Kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

kemangkatan-sultan-perak-sultan-azlan-shah-28-mei-2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasa hiba dan sedih apabila mendengar berita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir pada sekitar pukul 1.30 tengahari tadi.

Aku dilahirkan di Perak dan sebagai seorang anak Perak sememangnya sedih dengan berita ini. Tuanku juga merupakan Canselor Universiti Malaya, dimana tempat aku berkerja dan berkhidmat sehingga kini. Sebagai seorang staf Universiti Malaya memang ada terdengar cerita bahawasanya Tuanku sedang gering dan sejak 2 tahun kebelakangan ini, Upacara Konvokesyen di Universiti Malaya hanyalah dirasmikan oleh Raja Muda Perak  iaitu Raja Dr. Nazrin Shah.

sultanazlanshah

Masih aku ingat lagi dulu, setiap tahun sebelum Konvokesyen Universiti Malaya, aku akan ke Istana Hinggap Perak di Bukit Persekutuan, Bangsar untuk menghantar Skrol Ijazah Kehormat & Profesor Emeritus untuk ditandatangani oleh Tuanku. Setiap tahun juga aku akan berada di belakang pentas Konvokesyen semasa Tuanku memberi skrol kepada graduan PhD Universiti Malaya. Aku sangat beruntung kerana setiap tahun dapat melihat Tuanku dan Raja Dr Nazrin secara live di depan mata semasa Upacara Konvokesyen.

Negara telah kehilangan seorang Sultan yang berjiwa rakyat dan Universiti Malaya juga telah kehilangan seorang Canselor.

Semoga Tuanku ditempatkan dalam golongan orang yang beriman…

Al-Fatihah…

4 comments to Kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

  • Khir Khalid  says:

    Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Al Marhum baginda Sultan & menempatkan baginda dikalangan hamba2Nya yg beriman… Al Fatihah… Aamiin.

  • Strider  says:

    Walaupun aku bukan rakyat perak tapi sebenarnya adalah salah satu sultan favorite aku. Selain daripada berkongsi nama yang sama, kami juga berkongsi tarikh lahir yang sama….Al-Fatihah,,,

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      wahhh… ingatkan nama jer sama… tarikh lahir pon sama gak rupanya….

Isikan Komen Anda Disini