Kuala Lumpur Satu Ketika Dahulu-Part 1: Personal Projek Aku

Salam,

Kuala Lumpur telah menjadi tempat membesarku. Aku dilahirkan pada tahun 1979 di Perak dan sejak umur aku setahun, family aku berpindah ke Kuala Lumpur disebabkan bapak aku kena transfer ke Pejabat Pos Besar kat sebelah Dayabumi tu. Memang daripada sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah semuanya di Kuala Lumpur. Masa tu tinggal di Kampung Kerinchi,  dulu orang luar kata Kampung Kerinchi ni Black Area…hihihihi..ntah ler, aku rasa ok jer….mungkin sebab dah membesar kat situ kot. Lebih kurang 28 tahun aku tinggal di Kampung Kerinchi tapi sekarang Kampung Kerinchi pun tinggal nama jer, tempat aku membesar dulu dah takde. Sekarang ni dah jadi Bangsar South, lama-lama aku rasa hilang jugak nama Kampung Kerinchi ni.

kampung-kerinchi-telekomSebelum terbinanya Menara Rebung TM. Inilah permandangan yang biasa aku lihat masa zaman membesar dulu di Kg Kerinchi.

Di Kampung Kerinchi juga banyak kenangan manis dan pahitnya, antara kenangan pahit ialah apabila rumah family aku 2 kali hangus terbakar. Kali pertama tu aku masih kecik lagi, mak aku yang cerita dan kali kedua  aku sendiri yang alaminyer. Nasib baik aku terjaga pada pukul 3 pagi sebab terdengar orang menjerit kat luar rumah, bila aku bangun jer, aku tengok dinding bilik tidur aku dah terbakar. Memang lintang pukang dan kelam kabut masa tu, aku terus capai apa yang di depan mata dan terus bawak keluar kereta dari tempat parking. Nostalgia sungguh……hihihihi 🙂

Entri kali ini adalah projek peribadi aku sebenarnya, sejak dari kecik lagi aku lihat bagaimana Kuala Lumpur membangun dengan pesat. Kalau dulu nak pergi mana-mana naik Bas Mini atau pun Bas Sri Jaya tapi sekarang dah ada LRT dan Monorel. Jalan raya pun dah banyak berubah, sampai kadang-kadang aku pun tersesat…ahahahaha. Aku banyak mencari gambar-gambar lama untuk dikumpul bagi kegunaan projek aku ni, internet dan En. Google memang banyak membantu. Aku nak kongsi dengan korang semua gambar-gambar Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu di mana dari kecik lagi menjadi tempatku membesar. Gambar yang dikongsikan disini adalah daripada sebelum zaman ku dan juga pada zaman menbesarku, sajer jer mengimbau sejarah dan kenangan lama. Jom kita flash back, back to the future atau blast from the past……. 🙂

penjara-pudu-1896Pudu Jail pada tahun 1896, giler nyer lama..dah berapa juta dah gamaknya orang menetap dalam jail ni.

kuala-lumpur-1920Kuala Lumpur sekitar tahun 1920-an

bangunan-ktmb-kuala-lumpurStesyen Keretapi Tanah Melayu…aku rasa sekitar 1930-40-an

ktmb-01Keretapi Oldskool…

Benteng-Jln-Tun-Perak-1920Tak sure tapi rasanya sekarang ni Benteng kot…kat belakang Bangunan Sultan Abdul Samad. Tahun 1920an

Jln-Tun-PerakJava Street…Aku rasa sekarang ni Jalan Tun Perak kot….

KL-Embankment-1926Di Benteng jugak ni….atau dulu namanya Embankment Kuala Lumpur.

bukit-aman-kuala-lumpurAku pun macam tak percaya jer tapi inilah Bukit Aman satu ketika dulu…tahun tak pasti.

