayaran letak kereta di JB Sentral dikenakan RM12 sehari dan pastikan korang kena sampai awal pagi yer, kalau tak memang takde slot parking ler. Kitaorg sarapan dulu dan terus gi money changer untuk tukar duit, lepas selesai dengan pemeriksaan imigresen (Malaysia) terus gi cari bas.

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkPemeriksaan Imigresen Malaysia…

Tiket bas nanti boleh bayar masa nak naik bas dan korang boleh bayar samaada dengan RM1 atau 1SGD, pastikan korang naik bas yang bernombor CW1 ataupun mana-mana bas yang akan berhenti di Stesen MRT Kranji. Jangan buang tiket bas selagi korang tak sampai ke Stesen MRT Kranji yer. Bas akan turunkan penumpang di Kompleks Imigresen untuk pemeriksaan imigresen dan kitaorg pun kena ke kaunter imigresen Singapore untuk pemeriksaan passport. Selepas selesai cop passport, kitaorg terus gi ke tempat bas untuk naik semula bas tadi dan masa ni ler driver bas tu akan mintak tiket bas tadi. Kalau tiket hilang, mungkin kena bayar lagi kot?.. korang cuba ler hilangkan kalau nak!!…ekekekeke… 😀 . Satu perkara lagi bila korang nak naik bas semula, pastikan korang berada di lorong yang betul mengikut nombor bas yang korang naik tadi. Boleh naik mana-mana bas tapi pastikan nombor bas yang betul dan syarikat bas yang sama, kalau nak senang cari jer lorong CW1…cer tengok gambar kat bawah ni..

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkPastikan korang berada di lorong yang betul mengikut nombor bas yang korang naik atau pastikan bas tu akan ke Kranji yer….

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-04Di lantai ada tulis lorong yang korang harus beratur….

Kitaorg memang tak tau kat mana Kranji ni atau kat mana Stesen MRT Kranji, nasib baik aku tanya driver bas tu…rupa-rupanya Stesen MRT Kranji ni ialah tempat perhentian pertama bas akan berhenti selepas bertolak daripada kompleks imigresen so pastikan korang turun kat tempat pertama bas berhenti nanti. Oleh kerana kitaorg akan menggunakan MRT & LRT untuk bergerak di Singapore, kitaorg kena beli Singapore Tourist Pass tapi apa bendanya Singapore Tourist Pass tu?

Singapore Tourist Pass 😀

Singapore Tourist Pass ni sebenarnya macam kad Touch N Go untuk korang guna biler nak naik rangkaian MRT, LRT atau Bas di Singapore secara “UNLIMITED”. Kad ni boleh dibeli untuk tempoh 1,2 dan 3 hari sahaja. Beli jer kad ni pastu leh ronda-ronda seluruh Singapore naik MRT, LRT atau Bas sampai muntah ok…hihihihihi. Kalau korang nak info lebih detail lagi leh klik —> The Singapore Tourist Pass

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-06-singapore-tourist-passSingapore Tourist Pass memang banyak membantu kitaorg untuk bergerak sekitar Singapore dan bagi mereka yang datang naik flight melalui Changi Airport, boleh beli Tourist Pass ni di Stesen MRT Changi Airport.

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park

Beratur di kaunter MRT Kranji untuk beli Tourist Pass ni, sekali takde jual kat sini rupanya. Rupa-rupanya Tourist Pass ni hanya dijual di Stesen MRT yang terpilih jer dan stesen terdekat salah satunya Stesen MRT Ang Mo Kio so wife aku terus beli tiket sehala ke Stesen Ang Mo Kio. Mesin tiketnya sama jer macam kat Malaysia so takde ler terkial-kial kan…ekekekekeke.. 4.60SGD untuk 2 tiket sehala.

