Kenali 10 Spesies Enggang Royal Belum

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Semenjak kali pertama menjejakkan kaki di Hutan Simpan Royal Belum, aku sentiasa rindu dan terpikat kepada keunikan serta kepesonaan khazanah rimba dan juga kepelbagaian bio yang tersimpan di Hutan DiRaja ini. Buat kali ketiganya, sekali lagi aku telah menjadi tetamu Royal Belum dalam program Royal Belum Bird Expedition bertemakan ‘Exploring the Hornbill Capital of the World’ yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 September 2014 yang lalu.

Setinggi-tingginya perhargaan terima kasih aku ucapkan kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) dan juga Perbadanan Taman Negeri Perak kerana sudi menjemput aku untuk bersama-sama turut serta dalam program ini, malah ianya juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Tourism Perak dan juga pihak NCIA (Northern Corridor Implementation Authority).

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah mengambil pelbagai inisiatif serius dalam usaha untuk memelihara kepelbagaian spesies hidupan liar terutamanya spesies Burung Enggang (Hornbill) yang telah sekian lama menghuni Hutan Simpan Royal Belum.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-eshamzhalimPejabat Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang terletak di JKR 641 Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur.

Seawal pagi, aku telah berkumpul di Pejabat Persatuan Pencinta Alam Malaysia bersama-sama beberapa ahli Persatuan Pencinta Alam dan juga rakan media untuk menaiki bas menuju ke Jeti Awam Pulau Banding. Banyak juga ilmu yang dapat aku pelajari mengenai spesies Burung Enggang (Hornbill) semasa berada di dalam bas bersama-sama ahli Persatuan Pencinta Alam. Sememangnya satu pengalaman dan pengkongsian yang amat berguna buat aku.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimTempat penginapan bagi peserta program dan merupakan kali kedua aku menginap di Houseboat berwarna putih kepunyaan Arus Belum Enterprise ini.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimKedinginan pagi di Hutan Simpan Royal Belum.

Program selama 3 hari ini sebenarnya bertujuan untuk memberi pendedahan serta kesedaran terhadap kepentingan dan penjagaan hutan simpan sebagai habitat semulajadi hidupan liar yang memfokuskan kepada spesies Burung Enggang di Hutan Simpan Royal Belum dalam usaha untuk mengelakkan daripada berlakunya kepupusan spesies burung ini di masa hadapan.

Burung Enggang (Hornbill) adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berwarna garang berbentuk seperti tanduk lembu tetapi tanpa lingkaran. Nama saintifiknya ialah “Buceros” yang merujuk kepada bentuk paruhnya dan ianya juga bererti “tanduk lembu” di dalam bahasa Yunani. Bagi mengelakkan korang semua keliru, Burung Enggang juga dikenali dengan nama Burung Kenyalang di negeri Sabah dan Sarawak. Pokok ara antara pokok hutan yang sering menjadi persinggahan spesies kerana ianya berbuah lebat untuk dijadikan sebagai sumber makanan. Namun, kadangkala juga ia akan makan serangga, cicak, ular dan mamalia yang kecil.  Oleh kerana paruh yang panjang dan lidah yang pendek menyukarkan burung tersebut untuk menelan makanan.

Burung Enggang ini sangat setia kepada pasangan masing-masing.  Apabila salah seekor telah mati, barulah ia akan mencari pasangan yang baru. Burung Enggang ini akan mencari tempat tinggal di atas pokok yang tinggi dan besar bagi memudahkan membuat sarang untuk burung betina dan anak-anaknya.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim

Aku rasa ramai yang tidak tahu bahawa terdapat 10 spesies Burung Enggang di Hutan Simpan Royal Belum berbandingkan di Sabah dan Sarawak yang hanya terdapat 8 spesies sahaja. Secara keseluruhannya terdapat 54 spesies Burung Enggang di dunia termasuklah di negara jiran kita iaitu Indonesia dan Thailand yang masing-masing mempunyai 13 spesies Burung Enggang.

