Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Had Yai, Hadyai, Haadyai ataupun Hatyai? Sememangnya mempunyai sebutan yang berbeza tetapi tetap mengeluarkan bunyi yang sama. Walau apa pun perkataan yang digunakan, ianya tetap merujuk kepada lokasi yang sama di Selatan Thailand. Baru-baru ini, aku dan wife berpeluang untuk mencoretkan pengalaman sendiri di dalam pengembaraan 3 hari 2 malam ke sana bersama-sama MSG Global Resources yang merupakan penganjur bagi trip ala-ala backpackers (trip budget) ini dan tour guide bagi trip kali ini adalah Scha dan Abang Mizi yang boleh dikatakan pengunjung tetap ke Hatyai, mungkin dah boleh mohon kewarganegaraan Thai rasanya..ahahahahahaha. 😀

Aku rasa ramai yang tak tahu nama “Hat Yai” merupakan singkatan bagi “Mahat Yai” yang bermakna Pokok Ma Hat Besar iaitu sebuah pokok nangka daripada spesies Artocarpus. Hat Yai pada asalnya dikenali dengan nama Khok Sa-Met Choon yang merupakan sebuah perkampungan kecil dan telah berkembang pesat apabila sebuah Stesen Keretapi (Hat Yai Junction) telah dibina dan seterusnya menjadikan Hat Yai sebagai salah satu hub utama laluan keretapi.

Hat Yai adalah bandar keempat terbesar di Negara Thailand dan terletak di Wilayah Songkhla yang merupakan ibu kota Hatyai. Hat Yai merupakan tempat pelancongan popular bagi rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga daripada wilayah jiran Thailand.

Kembara budget aku dan wife bermula di Stesen Bas Seksyen 17, Shah Alam bersama 12 rakan lain yang baru pertama kali jumpa selain daripada berborak dalam group whatapps. Banyak juga bas yang menuju ke Hatyai di Stesen Bas Seksyen 17 ni, harganya aku rasa sekitar RM65 sehala bergantung kepada operator bas.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-ctc-changloon-bukit-kayu-hitam-eshamzhalimStesen Bas CTC Changloon.

Perjalanan bas kami bermula pada pukul 12.30 pagi menyusuri lebuhraya utara selatan menuju ke Sempadan Malaysia-Thailand. Disebabkan pagi tu aku baru balik daripada Kuching, seingat aku lepas sejam bas bergerak terus aku terlelap hinggalah bas berhenti di Stesen Bas CTC Changloon pada pukul 6.30 pagi bagi urusan mengisi borang immigresen untuk masuk ke Thailand (Kad Putih) atau dengan nama lainnya iaitu Thai’s Immigration Arrival and Departure Card (White Card).

thailand-arrival-departure-white-card-eshamzhalimBorang ni wajib diisi untuk masuk ke Thailand. Ada 2 bahagian yang perlu diisi iaitu Arrival dan Departure Card. Arrival Card akan diambil oleh Pegawai Immigresen Thai semasa masuk di sempadan dan bahagian Departure Card pula perlu diserahkan kepada Immigresen Thai semasa nak keluar daripada sempadan Thailand. Sumber gambar: google

Selesai segala urusan di CTC Changloon, bas bergerak kembali menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam – Sadao (Danok) bagi pemeriksaan imigresen Malaysia dan Thailand sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Hatyai. Dinasihatkan supaya tempoh tamat passport mestilah melebihi 6 bulan daripada tarikh perjalanan, kalau tak mesti kena halau balik Malaysia jer nanti oleh pegawai imigresen Thai. 😀 Perjalanan daripada sempadan Sadao ke bandar Hatyai akan mengambil masa 1 jam dan akhirnya sampai jua di bandar Hatyai sekitar pukul 8.30 pagi di hadapan Restoran Shah Alam Seafood.

Restoran Shah Alam Seafood*

Dikemaskini pada 25 Julai 2015:
Restoran Shah Alam Seafood tidak lagi dimiliki oleh Tuan Haji Zul dan telah dibeli oleh pemilik warga Thai serta telah ditukar nama ke Restoran New Shah Alam Seafood. Status Halal masih tidak dapat dipastikan dan aku nasihatkan supaya periksa status halalnya terlebih dahulu sebelum singgah makan di sini.

thailand-arrival-departure-white-card-eshamzhalimShah Alam Seafood.

