Kuala Lumpur Satu Ketika Dahulu-Part 3: Personal Projek Aku

Salam,

“Hari Ini Dalam Sejarah”. Kalau korang yang seusia dengan aku atau yang lebih tua tu, mesti korang pernah tengok rancangan tv yang bertajuk “Hari Ini Dalam Sejarah”. Kalau tak salah aku kat TV1 kot?…ermmm…TV2 kot?, tak kisahlah tapi rancangan RTM lah. Kalau dulu aku buat tak tahu jer, biler rancangan ni jer mesti aku tukar channel tengok cite kartun Doraemon atau apa-apa rancangan yang best masa tu…ahahahahaha. Biler dah makin berumur ni, suka lak baca sejarah-sejarah dulu…pastu tengok lak gambar-gambar lama lagi menimbulkan perasaan ingin tahu pasal kisah orang dulu-dulu. Mungkin sebab semakin berumur ni semakin mengimbau kenangan lama…hihihihi.. 🙂

Pertama Complex, Chow-Kit, Campbell, Kota Raya dan Central Market antara lokasi yang sering menjadi tempat permainanku sewaktu zaman persekolahan dahulu. Bas Mini dan Bas Sri Jaya sering menjadi binatang tungganganku waktu tu. Apa yang penting adalah aku perlu ingatkan nombor-nombor bas. Dulu masa naik bas rasa cam jauh jer sebab ada sesetengah tempat kena naik 2-3 bas tapi biler sekarang ni, rupa-rupanya dekat jer dengan rumah…ahahahahaha.. kalau dulu biasanya dari Kg Kerinchi kena naik bas mini sampai Bangkok Bank pastu dari situ kena naik bas nombor lain pulak. Mesti korang pun dulu biasa camni kan. Sebelum wujudnya SOGO, Pertama Complex sering menjadi tumpuan dan sebelum adanya Mid Valley kemungkinan Kota Raya atau Komplek Wilayah jadi port korang melepak. Masihkah korang ingat lagi dengan Hentian Bas Klang ataupun dulu-dulu aku biasa cakap “Bus Stand Klang”. Kalau naik Bas Sri Jaya mesti berhenti kat situ sebab situ hentian yang terakhir. Dulu aku selalu gi Kota Raya untuk shopping baju atau nak gi beli tali gitar dan barang-barang gitar kat belakang Kota Raya. Central Market lak jadi tempat lepak masa hari minggu, sajer jer pusing-pusing pastu duduk melepak kat luar Central Market tu tengok orang lalu-lalang. Biler mengimbau balik rasa cam buang masa lak dulu asik melepak jer tapi itu semua pengalaman dan proses kematangan.

Dalam entri Part 1 dan Part 2 yang lepas, aku dah cite pasal Kuala Lumpur  tapi gambar-gambarnya semua oldskool dan hitam putih kan. Entri kali ni aku akan masukkan gambar-gambar yang ada kaler pulak. Jom ler tengok gambar, aku asik membebel jer…. mesti korang boring… ekekekeke 🙂

tiket-bas-sri-jayaSaper pernah pegang tiket ni?.. sila angkat tangan…ekekeke

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comAskar-askar Australia berbaris di Dataran Merdeka pada tahun 1941.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comAirport Sungai Besi sekitar tahun 1964.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comChow-kit Road pada tahun 1980

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comDewan Bahasa Dan Pustaka zaman dulu-dulu.. hihihi..skrg kat sini kat sesak giler..

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comEPF Jalan Gasing dan inilah Federal Highway dulu-dulu… kecik jer jalannya…

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comFederal Hotel

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comGerbang Darul Ehsan… hari-hari aku lalu sini…

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comJalan Tun Perak sekitar tahun 1950-an.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comBalai Bomba Jalan Hang Tuah.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comKompleks Dayabumi dan Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comKota Raya, port selalu aku pergi masa zaman sekolah dulu..

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comMasjid Negara.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comMedan Pasar sekitar tahun 1960-an

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comMerdeka! Merdeka! Merdeka!….

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comBulatan Merdeka sekitar tahun 1960-an.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comBulatan Merdeka gak..

