Ke Singapore Ker Kita? : Episode 2

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pasti korang dah baca Episode 1 entri aku “Ke Singapore Ker Kita?”, kalau yang belum tu sila-sila klik kat link kat atas ni… 😀 . Ada apa di Sentosa Island?….korang mesti nak tahu kan? tapi sebelum tu aku nak kasi info sikit mengenai Sentosa Island ni.

Sentosa Island, Singapore

Sentosa Island ni dulu dikenali sebagai Pulau Belakang Mati dan terkenal sebagai tempat perlabuhan sebelum dimajukan sebagai sebuah pusat perlancongan yang terkemuka di Singapore. Di sini jugak terletaknya simbol negara Singapore iaitu Merlion, sebuah monumen gergasi seekor singa…memang besar ok!..nanti aku tunjukkan gambarnya. Ok..Ok.. jom aku sambung cerita lagi…..

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandStesen Cable Car Sentosa Island

Biler kitaorg turun jer dari Cable Car, terus terkial-kial kejap sebab tak tau nak ke mana…ermmm.. ronda-ronda ler sekejap kat kawasan Cable Car tu sambil tengok peta Sentosa Island. Terbeliak jugak bijik mata bila tengok harga-harga permainan kat situ..ermmm..mungkin murah bagi rakyat Singapore tapi tidak bagi kitaorg, menyesal pulak tak amik pakej permainan masa beli tiket Cable Car tadi. Apa boleh buat, mungkin lain kali ler. Kalau korang nak tau apa yang menariknya di Sentosa Island ni boleh tengok gambar pamplet yang aku scan kat bawah ni…

sentosa-island-16-attraction-games-shamphotography-tmb16 tarikan Sentosa Island…. rasa cam nak cuba semua tapi kena kontrol poket… ekekekekeke… aku nasihatkan korang untuk amik pakej-pakej begini untuk jimat duit.. ada banyak lagi pakejnya tapi aku tak scan.

Kitaorg teruskan ronda-ronda kat situ pastu tertiba dari jauh ternampak kepala singa yang besar….ermmm..besau benor kepala singa tu, mesti Merlion ler tu kot…kitaorg pun tunggu apa lagi, terus ler ke situ sambil bergambar… 😀

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandTu dia…dari jauh dah nampak kepala jer…

Seperti yang korang tengok kat gambar pamplet Sentosa Island tu, banyak sebenarnya tempat yang menarik dan permainan yang best kat Sentosa Island tapi memerlukan budget yang besar disebabkan perbezaan matawang antara 2 negara, oleh kerana trip kitaorg ni adalah ala-ala trip budget so terpaksa ler tutup sebelah mata dan cuba pergi tempat atau layan permainan yang percuma jer…ekekeke..tapi ada ker permainan yang percuma kat sini?…ekekeke.. nak masuk Muzium Images of Singapore pun dah 10SGD bersamaan dengan RM25.90 tapi bagi kitaorg itu semua tak penting. Apa yang penting ialah kitaorg dapat bersiar-siar di Singapore dengan menggunakan budget serendah yang boleh. Cukuplah sekadar bersiar-siar di taman bunga dan bergambar dengan Monumen Gergasi Merlionromantik tak kitaorg?…ahahahaha.. ayat orang tak puas hati ni.. hahahahaha.. 😀 .

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandDating kat taman bunga kejap…..ekekekekeke…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-island

Monumen Singa ni diberi nama sebagai Sentosa Merlion dan mempunyai ketinggian 37 meter. Dengan bayaran 12SGD, korang boleh naik Merlion ni sampai ke atas untuk melihat sendiri panorama sekitar Sentosa Island. Aku rasa tak berbaloi kot nak naik Merlion tu sebab naik Cable Car pun dah nampak seluruh Sentosa Island…hihihihihihi…bukannya besar sangat pun Sentosa Island tu tapi terpulang ler pada pengunjung kan.. 😀 mungkin ada banyak lagi benda yang menarik dalam Merlion ni tapi entah ler sebab kitaorg tak naik, mungkin sesiapa yang dah pernah naik boleh komen kat bawah nanti.. 😀

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-island

Tekak pun dah mula kering pastu perut pun dah berbunyi, nampaknya nak kena singgah makan dulu ni. Nasib baik kat bawah Merlion Gergasi ni ada café, nak cari nasi berlauk memang takde ler so terpaksa mengisi perut stail omputih dengan white coffee dan tuna/chicken sandwich….ekekekeke.. dah ini jer yang paling murah wei!!!… 1 set pun berharga 7.50SGD tapi serius giler kitaorg kenyang, sampai wife aku tak abis makan so terpaksa ler bungkus simpan dalam beg. Di Singapore ni tak perlu nak cakap bahasa omputih sangat sebab ramai orang Melayu Singapore, banyak jugak aku dengar dorang cakap bahasa melayu jer. Kitaorg kena ler speaking kan, maklumlah kitaorg kan tourist…hihihihi.. 😀

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandCafe ni kat dalam Monumen Merlion so kiranya aku makan dalam perut singa ler….

