Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 3

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-tang-kuan-hill-songkhla-di-hatyai-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku rasa pasti ada yang telah tertunggu-tunggu kisah seterusnya entri Kembara ke Hatyai dan Songkhla, Thailand. Walaupun kekangan waktu tapi jariku tetap cuba mencari masa untuk menari-nari di atas papan kekunci bagi mencoretkan pengembaraan serta pengalaman kami semasa berada di sana khas buat pembaca blog ini. Sokongan dan komen anda sentiasa memberi semangat untuk aku menulis. Terima kasih aku ucapkan… 😀

Sebelum itu, jom aku imbas kembali entri yang terdahulu untuk menyegarkan kembali ingatan korang sebelum membaca entri bahagian 3 ini. Bolehlah klik link dibawah ni haaaa…

1. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 2
2.Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1

Di akhir entri bahagian 2, aku ada ceritakan mengenai Taman Mini Bunga Matahari yang tumbuh mekar berdekatan dengan Samila Beach, Songkhla. Selepas selesai bermesra dengan bunga matahari, kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Tang Kuan Hill tapi apa yang menariknya di Tang Kuan Hill ini?….

Tang Kuan Hill, Songkhla

Tang Kuan Hill ini merupakan kawasan tertinggi di Songkhla dan berdekatan dengan Samila Beach. Di puncak Tang Kuan Hill terdapat sebuah Kuil Buddha (Royal Pagoda) yang dibina semasa Pemerintahan Kerajaan Nakhon Si Thammarat. Dari puncak bukit ini, pengunjung boleh melihat pemandangan panorama bandar dan juga tasik Songkhla. Aku rasa lebih kurang macam Bukit Bendera tapi dengan skala yang lebih kecil. Kuil ini sebenarnya masih lagi digunakan oleh sami-sami Buddha bagi upacara keagamaan mereka.

Kalau tak salah aku, ada 2 cara untuk ke puncak Tang Kuan Hill ini iaitu dengan menaiki tangga ataupun lif. Kalau korang nak naik lif, dikenakan bayaran sebanyak 30 baht seorang. Lif ini mempunyai kepanjangan 136 meter dan boleh membawa 20 penumpang setiap pusingan ke puncak. Apa yang menariknya lif ini adalah lif ini bukannya naik tegak keatas tapi mengiring ketepi hinggalah sampai ke puncak. Permandangan di atas puncak Tang Kuan Hill sememangnya menarik.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-tang-kuan-hill-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimHarga tiket lif untuk naik ke puncak.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-tang-kuan-hill-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimGroupfie dulu sambil menunggu lif.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-tang-kuan-hill-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimKuil Buddha yang berada di puncak Tang Kuan Hill.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-tang-kuan-hill-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimWhere is the love yoooooo!!!!…

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-tang-kuan-hill-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimPanorama daripada puncak Tang Kuan Hill.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-tang-kuan-hill-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimAntara gambar-gambar di sana.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-tang-kuan-hill-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimGambar wajib di Tang Kuan Hilltop, Songkhla, Thailand.

Samila Beach

Turun jer daripada Tang Kuan Hill, terus singgah di Samila Beach untuk mengambil angin pantai sebelum ke Khlong Hae Floating Market (Pasar Terapung). Di Samila Beach inilah ada sebuah patung Duyung Emas (Golden Mermaid) yang merupakan simbol bandaraya Songkhla. Jangan lupa untuk bergambar bersama Puteri Duyung Emas apabila singgah di sini yer…. 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-samila-beach-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimDitengah-tengah bulatan Samila Beach.

Bagi aku tiada aktiviti sangat di Samila Beach kecuali aktiviti-aktiviti biasa di tepi pantai ataupun sekadar duduk di tepi pantai sambil layan angin laut. Korang juga boleh sewa kuda padi dan bersiar-siar di sekitar persisiran pantai tu tapi jangan lupa bawa pistol dengan topi koboi sekali…hihihihihi.. 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-samila-beach-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimTerus tak nampak ikan duyungnya…hihihihihi.. 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-samila-beach-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimSeksi betul ikan duyung ni!.. tak pakai baju tuuuu!!!!… nampak ?????… “D

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-samila-beach-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimKanak-kanak riang di tepi pantai…

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-samila-beach-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimJom kesana pulak!!!…

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-samila-beach-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimGambar wajib lagi..

Setelah berebut-rebut untuk bergambar bersama Puteri Duyung Emas, terus ke destinasi terakhir bagi hari kedua iaitu Khlong Hae Floating Market. Untungnya kalau sewa van ni, kami tidaklah kelam kabut kejar masa sebab van sentiasa tunggu dan bergerak mengikut masa kami.

Khlong Hae Floating Market

Khlong Hae Floating Market ini terletak di daerah Khlong Hae iaitu lebih kurang 15-20 minit masa perjalanan daripada Hatyai dan ianya merupakan Floating Market pertama di Selatan Thai. Berdasarkan maklumat yang aku korek, Floating Market ini baru sahaja dibuka beberapa tahun yang lepas. Khlong Hae Floating Market ini hanya memulakan operasinya dari hari Jumaat hingga Ahad sahaja dan mula berniaga seawal pukul 3 petang hingga 9 malam.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimIni bukan banner Khlong Hae Floating Market tapi banner kedai kopi di situ..hihihihihi.. 😀

Floating Market adalah satu cara tradisional warga Thai berdagang menggunakan pengangkutan air. Floating Market yang paling popular adalah di Bangkok dan rasanya terdapat banyak juga Floating Market di seluruh Thailand.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimJambatan tu katanya baru dibina.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai sajian makanan tradisional yang terdapat di Khlong Hae Floating Market dan harganya pula sekitar 10 – 50 baht bagi pilihan makanan atau pun minuman yang dipilih. Sememangnya satu pengalaman yang menarik apabila berada di sini dan tiba-tiba aku terpikir ” Kenapa taknak buat macam ni kat Malaysia?….” . Kalau ada Floating Market di Malaysia, aku rasa setiap kali hujan lebat mesti semua hanyut…ahahahahaha… 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimMemang menarik dan beraneka makanan tradisional Thai.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimSuasana di Floating Market.

