Ke Singapore Ker Kita? : Finale

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-park-01c

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai permula bicara, aku ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca yang setia membaca entri “Ke Singapore Ker Kita?” daripada episode pertama lagi. Pengalaman ini dikongsikan bertujuan sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin ke Singapore tapi setakat yang termampu dikongsikan sebab kitaorg pun tak dapat nak ronda-ronda 1 Singapore…hihihihihi… 😀 Ini juga merupakan episode finale bagi entri Singapore dan aku telah cuba sedaya upaya menerangkan selengkap yang boleh.. 😀

Jom aku sambung cerita lagi…….

Daripada Marina Bay Sands, kitaorg menuju kembali ke Stesen MRT BayFront untuk ke lokasi seterusnya. Senang jer nak ke MRT dari situ, cuma masuk semula ke dalam The Shoppes At Marina Bay Sands pastu ikut jer papan arah ke MRT (BayFront). Misi terakhir kitaorg sebelum balik ke Johor ialah untuk bergambar di patung singa yang air keluar dari mulut tu kat Merlion Park sebab ini juga merupakan salah satu mercu tanda Singapore dan tempat wajib untuk bergambar…. wife aku cakap untuk dijadikan sebagai bahan bukti yang kitaorg dah sampai Singapore…ahahahahaha… 😀 .

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-parkBergambar dengan MRT System Map…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-parkTengok tuuu….. wife aku dengan muka letihnya…ekekekekeke….

Untuk ke Merlion Park daripada Stesen MRT BayFront, kitaorg perlu naik train Circle Line untuk ke Stesen MRT Marina Bay terlebih dahulu dan daripada MRT Marina Bay kitaorg naik train North South Line dan turun di Stesen MRT Raffles Place. Mengikut uncle dan aunty yang kitaorg pernah tanya tu, untuk ke Merlion Park kena naik MRT ke Raffles Place pastu kena jalan kaki dalam 15-20 minit untuk ke Merlion Park.

Keluar jer dari Stesen MRT Raffles Place terus terpinga-pinga… toleh kiri! toleh kanan!… tak nampak pun singa?. Kitaorg pun terus jer berjalan mengikut laluan pejalan kaki di tepi sungai tu tanpa tiada arah haluan. Kepala dan mata masih lagi mencari sebuah patung singa yang besar tapi masih lagi tiada dalam pandangan. Akhirnya terpaksa tanya orang yang lalu lalang di situ dan mengikut katanya, kitaorg perlu melintas sungai tu melalui jambatan untuk ke seberang dan terus berjalan hingga melepasi satu terowong pejalan kaki. Sebelum tu jom tengok gambar-gambar suasana di malam hari di Singapore, masa ni GoPro dah kena simpan sebab cahaya tak cukup dan DSLR pun mula menjalankan tugasnya.

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-parkIni yang kitaorg nampak sebaik jer keluar dari Stesen MRT Raffles Place…. sudah mau sunset… indahnya malam di Singapore..

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-parkKitaorg terus menuju ke jambatan di depan Fullerton Hotel untuk ke seberang sungai…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-parkBangunan-bangunan pencakar langit di Singapore di kala malam menjelang….

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-parkAku rasa hotel ni yang paling besar di situ….mesti mahal hotel ni kan..

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-parkSingapore di waktu malam

Kitaorg teruskan berjalan walaupun masih belum nampak patung singa putih, aku pun kata” Betul ker jalan yang kita ikut ni? Kepala singa pun langsung tak nampak! “…… ermmmmm…. wife aku pun senyum jer. Jauh di lubuk hati aku ni mengatakan kitaorg dah sesat ni. Kitaorg dah ler terkejar-kejar masa sebab takut tak dapat bas nak balik ke Johor nanti pastu dengan urusan imigresen lagi tapi dengan usaha dan semangat yang jitu, kitaorg teruskan jua perjuangan dalam misi untuk mencari patung singa tu…hihihihihi… 😀 dah ler tak nampak pun papan arah ke Merlion Park!…. ntah mana-mana ntah kitaorg sampai ni?… Lebih kurang setengah jam jugak kitaorg berjalan, terpaksa berhenti sekejap di tepi laut tu sambil mata melilau menikmati pandangan sekeliling…….. TIBA-TIBA!!!…. mataku terpandang satu objek putih… setelah diproses oleh otak dan diamati dengan jelas…. rupa-rupanya itu lah patung singa yang di cari-cari daripada tadi….Arghhhhhh!!!!!!!… salah jalan la pulak dan dah ler jauh giler ni nak kena patah balik ke sana… Adakah orang Singapore tadi bagi kitaorg arah jalan yang salah?…ermmm… soalan ini masih menjadi misteri sehingga sekarang… walau apa pun kitaorg hanya pasrah tapi pasrah tidak bermaksud menyerah…hihihihihihi.. 😀

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni… tu ler patung singa yang dalam bulatan merah tuuu… jauh giler ok nak patah balik ke sana…. 🙁