Seramai lebih kurang 30 peserta terdiri daripada ahli Persatuan Pencinta Alam, rakan media, pengkaji daripada luar negara, kakitangan Perbadanan Taman Negeri Perak, kakitangan Tourism Perak, NCIA dan juga aku yang merupakan satu-satunya wakil Blogger dalam program ini. Kesemua peserta telah didedahkan dengan infomasi-infomasi mengenai latarbelakang Persatuan Pencinta Alam Malaysia, habitat spesies Burung Enggang (Hornbill) dan juga penerangan berkaitan dengan langkah-langkah konservasi yang telah dilakukan oleh Persatuan Pencinta Alam semenjak tahun 2004.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimMr. Andrew J. Sebastian sedang memberi penerangan kepada para peserta.

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan seterusnya menyusuri keindahan dan kehijauan Tasik Belum-Temenggor dengan menggunakan bot-bot kecil dalam usaha untuk meninjau serta menjejaki Burung Enggang. Setiap kumpulan yang diketuai oleh ahli Persatuan Pencinta Alam hanya diperlukan untuk memerhati dan merekodkan spesies Burung Enggang yang dijumpai bagi tujuan statistik terkini.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimSalah satu kumpulan sedang berusaha mengesan Burung Enggang.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimIni adalah kumpulan aku, kitaorg terpaksa berteduh di Kem Sungai Kenarong sebab hujan lebat. Dari kiri Stephanie, Rosli Mansor, Fauzan, Thomas dan aku.

Kumpulan aku yang diketuai oleh Mr. Andrew J. Sebastian (Head of Communication, MNS) telah berjaya mengesan 6 daripada 10 Spesies Burung Enggang yang terdapat di Hutan Simpan Royal Belum-Temenggor sepanjang program ini berlangsung. Sememangnya memerlukan kepakaran dan kemahiran untuk menjejaki Burung Enggang ini. Jenis atau spesies Burung Enggang boleh diketahui hanya melalui bunyi yang dikeluarkan apabila kedengaran di telinga seorang pakar. Secara jujurnya, aku pun terkial-kial nak dengar bunyi ataupun nak mencari Burung Enggang ni menggunakan mata kasar pastu diberi teropong pon masih tak nampak.

Jom aku berkongsi gambar dan info 10 spesies Enggang yang menghuni di Hutan Simpan Royal Belum-Temenggor.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim-black-hornbill1. Enggang Kekek (Black Hornbill). Nama saintifiknya ialah Anthracoceros Malayanus.
Sumber gambar : southernwings.blogspot.com

Enggang Kekek jantan mempunyai saiz badan yang agak kecil dan mempunyai bulu jambul hitam dan sedikit keputihan serta warna kulit muka ialah hitam. Bagi Enggang Kekek betina pula mempunyai paruh yang lebih kecil dari burung jantan dan mempunyai kulit sedikit merah jambu. Habitatnya di sekitar hutan malar hijau dan ketinggian sehingga 215m.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim2. Enggang Badak (Rhinoceros Hornbill). Nama saintifiknya ialah Buceros Rhinoceros
Sumber gambar : Malaysia Nature Society

Enggang Badak jantan mempunyai paruh yang melengkung ke atas berwarna merah terang dan kuning. Bahagian perut berwarna hitam manakala bahagian bawah perut berwarna putih  serta ekor berwarna putih berselang-seli warna hitam. Bagi Enggang Badak betina pula saiz badan yang lebih kecil dan warna paruh yang lebih pudar. Habitatnya di sekitar hutan malar hijau sehingga ketinggian 1220m.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim-great-hornbill3. Enggang Papan (Great Hornbill). Nama saintifiknya ialah Buceros Bicornis
Sumber gambar : Wikimedia.org

Enggang Papan jantan mempunyai saiz badan yang sangat besar dan lebar,  paruh berwarna kuning dan ekor berwarna putih serta kelepak yang hitam. Bagi Enggang Papan betina mempunyai saiz badan yang lebih kecil dan paruh berwarna hitam kekuningan. Habitatnya di sekitar hutan malar hijau yang bercampur dengan daun luruh dan hutan di kepulauan, ketinggian sehingga 1525m.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim-oriental-pied-hornbill4. Enggang Kelingking (Oriental Pied Hornbill). Nama saintifiknya ialah Anthracoceros Albirostris
Sumber gambar : www.nparks.gov.sg