Lepas selesai makan, kitaorg kembali mulakan langkah menuju ke Resort World dan Universal Studio Singapore (USS), dari Cable Car ke USS tak jauh pun….. dalam 30 minit jer… ada jer bas untuk ke sana tapi aku tak pasti sama ada kena bayar atau tak?…malaslah nak naik bas, jalan kaki jer baru senaman namanya. Kitaorg takde ler berniat untuk masuk ke USS tapi aku cuma nak bergambar kat depan Globe Universal Studio tu. Sebenarnya kitaorg berdua dah pernah masuk USS ni zaman berdating sebelum kahwin dulu…hihihihi.. amacam?.. jauh tak kitaorg berdating…ekekekeke.. 😀 . Masa tu aku teringin nak bergambar depan globe tu tapi tak dapat sebab hujan lebat so kali ni aku akan pastikan aku bergambar depan globe tu…ahahahaha… sambil berjalan sambil bergambar… jom layan gambar lagi..

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandTengah pikir nak gi mana lagi pasni… mungkinkah “Ke Vietnam Ker Kita?” atau “Ke Hatyai Ker Kita?”

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandMacam-macam coca cola ada kat sini…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandS.E.N.T.O.S.A

Boleh dikatakan kat semua tempat kitaorg bergambar kecuali di tandas jer…ahahahahaha… di setiap ceruk, di setiap sudut mesti akan bergambar. Ramai jugak pengunjung masa ni walaupun cuaca panas terik. Nasib baik ler kitaorg bawak Performance Drink Shaklee yang dibancuh oleh wife untuk mengembalikan hidrasi badan. Kali pertama kitaorg datang sini cuma ke USS jer so trip kali ni kitaorg nak pusing 1 Singapore.

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandNever lose your dream….

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandBerjaya jugak aku bergambar di Globe Universal Studio…hihihihihi..bukti aku di USS

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-island

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandSo many direction…where to go?..where to go?…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-islandBergambar dengan Merlion yang colorful pulak…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-island

Aku rasa lebih kurang satu jam setengah kitaorg ronda-ronda sambil bergambar di sekitar Universal Studio Singapore, sampai habis bateri GoPro aku tapi nasib baik aku bawak Powerbank. Kelebihan guna GoPro ni, aku boleh cas baterinya guna powerbank jer. Kalau DSLR memang tak dapat ler cas guna Powerbank. Simpan dulu GoPro dalam beg untuk cas pastu guna DSLR jer dulu untuk snap gambar. Terus berjalan menuju kembali ke Stesen Cable Car tapi sebelum tu untuk menghilangkan rasa gian kitaorg pun mencuba satu permainan kat situ, sebenarnya daripada awal-awal lagi kitaorg dah planning nak cuba Skyline Luge Sentosa. Dengan bayaran 13SGD seorang, kitaorg dapat naik Luge 1 kali dan Skyline 1 kali. Apa itu Luge dan Skyline?.. jom aku tunjukkan.. sila lihat gambar dibawah..

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-island-skyline-lugeSumber gambar : yoursingapore.com

Ini lah Luge, kitaorg perlu menuruni bukit menggunakan Luge ni. Senang jer nak kontrol dan best ooooooo….. aku tak sempat nak amik gambar sebab laju giler benda ni pastu tak boleh berhenti takut kena langgar dari belakang nanti. Bila dah sampai kat bawah bukit, kitaorg naik Skyline untuk ke Stesen Cable Car semula. Jom aku tunjukkan Skyline pulak… gambar kat bawah ni haa…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-island-skyline-lugeTu dia…. tinggi ooooo…. hanya bangku tu jer yang ada untuk pegang…seram ooooo…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-island-skyline-lugeSeram tak?… seram kan?…kan?…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-island-skyline-lugeRilek jer…macam dah selalu naik jer…hihihihihi… macam naik nak gi main ski kan?..