Restoran Shah Alam Seafood yang beroperasi di Jalan Chee Uthid (berhadapan bangunan Hatyai Hakka Association) merupakan salah satu Restoran HALAL terdapat di bandar Hatyai yang diusahakan oleh Tuan Haji Zulkifly yang berasal daripada Shah Alam, Selangor. Jangan lupa untuk singgah disini untuk menjamu selera dan jika inginkan rujukan mengenai bandar Hatyai. 😀

Shah Alam Seafood
65/5-6 Chee Uthid Road, Hatyai Songkhla,
90110 Thailand
No. Tel. Haji Zul: 083-6555686 (Thai) atau 016-6567112 (Malaysia)
Facebook : www.facebook.com/shahalam.seafood

thailand-arrival-departure-white-card-eshamzhalimMuka tetap senyum walaupun masih keletihan. Lepak di sini dahulu sementara tunggu check-in bilik hotel

thailand-arrival-departure-white-card-eshamzhalimAntara sajian di Restoran Shah Alam Seafood.

Indra Hotel menjadi tempat penginapan kami semasa berada di sini. Indra Hotel yang terletak di Jalan Thammanoonvithi adalah diantara hotel yang sering menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang strategik dan juga harga yang murah, lagipun sesuai dengan tema trip budget kami. Pada hari pertama kebiasaannya ialah aktiviti bebas untuk merehatkan diri selepas berjam-jam di dalam bas tetapi perkara pertama yang kami lakukan selepas check-in hotel ialah ronda-ronda disekitar kawasan hotel sambil mengurangkan duit dalam poket…hihihihi.. 😀 Misi mencari baju Hatyai adalah merupakan misi pertama di sini dan misi ini tertumpu di Hatyai Walking Street ataupun di Jalan Sanehanusom iaitu di hadapan Lee Garden Plaza. Menurut kata Scha, kedai-kedai di kaki lima ni akan mula berniaga seawal pagi dan akan tutup di sebelah tengahari tetapi akan dibuka semula seawal pukul 4 petang (waktu thai). Jangan lupa singgah di sini sekiranya berkunjung ke Hatyai ok!.. 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-eshamzhalim-06Kedai-kedai di hadapan Lee Garden Plaza.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyaiPelbagai barangan jualan ada di sini. Ala-ala pasar pagi.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyaiPink Lady Complex antara lokasi yang popular di Hatyai….hihihihihi.. bukan setakat tempat membeli belah tapi boleh tonton tarian tiang lagi (pole dance)… opssss!!!!.. tontonan 18SX sahaja. p.s : Aku tak masuk ke dalam pub tu yer…. 😀

Selepas masing-masing selesai memborong baju, terus kembali semula ke hotel untuk rehat dan bersiap bagi ke destinasi membeli belah seterusnya iaitu Kim Yong Market. Aku rasa hari pertama memang penuh dengan aktiviti membeli belah tapi disebabkan aku dan wife terpaksa menjaga kadar ketebalan poket, maka kami hanya mampu melihat dan tersenyum.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyaiMakan tengahari dulu sebelum ke Kim Yong Market bersama geng-geng baru. Kalau nak tau yang mana satu tour guide kami?. Sebelah wife aku tu adalah Scha dan di depannya ialah Abang Mizi.

Tuk Tuk: Pengangkutan Awam di Hatyai

Sepanjang aku berada di Hatyai, rasanya tiada perkhidmatan bas awam disediakan dan Tuk Tuk merupakan pengangkutan awam utama di sekitar bandar serta ianya berfungsi seperti teksi tetapi dalam versi trak mini ataupun lebih dikenali sebagai pick-up truck. Sebuah Tuk Tuk boleh memuatkan lebih daripada 10 orang bergantung kepada saiz masing-masing..hihihihi 😀 . Bagi perjalanan di sekitar bandar Hatyai, penumpang akan dikenakan bayaran sebanyak 20 baht seorang manakala bagi perjalanan ke luar bandar di dalam lingkungan 4km atau lebih akan dikenakan bayaran sebanyak 45 baht atau 65 baht bagi perjalanan sehala tetapi adakalanya penumpang perlu membincangkan harga dengan pemandu Tuk Tuk untuk mendapatkan harga yang terbaik. Jika korang disuruh bayar 30 baht seorang bagi tambang perjalanan sehala sekitar bandar Hatyai, maknanya korang telah ditipu yer.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyaiTuk-Tuk ini berfungsi sebagai teksi di bandar Hatyai.

harga-tambang-tuk-tuk-di-hatyai-thailand-eshamzhalimHarga tambang untuk Tuk Tuk.

