Laluan Baru Mendaki Bukit Saga, Ampang

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-saga

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bukit Saga sering dijadikan lokasi untuk latihan stamina atau pun sebagai aktiviti beriadah dan ianya juga merupakan salah satu lokasi mendaki yang popular di sekitar Kuala Lumpur. Bukit setinggi 410 meter ini adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Hulu Langat dan terletak di antara daerah Ampang dan Cheras serta bersebelahan dengan Bukit Apek. Bukit Saga dan Bukit Apek boleh dikatakan sebagai bukit berkembar kerana ianya mempunyai trek yang boleh menghubungkan di antara satu sama lain. Berdasarkan apa yang aku tahu, hanya ada 4 laluan untuk mendaki kedua-kedua bukit ini iaitu melalui Taman Saga, Cheras Hartamas, Cheras Awana dan Wangsa Cheras.

Bagi sesiapa yang ingin mendaki Bukit Saga, kebiasaannya akan menggunakan laluan trek melalui Taman Saga di Ampang. Sebenarnya, Bukit Saga memang merupakan lokasi kesukaan aku dan wife semenjak kali pertama mendakinya serta salah satu tempat beriadah kami pada cuti hujung minggu. Boleh baca entri Hiking Bersama Wife Di Bukit Saga untuk maklumat serta pengalaman kali pertama aku dan wife mendaki Bukit Saga pada tahun 2014….hihihihihi… 😀

Tujuan aku menulis entri ini adalah untuk berkongsi sedikit maklumat mengenai laluan permulaan yang baru untuk mendaki Bukit Saga. Aku dan wife serta rakan-rakan yang lain sempat meluangkan masa untuk mendaki Bukit Saga pada minggu lepas. Aku rasa ramai yang dah biasa mendaki Bukit Saga menggunakan laluan di Jalan Saga 28. Bermula dari 1hb September 2015, laluan mendaki melalui Jalan Saga 28 telah ditutup sepenuhnya dan laluan baru telah ditukarkan ke Jalan Saga 30 yang berhampiran dengan Rumah Pangsa Saga.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaPeta ringkas laluan baru ke Bukit Saga.

Walaupun ada laluan masuk yang baru tetapi trek A dan trek C tetap menggunakan laluan yang sama untuk mendaki ke Saga Hilltop. Penukaran laluan baru kemungkinan untuk mengelakkan kesesakkan yang sering berlaku di sekitar kawasan perumahan Taman Saga. 😀

Itu saja yang aku nak kongsikan. Jom layan gambar lah….. 😀

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaBoleh letak kereta di sebelah tepi sepanjang jalan sebelum trek masuk.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaEyda bergambar dengan Signboard Bukit Saga.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-saga-10Trek masuk bermula dari sini menuju ke trek A dan trek C. 5 minit jer berjalan dari sini hingga ke trek lama dan ada laluan ke trek B di sebelah kanan sebelum masuk ke sini.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-saga-14Laluan masuk yang baru memang begini. Jangan terkejut pulak…hihihihihi… 😀

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaDibelakang tu Rumah Pangsa Saga.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaRasanya kawasan pembinaan yang dah lama terbiar.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-saga-09Memang banyak kontena-kontena lama.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-saga-08Dah lama terbiar.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaSelepas kawasan pembinaan, terus jer ikut laluan ni.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaTerus jer ikut laluan ini hinggalah sampai ke trek lama dan permulaan tangga simen mendaki Bukit Saga.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaSaga Hilltop tetap penuh dengan alatan senaman.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaPuncak Bukit Saga.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaSalute!!..

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaAir terjun Bukit Saga tetap penuh dengan manusia…hihihihi.. 😀

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaWife dan browniesnya… 😀

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaWife buat brownies untuk makan sambil lepak di air terjun.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaGaya jer lebih ni kan?!!!…hihihihihi… 😀

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaSiapa mau tayar?…

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaDah macam kedai used spare-part pon ada.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaMac dengan jengkautnya..hihihihi.. 😀

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaBatu ni pun nak naik jugak…hahahahaha… 😀

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaTerbiar sampai berkarat.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-saga-12Aku dan Te-Rex.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaUwekkkkkk!!!!…hahahahaha….

