KL New Year Run 2016

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

KL New Year Run 2016 telah diadakan pada 1 Januari 2016 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena Sambutan Tahun Baru 2016 dan di samping itu dapat memupukkan lagi gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia. Larian ini telah dianjurkan dengan kerjasama di antara Persatuan Rekreasi Wilayah Ceria 1 Malaysia dan juga pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan sokongan penuh daripada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan serta Polis Diraja Malaysia yang turut membantu dalam menjayakan acara ini. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan 5 kategori yang ditawarkan iaitu Lelaki Terbuka (10 km), Wanita Terbuka (10 km), Lelaki Senior (10 km), Wanita Senior (10 km) dan ‘Family Fun Run’ (5 km).

Larian kategori 10km telah dilepaskan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan pada pukul 7.15 pagi dan diikuti dengan kategori Family Fun Run 15 minit kemudian.

KL New Year Run 2016 merupakan acara pembukaan untuk tahun 2016 bagi aktitivi larian aku dan wife. Kitaorg hanya mendaftar bagi kategori Family Fun Run sejauh 5km sekadar untuk larian santai di sekitar Kuala Lumpur…hihihihi.. 😀 . Alhamdulillah, cuaca pagi tu memang agak dingin disebabkan hujan gerimis dan memang sesuai untuk berlarian di Kuala Lumpur…hahahaha.. 🙂 Aku dan wife lebih kepada aktiviti bergambar daripada aktiviti larian…hahahahaha…maklumlah, bukan selalu dapat bergambar sambil meniarap di tengah-tengah jalan raya.

Jom layan gambar….. 😀

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimLaluan larian 5km.

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimAku dan Hasyir.

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimAmacam?!.. selamba jer berdiri tengah jalan raya…hahahaha… 😀

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimAda macam kat Tokyo tak?…

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimAir terjun Bukit Nenas, Kuala Lumpur.

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimSila ikut kiri yer….

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimNampak tak KLCC dibelakang tu?…hihihihi..

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimLepak kejap di tengah-tengah pembahagi jalan..hihihi.. 😀

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimSelfie dulu…

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalim1km jer lagi ni….hahahahaha… 😀

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimBukan selalu dapat meniarap di tengah-tengah jalan raya…hihihihi.. 🙂

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimJalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimBergambar dengan Amar dan adiknya.

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimPawagam Coliseum. Antara pawagam yang popular satu ketika dulu.

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimGeng Zombie. Alice jer yang tiada dalam gambar.

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimJom gigit medal…hihihihi.. 😀

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimGeng Runholics.

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimBergambar dengan diva adalah satu kemestian…hahahahaha.. 😀

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimAku pun tak tahu apasal semua berdiri tegak?…hihihihi..

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimBro. Khairunnizam. Selalu jugak jumpa dia.

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimGroup photo lagi…

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimBergambar dengan Kak Ngah a.k.a The Leopard Runner.

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimBergambar dengan geng-geng backpackers.

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimGambar dengan backdrop adalah wajib..

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimLagik satu!!!…

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalim-12Gambar aku dan wife di Instagram Kosmo Online… hihihihihi… femes la sekejap.. 😀

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalimMedal unik KL New Year Run 2016.

Komen aku mengenai acara KL New Year Run 2016:
Pada pendapat aku, acara ini boleh dikatakan agak meriah walaupun ini adalah kali pertama dianjurkan. Laluan larian 5km yang bagi aku cukup seronok dan santai untuk berlari bersama keluarga. Satu penganjuran yang agak teratur walaupun ada beberapa komplen ketika hari pengambilan racekit dan juga ketika pengagihan medal serta goodies beg selepas selesai larian.

Ramai yang komplen apabila pihak penganjur menutup kaunter pengambilan racekit untuk rehat makan tengahari dan ini aku rasa amat tidak wajar apabila ramai terpaksa menunggu. Sepatutnya penganjur menjadualkan waktu rehat petugas secara berperingkat supaya kaunter sentiasa dibuka. Ramai juga yang terpaksa beratur panjang di kaunter yang salah. Mungkin kekurangan signage dan juga tiada pemberitahuan berterusan daripada pihak petugas.

Pengagihan medal serta goodies beg untuk peserta yang telah menamatkan larian agak kelam kabut dan menyebabkan ramai peserta terpaksa beratur panjang. Mungkin dapat dilancarkan lagi proses pengagihan medal dan goodies beg atau lorong tamat bagi peserta 10km dan 5km boleh diasingkan sekiranya pengagihan medal di garisan penamat. 😀

Bagi aku bayaran penyertaan yang dikenakan untuk kategori 10km sebanyak RM65 agak mahal. Aku dan wife terpaksa berkongsi 4 orang untuk mendaftar kategori Family Fun Run. Bayaran penyertaan RM140 untuk kategori Family Fun Run dibahagikan dengan 4 orang dan hasilnya RM35 seorang. Bagi aku memang cukup berpatutan dan berbaloi. Mungkin tahun depan penganjur boleh mempertimbangkan semula bayaran penyertaan dan tambah satu lagi kategori 5km Fun Run bagi pendaftaran individu. Bayaran yang murah dan berpatutan juga sebenarnya dapat menarik lagi lebih ramai penyertaan.

Kesimpulannya, satu acara yang menarik dan wajib diadakan setiap tahun sempena sambutan tahun baru. Kelebihan dan kekurangan setiap acara itu pasti ada tetapi bagi aku acara KL New Year Run 2016 memang meriah dan seronok. Pasti aku dan wife akan mendaftar lagi untuk tahun hadapan jika bayaran penyertaan yang berpatutan.

Isikan Komen Anda Disini