Kim Yong Market

Kami seramai 14 orang berjaya memenuhi sebuah Tuk Tuk jer untuk ke Kim Yong Market. Bayangkan betapa padatnya sehingga aku pun duduk atas lantai Tuk Tuk jer…ahahahahaha.. 😀 Kim Yong Market ataupun Bazaar Kim Yong merupakan antara tempat membeli belah yang popular di Hatyai. Terletak di Jalan Supasarnrangsan, Hatyai dan menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, kasut, beg, barangan elektrik dan elektronik, makanan dan buah-buahan serta bermacam-macam produk lagi. Memang rambang mata apabila berada di Kim Yong Market dan dari segi harga pula, pasti nasfu korang akan bermaharajalela….hihihihihi.. 😀 . Jom kita tengok gambar dulu….

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyaiDi sebelah luar Kim Yong Market.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-bazaar-pink-lady-eshamzhalim-16Bahagian yang menjual pakaian.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyaiRambang mata lihat harga yang menarik.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyaiBahagian yang menjual pelbagai jenis dan rekabentuk kasut.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyaiBoleh jadi gila kalau nak pilih kasut di sini oooooo…… Abang Mizi dah jadi penunggu kedai.. 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyaiBermacam-macam jenis beg ada…mai pilih…mai pilih… alah membeli menang memakai!…

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai
Aku dan wife singgah sebentar di kedai telefon untuk membeli Sim Kad Thai. Murah jer dan aku nasihatkan supaya korang beli untuk kegunaan telefon serta kegunaan internet semasa berada di Hatyai. Harga bagi sim kad dan mobile data untuk 1 hari (160mb) ialah 100 baht sahaja (RM10). Sim kad prepaid perlu beli sekali sahaja dan mobile data serta kredit panggilan boleh topup di mana-mana 7-11 jika dah habis. Senang nanti nak update status facebook untuk bagi kawan-kawan semua cemburu…ahah!!.. 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai

Di bahagian luar Kim Yong Market pula banyak menjual makanan segar seperti sayur-sayuran, daging, makanan laut tertentu, barangan runcit, pakaian, makanan ringan dan bahan makanan kering. Memang luas dan besar Kim Yong Market ni dan memang satu tempat yang wajib singgah apabila berkunjung ke bandar Hatyai.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai

Kalau dah datang ke Hatyai ni, rasanya tak akan sempurna kalau tidak mencuba air kelapa bakar. Bolehlah singgah di gerai-gerai di sebelah luar Kim Yong Market bagi menghilangkan dahaga dengan air kelapa bakar sebelum pulang ke hotel.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai35 baht jer…

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyaiJangan lupa mencuba air kelapa bakar.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-pancake-eshamzhalimBanana Pancake ni aku dan wife jumpa di sekitar Hatyai Walking Street, memang kami suka makan pancake ni tapi aku rasa di Krabi lagi sedap. Pancake di Hatyai ni aku bagi 3 bintang daripada 5. 😀

Hatyai ASEAN Night Market

Di sebelah malam pula, kami sekali lagi berhimpit-himpit di dalam Tuk Tuk dan menuju ke Hatyai Asean Night Market yang terletak di Lorong Chotiwittayakul 4. Hatyai Asean Night Market ini berdekatan dengan Cental Festival Mall serta 3D Eye Magic Museum dan ianya merupakan pasar malam yang terbesar di bandar Hatyai serta di Selatan Thailand. Aku rasa memang teramatlah ruginya kalau tidak singgah di sini apabila berada di Hatyai. Pelbagai barang jualan ada dijual di sini dan pasti akan membuat tangan korang sentiasa gatal untuk membuka dompet….hihihihi.. 😀 . Jangan risau tentang makanan, ada juga gerai-gerai makanan halal di sini cuma perlu cari dengan betul jer. Kalau nak datang ke Hatyai Asean Night Market pun senang jer, suruh pemandu Tuk Tuk tu bawa korang ke sini. Ok! Ok!.. jom tengok gambar-gambar kami di Hatyai Asean Night Market yang pasti akan membuat korang semua cemburu. 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-asean-night-market-eshamzhalimSemua orang pelik apabila kami bergopro kat tengah-tengah Night Market ni…hihihihi… 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-asean-night-market-eshamzhalimGelak jer lah…..