Enggang Kelingking jantan mempunyai saiz badan yang agak kecil dan berwarna hitam serta mempunyai tanda muka warna putih yang kecil. Mempunyai paruh  berwarna kuning pucat dan sedikit warna hitam. Bagi Enggang Kelingking betina mempunyai paruh yang lebih kecil dan hitam. Habitatnya di sekitar hutan malar hijau, hutan kepulauan, belukar, ladang dan taman, ketinggian sehingga 1400m.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim-wreathed-hornbill5. Enggang Gunung (Wreathed Hornbill). Nama saintifiknya ialah Aceros Undulatus
Sumber gambar : orientalbirdimages.org

Enggang Gunung jantan mempunyai paruh yang kecil dan pendek serta warna ekor kekuningan sehingga perang. Bagi Enggang Gunung betina pula mempunyai kepala dan leher berwarna hitam serta kantung leher berwarna biru. Habitatnya di sekitar hutan malar hijau dan hutan di kepulauan, ketinggian sehingga 1830m.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim-bushy-crested-hornbill6. Enggang Buluh (Bushy Crested Hornbill). Nama saintifiknya ialah Anorrhinus Galeritus
Sumber gambar : Google

Enggang Buluh jantan mempunyai bulu yang sangat gelap dan jambul yang lebat manakala Enggang Buluh betina pula mempunyai paruh yang lebih kecil dan leher berwarna coklat. Habitatnya di sekitar hutan malar hijau dan sekunder, ketinggian sehingga 1500m.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim-white-crowned-hornbill7. Enggang Bulu (White Crowned Hornbill). Nama saintifiknya ialah Berenicornis Comatus
Sumber gambar : orientalbirdimages.org

Enggang Bulu jantan mempunyai warna putih pada kepala, leher, dada dan ekor manakala Enggang Bulu betina mempunyai warna hitam pada leher dan bahagian bawah. Habitatnya di sekitar hutan malar hijau, ketinggian sehingga 1000m.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim-plain-pouched-hornbill8. Enggang Hutan (Plain Pouched Hornbill). Nama saintifiknya ialah Aceros Subruficollis
Sumber gambar : birdsofthailand.org

Enggang Hutan jantan ini hampir serupa dengan Enggang Gunung tetapi saiz badan yang lebih kecil. Paruh yang lebih pendek berwarna perang dan kantung leher warna kehitaman manakala Enggang Hutan betina pula mempunyai warna putih pada kantung leher. Habitatnya di sekitar hutan malar hijau, ketinggian sehingga 915m.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim-helmeted-hornbill9. Enggang Tebang Mertua (Helmeted Hornbill). Nama saintifiknya ialah Rhinoplax Vigil
Sumber gambar : birdinginmalaysia.com

Enggang Tebang Mertua jantan mempunyai saiz badan yang besar dengan bulu ekor  yang panjang serta mempunyai kulit yang berwarna merah gelap di sisi kepala, tekak dan leher. Bagi Enggang Tebang Mertua betina pula mempunyai  saiz badan yang lebih kecil, paruh yang berbintik hitam di hujung. Manakala kulit muka dan leher berwarna ungu pucat. Habitatnya di sekitar hutan malar hijau dan ketinggian sehingga 1400m.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalim-wrinkled-hornbill10. Enggang Berkedut (Wrinkled Hornbill). Nama saintifiknya ialah Aceros Corrugatus
Sumber gambar : Google

Enggang Berkedut jantan mempunyai paruh berwarna kuning dan atas berwarna hitam. Ekor berwarna putih kepada kekuningan. Enggang Berkedut betina pula mempunyai kantung leher kurang menonjol manakala ekor berwarna hitam. Habitatnya di sekitar hutan malar hijau, hutan paya air tawar dan kawasan tanah rendah ketinggian sehingga 1700m.