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-park

Aku dah terpikir untuk terus menuju ke MRT dan terus ke Stesen MRT Kranji sebab jauh ler pulak nak patah balik ke situ tapi wife aku tetap nekad mengajak aku untuk ke situ. Kitaorg pun dengan langkah yang laju seperti peserta marathon terus ke lokasi patung singa putih tu walaupun kaki sudah meraung kesakitan. Nasib baik ada laluan yang boleh bypass jer air laut tu…ekekekekeke… bukan berenang ok!.. Akhirnya berjaya juga kitaorg menjejakkan kaki dan seterusnya bergambar bersama patung singa putih yang air keluar dari mulut!… tapi gambar aku takde ler sebab susah nak selfie guna DSLR…ahahahahaha.

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-parkWalaupun letih dan sakit kaki tapi tetap menten senyum bila bergambar…ahahahahaha….. alahai wife aku ni… 😀

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-parkTu dia Patung Singa Putih Yang Air Keluar Dari Mulut a.k.a Merlion…ermmm..kenapa dipanggil Merlion ek?… aku rasa mungkin sebab patung tu berbentuk gabungan Mermaid + Lion = Merlion …. mungkin kot?

Untuk mengelakkan korang daripada sesat macam kitaorg, aku ada buat 1 peta ringkas untuk ke Merlion Park. Korang boleh ikut garisan biru yang aku buat tu atau korang boleh ikut melalui jalanraya dan seterusnya melintas untuk ke Merlion Park tapi pastikan korang mengikut undang-undang yer…. jangan melintas sesuka hari nanti kena saman pulak….. 😀

map-to-merlion-park-from-raffles-place-mrt-travel-singapore-shamphotography

Selepas 10 minit lepak di Merlion Park tu, kitaorg terus menuju kembali ke Stesen MRT Raffles Place dan naik train North South Line untuk ke Stesen MRT Kranji. Akhirnya sampai juga di Stesen MRT Kranji selepas melepasi 18 Stesen yang lain. Keluar jer daripada Stesen MRT Kranji terus ke kaunter tiket untuk pulangkan semula Singapore Tourist Pass (boleh rujuk info Tourist Pass di Episode 1) dan dapat kembali duit deposit sebanyak 20SGD (2 kad). Kalau kad tu korang nak buat souvenior pun boleh… tak payah ler pulangkan…ekekekekeke. Dengan tergesa-gesa terus ke perhentian bas di tempat yang mula-mula kitaorg turun semasa daripada Johor. Bukan main panjang kena beratur ooooo…. ramai pulak yang nak balik ke Johor gamaknya. Untuk pulang ke JB Sentral kitaorg naik bas bernombor 170, aku rasa mungkin semua bas di situ akan menuju ke JB Sentral kot?… Jangan ler malu bertanya yer!… Seperti biasa bas akan berhenti untuk pemeriksaan imigresen dan naik semula bas selepas imigresen seperti yang aku terangkan di Episode 1…sama jer caranya dan aku ingatkan sekali lagi, jangan buang tiket bas selagi korang tak sampai di JB Sentral.

Sampai di JB Sentral dalam pukul 10 malam dan terus ke parking kereta tapi sebelum tu kitaorg singgah di Money Changer untuk tukar kembali duit SGD ke RM. Terus menuju pulang ke motel tapi kitaorg singgah di Kampung Senibong untuk makan malam tapi “Ada apa di Kampung Senibong?”, tu akan aku ceritakan di entri yang lain. Perut memang dah lapar giler sebab kat Singapore tadi kitaorg cuma makan tuna sandwich pastu asyik minum air mineral berbotol-botol jer….ekekekeke.. sampai jer di motel memang penat giler, terus mandi dan tidur…. aduhaiiii…. badan dan kaki memang sakit dan rasa sengal-sengal.

Alhamdulillah!!…Selesai jugak entri “Ke Singapore Ker Kita?” .. 😀

Perbelanjaan di Singapore setakat ini:

Perbelanjaan yang telah digunakan – 136.30SGD (RM350.21)
Tiket Bas ke JB Sentral – 1.70SGD x 2 = 3.40SGD tapi kitaorg bayar 5SGD sebab takde duit kecik.
Jumlah = 141.30SGD – 20SGD (Deposit Singapore Tourist Pass) = 121.30SGD

Perbelanjaan yang digunakan di Singapore = 121.30SGD bersamaan dengan RM314.17 mengikut kadar 2.59 semasa trip ini. Not bad la kan untuk perbelanjaan 2 orang di Singapore…ekekekekeke.. 😀

Aku nak berkongsi tips yang aku dapat sepanjang trip kitaorg di Singapore.