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-kranji-mrtWife tengah beli tiket ke Stesen Ang Mo Kio…

Akhirnya selepas melepasi 7 stesen, baru ler sampai ke Stesen MRT Ang Mo Kio dan terus gi beli Singapore Tourist Pass. Kitaorg perlu bayar 20SGD untuk 1 kad dan biler pulangkan kad tu semula nanti akan dapat balik 10SGD (harga kad 10SGD + deposit 10SGD = 20SGD). 20SGD ni sebenarnya untuk unlimited pass 1 hari sahaja tau, kalau untuk 2 atau 3 hari lain harganya. Aku cuba cari peta laluan MRT kat sekitar stesen tapi tak jumpa pulak…ermmm.. dah abis kot…aku pun terus snap gambar peta untuk simpan dalam telefon, tengah aku mencangkung snap gambar tertiba ada sorang aunty ni cakap ” No need to take picture, just ask the counter for the map..” aku pun terus ler balas balik “Thank you aunty”..sambil tersergih-sergih….hihihihihi… baik sungguh layanan dorang terhadap pelancong. Dapat jugak peta MRT tu kat kaunter…ekekeke.. terus kitaorg terkial-kial kejap sebab tak tau nak kemana dulu…ermmm… aku tanya wife aku “Kita nak kemana dulu ni?“. Setelah memeningkan kepala kitaorg decide untuk ke Marina Bay dulu so terus naik MRT ke Marina Bay…ekekekeke.. Sistem MRT dan LRT Singapore ni amat maju dan lagi efisyen dari Malaysia, korang boleh ronda-ronda seluruh Singapore naik train jer. Rasa korang biler sistem LRT Malaysia akan efisyen camni?.

MRT-System-MapKorang klik gambar untuk download peta MRT dan LRT Singapore

Sistem MRT dan LRT Singapore ni ada 6 laluan utama dan setiap laluan ada interchange untuk ke laluan yang lain. Korang boleh berhenti di mana-mana interchange untuk tukar train. Senang dan efisyen tau!…pastu dah ada Tourist Pass lagi berbaloi-baloi senangnya… 😀 . Aku percaya Malaysia akan mencapai tahap begini tidak lama lagi.. Ayuh! Malaysia Boleh! 😀

  1. East West Line MRTlaluan warna hijau
  2. North South Line MRTlaluan warna merah
  3. North East Line MRTlaluan warna ungu
  4. Circle Line MRTlaluan warna oren
  5. Downtown Line MRT laluan warna biru
  6. LRTlaluan warna kelabu

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore

Masa kitaorg tengah duduk dalam MRT ke Marina Bay, aku bangun dan offer sorang uncle  ni tempat duduk…biar dorang tau rakyat Malaysia pun sopan dan bertimbang-rasa jugak kan…ekekekeke… uncle tadi nampak aku dan wife terkial-kial tengok peta MRT pastu dia pun tanya kitaorg “Where are you heading?”…bila kita tolong orang, pasti orang lain akan tolong kita balik kan.. borak-borak ler kitaorg dengan uncle tu tadi dan dia cadangkan untuk kitaorg turun kat Stesen MRT Raffles Place pastu jalan kaki melalui Underground Shopping Center (CityLink kot?) untuk ke Marina Bay. Turun jer dari MRT, tempat pertama yang wife aku singgah adalah The Body Shop…ahahahahaha…aduhaiiii!!!… beli kat sini ada sale katanya…ekekekekeke.. aku layan jer ler… 😀

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore

Kitaorg teruskan berjalan sampai ler kat shopping complex lain pulak…. alamak!..kat mana lak kitaorg ni?… terus cari information counter untuk bertanya. Rupa-rupanya Marina Bay jauh lagi sebenarnya dan awek kat information counter tu suruh kitaorg naik MRT balik tapi sebelum tu dia cadangkan kitaorg ke Sentosa Island dulu pastu petang nanti baru ler singgah Marina Bay. Betul jugak kata dia…hihihihihi.. terus amik 1 tourist pamplet kat situ sebagai panduan kitaorg nanti.