Sampai jer di atas, terus naik Cable Car untuk turun kembali ke HarbourFront tapi sebelum tu kitaorg nak singgah di Faber Hill dulu. Tiket Cable Car yang kitaorg beli ni boleh ke Faber Hill sekali so biler sampai di Stesen Cable Car HarbourFront kitaorg tak turun dan terus bagitau kat staf situ yang kitaorg nak ke Faber Hill. Faber Hill aku rasa takde apa sangat cuma untuk menikmati permandangan dari atas bukit tu. Di Faber Hill juga ada juga restoran-restoran mewah dengan permandangan yang indah. Bergambar di Faber Hill sekejap dan lepas tu terus turun ke HarbourFront semula.

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-island-faber-hillDi Faber Hill…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-singapore-tourist-pass-singapore-cable-car-sentosa-island-faber-hillKat Stesen Cable Car Faber Hill..

Aduih!!… jari jemariku dah penat ni….ermmmm…nampaknya aku kena berhenti setakat ni jer. Entri ini akan bersambung ke Episode 3 la yer. Banyak sebenarnya gambar yang aku nak share pastu kitaorg akan marathon ke sebanyak mana lokasi menarik yang boleh so nampaknya kena menulis banyak episode ni…hihihihi…macam cerita bersiri pulak. 😀 .

Next stop kitaorg akan ke Marina Bay dan Garden By The Bay tapi sebelum tu terpaksa peningkan kepala tengok peta MRT dulu….ahahahaha… Kalau korang nak tau bagaimana kitaorg ke sana?, seperti biasalah tungguuuuuuuuuuuu…………… 😀

Perbelanjaan di Singapore setakat ini:

Perbelanjaan yang telah digunakan – 90.60SGD (RM252.48)
Makan Tengahari – 7.50SGD x 2 = 15SGD
Tiket Skyline Luge Sentosa – 13SGD x 2 = 26SGD
Air Mineral 1.5L – 3SGD
Jumlah = 134.60SGD (RM346.71)

11 comments to Ke Singapore Ker Kita? : Episode 2

  • Khir Khalid  says:

    Wahh.. lama dah saya tak ke Sentosa Island tu… Cuaca pun cerah & mmg waktu yg sgt sesuai utk jenjalan.
    p/s: tengok sandwich ti pagi2 jadi lapo ooo… syok sehh.. 😀 😀

    • Khir Khalid  says:

      “tu”.. typo pulak.. 😀

      • eshamz halim  says:

        Yup bro, cuaca mmg bagus tapi mmg panas terik ler… jenuh jugak kitaorg jalan kat tempat2 yg redup jer…. Sentosa Island skrg ni dah lg maju pastu kena kuarkan belanja yang besar kalau nak vacation kat sana..maklum ler nilai matawang drg lg besar kan… hihihihihi… Tuna Sandwich tuuu mmg terbaekkkk bro…. 😀

  • Abdur  says:

    Cantik taman dia

  • sobri  says:

    untung lah ke singapre ker kita?
    lpas tu ke vietnam ke kita?
    TAMBAH lagi lpas tu ke hatyai ke kita.. 😛
    next? ha..ha..ha

    ok bye!!!!!!

    • eshamz halim  says:

      Giler tak untung… berbaloi-baloi untungnya sampai poket kering oooo…ekekekekeke…. next mesti ler ” Ke Around The World Ker Kita?”… ahahahahahaha… 😀

  • hannyabdullah  says:

    Syiokkk nye tengok korang berdua ni..berposing sakan tuuu

    Dah lama betul tak ke kota singa ni..bila lah dapat gi lagi…:(

    • eshamz halim  says:

      biasa laa kak… kitaorg ni mmg suka berposing2….ekekekeke… banyak lg gambar sebenarnya tp saya dah tapis dulu dah…ekekekeke…. dah lepas tapisan FINAS ni… jom lah nanti kita gi USS ramai2…ekekekeke… 😀

  • Taty Salina  says:

    Thanks for sharing details, tengah carik info pasal SIngapore jugak ni, sebab next travel destination nak gi sana… cant wait for your next entry… :d

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama Taty Salina…hihihihi.. terima kasih sebab sudi baca.. nanti tunggu next episode yer…ekekeke…sdg diusahakan untuk menulis sambungannya ni..ekekeke 😀

Isikan Komen Anda Disini