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaAku dan Mac sedang melawat kawasan.

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-sagaOk!.. Jom balik… 😀

Bagi yang dah cuba mendaki Bukit Saga, apa kata cuba mendaki Bukit Apek pula. Boleh baca entri-entri aku mengenai Bukit Apek di bawah ni….. 😀

1. Bukit Apek: Misi Menjejaki Air Terjun
2. Bukit Apek: Misi Menjejaki Pokok Besar

Rancangan seterusnya, aku dan wife mungkin akan cuba mendaki Bukit Saga menggunakan trek B pula selepas ni. Dah banyak kali mendaki Bukit Saga tapi belum pernah layan trek B. 😀

PERHATIAN:
Bukit Saga sedang mengalami ancaman kemusnahan sekarang ini. Ada beberapa warga Taman Saga yang juga merupakan ahli Persatuan Pendaki Bukit Ampang memaklumkan bahawa sebahagian daripada Bukit Saga akan mengalami proses penebangan pokok dan sekaligus akan menyebabkan kemusnahan kepada bukit tersebut kerana memberi laluan kepada projek pembangunan.

Marilah kita bersama membantu usaha persatuan ini dalam proses untuk menyelamatkan Bukit Saga melalui “Kempen Selamatkan Bukit Kita”. Boleh dapatkan cara dan maklumat lebih lanjut di laman facebook Persatuan Pendaki Bukit Ampang. Bagi mereka yang ingin mendaki Bukit Saga, jangan lupa untuk menandatangani borang bantahan tersebut sekiranya diberi oleh warga pendaki Bukit Saga yang berada di sekitar Bukit Saga nanti. Marilah kita bersama membantu menyelamatkan Bukit Saga. 😀

25 comments to Laluan Baru Mendaki Bukit Saga, Ampang

  • puan pink  says:

    Mcm menarik je tmpt ni 🙂

    • eshamz halim  says:

      Menarik untuk dijadikan tempat beriadah seisi keluarga…hihihihihihihi… 😀

  • Padin  says:

    trek entrance nya da macam boleh buat lokasi penggambaran filem aksi…. hehee
    memang seronok kalau mendaki dapat hadiah air terjun

    • eshamz halim  says:

      Yup!.. betul tu bro.. trek masuknya mmg boleh boleh shooting filem aksi…ekekekeke.. nak wat tempat photoshot pon boleh…hihihihihihi.. 😀

  • Madi  says:

    Dua minggu lepas tak silap saya baru je mendaki bukit saga.. Trek b tak securam macam trek A.. Rasanya kalau turun trek A lagi senang tak ada mencanak nak mendaki.. Tapi tu laa kesal tak tahu arah mana nak ke air terjun besar tu.. Jumpa air terjun kecik je
    . ?

    • eshamz halim  says:

      Yup.. trek B mmg santai sket… dulu trek B pon jarang org guna… ramai guna trek A turun naik untuk latihan stamina..saya lebih suka naik ikut trek A dan turun trek C…hihihihihihi…rugi tau kalau tak jumpa air terjun yg besar tuu…hihihihihi… kalau dah jumpa air terjun kecik maknanya dah dekat dah tuuu… 😀

  • Lyn Kamaludin  says:

    baru sabtu lepas pegi guna trek b, sekejup mencanak naik, sekejup menurun tapi salute ad ibu bapa bw anak yg berumur setahun, tegar betul.. tapi tak tahu nak kata senang ke tak.. lagi pun 1st time hiking.. masih terasa sakit tuh di kaki.. tapi seronok giler.. jumpa air terjun tuh.. tapi tak mandi sbb rmai nau org..