Nampaknya rancangan kitaorg bertukar ke Sentosa Island dulu, terus naik MRT menuju ke Stesen MRT HarbourFront. Daripada Stesen MRT HarbourFront kitaorg naik Singapore Cable Car untuk ke Sentosa Island. Kitaorg terpaksa meredah di dalam Shopping Complex untuk ke Singapore Cable Car dan sebenarnya tempat naik Cable Car ni adalah dalam bangunan pejabat …hihihi… kat tingkat 15 pastu korang akan nampak pejabat-pejabat di kiri dan kanan laluan Cable Car tu. Korang ikut jer papan arah daripada MRT untuk ke Cable Car nanti…senang jer, takkan sesat punyer..hihihi.. 😀 .

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandKaunter tiket Singapore Cable Car

Dengan bayaran sebanyak 26SGD seorang, kitaorg boleh naik Cable Car pergi dan balik ke Sentosa Island dan juga ke Faber Hill. Kitaorg sebenarnya dah tersilap budget, sepatutnya kitaorg amik pakej Cable Car dengan pakej permainan sekali kat Sentosa Island sebab lagi murah aku rasa, pastu dah termasuk dengan tiket Cable Car sekali. Kalau korang nak ke Sentosa Island naik Cable Car, aku nasihatkan supaya korang amik pakej yang dorang offer sebab pakej untuk permainan termasuk tiket Cable Car sekali…. kalau tak mesti rugi cam kitaorg…hihihihihi… pengalaman kitaorg untuk kebaikan korang jugak kan…ekekekekeke.. 😀 . Kitaorg berdua jer dah kena bayar 52SGD untuk Cable Car, tu belum lagi bayar untuk permainan kat Sentosa Island tu…. arghhhh!!!… rugi…rugi… 🙁

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandJom naik Cable Car…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandNampak tak bangunan kat belakang tu, dari situ ler kitaorg naik Cable Car… bangunan pejabat sebenarnya tuu..

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandRomantik tak kitaorg?…ekekekekeke.. :p

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandSentosa Island….

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandArghhhhhh!!!!… takutnyaaa….

Akhirnya sampailah kitaorg ke Sentosa Island, cuaca memang panas terik ooooo… berbotol-botol air mineral abis kitaorg teguk….ekekekekeke… 😀

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandPeta Sentosa Island… macam-macam ada…ekekekekeke…

Apa yang ada di Sentosa Island ni ek?… ermmm.. aku menulis setakat ini dulu lah, jari jemari ni dah letih sebenarnya dan mata pon dah pedih tengok skrin monitor jer so nampaknya korang kena ler tunggu sambungannya di episode yang ke 2 yer….  kalau korang nak tahu apa aktiviti kitaorg  di Sentosa Island tu?… tungguuuuuuuuu la yer.. 😀

Perbelanjaan di Singapore setakat ini:

Tambang bas ke Stesen MRT Kranji Singapore – RM1 x 2 = Rm2 (bersamaan dengan 1SGD)
Tiket MRT ke Stesen Ang Mo Kio – 2.30SGD x 2 = 4.60SGD

Singapore Tourist Pass – 20SGD x 2 = 40SGD
Tiket Singapore Cable Car ke Sentosa Island – 26SGD x2 + GST Tax 7% = 52SGD
Jumlah = 97.60SGD (RM252.48)

18 comments to Ke Singapore Ker Kita? : Episode 1

  • sobri  says:

    perh.. terbaik..seriusly bgus gila ada tiket untuk tourism.. boleh guna utk smua pengankutan.. memng save utuk tiket perjalanan… kalau aku jalan seorgkat sana naik lrt mau sesat jugaktu bro…kat kl pun kadang miss stesen jugak he..he ewh..bagus makcik tu..menolong.kalau x jenuh nak ambil gambar.. perh mcm x caya naik kreta cabel tu dari bagunan tingkat 15..hebat sistem diorg.. ha..ha.. romantik sangat..sweet couple katakan.. tunggu entry sentosa island plak.. untuk la penuhkan cop passpord 🙂

    • eshamz halim  says:

      hahahaha… tu la sepatutnya Malaysia pun kena ada jugak tourist pass tuuu… kat sana mmg seharian kat MRT jer…ekekeke.. tu ler sib baik ada makcik tuuu… cabel car tuu kat bangunan opis jer..ekekeke..sbb negara kecik kan mmg drg guna setiap ruang… ekekeke.. tggu next entri.. 😀