GombakBridgeTownHall-KLJambatan Gombak….aku rasa skrg ni jambatan ni yang drpd Dataran Merdeka ke Jalan Raja Laut.

kelab-selangor-kuala-lumpur-shamphotographyInilah Kelab Selangor satu ketika dahulu….

bangunan-sultan-abdul-samad-01Pejabat Kerajaan dulu-dulu..

bangunan-sultan-abdul-samad-02KTMB…Aku rasa ada bulatan skrg ni….bulatan kat Masjid Negara tuu…

dataran-merdeka-02Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka daripada Udara. Kapal Terbang lama tuuu…

KL-Masjid-Jamek-29-May-1938Masjid Jamek Kuala Lumpur. Pertembungan 2 sungai..

st-john-instistutionSt. John.

sungai-klangPersimpangan sungai Klang dan sungai Batu…

the-carcosa-kuala-lumpurCacorsa Kuala Lumpur…tahun tak dapat ditentukan…

KL-Jln-Raja-29-May-1938Jalan Raja tahun 1938..menuju ke Dataran Merdeka.

Majestic-Hotel-1937Majestic Hotel..yang ni aku rasa pernah jadi Balai Seni Lukis Negara kot…dekat dgn KTMB aku rasa ni…

Masa aku cari dan kumpul gambar-gambar ni, terjumpa lak gambar masa jepun serang Tanah Melayu….rasanya masa Perang Dunia Ke-2 kot…aku pun dah lupa masa aku download gambar ni….time ni jepun serang Kuala Lumpur.

Zaman JepunBangunan Sultan Abdul Samad tuuuu….kena bom ker tuu??..

Zaman JepunNippon serang lagi…

Zaman JepunGeng Nippon naik basikal…..

Zaman JepunTak tahu ni kawasan mana kat Kuala Lumpur ni…

Gambar dibawah ni pula adalah gambar Tuju Negara. Korang tahu tak?, rupa-rupanya Tuju Negara kita pernah dibom oleh gerila komunis pada bulan Ogos tahun 1975. Aku pun tak tahu pasal kena bom ni…selepas buat research sket baru tau..hihihihi..mengikut sejarah, Tuju Negara ini telah siap dibina pada tahun 1963 dan diukir oleh seorang bangsa Amerika yang bernama Felix De Weldon.

National-Monument-1975Gambar kiri: Tuju Negara yang siap dibina pada tahun 1963. Gambar kanan: Tuju Negara selepas dibom oleh komunis pada tahun 1975.

Ini antara gambar-gambar yang aku cari, ada banyak lagi sebenarnya…rasa dalam 200+ gambarnya tapi aku tak boleh nak letak semua dalam 1 entri. Entri pertama ni aku cuma kongsikan gambar-gambar ni jer dengan para pembaca semua, entri yang akan datang ni, aku akan masukkan gambar yang lain lagi so nampaknya korang kena tunggu ler…..mungkin sampai part 3 kot sbb gambar banyak sangat…aku terpaksa tapis dulu takut ada gambar yang sama.

So tungguuuuu yer next entri personal projek aku… 🙂 sila like dan share dengan kawan-kawan yer…mana lah tau boleh mengimbau kenangan balik.

Sumber Gambar dan Info: Kesemua gambar-gambar dalam entri ni adalah hasil carian di internet dan google. Hakmilik gambar-gambar ini adalah tetap hakmilik pemilik asal gambar dan saya hanya menggunakannya sekadar perkongsian di dalan blog ini sahaja. Maklumat sejarah yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan kajian di dalam internet dan saya tidak bertanggungjawab terhadap kesahihan maklumat tersebut.

2 comments to Kuala Lumpur Satu Ketika Dahulu-Part 1: Personal Projek Aku

  • Khir Khalid  says:

    Syabas.. terpegun sy tengok memerhati gmbar2 lama tu.. kebanyakan tempat tu mmg selalu kita lalu especially klu berjalan kaki sekitar kl.. bnyk nostalgia, tersingkap beribu nota sejarah.. ada yg kita tahu & ada juga yg terkubur sepi.. T kasih diatas perkongsian ye.. Salam Maal Hijrah, Salam bulan Muharram.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Salam Maal Hijrah kpd tuan juga… terima kasih kerana sudi membaca entri saya pasal KL, mmg banyak nostalgia bagi mereka yang membesar di KL seperti saya yang dari kecik menetap di KL.. entri ni ada sambungannya..saya sdg karang skrg ni untuk part 2 & part 3..nanti jgn lupa baca yer… 🙂

Isikan Komen Anda Disini