    • eshamz halim  says:

      Tahniah…saya biasa training kat saga jer… dah cuba bukit apek tak?…trek dia bersambung dgn bukit saga… 😀

      • Lyn Kamaludin  says:

        Tak.. training kat saga nak ke mana aje tu?? hihi.. nak tanya penah hiking di bukit bendera tak??

        • Lyn Kamaludin  says:

          pokok besar di bukit Apek tu menarik la, baru baca.. hehe, Insya Allah next trip selepas balik dari Mt Papandayan. Insya Allah.. doakan perjalanan saya ye.. 🙂

          • eshamz halim  says:

            Pokok besar tu dah tumbang….lama dah… wow!.. seronoknya nak daki Mt Papandayan… selamat mendaki..gud luck.. 😀

        • eshamz halim  says:

          Takde training untuk ke mana pun cuma untuk senaman jer…. tak pernah lagi hiking di bukit bendera…biasa ke sana naik kabel car jer…hahahahahaha… 😀

  • Shaf  says:

    As salam, sesuai tak saya bawa anak-anak hiking di sini? Lelaki, umur 4 dan 6 tahun. Mereka sudah ke bukit gasing, bukit jambul, bukit saputangan, bukit batu putih dan bukit melati nilai. Juga nak tanya, berapa jauh perjalanan dari puncak bukit saga ke air terjun bukit saga? Saya tidak bercadang ke Bukit Apek. Terima kasih tuan.

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam…ramai jer yg bawak anak2 hiking smp ke air terjun bukit saga…dr bawah (Taman Saga) ke saga hilltop dalam 1 jam pastu dr saga hilltop ke air terjun kena tambah lg 1 jam…so lebih kurang perjalanan sehala dlm 2 jam..dr saga hilltop ke air terjun treknya agak curam so cuma perlu lebih berhati-hati sket klu bawa anak… 😀

      • Muhammad Farhain  says:

        Assalamualaikum..en..nak tanya..pada 19 Nov 2016 nie saya n the geng dari Melaka akan naik bkt saga nie..boleh bg mkluman tntg trak pendakian dgn nak ke air terjun adakah brlainan @ sama?dan laluan balik adalah sama jika kami dari air trjun nanti.

        • eshamz halim  says:

          Waalaikumsalam… trek pendakian ke Saga Hilltop dan ke air terjun adalah trek yg sama serta laluan balik adalah menggunakan laluan yg sama. Untuk ke air terjun, pendaki akan sampai di Saga Hilltop terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke air terjun. Selamat mendaki… 😀

  • Yati  says:

    Assalamulaikum…saya cadang nak naik bukit saga sabtu ni tapi mmg x de guide.klu saya pi gamble baik..gamak2 nya sesat tak?

    • eshamz halim  says:

      Tak akan sesat nyer kalau follow trek yg betul…trek senang dan jelas jer pastu biasanya ramai gak org daki situ tiap minggu… 😀

      • yati  says:

        thanks.klu next week 26/11 nak naik hello2 yer.haha…(sgt takut sesat)

  • Mas  says:

    assalamualaikum..
    nak tanya kat puncak bukit saga ni, kawasan dy lapang ke? bole ke nak tgk view ampang dari atas puncak?

    • eshamz halim  says:

      Puncak saga mmg takde view sebab puncaknya tertutup dengan pokok-pokok. 😀

  • Alifsufian_  says:

    Lalaun ni masih dibuka, and terus sampai air terjun ke?

    • eshamz halim  says:

      Laluan yg sama sebenarnya..cuma tempat masuk jer yg berubah sket.. nak ke air terjun kena naik ke Saga Hilltop dulu pastu baru ikut trek ke air terjun.. 😀

  • saya  says:

    salam..en. eshamz halim..boleh saya dapat kan email en untuk tanya lebih lanjut berkaitan bukit saga…

    • eshamz halim  says:

      Email saya mmg ada jer kat website ni… 😀

Isikan Komen Anda Disini