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comStadium Merdeka pada tahun 1960.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comMuzium Negara.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comMasjid Negara yang sedang dibina..

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comMuzium Negara dan Tasik Perdana sekitar tahun 1970-an.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comParlimen pada tahun 1970-an.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comPetaling Street ni…

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comPJ Hilton sebelah Federal Highway.

Sejarah Kuala Lumpur shamphotography.comTasik Perdana @ Lake Garden.

universiti-malaya-Universiti Malaya, aku rasa ni Fakulti Sastera ni…

universiti-malaya-Universiti Malaya gak ni tapi aku tak cam kat mana ni? Tasik tu aku cam ler…ekekekeke..

universiti-malaya-Ni aku rasa Jabatan Kimia rasanya, Fakulti Sains, Universiti Malaya…

Ini adalah entri terakhir pasal Kuala Lumpur, next time aku akan cuba cari personal projek yang lain untuk diceritakan dalam blog ni. Mungkin tak ramai pun yang membaca blog ni tapi kepada yang singgah dan komen tu, aku ucapkan terima kasih, kalau tak mesti aku cite sorang-sorang jer…… hihihihi.. 🙂

Ada 1 entri, aku ada cite pasal trip ke Royal Belum kan?. ni pun baru balik dari sana ni.. kaki pon lenguh-lenguh lagi. Nanti aku cite kat korang pengalaman berserta gambar aku, wife dan juga 4 orang kekawan yang cool tapi mental tak stabil yer (Akmar, Jijie, Hafeesyam & Izham)…ahahahahahaha.. :p

Sumber Gambar dan Info: Kesemua gambar-gambar dalam entri ni adalah hasil carian di internet dan google. Hakmilik gambar-gambar ini adalah tetap hakmilik pemilik asal gambar dan saya hanya menggunakannya sekadar perkongsian di dalan blog ini sahaja. Maklumat sejarah yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan kajian di dalam internet dan saya tidak bertanggungjawab terhadap kesahihan maklumat tersebut.

8 comments to Kuala Lumpur Satu Ketika Dahulu-Part 3: Personal Projek Aku

  • Khir Khalid  says:

    Ada sesetengah gambar tahun 80an yg mmbuatkan sy teringat waktu kecil2 dtg kl dulu.. setiap kali cuti mesti ke rumah atuk di ampg & jln2 sekitar kl.. thun 90an.. kotaraya tu pun jadi tmpt port kesukaan ramai kan. Skrng jadi tmpat port bangla & myanmar je dah hehee.. syabas saudara Ezhamz, t kasih diatas perkongsian & semoga terus sukses.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih saudara Khir, mmg sajer jer saya wat entri ni untuk mengimbau balik kenangan lama. Tu laaa..dulu Kotaraya mmg jadi tempat melepak dan tempat shopping saya tapi skrg mmg dah lama sangat tak ke sana…. mmg dah jadi tempat bangla & myanmar jer pon skrg ni…. lama2 rasanya KL ni penuh dgn puak dorang jer nanti…. risau tul.. 🙂

  • Nahar Taib  says:

    APA KATA HANG P AMIK BALIK GAMBAQ KWSN TU, COMPOSE IKUT ANGLE YG SAMA… SURE BEST….

    • eshamz halim  says:

      kalau boleh dah boleh buat dah….masalahnya takkan dapat angle yg sama nyer.ekekekekeke…dah banyak ada tiang ngan flyover semuanya….. lgpun yg skrg nyer korang leh tgk live kan..gi jer kat tempat tuuu…. 🙂

  • Lyn™  says:

    Masih simpan tiket bus tu ? Hahah..memang nostalgic.
    Lebih colorful dalam ingatan retro.

    • eshamz halim  says:

      ekekekekekeke… tiket bas mini jer yg cari x jumpa… 🙂

  • nazrin  says:

    Saya rasa terharu dan sayu bila menatap gambar2 lama dan membaca entri saudara,cukup nostalgia sekali,betul kata orang,dari gambar menceritakan segala2nya…syabas saudara!

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih….mmg sayu kan?..bila mengenang zaman2 dulu… 😀

Isikan Komen Anda Disini