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-asean-night-market-eshamzhalimMemang banyak kedai-kedainya.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-asean-night-market-eshamzhalimDia jumpa geng pulak dah!!!…

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-asean-night-market-eshamzhalimPilih…pilih…

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-asean-night-market-eshamzhalimDi sebelah dalam pun banyak juga kedai.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-asean-night-market-eshamzhalimGadis siam… 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-asean-night-market-eshamzhalimSushi ala-Thai…

Kembali semula ke hotel dan terus ke Bangkok Massage yang merupakan Pusat Reflexology berhampiran dengan Restoran Shah Alam Seafood. Memang lega apabila kaki yang penat berjalan tadi direndam di dalam air suam dan diurut. Harganya memang berpatutan berbandingkan di Malaysia, bagi urutan tapak kaki hanya 200 baht sejam (RM20) untuk kedua-dua belah kaki. Lepak makan dan minum disekitar kawasan hotel sebelum balik ke hotel untuk tidur.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-night-eshamzhalimLepak bersama Tuan Haji Zulkifly iaitu pemilik Shah Alam Seafood (baju biru bertompok putih) dan rakan-rakan restoran sebelum pulang ke hotel

Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah aktiviti kami seterusnya untuk hari kedua di Hatyai?. Kalau nak tahu, nantikan bahagian ke 2 nanti….tungguuuuuu!!!!… 😀

16 comments to Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1

  • Khir Khalid  says:

    Satu perkara paling menarik kat hat yai ni adalah baju-baju yg dijual.. gred di kebanyakkannya bagus2 kan walaupun bukan yg original. Mesti bro bnyk borong baju-baju nie.. ke Cheq Eem yg bnyk beli hehee….
    Apa pun, mmg pengalaman yg menarik utk dikongsikan bro… tshirt hitam yg bro pakai tu pun terbaiklah!… 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      Baju, beg dan macam2 ada kat sini bro… gred pon ok2 gak tapi kitaorg takde borong baju bro.. tshirt hitam tu mesti la bawa apabila travel… ekekekeke… 😀

  • aRz MoHa  says:

    Salam bro eshamz…..arghhhhh jelesssss

    lain kali ajak saya sekali hehe

    lain dah nampak seksyen 17.

    dari seksyen 17 shah alam, makan di restoren shah alam.
    Setia sungguh dengan shah alam.

    • eshamz halim  says:

      ahahahahaha… dimana2 ada Shah Alam… 😀

  • aRz MoHa  says:

    Syoknya ada go pro berselfie la ya.

    Cantik gambar bro eshamz.

    makanan kat sana macam mana bro eshamz?
    ok tak?

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke.. gopro mmg sesuai untuk travel… makanan kat sini ok bro… senang nak cari menu halal… 😀

  • aRz MoHa  says:

    Nak t shirt thailand hahaha
    ada segmen atau giveaway tak bro eshamz hahaha

    • eshamz halim  says:

      Segmen?.. giveaway?.. ermmm.. nanti dipikirin bro..ekekekeke.. 😀

  • onie  says:

    perhhh..cayalah siap de sejarah lg….tahniah

    • eshamz halim  says:

      Kena la selit2kan sejarah sket…ekekekekeke… 😀

  • azeniahmad  says:

    Rupanya mcm nie hatyai yea.
    Ramai org Malaysia duk kuar masuk ke Hatyai tue.
    Siap ada orang Shah alam buka restoran yea.
    Kena standby poket tebal la mcm nie.

    • eshamz halim  says:

      Yup… Hatyai dah macam kat Chow kit jer sebenarnya.. pastu gi mana2 penuh dengan orang Malaysia… 😀

  • Kureen  says:

    kat sana ade x jual plush toy ke umpama teddy bear ~

    • eshamz halim  says:

      Ada jer kalau pandai cari… 😀

  • Umam  says:

    Salam
    Seronok baca review tuan
    Kalau ke hatyai berapa kos pengangkutan dari kl sentral pegi balik
    Tengkiu

    • eshamz halim  says:

      Kalau naik bas dr TBS atau Shah Alam dalam RM55-70 sehala terus ke Hatyai… Untuk KTMB perlu check dgn KTMB sbb rasanya sekarang ni pihak KTMB hentikan sementara tren direct ke Hatyai… ramai yg naik tren KTMB smp padang besar, lepas tu naik tren Thailand untuk ke Hatyai… pilihan lain naik ETS smp pdg besar pastu tukar tren thailand atau naik van atau bas dr padang besar untuk ke Hatyai… 😀

Isikan Komen Anda Disini