  • sobri  says:

    *untunglah nak penuhkan cop passpord!! ermmm..jeles ha..ha. 😛

    • eshamz halim  says:

      berbaloi-baloi untungnya tau…ahahahahahaha….:-p

  • Khir Khalid  says:

    Menarik info ni.. gmbar toksah ckplah.. Sistem pengangkutan di S’pore mmg efisyen kan.. Walaupun maju, kebersihan & etika mereka ttp ada. Syok jenjalan mcm tu.. enjoy.. 😀 😀

    • eshamz halim  says:

      Yup…mmg efisyen public transportation drg… Malaysia kena ikut sistem drg kalau nak kurangkan kesesakan jalanraya… kat sana jarang kita jumpa sampah kat tempat awam pastu dlm tren pon bersih jer…. kat sana jalanraya tak byk kereta pastu jalan x jem pun…ekekekeke… 😀

  • hannyabdullah  says:

    memang korang berdua ni kuat berjalan betoii le…macam akak gak..hehehe

    • eshamz halim  says:

      ekekekekeke… itu adalah hobi kitaorg…ekekekeke… kalau ada duit lebih boleh ler gi jauh2 pulak…ekekekekeke… sama lak hobi kita kan!!.. 😀

  • Abdur  says:

    Wah… syoknya

    • eshamz halim  says:

      Yup..mmg syok … 😀

  • syaifuddin alias  says:

    singapore memey best ..hehe..tapi USS jelaa..yang lain kalau macam dah kahwin boleh laa..hehehe

    • eshamz halim  says:

      ahahahahaha…. banyak jugak tempat yg best selain drpd USS sebenarnya…. takkan nak kena kahwin baru nak pusing2 singapore kot?..ekekekekekekekeke… salam perkenalan bro.. 😀

      • syaifuddin alias  says:

        salam kenal2 bro ..hehe.. saya dah gi dah Singapore.. memang bosan sangat yg lain2..USS je best..hahaha..

        bro nak try gi Ho Chi Minh ? Ambik pakej saya..haha.. kalau bro dapat cari org, bro boleh dapat FOC ..hehehe.. no charge untuk bro (ground)..

        • eshamz halim  says:

          Kitaorg mmg dah pernah gi USS so trip kali ni sajer nak pusing2 singapore…ekekeke… ada pakej menarik ker bro?… leh aa kasi detail…klu ada kawan2 yg nak… 😀

  • Strider  says:

    wah…syoknya boleh main plan2 pergi vacation macam nak pergi shopping complex..tapi last time member aku pergi singapore memang dia pun admit yang public transport dorang memang jauh nak compare dengan Malaysia..mungkin sebab negara dorang tak besar kot..hehehe..sebenarnya aku sendiri tak pernah pergi singapore lagi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      Ekekeke…. kitaorg mmg suka plan gitu2 jer sbb berdua jer kan… klu ngan geng2 kena ler planning terlebih dahulu… yup..sistem public transport drg mmg superb.. Malaysia sdg menuju ke arah tu…tunggu masa jer…MRT pun on going process skrg ni…. lom gi singapore lagi ker bro..apa lagi gi ler Universal Studio…best ooooo dan poket boleh koyak..ahahahaha.. 😀

  • arzmoha  says:

    eshamz ada cerita tak penginapan yang rasanya tak terlalu mahal untuk stay di singapore?

    • eshamz halim  says:

      Aku dan wife tak stay di Singapore bro sbb kadar penginapan di sana mmg mahal, mmg kitaorg dah survey rate hotel & motel di sana..fuss..klu convert duit kita mmg mahal kecuali kalau menginap di motel2 untuk backpacker tp kena berkongsi bilik ler… kitaorg stay di Johor pastu day trip ke Singapore so kos penginapan boleh jimat sket… Boleh jer stay di Johor pastu masuk Singapore day trip jer tp time mlm kena pastikan bas dan MRT tamat kul bape?.. klu tak terkandas kat sana nanti.. 😀

Isikan Komen Anda Disini