6 spesies Enggang yang berjaya ditemui oleh kumpulan aku adalah Enggang Badak (Rhinoceros Hornbill), Enggang Kekek (Black Hornbill), Enggang Papan (Great Hornbill), Enggang Kelingking (Oriental Pied Hornbill), Enggang Buluh (Bushy Crested Hornbill) dan Enggang Hutan (Plain Pouched Hornbill). 4 lagi spesies Enggang memang susah untuk dijumpai dan kemungkinan dikhuatiri semakin pupus. Pengalaman menyaksikan Burung Enggang ini di habitatnya sendiri adalah sememangnya pengalaman yang cukup bermakna buat aku. Nampaknya lens telephoto 70-200mm aku tidak mampu digunakan oleh kerana burung enggang ini sentiasa memilih pokok yang paling tinggi sebagai habitatnya. Dibawah ni adalah diantara gambar-gambar yang aku berjaya ambil menggunakan DSLR aku tapi selebihnya hanya boleh lihat dengan mata sahaja dengan menggunakan teropong…hihihihi.. 😀

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimEnggang Kekek dan Enggang Papan.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimEnggang Papan yang sedang terbang dan Enggang Kekek.

Majlis penutup program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Profesor Dr. Maketab Mohamed yang merupakan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, YB Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Exco Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak) serta beberapa VIP yang lain. Program ini telah diakhiri dengan pengkongsian pengalaman daripada kumpulan masing-masing dan seterusnya acara bergambar sebelum menuju kembali ke Jeti Awam Pulau Banding untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimGroupfie sebelum pulang. 2 orang warga U.S.A turut bersama dalam program ini iaitu Vivek dan Thomas.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimAku selfie bersama peserta program dan barisan VIP.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimAku bergambar bersama Tini, Profesor Dr. Maketab Mohamed dan Abang Rosli.

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-persatuan-pencinta-alam-malaysia-mns-malaysia-nature-society-eshamzhalimGroup Photo.

Hutan Simpan Royal Belum seharusnya perlu dijaga dan dipelihara bagi memastikan habitat spesies Enggang ini akan terus hidup bebas dan membiak dengan selamat. Usaha gigih dan langkah-langkah konservasi yang telah dilakukan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dapat memastikan spesies Burung Enggang ini terus bebas daripada dilanda kepupusan supaya generasi yang akan datang dapat mengenali spesies Enggang ini.

Bagi aku, Hutan Simpan Royal Belum sememangnya menjadi lambang kemegahan negeri Perak dan masih banyak lagi menyimpan pelbagai misteri dan rahsia untuk dirungkaikan. Sebanyak mana pun aku ke sana, semestinya banyak lagi misteri akan terbongkar.

Silalah baca entri-entri aku mengenai Hutan Simpan Royal Belum di bawah ni haaaa…..

Royal Belum Adventure Trip – 1st Episode
Royal Belum Adventure Trip – 2nd Episode
Moh Ke Perak: Kepesonaan Dan Keunikan Royal Belum #VMY2014
Moh Ke Perak: Program Kebudayaan Dan Kesenian Royal Belum #VMY2014
Moh Ke Perak: Jom Berakit Di Royal Belum #VMY2014
Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014
Moh Ke Perak: Menjejaki Jenut Papan Royal Belum #VMY2014
Moh Ke Perak: Eksplorasi Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok Royal Belum #VMY2014

8 comments to Kenali 10 Spesies Enggang Royal Belum

  • Abdur  says:

    Dia cantik kalau dibiarkan bebas,sebab tak banyak sayap yang rosak.

    • eshamz halim  says:

      Yup… begitulah sepatutnya…. biar terbang bebas….

  • Noriza Rahman  says:

    Tak tahu pula Royal Belum Forest ni ada spesies enggang. Ingatkan kat sarawak ja bomeh jumpa spesies rare ni

    • eshamz halim  says:

      Royal Belum mempunyai lebih 2 spesies drpd Sarawak… kat Ulu Muda pun ada jugak….. 😀

  • SentiasaPanas  says:

    Banyak jenis enggang pula kan. Tak tau pula sebelum ni..

    • eshamz halim  says:

      Banyak sebenarnya spesies enggang ni tapi mmg susah kalau kita nak jumpa semuanya….

  • Khir Khalid  says:

    Bnyk yg aku tak tau ni bro.. Hidupan yg perlu kita semua hargai demi menjamin kesinambungan kitaran ekosistem semulajadi utk warisan generasi akan datang.. Ekosistem tu yg penting bro hehee 😀

    • eshamz halim  says:

      ahahahahaha… betul tu bro… walau apa pun ekosistem itu amat penting…ekekekeke.. 😀

Isikan Komen Anda Disini