Ada 2 bahagian gerai yang menjual makanan dan minuman Thai di sini, satu bahagian adalah di gerai sampan yang berada di sungai dan juga di bahagian atas (sebelum turun ke gerai-gerai sampan). Dikatakan hampir 90% gerai-gerai di kawasan Khlong Hae Floating Market adalah halal tapi aku nasihatkan jika singgah beli makanan di gerai bahagian atas tu, cuba-cuba selidik dahulu yer. Menurut Scha, gerai-gerai sampan di situ dijamin halal tanpa was-was…hihihihihi… 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimBeli air minuman yang diisi dalam bekas tanah liat atau pun di dalam batang buluh. Bekas tanah liat ada yang berbentuk Hello Kitty, Doraemon, Ultraman dan macam-macam lagi.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimSelfie dengan rakan-rakan yang lain.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimBeginilah suasana di Floating Market, memang padat dengan manusia.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimSelfie lagi…hihihihihi.. 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimJom makan….

Khlong Hae Floating Market juga ada menyediakan meja dan tempat duduk untuk pengunjung menikmati makanan yang telah dibeli. Tidak perlu ler makan sambil berdiri…hihihihi.. 😀 Ada juga disediakan hiburan komedi nyanyian lagu-lagu Thai tapi satu apa pun kami tak faham… 😀 Jom tonton video nyanyian komedi artis ngetop Khlong Hae Floating Market iaitu Lulu…..ahahahahahaha… jangan pengsan pulak lepas tonton video ni…. 😀


Awas : Video ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah jantung…hihihihihihi.. 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimBergambar bersama Lulu…ahahahahaha… 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-klong-hae-floating-market-hatyai-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimBergambar sebelum pulang ke hotel.

Akhirnya kami kembali semula ke hotel selepas seharian ronda-ronda di Hatyai dan Songkhla. Sampai jer di hotel, terus mandi bagi menyegarkan badan sebelum keluar semula untuk makan malam di Shah Alam Seafood. Disebabkan seharian berjalan, terpaksalah kami singgah di Bangkok Massage sekali lagi bagi melayan kaki-kaki yang keletihan tadi untuk dimanjakan dengan urutan lemah gemalai..ahahahahaha (lemah gemalailah sangat!!)… 😀

Selepas selesai urut kaki, misi seterusnya sebelum pulang ke hotel ialah mencari pulut mangga setelah diracun oleh Scha dan Abang Mizi. Memang tidak lengkap kembara ke Hatyai ni kalau tidak pekena pulut mangga. Pulut mangga antara sajian yang unik dan wajib dicuba jika berkunjung di sini.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-makanan-di-hatyai-eshamzhalimIni diaaaaaa…… Pulut mangga…layannnnn….

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-makanan-di-hatyai-eshamzhalimUdang goreng pun ada, besar-besar udangnya.

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-makanan-di-hatyai-eshamzhalimMee sup hijau.

* Malam tu kami terima satu berita sedih, ayah kepada seorang rakan (Kak Tie) yang sertai kembara ini telah kembali ke rahmatullah. Salam takziah aku ucapkan kepada Kak Tie sekeluarga yang telah kehilangan ayahanda tercinta, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Nampaknya masih ada sambungan lagi bagi entri kembara ini. Apakah aktiviti kami pada hari ketiga di sana? Apakah yang berlaku di sana? Kemanakah lokasi kami di sana?… Tungguuuuuuuu……. Nantikah bahagian ke 4 yang pasti akan menjawab semua persoalan di atas…hihihihihi.. 😀

10 comments to Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 3

  • ikhwan  says:

    besarnya udang, kenyang makan sorang ni 🙂

    • eshamz halim  says:

      Memang kenyang bro… 2 ekor pun selamba lagi ni…hihihi.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Pulut mangga tu kombinasi yg sgt sesuai makan kat siam… pulut siam mmg terbaik… mangga siam pun terbaik… entri terbaik ni bro.. Thanks sharing.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Memang layan bro KK… nanti kalau bro ronda2 di Hatyai..jangan ler lupa cari pulut mangga…hihihihihi.. 😀

  • nur  says:

    salam en.blh sy tawu go pro jenis apa encik guna?sgt cantik.

    • eshamz halim  says:

      Saya guna GoPro Hero 3+ Black Edition… 😀

  • zack  says:

    Assalamualaikum bro bole tahu kat mana nak mkn pulut mangga,udang goreng dgn mee sup hijau..

    • eshamz halim  says:

      Kat area Lee Plaza di Hatyai tu ada jual tapi waktu malam jer laaa… cuba la cari kat situ… 😀

  • Cda  says:

    Assalam..boleh sy tau dkt mana lokasi yg tmn mini bunga matahari tu yer?sy kesana pd 29/12 nnt..puas tnye dgn en gugel lokasi bunge matahari tu..tp yg kluar sume b.matahari dkt bangkok tu.heeeee

    • eshamz halim  says:

      Disebelah kiri jalan menuju ke Samila Beach… kat depan Universiti… lupa lak nama universiti tu..taman mini tu betul2 di depan universiti tuu… 😀

Isikan Komen Anda Disini