  1. Sekiranya korang nak letak kereta di JB Sentral, pastikan korang sampai seawal pagi yang boleh sebab tempat letak kereta terhad. Ramai yang kerja di Singapore akan letak kenderaan dorang di JB Sentral.
  2. Pastikan korang sediakan duit kecik untuk naik bas di JB Sentral (RM1 atau 1SGD) atau di Stesen MRT Kranji (1SGD atau 1.70SGD) sebab bas tidak akan memulangkan baki duit korang yer.
  3. Pastikan Passport korang sentiasa berada dalam simpanan yang selamat, boleh ler bawak pouch bag atau backpack. Aku suka pakai Cargo Pant bila travel sebab banyak poket. 😀
  4. Sila maklumkan pihak bank yang korang akan ke luar negara pastu suruh bank aktifkan kad kredit atau kad debit untuk kegunaan luar negara. Tidak semestinya korang akan guna kad kredit atau debit tetapi amat berguna sekiranya korang kehabisan duit atau perlu menggunakan kad kredit untuk kecemasan. “Better save than sorry!”
  5. Jika korang akan menggunakan pengangkutan awam di Singapore (Bas, LRT & MRT), pastikan korang beli Singapore Tourist Pass bagi memudahkan perjalanan dan lagi jimat. Pastikan korang mintak peta laluan train di kaunter sebagai panduan.
  6. Jangan makan semasa di dalam LRT dan MRT serta sila jaga kebersihan jika tidak mau disaman…hihihihi..
  7. Di dalam setiap gerabak MRT ada seat yang dikhaskan untuk OKU, Perempuan Mengandung dan Warga Tua. Biasanya seat ini disebelah tepi dan yang paling hujung (di sebelah kiri dan kanan) dan seatnya akan berlainan warna daripada seat yang lain. Sila beri kepada mereka yang memerlukan yer, kalau tak nanti memang korang kena jeling jer dengan orang-orang sana.
  8. Rajin-rajin lah bertanya untuk mengelakkan sesat, rakyat Singapore sama seperti Malaysia yang berbilang kaum dan pelbagai bahasa.
  9. Sebelum membeli barang sila kira dulu jumlahnya bila ditukarkan ke Ringgit Malaysia sebab kat sana nampak 10SGD tu murah jer tapi sebenarnya RM25.90 duit Malaysia.
  10. Sila plan dulu perjalanan korang dan pastikan tempat-tempat yang nak dilawati serta jarak perjalanan, aku nasihatkan supaya pergi ke tempat yang jauh dahulu dan lepas tu masa dalam perjalanan pulang baru singgah di tempat-tempat berdekatan.

Ok!.. itu jer sedikit sebanyak tips yang aku boleh kongsikan….. 😀 .

10 comments to Ke Singapore Ker Kita? : Finale

  • Strider  says:

    sebenarnya dari entry pertama aku nak komen tapi aku memang saje simpan sampai entry last..hehhe..sebenarnya gambar2 kat singapore nie stylo2 bro..kekadang macam aku rasa ade kat sana plak…walaupun aku tak pernah pergi singapore, tapi rasanya tengok gambar2 pun aku dah kagum ngan negara jiran kita nie..hehe

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      ahahahaha…. sajer jer tunggu entri last ek?… yup.. mmg jelas singapore lebih maju daripada kita…. kena gi jugak sana bro..takkan nak tgk gambar jer…ekekekekek… 😀

  • sobri yaacob  says:

    lawa giler pemndangan singapore waktu mlm
    kalau nak pun bleh tahan juga pbezaan mata wang tu..
    btw nice shoot bro..

    p/s: aku setiap entry komen..x tunggu sampai last entry ha..ha

    • eshamz halim  says:

      ahahahaha…. terima kasih bro sbb komen setiap entri…. 😀 .. lawa jugak masa mlm kat sana sbb penuh dgn lampu.. yup..mmg mahal duit drg berbandingkan duit kita…. mmg kena kontrol budget oooo….

  • Khir Khalid  says:

    Tengok suasana S’pore waktu malam, teringat lagu Saloma… Singapura diwaktu malam… Bagus perkongsian tips & nasihat tu… mmg bermanfaat. Gambar2 pun menarik sgt2.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      TQ bro… sharing is caring…. 😀

  • nanatron14  says:

    singapore is an easy place to travel…
    public transport nya bagus..
    aku paling suka naik double decker bas duduk kat atas seat depan skali..haha
    sebab puas tengok view sekeliling…day or night…landscape singapore ialah menawan !~

    • eshamz halim  says:

      Yup… public transport sana mmg superb… tak pernah try naik double decker bas lagi laa… next time kena try lah…. betul tuu..landscape sana mmg menawan…ekekekeke… 😀

  • D_08  says:

    cantik betoi Siangpore waktu malam…. terus awok terpikir… ngape le kat Malaysia deme tak boleh nakbuat camni…… kalo ada tarikan…. mesti ramai yang nak ke tempat kita……

    • eshamz halim  says:

      Tu la kan…. lebih baik abiskan duit untuk majukan sebegini drpd abiskan duit kat perkara2 yang ntah apa2 ntah… kasi upkan lagi tarikan perlancongan kan… 😀

Isikan Komen Anda Disini